Ummi's life update

10:09:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Alhamdulillah belog layout dah baru, sempena nak menyambut orang baru, kengkonon lebih matang dan suci gitu :D Dah lama tak pegang laptop, menulis, doodling and so on, sebab masa ni aku memang betul-betul tak ada mood nak online, update status, apeape tah lagi. Baby tak suka :P Nak bersiap pergi mana-mana pun aku macam malas je. kalau boleh cari baju dan tudung yang tak payah iron, terus sarung je :')




Sejak nak jadi ibu ibu ni banyak search pasal parenting and so on. Tu la, anak anak yang baik datang dari ibu bapa yang baik. Anak anak yang soleh solehah datang dari ummi walid yang soleh solehah. Nak nak masa mengandung pun, both kena jaga percakapan, cakap only yang baik baik. Buat solat taubat, kerapkan baca al-Quran. We're going to the next phase, fasa menjadi parents. Only do good things, because we have to be good parents to our future kids. Bukan ibu je, tapi si ayah pun sama, buat benda yang sama. Take note untuk semua bakal bakal ummi dan walid. 



Sedikit sebanyak masa pregnancy ni, banyak benda yang buat aku terfikir. Dah masuk 3rd trimester ni, lagi mencabar. First week of 3rd trimester adalah waktu paling 'menangis' buat aku, sebab setiap hari aku tak lena nak tidur, kerap terjaga. Suami aku pun terikut sama terjaga tolong tengok-tengokkan apa yang dia boleh buat. Masa tu baru rasa; Ya Allah nikmatnya tidur! Tapi takpe, semua ni actually pengalaman yang seronok taw. Allah nak bagitahu, betapa hebatnya makhluk bernama perempuan ni. Betapa kuatnya menjadi perempuan :')


Nak melahirkan seorang pejuang, maka ummi dan walidnya juga harus bersifat seperti pejuang kan? Aku selalu pesan kat diri sendiri dan berpesan pesan dekat hubbybi, cakap yang baik baik je, only do good things, jangan lewat solat. Bila baby dah keluar nanti pun, jangan tunjukkan gadget depan dia, nak pegang phone bukan depan baby. Aku taknak biasakan anak-anak dengan gadget.






Ni hasil daripada The Ustaz Photography; kecuali yang hat atas sekali tu dak hihi saje nak tepet jugak gambar kitorang.Aku selalu pesan kat hubbybi, dalam apebende pun yang kita buat Redha Allah tu penting. Nak ambil gambar or nak upload ke recheck dan pastikan tak tertangkap gambar pengantin yang tak tutup aurat or tak sempurna penutupan aurat. Sebab bila kita upload, orang lain tengok, tak ke berganda dosa dosa dia? Yang tukang upload pun dapat saham sama.  



Kalau ada sesiapa yang nak tempah pakej, boleh rujuk terus ke page facebook The Ustaz Photography:

Klik :

Instagram: @byazrulazmi


Okay, jaga diri jaga iman. Allah sayang kamu :)

12 patient (s) need treatment

  1. tak sabarnya nak tunggu baby :D

    ReplyDelete
  2. Only do good things :) Moga selamat melahirkan :)

    ReplyDelete
  3. wah, dah bakal jadi mommy ye? saya selalu follow blog akak masa sebelum akak kahwin lagi. seronok baca entri akak. rasa terubat hati bila sedih sebab sentiasa single tak berpunya macam orang lain sampai sekarang ni. hehehe.

    alhamdulillah. semoga semuanya berjalan dengan mudah. saya doakan baby dan ibunya selamat nanti. in shaa ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat bersalin. InsyaAllah jodoh sentiasa ada, Allah akan hadirkan pada kita bile dah bersedia. ;)

      Delete
  4. salam. hee tahniah semoga mendapat baby yg chomey ;p

    ReplyDelete
  5. Tulis dan rakam pengalaman ini sebanyak mungkin. Satu hari nanti akan jadi antara episod hidup yang sungguh bermakna.....

    ReplyDelete
  6. Tahniah dah ada baby.
    Girl or boy?

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers