September 4, 2014

Projek Mini Public Usrah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful. Salam to all readers :)


Ya rabbi, almost 4 months kita menyepi :P ya, saya masih ada, masih wujud ;) Dalam masa 4 bulan ni, suami dah macam macam cara pujuk suruh update. Last update masa lepas nikah :P so agak awkward nak menulis balik. I'm so sorry kalau buat awak-awak tertunggu tunggu post kita sebab sekarang kita in final year, so baanyak sangat benda yang kita buat-buat busy ;)


Alhamdulillah, hidup makin best Allah susun. Bila dah hidup berdua, macam macam yang saya dapat dari zawj. Banyak yang kita tak berani nak buat, tapi dia yakinkan. Ada benda yang kita rasa macam mustahil nak buat, tapi dia bagi sokongan. Alhamdulillah, pernikahan yang makin menguatkan kami. So, matlamat kami, biarlah pernikahan kami ni bagi benefit kepada masyarakat sekeliling. Boleh baca pasal Baitul Harakah dekat sini. Tak banyak pun yang saya fikir boleh buat, tapi sikit-sikit pun jadilah kan dari tak ada?


Ada satu benda yang kita terfikir. Dan ramai orang tanya kat saya.


'Akak, ada tak buat Usrah dekat mana-mana, kita nak join boleh?'
'Akak ada buat usrah online tak?' 


Tapi, hampa, sebab saya terpaksa kata 'TAK ADA' sebab saya tak dapat nak tolong mereka-mereka yang mencari di mana USRAH. Mereka-mereka yang tak pernah rasai macam mana suasana usrah, mereka-mereka yang tak tahu usrah tu ape, pasal apa, and so on. The other side, saya rasa bersalah sangat, sebab saya sendiri dah pernah mengikuti sistem usrah since High School.


Sebab tu Allah hantarkan zawj sebagai peneman hidup, untuk bagi sokongan, untuk yakinkan saya, supaya saya boleh bantu semampu mungkin buat mereka yang tak pernah langsung rasa usrah tu apa. :) So, ni antara program yang kami berdua susun bersama untuk jadi manusia yang bermanfaat buat semua. Saya tak reti sangat pun :P tapi insyaAllah dapat kongsi yang mana saya tahu. Ni antara projek/program kedua bersama masyarakat luar yang kami susun. Pertama, kalau still ingat, Projek Tudung Labuh x Dr.CintaPunyeBelog dan insyaAllah yang ni, akan jadi program kami bersama; 'Bulatan Gembira x Dr.CintaPunyeBelog'

oi nakalnyaa anak usrah :p

Antara rukun-rukun Usrah yang semua orang dah tahu ni, 
  1. Ta'ruf (berkenalan)
  2. Tafahum (bersefahaman)
  3. Takaful (bantu-membantu) 

“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai ” (Surah al Imran, ayat 103 )


Konsep yang kami buat ni, Usrah Online yang mana kami gunakan medium whatsapp untuk perbincangan. Alhamdulillah, kumpulan usrah kami dah ada dalam 25 orang muslimat. Saya kumpulkan mereka mereka yang tak pernah rasa suasana usrah tu, yang tak pernah join, dekat instagram saya, diorang dropkan number dan saya pilih secara rawak.



Biasa kita tahu kan, usrah online ni mostly macam student overseas gitu atas faktor duduk jauh-jauh. Nanti, kami akan berkumpul bila cuti-cuti dan duduk sama-sama buat usrah. Based in KL/Selangor, sebab senang nanti nak jumpa, insyaAllah :) 


Sekurang-kurangnya, ada medium usrah buat mereka yang tak pernah rasa usrah tu macam mana kan :') Tarbiyah ada 3 unsur, tilawah, ta'lim dan tazkiyah. Usrah Online ni just ada tilawah dan ta'lim. tazkiyah tu dalam bentuk teguran, belaian, and benda ni susah nak dibuat hanya dengan online. Boleh rujuk post ni untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, Mini Public Usrah akan menyusul. Bila dan kat mana tu, still dalam perancangan. Doakan!


Hopefully, dengan izin Allah, apa yang kami susun ni berjalan lancar, insyaAllah. Moga Allah bantu. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu :)


** sape sape nak baca pasal usrah, rupa-rupanya kita pernah tulis dulu, doodle pun mak aih zaman bilalah tu :P punyalah pelupa, klik:

@Bingkisan untuk para daie 3: saranghaeyo
This entry was posted in

May 3, 2014

II- Ba'da Asar

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.


xxxx

nanti tiba suatu masa 
orang yang kita ingat tidak boleh hidup tanpa kita 
rupanya sudah lama bahagia dengan hidup barunya 

masa itu hanya tinggal kita, 
masih dengan fikiran 'dia tidak boleh hidup tanpa aku' 
yang sudah lama basi. 

pathetic kan. 
betapa manusia suka menipu diri sendiri.

-Hua Mulan; Champak

xxxx

Ba'da (selepas) Asar itu, terasa jantung macam berdebar luar biasa.

3 May 2014

Ya, kali pertama bertentang mata, tipu kalau tak ada perasaan apa-apa. Berdebar punya kencang tak payah cakap, langsung tak pernah kenal, langsung tak tahu dia macam mana. Dan apabila pertemuan pertama kali yang lebih banyak mengundang debaran hati itu terasa ada barakahnya. Di hadapan abah dan mama, di rumah yang serba sederhana. Terasa Allah jualah yang berkuasa mengaturkan pertemuan pada hari itu.


Syahdu sebenarnya. Debaran lebih banyak menguasai. Masing-masing malu nak memandang. :’) manisnya! Itu baru sikit Allah pinjamkan.


Saat pertama kali menyuarakan hasrat hatinya, dia langsung tak pernah kenal siapa aku, bagaimana aku, apatah lagi wajahku. Langsung.


Respect.


Dia rasa sekarang ni, macam susah dah nak cari muslimin begini. Allah, terasa laju je hati nak terima. Pertama kali dia menegur, terasa dia ni macam ada sesuatu. Sesuatu sangat. Rasa yakin tu kuat.


Dia datang pada waktu yang tepat.
Dia datang dengan cara yang terhormat.
Malah hati pun rasa selamat nak terima.


Setiap hari tanya dekat Dia, adakah dia ni benar-benar Engkau ciptakan untuk aku? Terasa dari awal dipermudahkan.



'The first love helps one grow up, and the last love completes the person.' 

I dedicate this post to my beloved zauj. Making our way to Jannah. Alhamdulillah, I'm officially zaujah to my zauji. :)

*p/s: The first time, how we met. 

to be continue...

March 3, 2014

I-Pengantin Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. 


Waaah first entry for 2014. and it's already March! Biasa la sekarang tengah musim praktikum. As a final year student sememangnya macam macam benda nak settle. So memandangkan esok Terengganu cuti (YEAYYYYY) sempat lah jenguk jap belog yang dah lama ditinggalkan ni. :')

inspired by CalaQisya. I love their design semua patuh syarie gitu ;)
xxx

Dia melihat setiap busana yang ada di dalam butik itu. 


'Hmm, susahnya nak jumpa yang betul-betul syar'ie. Loose cutting dia tapi lengan dia tak ada lining pula. Dah lining semua, cutting ketat pulak' 


"Macam mana Qasira Torfina? okay?" tapi gaya dia tanya macam tahu tahu je.


"Tak kot. Jom kita balik dulu. Rasa macam dah kejang kaki asyik berjalan je hari ni. Kan kan?" Torfina mengenyit mata dekat sahabat sehati sejiwanya. 


"so, okay. Jom." Sengih. 


"Aku rasa baik je tempah sendiri. Jumpa yang dekat luar ni semua banyak yang kurang sana sini"


"Aku agak dah. Bab aurat memang kena cerewet kan. Memang kena pilih betul-betul. Lagi pun, ni untuk majlis nikah dan resepsi nanti."


"Entah la, aku tak berapa nak berkenan sebenarnya yang terlalu banyak bling-bling, labuci sana sini, err aku rasa macam rimas lah. Dah la nak kawin tu banyak gerak sana sini kan."


"Kaaan. Puas hati buat sendiri macam yang kita nak keep it simple. kadang orang nak gah sangat sampai terover. Aku suka tengok pengantin perempuan yang betul-betul muslimah. Tapi sekarang ni, kalau tengok mostly gambar dekat internet yang photographer ambik, susah nak jumpa pengantin perempuan yang betul-betul muslimah."


"Tu lah, bila bab aurat ni memang kena strict. Apatah lagi sampai ada yang melupakan solat ketika hari bahagia. Kita nak Allah redha kan kebahagiaan kita. Kita happy tapi kita lupa kat Dia. haih. Sanggup make up tebal-tebal lepastu abaikan solat. Kadang tu, aku sedih bila ada pengantin yang cukup lengkap dah dalam penutupan aurat tapi bab solat tak jaga. :( Tutup aurat tu macam buat sekadar trend je, hati yang sakit tak pulih-pulih. acane?"


source
"Hmm, kurang kesedaran sebenarnya. Dressing untuk impress orang lain. Then, ingat kerja kahwin ni just end up dengan happy ending. Sebenarnya once dah jejak masuk dalam alam rumah tangga ni, tanggungjawab dah bertambah. Bukan fikir just seronok je dapat hidup berdua berdating secara halal."


"Aku setuju. Aku teringat bak kata Ustaz Pahrol Juoi;

'Bila seorang wanita memilih seorang lelaki, dia sedang memilih Pemimpin untuknya. Bila seorang lelaki sedang memilih seorang wanita, dia sedang memilih madrasah untuk anak-anaknya.'

Ibu ni lah sekolah pertama anak-anak. Hanya ibu yang baik-baik dapat melahirkan anak-anak yang baik. Series aku pegang benda ni sebab target aku nak family yang bermatlamatkan perjuangan Islam"


"Amboiii, kemain eh Torfina. Tapi betul lah, semua benda ni memang datang dari kesedaran diri sendiri. Jangan terlalu ghairah kejarkan duniawi, sampai lupa nak saving untuk Ukhrawi. Lets pray each other agar setiap wanita dekat dunia menjadi sebenar-benar Muslimah"


"Tasnim pun sama laa. Nanti kalau nak kahwin, pakat pakai dress jubah yang simple-simple je. Orang pun dah lawa tak perlu nak heavy make up lagi kaaan"


"Eeee dah la. Nanti kita pergi tempah dengan ibu aku. Cakap je design cemana nak, ibu aku boleh buat terbaik untuk kau taw"


source

xxxx

Orang kata less is more. Susah nak jumpa pengantin yang betul-betul muslimah. Allah izinkan Hari Bahagia itu terjadi, sepatutnya kita membahagiakan lagi dengan bersujud syukur kepada Ilahi. Entah kenapa, pengantin muslimah kadang jadi kurang muslimah, menyedapkan hati 'eh takpelah, hari ni je aku pakai camni' sampai solat pun tertangguh, aurat lengan dan kaki dilupakan, tudung pun tiba-tiba jadi tersingkat.


Selamat bercinta sehingga ke Jannahnya :) Waallahu'alam.