December 8, 2013

Kalau tak malu, buatlah apa yang kamu suka

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk belog, rindu


Pernah rasa suka dekat someone? Pernah adore someone tu gile-gile punye? Lepas tu korang rancang cemana nak tackle dia kan? yang penting no phone dia mesti ada dalam simpanan, mesti ada dalam friendlist, whatsapp wechat tahape lagi semua wajib ada. Lepastu buat buat tanya soalan bab-bab agama ke, tanya apa apa je lah, first move. lepas tu korang ke step seterusnya.



yes I know, aku sebagai seorang perempuan, pada pandangan aku, lelaki yang agak dipandang ni;
  1. dia tu dalam barisan kepimpinan –yang dilihat boleh memimpin, 
  2. lepastu stok stok budak masjid/surau atau budak course agama, 
  3. ataupun yang ada rupa, sedap mata memandang.

Dalam musim-musim trend orang berhijrah sana sini (trend? kalau ada masa insyaAllah nak tulis nanti) mulalah kita pun mencari golongan golongan ‘ustaz’ atau mereka yang dilihat ‘alim sikit. Kononnya nak tanya soalan-soalan berkaitan agama.


Perempuan sekarang terlalu berani, I guess. Terlalu berani in expressing their feelings dengan cara yang salah. zaman semua benda nak naik ni, maruah diri jangan nak rendah pulak :/ mencabar ni kalau jadi lelaki. Terlalu banyak pendedahan aurat sana sini, yang cantik bertutup pulak cabaran tang lain pulak, tak tahu apa dekat inbox facebook dia, whatsapp dia, bagi apa, gambar apa. Seriously, kita akan diuji ketika kita bersendirian.


Tiba-tiba aku teringat satu hadis tentang sifat malu yang Rasulullah SAW pesan;
 'Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka' (Riwayat Imam Bukhari)

Ustazah aku masa sekolah dulu selalu ulang benda ni sampai sekarang aku ingat, nama dia Ustazah Aziah.


Aku sedih bila dapat tahu geng geng tudung labuh, berpurdah and so on sangat berani share gambar gambar yang terlalu peribadi yang tak perlu share dengan sesiapa pun. Ya, jangan disalahkan tudung labuh dan purdah itu, seharusnya akhlak tu yang harus diperbetulkan. Sekarang agak hot issue niqabis upload gambar dekat social network.


Entahlah.


Kalau rasa apa yang kita buat tu boleh menambahkan iman, teruskanlah. tapi kalau rasa macam benda tu mengurangkan iman, takpayahlah. Menjadi muslimah yg sebetul betul muslimah, terlalu hebat cabarannya, dan solehah tu bukan kita dapat nilai dari tweet-tweet Islamik dia, atau status-status agama dia. Sebaliknya, apa yang dia buat untuk kekal menjaga dirinya, maruah dirinya, dan berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat diri dia sendiri. Jom lah kita ambik sifat berani tu kita gunakan dalam jalan dakwah, untuk Islam.
 

So, muslimat, jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. :') nah ni untuk muslimat kat luar sana, sorry semua doodle lama, sekarang sangat jarang mendoodle :')

saya berhak menjadi muslimah yang lebih baik. jom!

By the way, insyaAllah dalam esok lusa, saya akan update printed hijab bidang 60. haa super labuh, tak payah gosok lagi. so it's limited, tunggu saya update dekat my page Dr.CintaPunyeBelog.


Waallahu'alam.

September 6, 2013

Muslimat Talk Part 2: 'I wish I could be like her'

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


'Kenapa dah lama tak menulis?' Ramai tanya. so ni jawapannya, sekarang saya tengah berpraktikum 2 bulan, tapi lagi 2 weeks je nak habis. Hari hari saya menghadap anak murid yang super-nakal sampai ustazah ni naik pening. Pray for me ^^ Hari ni saat ni terdetik pulak nak menulis sikit sebabnya rinduuuuu sangat nak menulis, rinduuu sangat nak sharing. Ada yang mintak doodle semua tu, saya mintak maaf sebab saya doodling bila saya free sahaja, and bila free tu dalam satu dua je doodle yang saya sempat lukis. :D


Disebabkan baru-baru ni pada 3 September 2013 (hari jadi saya) dapat suntikan semangat sikit, maka hati pun panggil panggil suruh menulis.



***

'Seronoknya kalau dapat jadi dia'
'Bestnya kalau aku macam tu'
'I wish my life would be like her'

dan bla bla bla.


Tanpa sedar actually kita tak menghargai kehidupan kita sekarang, kita tak suka dengan apa yang kita dah ada sekarang dan itu tandanya kita belum sepenuhnya bersyukur. I know, kadang-kadang, bila kita admire seseorang tu, kita rasa macam waa bestnya dia macam ni macam ni, aku tak ada pun :( *lepas tu sedih sensorang. Bestnya, dia cantik, dia kaya, dia pandai, dia itu dia ini. Appreciate your life, muslimat :)


Bila kita terima seadanya apa yang kita dapat, kita gembira dan kita bersyukur. Bila kita bersyukur, Allah dah pesan, Dia akan tambah dan tambah lagi. Best kan? Tapi ramai yang memilih untuk jealous dengan kehidupan orang lain dan kacau kehidupan orang tu.


Just ingat satu, bila ketenangan diganggu oleh manusia, itu tandanya Allah tengah pesan, cari ketenangan hanya pada Dia. Dan kepada pengganggu pengganggu ketenangan, kalau masih punya iman, mesti faham kan, Allah tengok dan Allah nilai. Rasa macam tak seronok sesama muslimat nak ada perasaan jealous, dengki, suuzzhon (baca buruk sangka).


As for me, bukan senang jadi orang yang ramai kenal. Sebab? Memang lah, dari pandangan kita seronok atas sebab sebab yang kita nilai sendiri, dan pada pandangan sendiri, satu benda yang kita kena bayar ialah semua orang nak ambil tahu pasal life korang once you're a famous person.


Saya, tak suka update benda personal, melainkan ianya ada ibrah dia sendiri. Sebab saya pun tak berapa nak suka ambil tahu pasal life orang lain selagi life sendiri pun tak terjaga betul-betul. Saya rasa terpanggil untuk menegur ini, sifat dengki dalam diri boleh membusukkan hati, seriously. Jangan hanya pakaian yang kita sahaja baik, pakaian solehah, tapi hati, perangai dan diri masih belum solehah. Sedihnya.


Dan satu lagi, jangannnn sangat kita rasa kita ni lebih dari orang lain. Dah berjubah bertudung labuh lengkap stokin handsock semua, kita rasa kita lah yang paling solehah. Dah join usrah sana sini, kita rasa ilmu kita lebih dari orang lain. Please please.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)


Boleh jadi, orang yang kita ingat tak join usrah tu, or pakai tudung bidang 45 tu lebih baik dari kita yang hari-hari pergi majlis ilmu. Kita tak tahu macam mana dia struggle nak cari ilmu, betapa dia ikhlas menuntut ilmu bila dia dah dapat join majlis ilmu yang sekali-sekala je dapat join, compare dengan yang hari-hari dapat pengisian, keikhlasan teruji kan. Siapa pun kita, please reflect diri.


Apa yang kita ada syukuri, apa yang kita tak ada tu jangan ditangisi. Semua orang ada baik buruk, kelemahan dan kelebihan masing-masing kan. So hargai kehidupan masing-masing. Nak bagi tips sikit macam mana kita nak kekal husnuzhon (baca baik sangka) dengan ketetapan Allah. Rahsianya ialah fikir positif. Apa apa yg Allah bagi positif je. Dapat ujian, redha, alhamdulillah, Allah nak tingkatkan lagi taqwa dan sabar, dapat nikmat, syukur alhamdulillah Allah bagi apa yang kita nak, and tak dijangka. Allah berada pada sangkaan kita, baik yg kita fikir, maka outputnya baik jugak. InsyaAllah.


Kepada mereka yang terus support saya, Alhamdulillah semoga Allah memberkati kehidupan kalian dan saya doakan agar awak-awak semua dipermudahkan urusan untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. Saya sayang semua muslimat. Sakitnya muslimat lain adalah sebahagian dari sakitnya saya. :) Itu adalah perasaan yang saya alami, even kita tak pernah kenal, feeling ukhuwah fillah tu tetap kuat dalam hati. Semoga kita semua dipertemukan di Jannah-Nya. InsyaAllah :)


Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. :) Waallahu'alam.


p/s: seriously rinduuuuu sangat nak blogging and doodling, hari ni saya terrajin nak doodle. Hope ada manfaatnya ^^

June 13, 2013

Muslimat Talk: Baitul Harakah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


Aku pernah punyai hasrat untuk pernikahan mewah, dengan jemputan mencecah ribuan, pakaian perkahwinan tajaan pereka terkenal, dengan details indah pada busana, dengan konsep perkahwinan dalam taman atau di hotel-hotel mewah. kaca mata aku dahulu saat aku lihat kegembiraan pengantin pada majlis mewah mereka. senyuman penuh kebahagiaan dan aku tafsirkan majlis sebegitu merupakan sebahagian dari senyuman mereka.


namun, waktu berlalu dan apabila tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan aku. aku tak perlukan kebahagiaan untuk spend ribuan atau jutaan wang untuk majlis yang cuma sehari, sewajarnya aku spend more untuk hari-hari selepasnya, sewaktu melayari bahtera perkahwinan.


Aku tahu, most of perempuan mahukan kenangan indah pada majlis pernikahan mereka, nak kan sweet moments pada hari bahagia mereka. dan dengan itu kami rancak mahukan itu dan ini untuk memastikan momen-momen cinta itu indah.


seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.


Baitul muslim merupakan satu wasilah dalam penyebaran dakwah, hidup saling melengkapi untuk Agama, juga sebagai wasilah untuk menambahkan kecintaan kepada Allah. And the most important is, baitul muslim bukan sekadar baitul muslim. Ada tingkat lebih tinggi yang aku ingin capai, baitul harakah, di mana sesebuah keluarga itu saling bantu-membantu dalam kerja dakwah Islamiyah.


Yusuf al-Qardhawi pun menggariskan marhalah yang perlu dilalui untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam iaitu: (so for those yang belum tahu boleh take note)

1. Mengislah diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim) 
2. Membentuk rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim) 
3. Membentuk masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam) 
4. Mendirikan daulah Islamiah 
5. Akhirnya mewujudkan kembali Khilafah Islamiah



"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca al-Quran bersama-sama, namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?"

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional, negeri dan kawasan, bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru al-Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik al-Quran

Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program-program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." [sumber]


Allah, cukup indah bila kita dapat bertemu dengan muslimin yang memahami semua ini. Dapat saling melengkapi dengan apa adanya; kelebihan dan kekurangan,dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah. itu definisi cinta sebenarnya, saling menguatkan dalam Agama :')

May 30, 2013

Keep Calm & Wear Handsocks

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers :)

***

'Aku suka tengok kau pakai handsocks. Ada sesiapa ke yang suruh kau pakai?'

'Ada. Hati yang suruh. Untuk melengkapkan lagi penutupan aurat aku. Rasanya aurat yang satu ni agak terabai penjagaannya.' Sigh

'Alhamdulillah, seronok tengok.'

Senyum. 

 Perasaan tu bila kita tak mengharapkan apa-apa pandangan atau komen orang, apa yang kita ada, cuma DIA. sebak. 

***


Seronok tengok kawan-kawan berubah. Seronok tengok kawan-kawan dah start nak pakai sopan-sopan, menutup aurat dalam erti kata yg sebenar-benarnya.


Pengalaman sendiri dengan handsocks ni. Masa form 1 je rajin pakai dulu. Naik form 2-5 dah otai otai sikit dah tak rajin daahh pakai. Handsock la yang paling tak rajin nak pakai actually. sebab masa tu rasa panas, rasa kalau tak pakai okay je kot, rasa konon dah tutup aurat fully covered dah, rasa malas. aaa semua ada sebelum ni.


Tapi fikir balik, pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap, ada something yang tak kena. kalau bawak solat pakaian tu, agak-agak okay ke tak. (rujuk tips menutup aurat- HERE) Seiring dengan masuknya new year, saya dah tetapkan matlamat, untuk berubah menjadi muslimat yang lebih baik (azam setiap hari, bulan & tahun). Istiqamah dalam membuat kebaikan, yang mana istiqamah tu bukan setakat bermaksud konsisten, tapi ia bermaksud semakin hari semakin baik. So, tengok diri sendiri sekarang, adakah kita semakin baik, atau semakin tak baik :)


Aurat lengan yang kadang-kadang kita tak perasan masa angkat-angkat barang, masa angkat tangan nak jawab soalan, ada yang kita tak perasan terselak ke apa. Sebagai langkah penjagaan yang maksimum, pakai je handsocks, sekarang pun dah banyak orang yang jual handsocks comel-comel lagi. ^^ Kepada penjual-penjual produk online mahupun offline, teruskan menjual produk muslimat. Bentangkan banyak pilihan untuk para muslimat menutup aurat dengan sempurna.


Jadikan diri kita tu tak kisah untuk berpanas-panas sekejap kat dunia ni dengan handsocks, tudung yang labuh, stokin, inner untuk tudung jarang and so on. Daripada kita 'berpanas' kat sana, takutkan :'( Slowly, insyaAllah. Muslimat patut sedar (termasuklah diri sendiri) selain dari tuntutan fesyen semasa, ada yang wajib kita capai iaitu Mardhatillah (redha Allah).



So, kat sini disertakan beberapa blogshop yg jual handsocks, banyak lagi sebenarnya, kalau nak tengok lagi banyak pergi kat my instagram account @frhwaheeda lepastu pergi tengok instagram yang saya follow, ada la banyak blogshop yang jual handsocks ^^



lacey handsocks from CalaQisya // Diamond handsocks from NMC

Cotton handsocks from Muslimah Clothing Couture//T-shirt handsocks from TheMahabbah

colour handsocks from el-Afza Collection 

Untuk menginspirasi kan muslimat lain yang nak keep on berubah dari yang lebih baik boleh la try baca:
korang ada pengalaman tentang masa mula-mula pakai handsocks? ce cite sikit apa sebab yang membuatkan korang tergerak nak pakai ;)


p/s: aku tak suka menulis perihal cerita peribadi hatta aku sendiri pun tak suka nak tahu cerita jiwa lain, yang aku mahu, adalah membawa jiwa-jiwa yang aku sayang ke syurga, sahabat-sahabat muslimat yang tak berpeluang utk aku jumpa dan bercerita, lalu aku berkongsi di alam maya. kerna, itu matlamat aku, utk berjuang dengan mata pena. 'Asif kalau ianya tak memenuhi spesifikasi yang kamu mahu.  

May 29, 2013

Tabung Gembira- Latihan bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)

فرح

maksudnya gembira. padanlah kawan-kawan yang share satu nama ni semuanya ceria orangnya, kecoh-kecoh, happy go lucky. ^^ even dah nak masuk tengah tahun, saya nak share satu benda, sorry before this memang tak sempat nak update, masa cuti baru sempat :')


All you need is jar and paper. Anything yang membuatkan kita happy even dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara, write it down lepas tu letak dalam jar. I'm sure ramai yang dah tahu rasanya. Benda ni saya praktikkan sampai saya buat latihan mengajar sebulan yang lepas kat Dungun, hihi. so anak murid semua gembira dengan tabung gembira ni.


Contohnya; dapat hangout dengan kawan-kawan, dapat sambut birthday dgn family, and so on, anything yang menggembirakan kita. So, in the end of 2013 nanti, boleh pakat baca balik belek satu-satu  ^^


The positive thing is, bila setiap kali kita sedih dan kita baca balik semua happy memories ni, kita akan jadi bersemangat balik. Di samping dapat menjadi latihan bersyukur dan ingat kepada Dia bila mana kita berada dalam keadaan gembira dan senang. Bukan ingat Allah masa susah je. Ujian itu kan wajib, so selepas datangnya gembira, akan datang kesedihan pulak, so get ready :)


Picture taken from my instagram: @frhwaheeda

i guess just a short post for today, sebab perasan belog dah macam bersawang. kena rajin balik update macam dulu-dulu ^^

p/s: 2 perkara sebak beberapa hari ni, pernikahan sahabat dan ucapan dari orang-orang yang pergi Umrah. :')

May 7, 2013

Pujukan Nabi buat Daie

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)


Sekitar tahun 2008, masa dalam tingkatan lima, kira-kira 5 tahun dulu aku start blogging. ya, sekitar PRU12. eh. dan sehingga 2013, 5 tahun sudah aku sebagai blogger. Ni kira warm up balik la kiranya dah sekitar dalam lima puluh enam hari tak berbelog konon-buatbuat-sibuk.


Dalam tempoh 5 tahun tu, aku tak cakap sebagai blogger tak ada cabarannya. nope. bukan sekadar blogger yang cuma menaip apa yang aku buat hari ini, apa yang aku makan hari ini. sebab objektif aku menulis yang pertama ialah nak motivate diri aku sendiri. and kalau ada yang mana baik ambiklah ibrahnya. Sebab aku sendiri masih dalam proses belajar dan belajar. Sebagai seorang pelajar dah tentu banyak lah silapnya, take note.


perbezaan satu kelengkapan

Dan aku banyak berjumpa dengan golongan-golongan yang mengharapkan aku sebagai maksum. yang tak ada dosa walhal aku juga manusia, bukan separuh manusia, separuh malaikat. tak. Sebagai hamba Allah, aku kerap diuji. Diuji sebagai manusia, diuji sebagai pencinta, diuji sebagai sahabat.


Senyap. Aku rasa itu yang terbaik.


Ada sampai satu tahap tu aku dah give up. Aku dah penat dengan kehidupan yang kita sendiri sedang cuba susun baik-baik tiba-tiba datang manusia nak menggoyahkan. banyak kali. Dan dalam banyak kali tu jugaklah aku pujuk dengan kisah sirah Rasulullah dan para sahabat yang kerap kali diuji dengan dakwah yang tak diterima.


Usaha pembukaan Kota Konstantinople juga berkali-kali. Sehingga Allah memilih Muhammad al-Fateh. Ya, aku cuma insan biasa dengan cita-cita yang luar biasa menyahut seru Baginda untuk menjadi al-Fateh zaman ini :') come on, hati.




Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakat" (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ahmad, sahih)

Allah. Pembacaan aku pada satu petang tu benar-benar membuatkan aku rasa sangat terpanggil untuk berjuang balik. Dah berapa lama aku tinggal? Dah berapa ramai yang aku biarkan? Susah la nak melangkah sebagai manusia kalau setiap apa yang kita nak buat tu mengharapkan kepuasan hati semua pihak. Ada yang suka kita, ada yang tak suka kita. It's normal.



Tapi, dalam mengharungi setiap kepayahan tu, Allah jualah yang bukakan jalan untuk setiap satunya. :) Dalam tempoh 5 tahun sebagai blogger, banyak kenangan manis yang Allah pinjamkan. Berpeluang menulis dalam majalah, pernah mendapat jemputan ke sana-sini (even sangat susah nak penuhi sebab terikat dengan jadual sebagai pelajar), dapat kawan-kawan baru, dapat tajamkan lagi skill penulisan. macam-macam yang aku belajar.



Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan penulisan aku dari zaman aku muda-muda dulu mungkin tahu betapa proses penulisan aku turut menghadapi kematangan juga. seiring dengan pengalaman yang aku dapat. Aku percaya satu, kalau kita betul-betul berniat nak jadi baik, Allah akan hantarkan ramai kawan-kawan baik untuk berkawan dengan kita. Allah akan bentangkan bermacam-macam jalan kebaikan di hadapan kita so that kita dapat memperbaiki proses kehidupan. Dan kalau ketenangan kita tu diganggu manusia, Allah dah bagi tanda suruh cari ketenangan hanya pada Dia. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang kan. so just KEEP CALM :)


insyaAllah ada masa, nak sambung sikit banyak post yang berbulan-bulan tergendala. so, I'm back! :)

Sanah helwah, blog ❤ Wallahu'alam :)

p/s:  democracy died.

March 12, 2013

39 : 38

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.


Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.

lewat-lewat hari yang berlalu;

ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.


ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.


dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?


sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.


iman kita naik turun, hati pula berbolak balik. kena rajin minta dengan Allah agar diberi kekuatan dalam istiqamah.

 /////

‘Hm, lepas tu macam mana nak survive lepas ni?’ 
‘InsyaAllah, ramai sahabat. Allah bantu. Cuma nak bagi taw, kita ni tak ada apa-apa. kekuatan doa yang diperlukan’ 
‘InsyaAllah :’)’ 
‘Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Tahan diri, jangan merungut.’ 

/////

seakan satu peringatan setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. banyak benda yang membuatkan aku terkagum. Dan aku yang jenis tak sabar ni akhirnya rasa terdidik dengan rasa positif tu.


Hilangnya sesuatu akan diganti kembali. Sepatutnya kita bersyukur hanya hilang harta, kerana kita masih tidak hilang Allah wa Rasulullah. :’)

Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"(az-Zumar 39:38)

rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.


Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, aku lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu aku percaya akan datang pelangi.


Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita.

satu penguat, sebenarnya
Waallahu'alam.

January 18, 2013

Semangat al-Fatih

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)


Benda biasa bila sebulan sekali je update akan rasa kekok semacam nak menulis. Allah, macam-macam yang Allah bagi, nikmat, ujian, bercantum sekali demi nak memantangkan diri tu. Alam maya tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih sibuk, lebih memerlukan khidmat diri :’) InsyaAllah, as long as saya ada masa nak menulis, saya akan menulis, sbb mungkin lepas ni entah-entah dua bulan sekali pulak update eh.


*** 

'Ramai yang takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak. Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'. Begitulah permainan syaitan, gagal membawa kita direct dgn ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan kebaikan.


Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai, pada Allah jualah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia berkata apa' saya petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau.


Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita. So that, kita boleh jadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, well tak kan kita nak berada pada tahap itu je, zon selesa, langsung tak nak berganjak, langsung tak ada kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg lapar rohani.



Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain untuk menjadi baik, macam-macam ujian kena tempuh, fact. Bila buat baik, ada je orang tak suka, bila buat jahat lagi la orang mengata kan? Kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata memang sampai bila-bila kita tak akan mampu, ya, aku cuma pegang satu je, buat je apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka. Senang walaupun susah sebenarnya. :)


Dan aku jugak percaya yang Allah tak akan berhenti memberi khabar gembira kepada kita kalau kita ikhlas untuk memperbaiki diri, dihantar-Nya kita sahabat yang soleh solehah, diletakkan kita dalam biah (suasana) solehah, dilembutkan hati untuk menerima nasihat daripada orang lain. Allah yang bagi ujian, dan Allah jualah yang menunjukkan jalan, guide untuk ke jalan yang benar. Setiap ujian, nikmat semua tu datang untuk mematangkan kita.


Sahabat kerap kali berpesan; ujian dan nikmat saling berkaitan. Ya saling mengingatkan hal yang satu ni. Diorang ni macam bestfriend la, once kita dapat nikmat tup tup ujian datang menyapa, it’s normal. Lalui dengan matang dan tabah.


Ya mungkin akan ada pahit, kita kena menangis, sometimes menderita and so on, so that kita boleh rasa kebahagiaan pada masa akan datang. Kebahagiaan, kegembiraan semua tu sometime kita kena bayar dengan air mata kan :) tak akan dapat free. Kalau hari ni semua manusia nampak kita HEBAT, diorang tak tahu yang sebenarnya kita pernah HEBAT menderita, dan Allah jualah yang Mengetahui dari A sampailah Z, dari hujung rambut hingga hujung kaki, setiap penjuru masalah yang datang, setiap inci isi hati, semua Allah tahu, takde manusia yang tahu sedetail tu, tak ada.


Dan bila hari ni, kita boleh mengadu dan mengadu pada manusia, esok mungkin dia dah boring, seminggu dua boleh la tengok-tengok kita lagi, boleh lah nak nasihat itu ini, tapi lama-lama semua tu kita KENA WAJIB handle sendiri. Untuk ubah diri sendiri adalah DIRI kita sendiri. Dan sesungguhnya hanya diri kita yang faham diri kita sendiri, orang lain tak. Seriously, kalau kita beriman dengan sebenar-benar Iman, benda negative yang terjadi pun kita boleh fikir positive side lagi. Betullah hadis yang satu ni, sangat menjadi motivasi;


“Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” [HR. Muslim]


Hari ni, kita akan bersyukur dan berterima kasih sebab pengalaman pahit suatu masa dulu tu dah bertukar jadi something yang sangat manis at the end. Alhamdulillah. Jangan lupa sujud syukur, serahkan ketaatan kepada-Nya seluruh jiwa raga. Actually, Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yang kita minta. sungguh banyak. :') Allah dah bagi terlalu banyak. Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini dengan bermacam-macam cara yang kadang-kadang kita tak nampak, sangat halus. Pilihan Allah itu adalah yang terbaik, seriously! :)


Di kesempatan ini, saya nak ucapkan bermillion million terima kasih kepada sahabat-sahabat sekampus saya esp semester 5 yang telah pun memberi kepercayaan dan sokongan sewaktu pilihan raya kampus yang lalu. Bermakna, tanggungjawab telah terpikul di bahu, semua benda akan jadi perhatian kalau langkah tersilap. Mohon tunjuk ajar dan nasihat.

diri sendiri berharap dapat menjadi seseorang yg bermanfaat utk agama :')

Dalam perjuangan, saya suka meminjam semangat al-Fatih. Usia muda namun mampu menakluk Konstantinopel. Pada usia 21 tahun dia mampu menakluk, maka kita juga hendaklah berazam untuk melakukan sesuatu untuk Islam, even sumbangannya cuma kecik. Saya bukanlah yang terbaik tapi insyaAllah sedang cuba menjadi yang terbaik :)


Bismillah, bermula langkah dan tanggungjawab, bukan setakat di dalam kampus, tapi jugak masyarakat luar. Tajdid niat, moga dipermudahkan urusan. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. ^^ Wallahu’alam.


*sorry sorry sorry kalau terpanjang, dah lama tak menulis sekali menulis haaa banyak pulak membebel -,-‘ ni buat bekalan akan datang la kiranya, tak taw bila nak update lagi taw. :’) sayang korang kerana Allah.