November 27, 2015

Suri rumah separuh masa

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Finally update jugak belog yang dah bersawang ni. :') Mana taknya sejak jadi ibu, bukak laptop sikit, anak dah uwek uwek panggil panggil ummi. Acah acah nak menulis, lepastu terkubur je lah macam tu. 


Ni Adam Khalyf bin Azrul Izzat. First time Adam duduk dalam belog ummi. Dah 6 bulan, alhamdulillah. 





Aku tengok ramai kawan-kawan yang sedang dan bakal mendirikan rumah tangga. Tahniah, barakallah buat semua yang bakal tamatkan zaman single. Nak ucapkan selamat datang ke alam kahwin! :) Yes, kahwin seronok tapi bukan untuk seronok-seronok aje. Aku boleh cakap, kira masa zaman takde anak tu je lah masa engkorang honeymoon. Sebab apa? Untuk yang tengah menunggu baby keluar, nanti akan merasa macam mana jaga anak sendiri. Dari tak reti satu benda terus jadi reti. :D SO kalau kau jenis tak reti handle budak jangan risau, nanti lama lama pandai.



Komitmen sebagai isteri, anak, ibu dan guru memang sangat sangat mencabar pada aku. Aku bekerja dan suri rumah separuh masa. Segala kerja berkaitan sekolah, mesti aku siapkan awal awal dekat sekolah sebab bila balik rumah aku just fokus dengan hal hal rumah. Lagi ada anak kecik confirm memang tak akan usik punya kerja sekolah. Kira dekat rumah tu memang waktu rehat, tapi rehat mana lah pun kan. 


Suri rumah separuh masa. Aku kadang tu terfikir, bestnya kalau duduk rumah je jaga anak, kemas rumah, lipat baju. Peh mesti relax habis. Tapi bila aku dah duduk sendiri dalam situasi ni, sebenarnya suri rumah ni lagi banyak kerja dan lagi penat, okay! Bayangkanlah masa tu lah kau nak masak, anak dah panggil ummi, nak susu! Kira 'me-time' tu memang takdelah. kalau nak mandi ke ape ke urusan dalam toilet tu kena cepat cepat. :D Respect dekat semua suri rumah sepenuh masa. 





Tapi penat tu rasa nya semacam nikmat. Kau gembira bila dapat jaga anak kau sendiri. Menyusu dia, main dengan dia, ajar dia walaupun diri sendiri tak terurus. Haha ! Jangan mimpi nak makan, tidur, buat apa pun dengan tenang kalau anak tu masih kecik. ;) Rehat tu bila anak kau dah tidur, itu pun masa tengah malam. Sebab petang, bila anak tidur, kena selesaikan kerja rumah, masak, lipat baju, etc.



Dan untuk perempuan yang takutkan perkahwinan, sebab tak reti masak, tak reti jaga baby, tak berdikari, tak reti nak kemas rumah, dan segalanya tak reti, ingat satu pesan aku; 'Sesetengah orang, jodoh dia sampai awal sebab dia memang dah matang, dan sesetengahnya jugak, jodohnya sampai awal adalah sebab untuk mematangkan dia.' Dalam marriage ni lah banyak benda yang kau boleh belajar. Sampai sekarang aku macam tak percaya, aku dah kena fikir pasal segala bil, sewa rumah, (walaupun husband bayar :p) bayaran pengasuh, kelengkapan dan perkembangan anak aku, betul terasa macam tuanya aku. Tapi kita ni setiap hari akan tua bukan?


Bukan sebab soal tak bersedia untuk pikul tanggungjawab, tapi soal kau dah bersedia untuk berubah? Satu hari nanti, hidup kita pun mesti akan berubah. Bila tengok anak yang eh tiba-tiba ada sebelah, terdetik, dah ada anak rupanya aku, rasa macam baru je semalam masuk kolej. Good luck untuk mak mak muda, ayah ayah muda. :) 


p/s: update la sikit masa anak tengah tidur. kejap lagi pandang sebelah ummi takde, mula lah dia cari :') 










Pengalaman bersalin di Hospital Islam az-Zahrah, (HIAZ) Bangi

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. 

(Ini entry dah lama dalam draft, jadinya aku edit untuk rujukan siapa siapa yang berminat nak bersalin di HIAZ) 


Aku nak cerita tentang pengalaman bersalin dekat Hospital Islam az-Zahrah (HIAZ), Bangi. Entry ni untuk bakal-bakal ummi, yang tengah tunggu hari, yang tengah survey lagi nak bersalin dekat mana ke, kan. For muslimah esp. Memang dah jadi idaman semua perempuan muslimah, masa bersalin tu, nak kan environment yang selesa, semua staff dari awal check sampai lah ke labour room tu perempuan, doktor yang sambut baby pun nak jugak doktor perempuan. 


Alhamdulillah, berpeluang bersalin dekat HIAZ, Bangi ni. Environment dia islamik, so aku suka. Aku start check up dekat HIAZ ni masa pregnancy dah masuk 7 bulan. Dari awal pregnant sampai 6 bulan lebih, aku still check dekat Klinik Kesihatan (KK). Bila dah masuk 7 months, terus survey hospital mana nak deliver nanti. Dalam list, HIAZ dengan an-Nur je, since dedua hospital ni pun memang dekat je dengan rumah.

Adam Khalyf bin Azrul Izzat


Masa memula daftar tu dia akan tanya kita nak doktor mana. Dekat HIAZ ni ada 3 doktor perempuan yang incharge bahagian O&G. Sebelum pergi daftar ni aku dah google dulu pengalaman orang lain yang pernah bersalin dekat sini and doktor mana yang jadi pilihan ramai. Aku pun pilih la Dr. Mashita, as aku google, orang cakap Dr. Mashita ni memang ramai orang pilih and memang terbaik.


So far, memang memuaskan lah dekat sini. Syarat untuk bersalin dekat sini, kena check up dengan doktor yang kita pilih tu at least 2 kali. Doktor yang check kita ni lah yang akan sambut baby kita masa bersalin nanti. Best kan. So dia memang dah tahu keadaan kita dan baby kita overall. Dekat sini, ada pakej bersalin dia, pakej dia dalam RM 1688 ++ (Pakej Ummi) Plus plus tu tak termasuk dengan induce, vacum, GST (for doctors) dan lain-lain. Siapa yang interested boleh rujuk dekat sini. KLIK. 



Masa masuk 35 minggu 5 hari, aku kena warded. Asalnya sebab tekanan darah naik tinggi daripada biasa. Ingat kan nak bersalin dah taw, sebab perut aku sakit sangat masa tu tapi false alarm rupanya. Ye lah, first time mengandung, tak tahu sakit contraction tu macam mana. :'D Tapi doctors kat sini tak terima kes bersalin premature taw. Dr. Mashita awal awal cakap, in case aku ada kes baby prem ke, kena cser ke, dia akan rujuk terus ke government hospital yakni Hospital Serdang, hospital yang terdekat lah.





Kalau tiba-tiba kena cser, cth kes emergency kat sini dalam 8k ke atas kalau tak silap. Tapi kalau dah awal awal tahu yang bakal di cser kan dia akan bagi kita pilihan sama ada still di HIAZ atau hantar pergi kerajaan je.


Masa dah masuk 37 week, 27 Mei 2015, hari Rabu, pagi. Bangun tidur macam biasa, tapi bila tengok dekat katil, ya rabbi dah bleeding rupanya. Cepat cepat bersiap pergi hospital. Kali ke dua pergi ni takdelah gelabah, memang relax, smooth je. Kalau hari tu bersalin pun dah tak kisah dah, sebab plan asal aku akan masuk ward hari Jumaat tengah malam. Induce lah cerita dia. Terawal 2 hari pulak masuk ward, lepastu tunggu sekejap sebab katanya katil penuh. Tengah hari macam tu aku warded. So nurse pun terus call Dr. Masyita tu tanya boleh ke kalau nak bersalin hari tu. Dr pun kata, okay boleh. Terus induce (sebab tekanan darah aku mmg tinggi last last pregnant ni). Masa dekat ward, nurse datang dia kata, okay siap sedia ye lepas Zohor kita ke labour room. Nurse pesan makan kenyang kenyang bagi tenaga, solat zohor dulu. Nervous habis dah aku masa tu. Tapi masa ni aku belum rasa contraction lagi.



Dalam pukul 3 macam tu aku pun diusung pergi ke labour room. Nervous weyy. Masa tu pulak ramai yang bersalin. Ada yang kena emergency caesar, bersalin normal tapi tak kuat nak push so pakai vacuum, orang bilik sebelah terjerit jerit masa bersalin (hailaaa mana tak cuak). Husband pun memang teman dari awal masuk labour room lagi. Sempat lah makan kurma dan minum air last tu. Aku pulak masa tu tetibe nak air teh o ais haha. Karang masa berpantang dah tak boleh ais dah, tapi dah tak sempat pun sebab dah nak terbersalin dah :'D Husband aku distract lah cerita macam macam tapi kesian sebab aku tak layan dek sakitnya lahaii.



Orang kata induce ni laagi sakit, tapi entah aku mana pernah rasa, so pada aku sama je lah, cuma sakit dia tu berterusan. Bayangkan dari pukul 4 macamtu sampai ke pukul 8 bertarung dengan sakit :') Takpe  masa dalam labour room tu, nurse nurse tu akan guide macam mana proses bersalin tu berlaku (macam mana nak meneran ke ape nanti diorang ajar.) Serious aku memang suka layanan yg sangat friendly dekat sini. Aku target lepas ni kalau next next baby pun dekat sini insyaAllah.



Lebih kurang dalam 4,5 jam bertarung dalam labour room tu, alhamdulillah Adam pun keluar menjenguk dunia :') Masa ni moment paling berharga buat aku. Aku dengar Adam menangis, terus tak sakit dah lepas tu. Terus tengok husband menangis terharu dekat sebelah, tu lah aku rasa makin cintanyaa aku pada suami. Terima kasih abang temankan! :) Masa jahit ni orang kata sakit, mungkin sebab tak bius, jadi dekat sini alhamdulillah ada bius. Aku rasa macam dr tengah jahit baju hah macam tu lah rasa dia. Apa-apa kan bakal bakal ibu jangan nervous, kita memang dilahirkan kuat untuk semua ni. :)