Followers

20120728

Menjadi Ustazah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*Penggunaan kata aku dalam entry untuk mewujudkan situasi realistik.

Wait? Ustazah? Ada apa-apa yang special pasal ustazah?

***

 



‘Petang tu aku duduk dengan golongan makcik-makcik. Senyum je la yang reti, nak berborak sangat aku pun tak tahu nak mula apa. Sesekali makcik-makcik tersebut menyapa dan aku menjawab. Sopan (hehe –sebenarnya segan -,-‘) 

“Untunglah, dapat menantu ustazah ^__^” ada sorang makcik ni menepuk-nepuk aku. Makcik-makcik lain pun tersenyum. Tersembuq ayaq. Aku teringat, golongan makcik-makcik ni memang ada anak teruna masing-masing. ’ 

 *** 

Haa, untunglaaah. Hakikatnya semua orang memandang baik golongan ustaz ustazah. Aku tak tahu mengapa golongan cikgu, ustaz-ustazah dikatakan calon paling popular oleh kalangan emak-emak. Mungkin golongan yang dikatakan paling baik untuk membimbing. Sekali ustaz mahupun ustazah membuat silap, sekali tu juga masyarakat memperbesarkan kesalahan. Walhal mereka juga manusia biasa, masih melakukan dosa dan kesilapan. Tapi, itulah pandangan masyarakat yang memandang ustaz dan ustazah sebagai satu kesempurnaan, tiada cacat cela. 

*** 

2009

Mengimbas kembali bagaimana aku TERjadi ustazah. Aku dah pun berada di Akademi Pengajian Islam, UM. Masa tu travel jauh, belajar di kelantan. Dekat sini, aku belajar serba-serbi. Hidup berdikari, takpe, aku dah biasa. Dari tingkatan 1 aku duduk asrama, alhamdulillah, jadi mudah. Biarpun homesick tu aku memang tak dapat nak elak. Budak umur 18 tahun tu lah yang belajar hidup dengan kawan-kawan dia. (oh, rindunya dekat korang! :’) 

Dan saat tu aku juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke institut perguruan. Family aku memang ramai golongan pendidik, cikgu, ustaz, ustazah. Jiwa guru barangkali. Dan aku ditawarkan course Pengajian Islam. Sebenarnya aku nak mintak TESL masa tu, tapi entah kenapa masa nak apply tu nekad pulak pilih course Pengajian Islam (dua-dua pilihan course pulak tu aku pergi isi -,-) Alhamdulillah, lepas interview sana-sini, berjayalah aku menjejakkan kaki ke institut perguruan. 


Ini bukan kisah bagaimana aku menjadi guru, tapi ini adalah kisah bagaimana aku menjadi USTAZAH. Well, memang belum diiktiraf untuk mengajar lagi, tapi proses tu. Yes, the process. Bagaimana, diri sendiri bertarung untuk memenangkan nafsu dan kehendak diri atau memenangkan apa yang sepatutnya ditegakkan dalam syariat. 

Menjadi ustazah. Sebenarnya penuh liku. Banyak benda yang aku dah alami. Yang mana aku boleh cerita aku cerita, yang mana aku rasa patut simpan, biarlah ia jadi cerita antara aku dengan Tuhan. 

Kawan-kawan 

Sebenarnya, aku agak sakit melihat ada antara sahabat se-course yang memandang remeh soal ikhtilat. Yes, aku tahu korang bakal nak kawen, tapi kesalnya seorang aku apabila aku tak mampu menegur kalian. Hanya didiamkan. Membenci adalah selemah-lemah iman, itu je yang aku mampu. Kamu seorang ustaz, kamu seorang ustazah. Kamu orang belajar agama, tapi kenapa peribadimu tidak seperti orang belajar agama. 


Benar, ustaz ustazah juga punya fitrah ingin dicintai dan mencintai tapi seharusnya kalian lebih mengerti bagaimana untuk mengawal hati dan diri. Kita bersama-sama satu saf menegakkan syariat Allah. Perkuatkan jemaah kita. Orang lain kalau pandang golongan kita buat silap, mereka akan terus berbicara sampai tak ingat kebaikan kita. Kalau bukan kita yang mencegah siapa lagi. 


Kalau bukan kita yang membetulkan apa yang dianggap betul oleh kebanyakan orang sampai kita pun join sekaki, siapa lagi yang nak tegakkan kebenaran. Soal hati. Benda paling susah nak jaga. Hatta, aku sendiri tak kuat juga, tapi insyaAllah, bila kita dekat dengan Allah, Allah akan perkuatkan kita. Bila kita berada bersama jemaah, saling rasa kebersamaan dengan sahabat, kau mesti malu nak melakukan kemungkaran. Bukan bila kawan-kawan kau tegur, kau marah mereka balik. Sungguh, para bakal ustaz dan ustazah, recheck balik hati. 


Jemaah dan Masjid 

Orang yang belajar agama dengan orang yang beragama. Jauh beza. Kalau kita cuma belajar agama tapi tak apply dalam kehidupan seharian sangat rugi. Kita belajar pahala solat berjemaah sekian sekian. Kita tahu kelebihan majlis-majlis ilmu tapi berat hati je nak pergi. Sepatutnya kita jauh lebih beruntung. Yang aku nampak di surau hanyalah muka-muka mereka yang beragama bukan orang yang belajar agama! 



Mujahadah yang besar telah aku alami sepanjang proses ini. Ianya tidak mudah, sebab nak membetulkan apa yang tak betul memakan masa yang lama. Kita tidak bermula dengan permulaan yang baik. Dari tudung yang pendek nak jadi labuh, eh eh tak cukup persediaan, bukan mudah. Tapi, insyaAllah usaha itu sentiasa berterusan sampai bila-bila. 


Aku cukup kagum dengan sahabat-sahabat muslimat, tak pandang jauh tengok classmate sendiri pun dah cukup. Fuh, bangga. Hari-hari berjemaah. Tak tinggal pun, kecuali kalau ada musyaqqah (halangan). Berkawan dengan orang yang baik-baik, insyaAllah satu hari akan terkesan jugak lama kelamaan. Kami hidup dalam kepelbagaian. Satu jemaah. Mereka yang banyak membantu, saling menguatkan. 


Betul, nak jadi baik tak senang. Nak jadi jahat yang senang. Sebab itu untuk menjadi ustazah sangat kuat godaannya. Sebenar-benar ustazah yang sentiasa melindungi hatinya, yang sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman hidupnya. Kami bakal mendidik, oleh itu perlu mendidik hati dan diri sendiri terlebih dahulu. 


Apabila ustazah jatuh cinta 


Aku dah bagi tahu tadi, soal hati memang paling payah nak jaga. Kalau kau tak kuat, memang kau boleh jatuh. Even kau berkopiah, berjubah, bertudung labuh. Possible je. Sebenarnya bila ada feeling macam tu, aku sendiri rasa tak sedap. Ye aku tahu, memang best tapi ia tetap tak best kalau benda tu kita teragungkan terlebih dahulu daripada cinta Allah. Series, macam berdosa pulak. 


Ini bermaksud, bila kau dah jatuh cinta dengan someone, makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari terjebak mengingati. Bukan halal lagi kau nak contact-contact. Bukan boleh kau nak text sesuka hati. Selagi mana kamu belum lagi diijabkabulkan, selagi itulah kita kena kuat menjaga hati. Sebab itu proses menjadi ustazah itu lebih payah. :’) tapi, just ingat satu je, bila kita rasa lemah, carilah Allah. Tambahkan rasa cinta kepada Dia, Dia akan membantu kita dalam mujahadah. Memang mujahadah tu pahit, sebab syurga kan indah. :’) 

Salam mujahadah.

Syukran Jazilan for reading

23 patient (s) need treatment:

hamba Allah said... REPLY

Assalamualaikum :) terima kasih atas ilmu dan nasihat yang diberikan. sedikit sebanyak sangaddd membantu. Salam mujahadah :) selamat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna. insyaAllah...

Syarifah Nornazrah Al Yahya said... REPLY

ternyata kehidupan seorang ustazah itu mulia, tapi dugaan yang dilalui terlalu besar. semua org akan pandang seorg ustazah, silap sedikit dalam langkah...terpaksa tempuhi kata2 nista. apapun, niat menjaga hati dah ada..InsyaAllah akan dipermudahkan. Allah akan melindungi kamu..InsyaAllah.

Egg Head said... REPLY

yup,setuju dengan awak,bab hati memang susah nak jaga kan.....kadang2 cuba nak elak n hilangkan perasaan tu,but memang susah....

jodoh akan kejar anda,mcm maut mengejar anda

kita sibuk usaha n iktihar tengtang perkara yg Allah dah tetapkan,but lupa nak usaha iaman n amal.....

woha2x....TC u iman...=)

syuhadaa said... REPLY

Bukan untuk ustazah sahaja, tapi untuk semua muslimah juge.

Berusaha!

qatrunnada said... REPLY

betol,,
xsemua kita tgok yg ambil cos agama,arab e2 betol2 jga ikhtilat..jaga hati..jga solat..xcouple..
SESETENGAH 2 mereka jgak yg couple..~ini hkikat.
jgn jdi sterotype,,
hidup biar blndaskan syariat..

Farah Waheeda said... REPLY

@hamba Allah

waalaikumussalam. InsyaAllah. Selamat berpuasa ;)

Farah Waheeda said... REPLY

@Syarifah Nornazrah Al Yahya

yes, indeed. kuat tu nak kena jaga hati, dari segi persiapan ilmu lagi. :) insyaAllah, moga Allah bantu dlm proses tu ;)

Farah Waheeda said... REPLY

@Egg Head

aha, thats true. insyaAllah & syukran ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@syuhadaa

yeah betul tu ^___^ golongan ustaz ustazah ni yg terkehadapan utk membtulkan apa yg tak betul. so kena betulkan golongan ni dulu ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@qatrunnada

siapa pun kita, syariat is no 1. ^^ InsyaAllah

Anonymous said... REPLY

post yg sgt terkesan di hati seorang aku yg menghiasi diri bagai 'ustazah' namun tak terjaga ikhtilatnya --'
astaghfirullah , moga Allah mengampuni kelalaian hambaNya .
mencabar rupanya nak jadi ustazah di dunia teacher . harap dipermudahkan 5tahun di maktab ni .

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous

InsyaAllah, ianya satu mujahadah :')

...:ASMA NUR MARDHIAH:... said... REPLY

post yg sgt mnyntuh hati .. alhamdulillah ,, mujahadah itu pahit kerana syurga itu terlalu manis .. kdg2 liku yg kita tempuh tu bgai x mampu nk tngung .. tp ,, smpai skarang ,, ayt dlm surat cinta Allah ; la yukallifullah nafsan illa wus'aha mnguatkan sy .. :')

salam mujahadah , moga mnggapai syurga firdausi ,, amin ^___^

Farah Waheeda said... REPLY

@...:ASMA NUR MARDHIAH:...

InsyaAllah moga-moga Allah bersama kita dalam perjuangan ini ^^ AMIN

adila_alim said... REPLY

Salam sis, bab mentaliti orang kita memang macam tu bila ustazah je mesti dia ni baik macam malaikat walhal dia manusia biasa je Allah uji juga macam orang lain . Satu lagi, bila pakai tudung labuh je dah di cop ustazah mesti banyak ilmu walhal tak pun biasa-biasa sedang memperbaiki diri tak ada sijil pengajian agama pun. Bak kate rakan usrah kulit je nampak lawa tapi hati masih kotor, hitam lagi berkarat.
Semoga Allah berkahi kita dengan ilmu dan kefahaman agama walau pun bukan dari aliran agama kerana belajar agama itu wajib bagi orang Islam.

Farah Waheeda said... REPLY

@adila_alim
InsyaAllah :)

nur amalina izni said... REPLY

Salam..seronok saya baca post ni..baca banyak2 kali pun best..

Farah Waheeda said... REPLY

@nur amalina izni

insyaAllah, semoga ada iktibarnya. syukran :)

Anonymous said... REPLY

Salam~

"just ingat satu je, bila kita rasa lemah, carilah Allah"

Perkongsian~ dalam kita mencari Allah ketika kita dalam kesusahan adalah perkara yang baik namun ia lebih baik disulami dengan perasaan cinta kepadaNya sehingga di waktu senang dan susah pergantungan hanyalah padaNya.

Salam Mahabbah~=)

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous

insyaAllah ^^ syukran

Muhammad Al-Fateh said... REPLY

jangan putus berdoa pada Ilahi supaya hati kita Allah jaga. insya Allah

Farah Waheeda said... REPLY

@Muhammad Al-Fateh Amin insyaAllah :')

Busana Villagers & Things said... REPLY

Assalamualaikum ustazah....saya baru bertunang baru-baru ini, umur saya 22 tahun dan umur pasangan saya baru sahaja 18 tahun. Baru-baru ini, hubungan kami dilanda masalah, si dia sakit hati dengan saya, dan telah putuskan pertunangan. Salahnya ialah salah saya yang telah menyakitkan hati dia, bukan sekali, tetapi banyak kali sudah saya sakitkan hati dia, saya kuat cemburu, jadi saya kadsan-kadang marah dia berkawan dengan lelaki lain di laman sosial, sifatnya yang terlalu peramah, membuatkan saya kadang-kadang geram dengannya. Dia sudah kembali, tapi dia hanya kembali sebagai kawan, dia tidak mengharap lagi kepada hubungan yang dulu walaupun saya sangat mengharap cintanya dan ingin berkahwin dengannya. Dia kembali pada sayan hanya kerana keluarga kami, untuk menjaga hati kedua ibu bapa kami, tapi dia sudah tiada perasaan pada saya. Dia ada berkata, yang dia tidak akan jamin yang dia akan setia pada saya, dia boleh curang dengan saya pada bila-bila masa dalam keadaan ini, jadi saya buntu ustazah, patutkah saya menunggu dia untuk kembali cintai saya, ataupun teruskan hidup tanpa dia. Pada pendapat ustazah, adakah hati dia akan terbuka untuk saya kembali. Hidup dia sangat gembira, dia tidak pernah merasa kesepian, dia dikelilingi ramai kawan2. Adakah dia akan mengingat saya kembali. Apa patut saya buat untuk mendapatkan cinta dia kembali. Jika saya ingin berkahwin dengannya, bagaimana untuk memujuk dia. Saya kini sedang belajar di uk.

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta