Followers

20120629

Kertas hati

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


Kertas putih or Kertas hitam?

sebuah analogi
Ambil sehelai kertas putih, 2 helai yang baru ek. Satu biar je putih. Yang lagi satu, titik dengan marker hitam sampai jadi banyak. Pastu conteng dengan marker kaler hitam sampai hilang kaler putih. Bagi jadi macam kertas hitam, jadi gelap pekat sangat2. Pastu ambik pen hitam.
 
Eh, ambik. bukan suruh baca je la. Isk, Isk

Mula-mula, tulis kat kertas putih, pastu tulis kat kertas hitam. Hmm, tulis kat kertas tu, nak tulis apa ye? Tulislah "Suka melambatkan solat". Ataupun apa-apa perkara yang membawa kepada dosa. Atau kita sendiri buat. Terpulanglah ye.
Tengok dua-dua kertas. Eh, kenapa yang putih nampak jelas apa yang kita tulis. Yang hitam x nampak pun? Pelik jugak.. Macam tak ada apa-apa je, kan? kalau yang putih, mesti nampak walaupun terconteng sikit je.
Itulah perumpaan kita. yang putih atau hitam. Perumpamaan apa? Perumpamaan hati dan iman.

Hati kita bila suci, bersih. Bercahaya. Bila terbuat dosa sikit je, pasti terasa. tersedar, dan kita nampak dosa tu, kan? Tapi, kalau hati kita yang putih tu kita buat dosa, sampai ada banyak titik hitam dan last sekali jadi gelap. Kita tak akan perasan jika kita buat dosa. macam kertas tadi. Kita x akan rasa macam ada yang tak kena. Tak akan rasa tak sedap hati, tak akan rasa pelik, takut. Sebab, kita dah tak nampak dosa tu, kan?

"Kebaikan itu akhlak yang baik, dan dosa itu ialah apa yang bergetar di hatimu, dan kamu benci bila ia dilihat oleh orang lain"-Hadis 40.

So, apa lagi, "Jom Renovate Hati!!" :)
Thanks dekat kawan saya Farah Diana Abu Bakar yang kasi saya share ye :P 

*Take note: untuk mereka yg dapat emel dari saya pasal tudung tu, pengeposan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat ye ^^ kalau blogshop tersebut dah send, definitely terus saya emel korang. ada tudung dekat simpanan saya, saya boleh hantar in July nanti. yang dah dapat tudung tu, selamat mencuba tudung baru :)



Syukran Jazilan for reading

20120624

How about tudung labuh? or tudung yang lebih labuh dari biasa?

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) Special post, insyaAllah saya ada sesuatu di penghujung. so, muslimat, sila baca dari awal sampai akhir ye ^^ Duduk diam, fikir dan jana setiap patah yang cuba disampaikan.

Ramai impikan untuk menjadi lebih baik dari sekarang betul tak? dan, semua pun layak untuk berubah menjadi lebih baik. Allah sendiri memberi khabar gembira dan mengalu-alukan hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. ^^


SO, how about tudung labuh? or tudung yang labuh sikit dari yang biasa dipakai? ramai yang tanya saya, macam mana ye nak pakai tudung labuh ? macam mana ye nak pakai pakaian yang lebih menutup aurat? so, saya jawab sini je lah ye. tak dan nak reply satu-satu. :') saya juga bukanlah everyday pakai tudung labuh tapi usaha untuk pakai yang lebih labuh tu insyaAllah sentiasa berterusan, jom sama-sama berubah. Nak baik, bukan sorang-sorang je, ajak kawan-kawan sekali, sebab kita nak masuk syurga sama-sama :')


Ni kalau korang google 'tips bertudung labuh' dah keluar dah ni. so saya guna bahasa yang lebih santai sikit. Owh ye, tips-tips ni boleh diterima pakai kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

1) Biasakan perubahan yang kecik-kecik dulu contohnya korang try la pakai stokin dan arm sock. Lama-lama bila dah biasa, korang akan terbuka untuk try the next step.


2) Pakai pakaian yang lebih longgar dan labuh, seluar ketat-ketat tak maw. actually, even korang pakai baju labuh lepas tu pakai macam seluar yang ketat lepas tu nampak batang kaki, err macam agak pelik di situ. masih belum ikut syariat, ala, korang pakai kat rumah je la ye depan suami nanti. :') lebih selamat.

skinny jeans


3) Join usrah yang benar. Ikut syariat, bergaul dengan mereka yang lebih solehah dan lebih thiqah. Penting untuk kita mempunyai sahabat-sahabat yang begini, bukan apa, senang urusan Akhirat kita. Bila salah, ada yang tegur, bila kita lemah ada yang perkuatkan, bila kita jatuh ada yang bangkitkan. Itulah sebaik-baik sahabat yang saling membantu dalam urusan agama.


 4) Nak dapat kawan yang baik macam tu, langkahnya rajin-rajinkan diri ke majlis ilmu. Upgrade ilmu agama, sedar diri masih kurang sana sini, so, kena ada usaha untuk perkuatkan hati dan diri untuk ubah menjadi lebih baik. kawan-kawan yang baik ada di tempat-tempat baik sebegitu. Panjangkan langkah mencari ilmu, kita tak rugi sikit pun.


5) Di samping itu juga, giatkan lagi usaha untuk perbaikkan lagi ibadah-ibadah asas. Contoh kita solat 5 waktu, tapi cuba awalkan solat itu. Kita puasa pada bulan Ramadhan tapi cuba untuk upgrade puasa yang biasa-biasa (hanya menahan lapar dan dahaga) kepada puasa yang luar biasa! (berpuasa hanya kerana kecintaan kepada Allah). Lepas dah cantikkan yang asas, buat yang sunat. Perkuatkan cinta kepada Allah, Allah akan kuatkan kita. :')


6) Banyakkan baca al-Quran dan tadabbur maknanya. Awak tak faham apa yang Allah nak sampaikan melalui ayat-ayatNya, sebab itu awak tidak rasa gembira untuk ikut perintah-Nya. Bersahabatlah dengan al-Quran, sebab al-Quran inilah yang nak teman kamu dalam kubur nanti. Digalakkan setiap dari kita ada tafsir al-Quran yang kecik tu so that mudahlah nak bawak ke mana-mana.


7) Bila dah kuatkan dalaman, insyaAllah Allah akan kuatkan kita untuk berubah for the next step.  Slow-slow. Jangan gopoh. Dah baiki dalaman, sekarang baiki luaran. Kalau dulu kita suka pakai seluar jeans ketat-ketat, sekarang awak pakai jeans yang longgar sikit. lepas tu, awak tukar pakai seluar slack pulak, lepas lepas tu, rajinkan diri pakai kain/skirt (sekarang pun dah banyak pilihan skirt rite?) Lagi baik pakai kain/skirt  tak de lah nampak kaki :') Ini contoh. Begitu juga dengan baju ye.


8) Okay, sekarang sudah sampai kepada tudung pulak. Tudung muslimat yang labuh yang dijual di pasaran ni berjenis-jenis, saya terangkan ye. Bidang biasa bidang 45'. Yang labuh sikit bidang 50', then 55' and then 60' dan tudung labuh bulat (berjahit). Untuk step ni, awak boleh try pakai tudung bidang 50 dulu. Sangat banyak pilihan di pasaran. Usually, jenama akel yang bergaris dekat tepi-tepi tudung. 


 9) Lepas tu awak try pakai tudung bidang 55 or 60 pulak. Yang ni labuh lagi lah dari bidang 50 kan. Lepas dah selesa, awak boleh la try pakai tudung labuh yang bulat berjahit tu. ^^

Pakaian produk solehah, jadikan diri anda terpilih! ^^

 10) Step-step ini hendaklah dilakukan secara istiqamah dan keraplah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati. Hati kita ni berbolak-balik, iman kita pulak turun naik. So, kena rajin mintak dengan Allah supaya ditetapkan hati untuk berubah.


11) Finally, awak selang-selikan lah pakai tudung bidang 60 tu dengan tudung labuh. hari-hari nak pakai tudung labuh memang payah, tapi sila berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. :') 


Awak, nak berubah slow-slow, akan ada sahabat yang sudi pimpin tangan dan guide awak along this journey. Tak mampu pakai tudung labuh, pakailah tudung yang lebih labuh sikit yang boleh cover apa-apa yang patut. Gembirakan diri apabila menutup aurat. Tutup aurat bukan tandanya tersekat tapi supaya selamat. Allah tahulah apa yang terbaik buat hamba-Nya, kita tinggal ikut dan amalkan dalam kehidupan seharian. Allah nak didik kita dengan bermacam-macam cara.




yes yes, inilah project yang dah lama saya habaq kat facebook page dulu, baru berpeluang. Saya nak bagi tudung free ni. So, sesiapa yang berminat boleh la e-mel kan kat saya. Tapi amatlah saya galakkan kepada mereka yang sebelum atau sekarang ni memang sedang pakai tudung yang biasa-biasa je demi untuk menggalakkan pemakaian tudung yang lebih labuh :) Sebagai langkah motivasi. Ada macam-macam jenis tudung bidang 50, 55, 60, jenis akel, bawal, pashmina labuh paisley, tudung labuh bulat and so on. owh, awak tolong sent details dekat emel saya:

farahwaheeda91@gmail.com

-Nama
-Alamat
-No telefon

(kalau boleh awak cerita sikit awak nak berubah pakai tudung apa sebenarnya ye, mudah saya nak susun tudung mana nak bagi kat awak ^^ pendek sudah ye, panjang-panjang saya tak larat nak baca :') )

*TAKE NOTE: bukan semua ye dapat, ikut kuota. yang dapat akan terima reply dari saya. InsyaAllah dalam tempoh seminggu, saya cuba selesaikan. ;)

UPDATE 25/06/12 CLOSED

Kali ni saya dapat kerjasama dari blogshop untuk pemberian kepada beberapa orang. cukup kuota maka tertutuplah penyertaan. bila dah tutup saya akan update dekat sini.


Yang ni merupakan senarai blogshop yang bekerjasama dengan Dr.CintaPunyeBelog untuk pemberian tudung-tudung labuh/bidang 55/60. kalau ada siapa-siapa nak sponsor lagi pun boleh. lagi ramai boleh dapat dan lagi ramai yang menutup aurat. Boleh e-mel saya jugak ye. InsyaAllah moga usaha kecil ini Allah redha dan nilai. ^^Allah sayang kamu, saya sayang orang yang Allah sayang.

Apa-apa pertanyaan kalau nak saya reply cepat, boleh direct tanya saya kat twitter.


Waallahu'alam. :)

Syukran Jazilan for reading

20120608

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :) Alhamdulillah, dapat jugak meluangkan masa untuk menulis sikit di belog sendiri :) InsyaAllah selagi masih ada usia yang berbaki di kandung hayat, selagi itu akan terus menulis dan memberikan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. InsyaAllah InsyaAllah. Kalaupun, satu hari nanti andai jasad dipanggil pergi, biarlah ianya terus kekal bersemadi di sini ewah. 


 Set Fire to The Rain Instrumental

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu. Betul? Hati tak akan mampu berdusta, kalau antara dua A dan B, kita cuma boleh dan mampu untuk memilih salah satunya, sebab hati cenderung mencintai cuma satu, yes cuma SATU. Tok sah tipu diri sendiri.

Okay mari kita lihat sifirnya. Analogi yang lebih dekat untuk difahami.

Ini Hana dan Kimi. (bukan nama sebenar). Mereka saling menyayangi namun bila Kimi menyedari dia sebenarnya lebih sayang kat orang lain berbanding Hana. cis.


"Maaf, saya tak boleh tipu diri sendiri, ternyata saya sayangkan dia lebih dari awak. Maaf, saya rasa perpisahan ini adalah yang terbaik. Rupanya kita tersalah memberi cinta"


Cinta dunia ataupun cinta Akhirat; kita yang pilih. Kalau kita mengejar dunia, Akhirat akan meninggalkan kita, tapi kalau kita kejarkan Akhirat, dunia akan bersama kita. Untung bukan? :') Mencintai dunia lebih dari Akhirat, membuatkan seseorang itu rugi kelak. Seseorang itu akan disibukkan dengan apa yang dicintainya. Sebagai contoh, apabila kita fall in love with someone, kita pasti akan ingat akan orang yang dicintai itu. Sibuk untuk berdating dengannya, sibuk nak berSMS dengan si dia, sibuk nak ikut cakap dia. Yes, yes sebab kita disibukkan dengan kecintaan masing-masing.


Piala Dunia atau piala Akhirat? 

pilih pilih

Ramai yang terlupa soal Akhirat. Terlupa sebenarnya kehidupan sebenar adalah di alam sana, Akhirat. Pernah terfikir, amal apa yang kita nak bawak dekat sana nanti :') Kita dihidupkan oleh Allah, di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat dan beramal kepadaNya, dan semuanya kita harus persiapkan untuk kehidupan sebenar kita di sana. :')


Tanpa kita sedar, kita terlalu bertungkus lumus dalam hal keduniaan, bersungguh-sungguh mencari kekayaan sehingga terlupa hal-hal Ukhrawi. Ya, lumrah cinta tiada dua, sama ada cinta dunia mahupun cinta Akhirat, semuanya terletak pada pilihan kita. Memilih kesesatan atau memilih keimanan.


Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk Akhirat. Hidup di dunia untuk dibawa bekal ke alam yang lebih kekal, Akhirat. Ramai di kalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang Islam. Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman.

"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya, 
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda s.a.w: 
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." 
Sahabat bertanya lagi, 
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?" 
Jawab Rasulullah s.a.w: 
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn." 
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. 

Habis Madu Sepah dibuang

Allah dah bagi nikmat, kita rasa, kita dapat, kita nikmati, lepas tu tak tahu bersyukur. Sungguh, bawak bawak le beringat pada Allah, jadikan Dia kecintaan Utama kita melebihi yang lain, biar kita dapat merasai kemanisan iman. Jangan jadikan iman semakin tawar dan hambar. Bila hambar, itu yang kita rasa bosannya solat, bosannya majlis-majlis ilmu, kurang berjemaah, hatta surau atau masjid di hadapan rumahmu sendiri. -,-'

yes, and of course di samping mengejar Akhirat, Dunia tidak dilupa. jangan jadi berat sebelah. thats why 'kalau kita berusaha untuk mengejar Akhirat, InsyaAllah Dunia akan bersama-sama kita.' Bagaimana nak seimbangkan, itu terletak pada usaha kita sendiri. Usaha yang bagaimana untuk menjadikan kita tidak rugi. So, have we decided? Dunia or Akhirat? Pilih pilih, jangan salah terpilih, usaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali. jangan jadi manusia yang rugi, Dunia ketinggalan Akhirat pulak melepas. :')

Waallahu'alam. :)

p/s: sapa ada twitter moh le follow kitee. :') Okay here is the link; Click here.


Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta