Followers

20130530

Keep Calm & Wear Handsocks

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers :)

***

'Aku suka tengok kau pakai handsocks. Ada sesiapa ke yang suruh kau pakai?'

'Ada. Hati yang suruh. Untuk melengkapkan lagi penutupan aurat aku. Rasanya aurat yang satu ni agak terabai penjagaannya.' Sigh

'Alhamdulillah, seronok tengok.'

Senyum. 

 Perasaan tu bila kita tak mengharapkan apa-apa pandangan atau komen orang, apa yang kita ada, cuma DIA. sebak. 

***


Seronok tengok kawan-kawan berubah. Seronok tengok kawan-kawan dah start nak pakai sopan-sopan, menutup aurat dalam erti kata yg sebenar-benarnya.


Pengalaman sendiri dengan handsocks ni. Masa form 1 je rajin pakai dulu. Naik form 2-5 dah otai otai sikit dah tak rajin daahh pakai. Handsock la yang paling tak rajin nak pakai actually. sebab masa tu rasa panas, rasa kalau tak pakai okay je kot, rasa konon dah tutup aurat fully covered dah, rasa malas. aaa semua ada sebelum ni.


Tapi fikir balik, pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap, ada something yang tak kena. kalau bawak solat pakaian tu, agak-agak okay ke tak. (rujuk tips menutup aurat- HERE) Seiring dengan masuknya new year, saya dah tetapkan matlamat, untuk berubah menjadi muslimat yang lebih baik (azam setiap hari, bulan & tahun). Istiqamah dalam membuat kebaikan, yang mana istiqamah tu bukan setakat bermaksud konsisten, tapi ia bermaksud semakin hari semakin baik. So, tengok diri sendiri sekarang, adakah kita semakin baik, atau semakin tak baik :)


Aurat lengan yang kadang-kadang kita tak perasan masa angkat-angkat barang, masa angkat tangan nak jawab soalan, ada yang kita tak perasan terselak ke apa. Sebagai langkah penjagaan yang maksimum, pakai je handsocks, sekarang pun dah banyak orang yang jual handsocks comel-comel lagi. ^^ Kepada penjual-penjual produk online mahupun offline, teruskan menjual produk muslimat. Bentangkan banyak pilihan untuk para muslimat menutup aurat dengan sempurna.


Jadikan diri kita tu tak kisah untuk berpanas-panas sekejap kat dunia ni dengan handsocks, tudung yang labuh, stokin, inner untuk tudung jarang and so on. Daripada kita 'berpanas' kat sana, takutkan :'( Slowly, insyaAllah. Muslimat patut sedar (termasuklah diri sendiri) selain dari tuntutan fesyen semasa, ada yang wajib kita capai iaitu Mardhatillah (redha Allah).



So, kat sini disertakan beberapa blogshop yg jual handsocks, banyak lagi sebenarnya, kalau nak tengok lagi banyak pergi kat my instagram account @frhwaheeda lepastu pergi tengok instagram yang saya follow, ada la banyak blogshop yang jual handsocks ^^



lacey handsocks from CalaQisya // Diamond handsocks from NMC

Cotton handsocks from Muslimah Clothing Couture//T-shirt handsocks from TheMahabbah

colour handsocks from el-Afza Collection 

Untuk menginspirasi kan muslimat lain yang nak keep on berubah dari yang lebih baik boleh la try baca:
korang ada pengalaman tentang masa mula-mula pakai handsocks? ce cite sikit apa sebab yang membuatkan korang tergerak nak pakai ;)


p/s: aku tak suka menulis perihal cerita peribadi hatta aku sendiri pun tak suka nak tahu cerita jiwa lain, yang aku mahu, adalah membawa jiwa-jiwa yang aku sayang ke syurga, sahabat-sahabat muslimat yang tak berpeluang utk aku jumpa dan bercerita, lalu aku berkongsi di alam maya. kerna, itu matlamat aku, utk berjuang dengan mata pena. 'Asif kalau ianya tak memenuhi spesifikasi yang kamu mahu.  
Syukran Jazilan for reading

20130529

Tabung Gembira- Latihan bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)

فرح

maksudnya gembira. padanlah kawan-kawan yang share satu nama ni semuanya ceria orangnya, kecoh-kecoh, happy go lucky. ^^ even dah nak masuk tengah tahun, saya nak share satu benda, sorry before this memang tak sempat nak update, masa cuti baru sempat :')


All you need is jar and paper. Anything yang membuatkan kita happy even dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara, write it down lepas tu letak dalam jar. I'm sure ramai yang dah tahu rasanya. Benda ni saya praktikkan sampai saya buat latihan mengajar sebulan yang lepas kat Dungun, hihi. so anak murid semua gembira dengan tabung gembira ni.


Contohnya; dapat hangout dengan kawan-kawan, dapat sambut birthday dgn family, and so on, anything yang menggembirakan kita. So, in the end of 2013 nanti, boleh pakat baca balik belek satu-satu  ^^


The positive thing is, bila setiap kali kita sedih dan kita baca balik semua happy memories ni, kita akan jadi bersemangat balik. Di samping dapat menjadi latihan bersyukur dan ingat kepada Dia bila mana kita berada dalam keadaan gembira dan senang. Bukan ingat Allah masa susah je. Ujian itu kan wajib, so selepas datangnya gembira, akan datang kesedihan pulak, so get ready :)


Picture taken from my instagram: @frhwaheeda

i guess just a short post for today, sebab perasan belog dah macam bersawang. kena rajin balik update macam dulu-dulu ^^

p/s: 2 perkara sebak beberapa hari ni, pernikahan sahabat dan ucapan dari orang-orang yang pergi Umrah. :')


Syukran Jazilan for reading

20130507

Pujukan Nabi buat Daie

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)


Sekitar tahun 2008, masa dalam tingkatan lima, kira-kira 5 tahun dulu aku start blogging. ya, sekitar PRU12. eh. dan sehingga 2013, 5 tahun sudah aku sebagai blogger. Ni kira warm up balik la kiranya dah sekitar dalam lima puluh enam hari tak berbelog konon-buatbuat-sibuk.


Dalam tempoh 5 tahun tu, aku tak cakap sebagai blogger tak ada cabarannya. nope. bukan sekadar blogger yang cuma menaip apa yang aku buat hari ini, apa yang aku makan hari ini. sebab objektif aku menulis yang pertama ialah nak motivate diri aku sendiri. and kalau ada yang mana baik ambiklah ibrahnya. Sebab aku sendiri masih dalam proses belajar dan belajar. Sebagai seorang pelajar dah tentu banyak lah silapnya, take note.


perbezaan satu kelengkapan

Dan aku banyak berjumpa dengan golongan-golongan yang mengharapkan aku sebagai maksum. yang tak ada dosa walhal aku juga manusia, bukan separuh manusia, separuh malaikat. tak. Sebagai hamba Allah, aku kerap diuji. Diuji sebagai manusia, diuji sebagai pencinta, diuji sebagai sahabat.


Senyap. Aku rasa itu yang terbaik.


Ada sampai satu tahap tu aku dah give up. Aku dah penat dengan kehidupan yang kita sendiri sedang cuba susun baik-baik tiba-tiba datang manusia nak menggoyahkan. banyak kali. Dan dalam banyak kali tu jugaklah aku pujuk dengan kisah sirah Rasulullah dan para sahabat yang kerap kali diuji dengan dakwah yang tak diterima.


Usaha pembukaan Kota Konstantinople juga berkali-kali. Sehingga Allah memilih Muhammad al-Fateh. Ya, aku cuma insan biasa dengan cita-cita yang luar biasa menyahut seru Baginda untuk menjadi al-Fateh zaman ini :') come on, hati.




Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakat" (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ahmad, sahih)

Allah. Pembacaan aku pada satu petang tu benar-benar membuatkan aku rasa sangat terpanggil untuk berjuang balik. Dah berapa lama aku tinggal? Dah berapa ramai yang aku biarkan? Susah la nak melangkah sebagai manusia kalau setiap apa yang kita nak buat tu mengharapkan kepuasan hati semua pihak. Ada yang suka kita, ada yang tak suka kita. It's normal.



Tapi, dalam mengharungi setiap kepayahan tu, Allah jualah yang bukakan jalan untuk setiap satunya. :) Dalam tempoh 5 tahun sebagai blogger, banyak kenangan manis yang Allah pinjamkan. Berpeluang menulis dalam majalah, pernah mendapat jemputan ke sana-sini (even sangat susah nak penuhi sebab terikat dengan jadual sebagai pelajar), dapat kawan-kawan baru, dapat tajamkan lagi skill penulisan. macam-macam yang aku belajar.



Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan penulisan aku dari zaman aku muda-muda dulu mungkin tahu betapa proses penulisan aku turut menghadapi kematangan juga. seiring dengan pengalaman yang aku dapat. Aku percaya satu, kalau kita betul-betul berniat nak jadi baik, Allah akan hantarkan ramai kawan-kawan baik untuk berkawan dengan kita. Allah akan bentangkan bermacam-macam jalan kebaikan di hadapan kita so that kita dapat memperbaiki proses kehidupan. Dan kalau ketenangan kita tu diganggu manusia, Allah dah bagi tanda suruh cari ketenangan hanya pada Dia. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang kan. so just KEEP CALM :)


insyaAllah ada masa, nak sambung sikit banyak post yang berbulan-bulan tergendala. so, I'm back! :)

Sanah helwah, blog ❤ Wallahu'alam :)

p/s:  democracy died.
Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta