Fesyen Trend

8:28:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Allahurabbi, lamaaa tak jenguk belog sendiri. :') *sambil cuci sawang belog. Alhamdulillah, dah nak masuk tahun baru dah. sibuk di dunia realiti terlupa kejap dunia alam maya. terpanggil untuk berkongsi apa yg hati sedang rasa, nasihat sesama muslimat, kerana sayang. nak masuk syurga sama-sama kan? :)

***

‘Apesal lah perempuan ni complicated sangat eh? Nak bersiap dah berapa lama, almari dah penuh baju hang kata takdak baju dah, tu haa rak kasut kat luar tu penuh kasut hang, haha’ satu hari rumate dan aku pun berborak-borak manja. Aku tahu dia dok perhati aku dari tadi sebab tak daaan lagi touch up depan cermin, hihi. *okay perasan. Nak pegi dating dengan rumate kan.


Cis, rumate ni bukan gigirl ke? Rumate aku tak pernah baca belog aku. Rumate tak de pesbuk, dia kata dia tak suka nak social social network ni. Bosan. Sengih. Aku dan rumate memang totally different. Macam langit dengan bumi. (tapi saling melengkapi eh)


Tiba-tiba teringat bicara dengan seorang ukht,

kalau enti sndiri, kenapa memilih untuk berpurdah?’
‘nak elak fitnah, mungkin kalau tak berniqab, saya juga akan tergila-gila fesyen zaman sekarang’
Oh


Selagi mana yang bernama perempuan, mesti sikitlah dia ada sense of fashion. alhamdulillah, sekarang kesedaran menutup aurat semakin meningkat, tahniah kepada muslimat yang memilih untuk mendahulukan peraturan Allah dari berfesyen.


Islam tidak menghalang wanita untuk berfesyen. Islam tidak anti-fesyen, tetapi Islam anti kepada pendedahan aurat dalam berfesyen. Ada beberapa trend yang saya rasa tak patut menular, membiak and so on. Boleh pakai dalam rumah sahaja, ehe.


trend turban. in real, tak pernah lagi terserempak orang pakai camni. tapi tak tahu lah kan. sila rujuk gambar dan nilai kenapa ia tidak patut dipakai oleh muslimah



trend tudung pendek. kalau tak mampu pakai tudung labuh, mampukan diri untuk pakai tudung yang lebih labuh dari yang biasa kita pakai :) cover apa-apa yang patut.

peplum top/kurong. sekarang tengah in peplum ni, ada yang pendek, ketat, ada yang labuh tapi melekat. so kalau kita betul-betul nak pakai peplum ni, make sure, tak ketat, labuh, cover apa-apa yang patut, dari segi materialnya tak ikut susuk tubuh badan. tak, tak susah pun sebenarnya, bergantung kepada kemahuan kita sama ada nak utamakan Allah atau fesyen?


sebagai muslimat, kita kena check dulu syarat-syarat penutupan aurat yang telah Allah gariskan. bukan fesyen semata lalu abaikan apa yang Allah suruh :') kalau kita memberati aurat, insyaAllah kita akan rasa sangat selamat sebab Allah akan jaga ;)


lace kurong. cantik dah pakai ala-ala baju kurung ni, sekarang pun trend pakai skirt. nampak manis je, cuma ada sikit yang tak manis. lace dress ni biasanya dia ikut badan. so sesiapa yang nak pakai, boleh la amik yang size besar sikit and pakailah inner ke apa yang patut la untuk cover.


seterusnya dari segi material pakaian tu sendiri. even kita dah berjubah tapi material nya adalah lycra/jersey, hati-hati, sebab material ni jenis berat, maka akan nampak susuk tubuh dan ternampak apa yang sepatutnya dicover. so, elakkan. 


pemakaian seluar juga kena titik beratkan. a big no to legging, jegging. Jeans and candy jeans pulak kalau nak pakai make sure, tak nampak bentuk kaki and ketat. alaaa jeans yang kaler-kaler yang tengah in sekarang, beli la kalau nak beli, tapi pakai kat rumah je or beli size yg besar sikit so that tak nampak batang kaki :D kita ada kaler pink tapi berani pakai kat rumah je la, addict sangat kaler pink -,-



sepatutnya, apa yang kita pakai ke tempat kerja, kelas, santai, beraktiviti or anything, boleh dijadikan pakaian untuk bersolat jugak. tapi ramai yang tak yakin nak bersolat dengan pakaian yg dipakai, sebab apa? sebab para muslimat sendiri sedar pakaian yg dipakai tak memenuhi tuntutan syarak contohnya nipis, ketat, tak pakai stokin, mendedahkan aurat etc


Islam itu mudah, kalau kita ikut, faham dan praktik betul-betul apa yang Allah suruh. perempuan, biasalah dia sentiasa nak nampak cantik. Cantik ni banyak jenis dan subjektif. sahabat saya pesan,

'cantik, tapi kalau kita tak merasa tenang dengan kecantikan tu, hanya mengundang banyak mata, tak ada barakah, tak ada ketenangan pun even dia cantik berganda-ganda, jaga kecantikan yang kamu ada' lebih kurang lah pesanannya.

“Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar r.a.) 

Akhir kata, pakailah apa pun yang melambangkan kamu seorang MUSLIMAH yg menjadikan syariat sebagai nombor satu :) sebagai hamba Allah yang telah dikurniakan akal utk berfikir dengan sebaik-baiknya, setiap apa yang kita pakai, nak pakai, fikir, tanya dan reflect balik, 'Allah redha tak aku pakai macam ni'

***
'Kopiah dan serban semata bukan caranya. perlu juga pakai topi bila perlu. barulah stailo pak aji kita! Islamik perlu ada 'pop' di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa. Jiwa-jiwa kosong. Jiwa-jiwa separa kosong. Jiwa-jiwa berontak. 'pop' yang ada dalam penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa. Islam itu juga ada pop bukan k-pop tapi iPop' 

nahh, KOPI-AH dari Abrar Shafie dan Munirah Rashid bakal menggegarkan jiwa, dapatkan di kedai-kedai buku terdekat anda. cerpen Islami yang banyak membuatkan kita berfikir, serious! :')



*kawan ramai yang dah and nak kawen, lepas tu pregnant pulak, lepastu dah ada family dan kehidupan sendiri. ah aku pening dengan putaran masa yang begitu cepat berlalu :') 

waallahu'alam

36 patient (s) need treatment

  1. ukhti, bukan ke kalau pakai inner dalam baju lace, still nampak bentuk badan? sebab macam susah nak cari inner yang agak lonngar.

    ReplyDelete
  2. Kdg sebab tergilakn fesyen sangat. Saya tewas dgn peplum. Hehe peplum mmg takde yg longgar sbnrnya. Still bole nmpk bentuk bdn. Kalau boleh doktor bg tips mcm mana nk pakai baju 'jahiliyah' mengikut syariat. Or maybe boleh buang je kot? Idk? Just my two cents

    ReplyDelete
  3. @haniazhr ada, satu trik nya, beli baju lace tu yg size plus sze, bila pakai inner pun tak nampak bentuk :) tpi kalau rasa was-was tak payah tak pe. depends on orang ;)

    inner yg longgar pun sama, mostly beli size yg lebih besar dari yg biasa pakai, rasanya inner mcm tshirt skrg dah banyak je jual sbb slalu je jumpa. :)

    ReplyDelete
  4. @Safura ★

    peplum ada je yg longgar, kalau nak lagi best buat custom made :) ikut ukuran kita, ikut keselesaan kita. kalau yg kat pasaran tu banyak ye kecik, ikut badan sikit.

    mungkin ni utk mereka yg sukakan fesyen tapi terlupa tntg aurat boleh timbang balik cadangan ni. pada saya, kita nak pakai apa pun boleh tapi ikut mcm mana yg Allah dah tetapkan, senang :) kalau rasa was-was tak perlu pakai. pakai simple simple je best :D

    ReplyDelete
  5. Wanita yg mnutup aurat ialh wanita yg thu malu..;-)

    ReplyDelete
  6. Wanita yg mnutup aurat ialh wanita yg thu malu..;-)

    ReplyDelete
  7. Wanita yg mnutup aurat ialh wanita yg thu mlu;-)

    ReplyDelete
  8. itulah..
    saya juga risau dengan dunia fesyen skrang..
    ramai sangat yang terjebak..
    insyaAllah saya akan menjaga sebaik mungkin aurat.
    doakan..=)

    ReplyDelete
  9. @asliner keep on make dua, agar kita tak terpengaruh sgt dengan fesyen yg boleh menyimpang :')

    ReplyDelete
  10. Ingat msuk blog fashion designer td.. :)
    2013 ni tak taula fesyen jenis apa plak

    ReplyDelete
  11. betul..mcm2 fesyen dh yg keluar skrg..bertudung tu dh bgus tp lari plak konsepnye..sayanggg~

    ReplyDelete
  12. kak, trima kaseh atas tips yg akak bg :))

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ukhti . Kalau kite dah pakai baju kemeja lengan panjang , perlu ke kite memakai hand socks di dalam nye ?

    ReplyDelete
  14. @keri ikhwan hihi, harapnya lebih bnyk muslimat lebih teliti dan bijak dlm memilih pakaian yg menutup aurat :)

    ReplyDelete
  15. @Nur Zulaikha pelan-pelan insyaAllah, alhamdulillah ramai yg dah bertudung, satu hri nanti masing masing akan fikir balik, apa yg kita pakai ni akan membawa ke syurga ke neraka (nauzubillah)

    ReplyDelete
  16. @Anis Hayati sama-sama, skdar berkongsi ^^

    ReplyDelete
  17. @Ruzana Razani waalaikumussalam. baju lengan panjang, terpulang kpd kita, tak nak pakai pun takpe if kita yakin yg dia tak terselak kan. tapi for full protection, pakailah :)

    ReplyDelete
  18. Assalam sis, amne nak dpt buku KOPI-AH tu?^^

    btw, terima kasih atas peringatan.:)

    ReplyDelete
  19. assalam sis, amne nk dpt buku KOPI-Ah tu?^^

    btw, thank di atas peringatan. semoga diri ini istiqamoh.

    ReplyDelete
  20. moga kita semua senantiasa dipelihara oleh Allah dr perkara-2 yg x baik.. Amiin.i'Allah .
    Ukhti, ana copy ye pic tips menutup aurat . :)

    ReplyDelete
  21. Suka entry ni :) Memang kadangkadang tewas dengan nafsu sendiri bila tengok bajubaju sekarang banyak yang cantikcantik...

    ReplyDelete
  22. syukran jazilan dr.cinta... entry anda sememangnya sedikit sebanyak membantu kami. hehe..mmg suke tgk kartun doodle awk tu. comey..teruskan menulis!!

    ReplyDelete
  23. terima kasih atas perkongsian yang diberi=) suka blog ini^^jika ada masa, silah lawat blog saya pula ye=)

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum ukhti,

    Tumpang tanya.. selain lycra/jersey, jenis kain apa lagi yang rasanya tak sesuai untuk dibuatkan baju/jubah?

    Jazakillah ((:

    ReplyDelete
  25. @Nadya Bubble kann, tapi syarat pertama kna lepas dulu, iaitu menutup aurat dgn sempurna kalau tak sayang, cantik di mata manusia tapi tak cantik di mata Allah, pakai lagi dapat dosa wuwuu takut :')

    ReplyDelete
  26. @cet terima kasih ^^ insyaALlah, selagi Allah mengizinkan

    ReplyDelete
  27. @Zuratul Sarbini hmm rasanya yg lain ok kot tak taw la kalau ada material lain yg kurang sesuai, mcm chiffon boleh buat lining, kalau kain yg jarang tu pakai dgn inner yg loose, jgn ketat kang sama je :)

    ReplyDelete
  28. @zuk zuhaiza

    KOPI-AH tu boleh dapatkan scra online kat sini: http://shop.lejenpress.com/shop/kopiah/

    kalau kat kedai buku tak sure la kat mana, mph mungkin :)

    ReplyDelete
  29. Asslamualaikum kak. Saye nk tye. Pd pendapat akk. Bagaimanakah cara muslimah yg sesuai utk make over diri luaran (make up yg tdk mlanggar syariat islam)? Sbagai cth mencabut bulu kening adalah hrm, make up berlebihan hingga menonjol juga hrm, memakai wangian jga tdk boleb. Jd apakah cara bgi kaum muslimah utk kelihatan kemas di mata masyarakat?

    ReplyDelete
  30. @Farah Waheeda

    salam ukhti...tertarik dengan artikel ini...
    ukhti ,,sebenarnya diri ana sendiri teringin hendak bertrend ini kata org nak terikut2 ..tapi bila tanya diri kenapa ku mahu ikut org ..kenapa tak ikut aturan ALLAH sahaja ??
    lantas hati terdiam ...

    ukhti ..ana suka cari ukhti berdakwah ....semoga ALLAH sentiasa lindungi ukhti ..
    salam tarbiyah ye ..

    ukhti blh send di blog ana
    http://www-bicarahatiku.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. @dira Islam tak menyempitkan sebenarnya, kita masih lagi boleh pakai make up actually, cuma make up tu pakai ala kadar means tak terlalu menonjol, tak terlalu menarik perhatian, misalnya pakai minyak wangi still dibolehkan dgn tujuan utk menghilangkan bau bauan but still tak boleh terlalu wangi sbb takut attract lelaki kan :)


    berfesyen jugak boleh, cuma fesyen yg dipilih tu prinsipya ialah menutup aurat dan apa yg dipakai tu diredhai Allah, senang kata, kita boleh bawak solat la :) syaratnya tidak ada pendedahan aurat and bersederhana dalam berfesyen :)

    ReplyDelete
  32. @Aisyah Humaira

    Alhamdulillah. ikut trend boleh, cuma kita kena pandai tengok dan nilai sst trend tu. banyaknya trend yg tak menutup aurat secara fully. tak menyeluruh, itu yg boleh leads tu tabarruj -- menampakkan apa yg tak boleh dinampakkan.

    berfesyen boleh cuma tahu syaratnya yg telah digariskan dalam Islam sendiri :)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers