Changes

8:10:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful. Salam to all readers :)


***


Aku belek newsfeed. Dari satu status ke satu status. Alhamdulillah, semuanya berita gembira, dari berita rakan-rakan yang dah dipostingkan ke seluruh Malaysia, rakan-rakan yang dah bersalin,  yang baru berkahwin, bekerja dan banyak lagi.


Aku, alhamdulillah, sudah 5 bulan cinta hati dalam rahim. Dan menunggu untuk dipostingkan fasa seterusnya. Dari tahun ke tahun, banyak changes berlaku kan. Dari berubahnya status, belajar hidup berdua, mengurus rumah tangga. Owh banyak peluang yang Allah bagi.


'Alhamdulillah..'

Kadang kita lupa untuk berterima kasih kepada Pemberi Cinta :') atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Tak putus putus pulak tu.

Haha, throwback sikit lah ye sebab tak pernah update gambar kahwin dekat belog :P


Setiap masa orang belajar untuk berubah.

Kalau dulu dari kecik, nak belajar hidup jadi teenager, lepas tu belajar hidup survive dekat kolej/univerisiti. Lepas kahwin, belajar hidup berdua dan belajar macam mana nak jadi isteri. Bila dah ada baby, belajar macam mana nak jadi ibu, tukar pampers, buat susu, bangun tengah malam and so on. Bila anak dah besar, belajar macam mana nak uruskan anak-anak, hantar pergi sekolah, didik mereka, bangun pagi masak untuk anak-anak. Life goes on. Hidup ni penuh dengan belajar.


'Kalau kita tengah belajar, kita mesti ikut cakap cikgu kan?' My husband said once. Suami tunjuk ajar perkara baik-baik, isteri takde alasan tak nak ikut kan. So, alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk kita rasa changes tu dan buat.



My next project, insyaAllah. Jemput jemput lah ye Doodle.Scarf

Since jadi surirumah ni, aku perasan, dah kurang up status facebook, twitter dah jarang update, paling paling bukak instagram buat bisnes. Nak doodle macam dulu pun tak mampu hihi. Sebab, pada aku, ada benda yang lagi utama. Benda benda macam ni boleh buat masa bebetul lapang. Dah lah jenis reti focus kat satu satu benda je :P Orang pesan, tak semua benda kita boleh share dekat social network.


*p/s: suami mesti gembira bila tahu isteri update, sebab dah berkali kali memujuk, baru kali ni berjaya :P

7 patient (s) need treatment

  1. Assalamualaikum,

    BarakAllahu fikum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. SYukran :)

      Delete
  2. tahniah.. :)
    semoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  3. kita pon perasan, lepas kahwin ni terlalu banyak changes dlm diri kita , alhamdulillah semuanya insyaAllah ke arah kebaikan :)

    ReplyDelete
  4. bestnya dah kahwin. xtahulah saya ni ada rezeki jodoh ke x kat dunia. kadang2 rasa happy x perlu couple macam orang lain. kadang2 sedih sebab rasa macam sendiri je. kena tnggal dengan kawan2 sebab diorang lebih suka keluar dengan boyfriend sendiri.

    sorry, xde kaitan dengan entry akak.

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers