Followers

20120805

Semester 8

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Something yang saya rasa perlu share, ada ramai yang dah baca dari belog orang lain, or status, or bla bla bla, but I think this is something nice to share. Fikir dan fikir, buat mereka yang teringin sangat nak membina baitul muslim, naah, peringatan best buat kalian dan diri sendiri. 

Ustaz saya pesan, kalau kamu nak kawen lah sangat masa belajar, kamu kawen lah last semester, semester 8. Hujung-hujung sem 8 tu ha, baru boleh, kalau sekarang ni banyak yang attract. Yup, lain orang lain pandangannya.


***

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala-galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." 

Saya membalas sms dia, "Tak pe, InsyaAllah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak." 

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan air matanya. Saya bertanya, 

"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." 

Dalam sedu dia menjawab, 

"Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu" 


Astaghfirullah, hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar-pelajar saya, dan rakan-rakan facebook saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA. 


Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini, tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di facebook. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat. 


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di facebook, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja. TOLONGLAH, saya merayu kepada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak-anakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis, tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik.

 ***

Duduk diam, fikir dan jana setiap bait. Hidup bukan dengan angan-angan. Bukan jua untuk ikut-ikutan. Ianya adalah misi terpenting, maka bila ianya penting harus ada persiapan yang rapi dan amat teliti. Selamat bermuhasabah ;) 


Waallahu'alam. 



Syukran Jazilan for reading

7 patient (s) need treatment:

yayang@yatie said... REPLY

Salam . selesai membaca . betul kata farahwaheeda. semua org berhak memilih psgn hidup tapi biarlah ilmu di perbanyakkan . :)

alhamdullillah ketika saya di sem akhir di uitm baru2 ini, saya tidak terburu2 membuat keputusan utk berkahwin awal dgn kekasih hati . dan saya lebih fokus menyelesaikan projek akhir saya . dan ketika di kesibukan psgn yg saya dambakan sgt tu telah berpindah angin kepada janda anak dua. SEE? sbb ALLAH ITU BERKUASA MENENTUKAN APA YANG TERBAIK UTK SAYA. saya kini sedang mencari pekerjaan . dan alhamdullillah saya telah dirisik dgn lelaki yg baik pada kacamata famili dia dan famili saya juga tanpa saya perlu membazir masa terus bercinta dan bercinta . biarlah saya bercinta selepas akad nnt . alhamdullillah . semoga perkongsian ini satu ibadah . amin,

NunAlifNunAlif said... REPLY

SalamAlaik Dr Cinta, sy pon baru update entry tentang ni smlm :)

Apa2 pun bergantung pada niat kita, Lillahitaala.. pasti tercapai matlamat.. dan yang penting sabar, sabar, sabar.. InsyaAllah :)

Mar said... REPLY

madam ni selalu berkongsi pengalamn beliau bersama2 studentnya..mmg best utk diambil iktibar panduan bersama


http://www.fauziahmohdnoor.blogspot.com/

blog beliau kalau ad yang belum mengetahui.

Farah Waheeda said... REPLY

@yayang@yatie

Allah jualah yg mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. bukti terlalu bnyk ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@NunAlifNunAlif

yep insyaAllah ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@Mar waah thank youuu ^___^ nak pergi terjah hee

aini shahroni said... REPLY

it's very interesting and useful entry..
i like it...

keep writing my sis....

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta