Antara pena, house chores & Adam. Qawiy!

5:02:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers ;)


Wahhh lamanyaa ummi tak bukak belog. Macam dah nak dekat setahun je :P Alhamdulillah hidup masih diteruskan macam biasa menjadi orang biasa, pendidik kepada anak bangsa. Banyak benda ummi nak tulis tapi sebab kekangan masa, belog ni macam dilupakan kejap. Sory! Jadi isteri, ummi dalam masa yang sama sangat mencabar seriously.




Jadi, ummi fokus satu satu dulu lah. Ummi jenis settle satu kerja baru boleh buat kerja lain. Tak boleh nak multitasker sangat sebab tak reti nak fokus banyak benda :P Tapi nak tak nak banyak jugak benda yang kena buat dalam masa yang singkat. Banyak kali termenung sendiri, kuat tak ummi nak urus rumah, nak urus anak kecik. Dulu seorang, lepastu berdua, lepastu bertiga. Nah, itu lah penting belajar pengurusan masa. Tak boleh tangguh sikit kalau tak bertimbun terus kerja ummi. :'D MAsa nak imbangkan semua tanggungjawab ni hati memang kena Qawiy!


Kalau dulu mungkin kita ingat perkahwinan tu macam cerita fairytale, nah masuk dulu dan duduk dalam perkahwinan tu. Setahun mungkin boleh fairytale lagi. Dah ada anak, fairytale tu dalam mimpi je lah :P Yang jadi ummi di awal dua puluhan, boleh tabik spring sebab mula belajar pengurusan rumah tangga awal-awal. Kerja, house chores, dan kids. and blogging. Kadang tu terpaksa lahh ummi lupa kejap hobi demi nak menjadi ummi!




Keep Qawiy, bila tengok anak membesar dengan jayanya. Seronok! Itu lah kebahagiaan kita. Makin lama hobi kita bertukar, melihat anak tersenyum dan ketawa; itulah hobi baru kita ;)



0 patient (s) need treatment

Your comment?

Instagram

Followers