Suri rumah separuh masa

10:14:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Finally update jugak belog yang dah bersawang ni. :') Mana taknya sejak jadi ibu, bukak laptop sikit, anak dah uwek uwek panggil panggil ummi. Acah acah nak menulis, lepastu terkubur je lah macam tu. 


Ni Adam Khalyf bin Azrul Izzat. First time Adam duduk dalam belog ummi. Dah 6 bulan, alhamdulillah. 





Aku tengok ramai kawan-kawan yang sedang dan bakal mendirikan rumah tangga. Tahniah, barakallah buat semua yang bakal tamatkan zaman single. Nak ucapkan selamat datang ke alam kahwin! :) Yes, kahwin seronok tapi bukan untuk seronok-seronok aje. Aku boleh cakap, kira masa zaman takde anak tu je lah masa engkorang honeymoon. Sebab apa? Untuk yang tengah menunggu baby keluar, nanti akan merasa macam mana jaga anak sendiri. Dari tak reti satu benda terus jadi reti. :D SO kalau kau jenis tak reti handle budak jangan risau, nanti lama lama pandai.



Komitmen sebagai isteri, anak, ibu dan guru memang sangat sangat mencabar pada aku. Aku bekerja dan suri rumah separuh masa. Segala kerja berkaitan sekolah, mesti aku siapkan awal awal dekat sekolah sebab bila balik rumah aku just fokus dengan hal hal rumah. Lagi ada anak kecik confirm memang tak akan usik punya kerja sekolah. Kira dekat rumah tu memang waktu rehat, tapi rehat mana lah pun kan. 


Suri rumah separuh masa. Aku kadang tu terfikir, bestnya kalau duduk rumah je jaga anak, kemas rumah, lipat baju. Peh mesti relax habis. Tapi bila aku dah duduk sendiri dalam situasi ni, sebenarnya suri rumah ni lagi banyak kerja dan lagi penat, okay! Bayangkanlah masa tu lah kau nak masak, anak dah panggil ummi, nak susu! Kira 'me-time' tu memang takdelah. kalau nak mandi ke ape ke urusan dalam toilet tu kena cepat cepat. :D Respect dekat semua suri rumah sepenuh masa. 





Tapi penat tu rasa nya semacam nikmat. Kau gembira bila dapat jaga anak kau sendiri. Menyusu dia, main dengan dia, ajar dia walaupun diri sendiri tak terurus. Haha ! Jangan mimpi nak makan, tidur, buat apa pun dengan tenang kalau anak tu masih kecik. ;) Rehat tu bila anak kau dah tidur, itu pun masa tengah malam. Sebab petang, bila anak tidur, kena selesaikan kerja rumah, masak, lipat baju, etc.



Dan untuk perempuan yang takutkan perkahwinan, sebab tak reti masak, tak reti jaga baby, tak berdikari, tak reti nak kemas rumah, dan segalanya tak reti, ingat satu pesan aku; 'Sesetengah orang, jodoh dia sampai awal sebab dia memang dah matang, dan sesetengahnya jugak, jodohnya sampai awal adalah sebab untuk mematangkan dia.' Dalam marriage ni lah banyak benda yang kau boleh belajar. Sampai sekarang aku macam tak percaya, aku dah kena fikir pasal segala bil, sewa rumah, (walaupun husband bayar :p) bayaran pengasuh, kelengkapan dan perkembangan anak aku, betul terasa macam tuanya aku. Tapi kita ni setiap hari akan tua bukan?


Bukan sebab soal tak bersedia untuk pikul tanggungjawab, tapi soal kau dah bersedia untuk berubah? Satu hari nanti, hidup kita pun mesti akan berubah. Bila tengok anak yang eh tiba-tiba ada sebelah, terdetik, dah ada anak rupanya aku, rasa macam baru je semalam masuk kolej. Good luck untuk mak mak muda, ayah ayah muda. :) 


p/s: update la sikit masa anak tengah tidur. kejap lagi pandang sebelah ummi takde, mula lah dia cari :') 










6 patient (s) need treatment

  1. salam kak fawa lamanya tak tengok akak kat sini, biasa duk komen kat ig je. :) ouh Adam tidur.

    nice entry kak :)

    ReplyDelete
  2. Takutkan perkhawinan bukannya sebab tak reti jaga baby etc etc. But it's more than that. It's can't describe by word.

    Baby comel! ;)

    ReplyDelete
  3. Tulisan berisi nasehat yang sangat bermanfaat, salam kenal saya ahmad dari indonesia and visit my blog ya http://www.emosianisme.com/2014/08/surat-yang-tak-pernah-tersampaikan.html terimakasih

    ReplyDelete
  4. comelnyaaaa baby kak Farah.
    hmm sbnrnya mmg ada trasa takut nak kahwin,
    tp lepas baca balik rasa kena tukar mind set ni.
    hihi

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum akk.. nak tanya.. akk edit gambar pakai software apa ye? edit vector.. adobe illustration or photoshop?

    ReplyDelete
  6. Akakkkk! Saya start follow blog akak masa saya mula2 buat blog dulu which is lbh kurang 5 tahun yg lalu. Dr akak bujang smpailaa dah ada Adam Khalif ni. Hihi. Happy for you kak. :')

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers