Followers

20130312

39 : 38

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.


Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.

lewat-lewat hari yang berlalu;

ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.


ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.


dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?


sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.


iman kita naik turun, hati pula berbolak balik. kena rajin minta dengan Allah agar diberi kekuatan dalam istiqamah.

 /////

‘Hm, lepas tu macam mana nak survive lepas ni?’ 
‘InsyaAllah, ramai sahabat. Allah bantu. Cuma nak bagi taw, kita ni tak ada apa-apa. kekuatan doa yang diperlukan’ 
‘InsyaAllah :’)’ 
‘Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Tahan diri, jangan merungut.’ 

/////

seakan satu peringatan setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. banyak benda yang membuatkan aku terkagum. Dan aku yang jenis tak sabar ni akhirnya rasa terdidik dengan rasa positif tu.


Hilangnya sesuatu akan diganti kembali. Sepatutnya kita bersyukur hanya hilang harta, kerana kita masih tidak hilang Allah wa Rasulullah. :’)

Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"(az-Zumar 39:38)

rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.


Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, aku lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu aku percaya akan datang pelangi.


Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita.

satu penguat, sebenarnya
Waallahu'alam.
Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta