Followers

20120726

Siapa pun awak dulu, kita masih boleh jadi ohsem sekarang

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk mengerjakan ibadah puasa pada tahun ni. :')
Astaghfirullah by Hafiz Hamidun

[Credit to someone] Click untuk tumbesaran

#Satu 

‘Kita jumpa sebulan lagi. Lepas Ramadhan. Saya nak focus beribadah dalam bulan ni’ 

Sent. Tak bermakna sebulan je. Bila sebulan dah didik diri, insyaAllah ia akan berterusan selepas Ramadhan. Contact pun yang perlu-perlu je. 

Payah dan susah. Mujahadah Ramadhan. Bila diri sendiri sedar diri Ramadhan yang sebelum-sebelum ni tak berapa nice dan tak berapa struggle dalam beribadah, kali ni kena tegaskan no matter what :’) Ramadhan yang datang bukan selalu. maka jadikannya luar biasa :")

Puasa yang biasa-biasa, apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga. Sedangkan, kita mahu puasa yang LUAR BIASA, yang mana, bukan setakat lapar dahaga je kita dapat, tapi lebih dari itu. Bahkan, selepas Ramadhan, sepatutnya kita menjadi graduasi mukmin yang soleh dan solehah. Itu yang sepatutnya! 

“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Riwayat Ibnu Majah 

'Bila kita buat yang sepatutnya, apa yang Allah suruh, itu yang indah.' Tahan sekejap yang mana Allah tak suka, bila dah halal, semua jadi first time itu yang manis. 



Ramadhan ini, kuatkan hati, lawan kehendak hati. bukan selalu. dah lama sangat kita bergaul dengan yang bukan muhrim. bukan ada yang penting-penting pun, terkadang sekadar suka-suka. Hati, paling susah nak jaga. Yes, syaitan memang dah berlari pergi, tapi nafsu? Dia dah berjaya pupuk nafsu berbulan-bulan before Ramadhan lagi. 


#Dua 

‘Aku dah lama sangat buat dosa ni. Kena jugak berubah’ Hati kecil kita terdetik juga kadang-kadang. 

Jahat mana kita pun, fitrah beragama untuk kembali pada Islam itu tetap ada. Cuma tak tahu bagaimana nak cari jalan pulang. Siapa pun awak pada masa lalu, itu tak akan menghalang awak untuk jadi seorang muslimah/muslimin yang lebih baik pada masa akan datang. Kita kan ada Allah, kita ada tempat mengadu, kita tak akan forever alone. Itu yang penting. Nak jadi ohsem senang je, follow je apa yang Allah suruh. Agak-agak yang mana Allah tak suka tu, try la buang pelan-pelan. Hidup mati kita hanya kerana Allah. Siapa yang banyak memberi kepada kita? Allah. :')

Kalau rasa putus asa dalam perubahan, sabarlah, tutup mata pekakkan telinga kepada kata-kata yang menjatuhkan kita. Biarlah, bukan mereka yang masukkan kita ke dalam syurga neraka. Bukan mereka yang menimbang amalan kita. Bukan mereka yang tahu serba-serbi. Allah. DIA yang Maha Mengetahui segala isi hatimu. Ramadhan ini medan latihan. 


Apabila kita dah jejakkan kaki dalam Universiti Ramadhan ini, pasang niat pasang azam untuk graduate jadi graduan yang cemerlang, jadi mukmin yang sebenar-benarnya. Dosa itu apabila dilakukan akan mengundang gelisah pada pelakunya dan dia tidak suka orang lain mengetahuinya. Sampai bila kita nak duduk dalam dosa, berlama-lamaan dalam dosa sampai rasa selesa? Keluarlah, carilah jalan pulang. Allah ada menanti kita bila-bila masa sahaja. 

Alang-alang tu, jom tambah ilmu dengan majalah Jom! Santai tapi memang ohsem! ^__^ Paling penting dapatkan isu 5 di pasaran tentang Ramadhan (sebab ada saya dalam tu hoho) sekian. 



Sekarang ni Majalah Jom buat contest, menang boleh dapat iPod touch! :O Untuk maklumat lanjut:

Facebook Majalah Jom! : http://www.facebook.com/MajalahJom
Twitter Majalah Jom!: https://twitter.com/MajalahJom


p/s: kita adalah apa yang kita baca :) banyakkan baca bacaan yang berilmiah, top up ilmu. Azam Ramadhan ^^

Syukran Jazilan for reading

9 patient (s) need treatment:

mye said... REPLY

good muhasabah dri yg bek..sme2 la kte brubah ke arah kbaikan sblum trlambat..
salam ramadhan :))

fikrahuddin said... REPLY

*jawab sambil sahur.

boleh tahan susah soalan dia!
tapi menarik~

*ulang2 istighfar hafiz hamidun.

Cheese Cake said... REPLY

ohsem ! :)

ana fatihah said... REPLY

Setuju!Kita yg dulu adalah masa silam,kita yg sekarang ni nak kena usaha jadi smkin baik.Insya Allah.
Bertaubat dan terus istiqamah dgn amalan2 yg baik. ^_^

Farah Waheeda said... REPLY

@mye InsyaAllah, salam ramadhan juga ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@fikrahuddin

soalan dia susah huuu. melepas ipod

Farah Waheeda said... REPLY

@Cheese Cake

let's be ohsem together! :D

Farah Waheeda said... REPLY

@ana fatihah yup, masa silam tu dah jauh dari kita. so tak perlu pandang belakang lagi ^^

the tempo of life said... REPLY

saya penah jadi ustazah sementara. hehe

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta