Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
***
Kalau saya lelaki, saya akan rasa risau sangat sebab akan selalu ter-tengok aurat perempuan. Mana-mana pergi je mesti akan ternampak. Bukan saya tak tahu kalau tertengok aurat wanita ni berdosa apatah lagi saje-saje nak tengok. Pergi jalan-jalan je nampak, bukak TV je nampak, kat social network pun sama. Aduh, susahnya. Betul kata kawan saya, kena kuat iman.
Kalau saya lelaki, saya akan risau sangat sebab tanggungjawab saya besar. Tanggungjawab kepada ibu bapa, adik beradik, nanti bila dah kawen isteri dan anak-anak. Saya akan rasa bersalah kalau saya tak ajar mereka tentang aurat kerana itu adalah kewajipan saya. Kalau mereka dedah aurat saya yang berdosa. Seorang perempuan yang tidak menutup aurat akan menarik 4 golongan lelaki, ayahnya, suaminya, abang-abangnya dan anak-anak lelakinya ke dalam neraka :O
Kalau saya lelaki saya patut tahu tanggungjawab saya pada Islam amat besar. Betapa saya akan mengagumi para syabab (pemuda) pada zaman dahulu saat Islam dijulang tinggi. Siapa tak mahu jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk kota Konstantinople masa usianya 21 tahun. Siapa tak kenal pada keberanian Saidina Ali karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Baginda s.a.w saat kaum musyrikin memburunya. Hebat, saya ingin jadi macam tu.
Kalau saya lelaki, saya patut tahu bahawa hidup ini bukan angan-angan. Tak perlu sibuk lagi dengan cinta yang belum halal. Saya perlu tahu tanggungjawab pada pelajaran buat masa ni lebih penting dari membazir wang ringgit yang datangnya dari ibu dan ayah saya sendiri. Saya patut tahu kaum lelaki bertindak sebagai pelindung dan bukan merosakkan kaum wanita yang lemah. Bagaimana saya menjaganya? Bukan dengan cara mengajak para wanita berkepit bersama saya 24 jam tetapi dengan kerap kali mengingatkan wanita yang selalu bengkok. Saya kena selalu ambil perhatian bagaimana adik-adik perempuan saya, kakak-kakak saya.
Tapi, saya perempuan yang mana tanggungjawab perempuan jauh lebih sukar. Aurat kena sentiasa saya jaga. Tutup aurat supaya selamat. ^__^ Supaya masing-masing dapat menundukkan pandangan. Bukankah Allah sudah berfirman?
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (An nur : 30)
Jom sama-sama jaga pandangan. Saling berusaha kepada yang lebih baik. Waallahu'alam. :)









Farah Waheeda/22/trainee-teacher/Keep Calm and Don't forget to be awesome ❤




