Followers

20121021

The Art of War

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

'Allah, Engkau menguji lagi'. Panggilan telefon dimatikan. Aku tersenyum. Ujian bukan calang-calang. Namun, diri makin matang menilai dan mencari solusi. InsyaAllah :)

lagu konstantinopel


Perbualan  pagi itu dengan seorang sahabat sangat terisi. Sungguhlaa, hidup dalam lingkungan orang-orang soleh dan solehah ternyata terlalu banyak hikmah yang dapat dikutip. Rasa amat rugi kalau tidak mencatat dan diambil iktibar darinya.

'Sekiranya panglima itu tidak dapat bersabar dan mengarahkan pasukan tenteranya supaya bertumpu ke tembok seperti semut-semut yang menghurung sesuatu, 1/3 daripada mereka akan menemui ajalnya tanpa dapat menakluki kota itu. Demikianlah padahnya melakukan serangan-serangan itu' -Seni Peperangan Sun Tzu (The Art of War)

sabar dalam ujian. duduk diam dan jana setiap bait dan hikmah. jangan terburu-buru dalam melakukan tindakan. 

'kita tak boleh 'menyerang' secara tiba-tiba. kuncinya adalah SABAR. sabar kan cantik.'

***

Hari pertama memasak. (Korang bayang je laa bila first time korang masak depan suami nanti. hoho.)

'Awak, nasi goreng ni masin la. Masin is masin'. Lepas tu awak pun merajuk. Setahun dah tak nak masak. *kemain lama.

Setahun kemudian.

'Awak, nasi goreng ni masam la. Masam is masam.' Korang pun berlari masuk bilik. seminggu tak nak masak dah.

Seminggu kemudian.

'Awak, nasi goreng ni tawar la. Tawar is tawar.' Tapi korang mampu senyum, tergelak lagi. hikhik.

Lepas tu aku pun sambung, 'lepas ni awak pulak yang masak eh.' EH salah, 'lepas ni kita masak sesama eh. fix mana yang kurang.' senyuman pun menguntum.

***

macam tu lah ujian.

kali pertama kena, ya Allah, makan masa yang sangat lama untuk pulih. :') bertahun-tahun kita ambil masa untuk pulih. Kali kedua pulak kena, dah makin kurang dah, seminggu je lepas tu okay. Kali ketiga diuji lagi, 2,3 hari je dah okay. Kali keempat Allah uji, boleh siap senyum lagi. ^__^


seeee? sekarang nampak. setiap kali diuji, masa untuk anda pulih dah semakin singkat. Allah sedang meningkatkan kamu dengan nilai kesabaran kamu. Allah uji dan uji lagi tapi bila kemanisan iman dah kamu rasa, kamu sentiasa bersikap positif dan berbaik sangka pada Allah. Allah...


Campakkan kamu pada waktu yang paling sukar dalam hidup yang pernah dirasai sebelum ni. Alhamdulillah, kita telah pun berjaya melaluinya dan 'kesakitan' itulah guru yang mengajar kita menjadi lebih awesome. Allah tahu kemampuan kita ^^


'Macam dalam peperangan. Kita kena susun strategi, buat anggaran, persiapkan kelengkapan, senjata, mempersiapkan diri, emosi dan tenaga. macam tu lah kita kena persiapkan diri untuk menghadapi 'musuh'. 'Musuh' itu ialah penghalang, dugaan dan cabaran.' suaranya tenang menutur bicara. petah berbicara dia ni. alhamdulillah, dapat 'ubat penenang' sikit dari sahabat ni.


Didik hati untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi ujian mendatang.
Persiapkan emosi untuk menjadi lebih hebat dalam segala-galanya.
Serahkan ketaatan sepenuhnya kepada PenciptaMu.
'Strategi-strategi' yang perlu disusun dalam memantapkan iman, dalam mendekatkan jarak kita dengan Tuhan.
'Strategi-strategi' dalam cuba untuk meredhai setiap takdir Allah.


Takdir Allah terlalu misteri. Kita ingat kita tahu, actually Allah laaagi tahu. Kita ingat ni lah yang terbaik, tapi Allah laaaagi tahu yang terbaik untuk kita. Subhanallah. Pasakkan keyakinan yang tinggi pada Allah, tak akan berani kita merungut dalam menerima takdirnya.

Allahlah Penyusun takdir terbaik. remember that.
'Kenalilah musuh anda dan fahamilah tentang dirimu sendiri, dalam 100 peperangan anda tidak akan terjebak dalam keadaan yang membahayakan.' 

kenal 'musuh' anda. susun 'strategi'. 

'sekiranya anda tidak mengenali pihak musuh dan dirimu sendiri, anda sudah tentunya di setiap peperangan berada dalam keadaan yang sangat berbahaya'

Doa adalah senjata orang mukmin. keep on make du'a. Allah mendengar dan menanti setiap doa-doamu :) Allah tak akan hampakan orang yang rajin berdoa, rajin berusaha, rajin bermuhasabah. Allah nak nilai sejauh mana kesungguhan kamu terhadap keinginan itu. Allah nak test sat. Rapuh tak kamu dengan ujian demi ujian.


Perbualannya pada pagi itu telah menuntut aku mencari buku ini. Mungkin lebih banyak hikmah apabila membacanya. ya, aku banyak membaca sejak akhir-akhir ini, sebab nak exam kot. -,-'


*terima kasih kerana sudi memberi sedikit hikmah, akan cuba melengkapkan 'cerita terakhir' itu bila sampai masanya  :)


Syukran Jazilan for reading

23 patient (s) need treatment:

Eyqa Rawr said... REPLY

Saya suka doktor farra menulis kadang2 mase saya tengah feeling atau ove sediyh saye baca belog ni dan entry yg boleh menyentuh perasaan dan menaikkan semangat saya cuba ikut semua selagi hati masih tabah semampu mana terima kasih. satu hari hampir saya tersilap langkah.

Wijdan Hawani said... REPLY

Ala, nak dengar lagu konstantinopel tu, tapi dia ckp lagu tu dah kena delete.

aida said... REPLY

lagu konstantinopel tu, tajuknya apa eh? Bersemangat dgr lagu tu...

Farah Waheeda said... REPLY

@Eyqa Rawr

alhamdulillah, semoga ada manfaatnya ya :)

Farah Waheeda said... REPLY

@Wijdan Hawani eh ye ke? boleh je main :O

Farah Waheeda said... REPLY

@aida lagu ni dari my lappy, tajuk dia lagu konstantinople. tak taw tajuk sebenar apa, tapi bole try cari kat youtube pasal muzik al-fatih :) lagu ni tntg al-fatih ^^

ain soofiyah said... REPLY

sabar..=D

Farah Waheeda said... REPLY

@ain soofiyah yep, SABAR hihi

Anonymous said... REPLY

Boleh thu sape yg sllu 'menginspirasikan' akk? Btw, best post ni! :D

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous haaa nak cari gossips ke? :P haha. truly a friend, someone that always motivates me ;)

Anonymous said... REPLY

Sye mcm kenal jer ustz tuu >.<
Jge die baik2 ye akk..

Anis Hayati said... REPLY

salam, Dr.
saya merupakn new reader akak
saya suka bce sume entri akak
keep it up, yee :)

Anonymous said... REPLY

salam dr.
wish ur luck in final exam yeeee
4 flat lg yeahh sem ni...
dean list..
^^

Nur Zulaikha said... REPLY

tersentuh bile bace post ni..smoga dpt memuhasabahkn diri sy juga..

aini shahroni said... REPLY

Dr telah banyak memotivasikan saya..
terima kasih atas entry2 yang bernas..
syang Dr..

keep on writing..
may Allah bless you always..

http://nurainishahroni.blogspot.com/

Farah Waheeda said... REPLY

@Anis Hayati

ahlan wasahlan ^^ hopefully dpt sst yg bermanfaat kat sini hee

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous insyaAllah, doakan ! :D

Farah Waheeda said... REPLY

@Nur Zulaikha insyaAllah sama-sama kita bermuhasabah ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@aini shahroni alhamdulillah, hakikatnya, ianya semua datang dari Allah ^^

syukran ukht!

My name starts with M said... REPLY

Masa baca entry ni, saya terflash back kisah2 diri sendiri yang lalu, lantas tersenyum gembira sorang2...

gadis berkacamata said... REPLY

Syukran...blog akak,entri2 akak banyak bagi motivasi dan semangat untuk saya berubah menjadi lebih baik..keep it up :)

Farah Waheeda said... REPLY

@My name starts with M sama. rasa macam, semuanya sgt sgt berhikmah kan :')

Farah Waheeda said... REPLY

@gadis berkacamata aafwan dear, insyaAllah :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta