Followers

20120608

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :) Alhamdulillah, dapat jugak meluangkan masa untuk menulis sikit di belog sendiri :) InsyaAllah selagi masih ada usia yang berbaki di kandung hayat, selagi itu akan terus menulis dan memberikan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. InsyaAllah InsyaAllah. Kalaupun, satu hari nanti andai jasad dipanggil pergi, biarlah ianya terus kekal bersemadi di sini ewah. 


 Set Fire to The Rain Instrumental

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu. Betul? Hati tak akan mampu berdusta, kalau antara dua A dan B, kita cuma boleh dan mampu untuk memilih salah satunya, sebab hati cenderung mencintai cuma satu, yes cuma SATU. Tok sah tipu diri sendiri.

Okay mari kita lihat sifirnya. Analogi yang lebih dekat untuk difahami.

Ini Hana dan Kimi. (bukan nama sebenar). Mereka saling menyayangi namun bila Kimi menyedari dia sebenarnya lebih sayang kat orang lain berbanding Hana. cis.


"Maaf, saya tak boleh tipu diri sendiri, ternyata saya sayangkan dia lebih dari awak. Maaf, saya rasa perpisahan ini adalah yang terbaik. Rupanya kita tersalah memberi cinta"


Cinta dunia ataupun cinta Akhirat; kita yang pilih. Kalau kita mengejar dunia, Akhirat akan meninggalkan kita, tapi kalau kita kejarkan Akhirat, dunia akan bersama kita. Untung bukan? :') Mencintai dunia lebih dari Akhirat, membuatkan seseorang itu rugi kelak. Seseorang itu akan disibukkan dengan apa yang dicintainya. Sebagai contoh, apabila kita fall in love with someone, kita pasti akan ingat akan orang yang dicintai itu. Sibuk untuk berdating dengannya, sibuk nak berSMS dengan si dia, sibuk nak ikut cakap dia. Yes, yes sebab kita disibukkan dengan kecintaan masing-masing.


Piala Dunia atau piala Akhirat? 

pilih pilih

Ramai yang terlupa soal Akhirat. Terlupa sebenarnya kehidupan sebenar adalah di alam sana, Akhirat. Pernah terfikir, amal apa yang kita nak bawak dekat sana nanti :') Kita dihidupkan oleh Allah, di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat dan beramal kepadaNya, dan semuanya kita harus persiapkan untuk kehidupan sebenar kita di sana. :')


Tanpa kita sedar, kita terlalu bertungkus lumus dalam hal keduniaan, bersungguh-sungguh mencari kekayaan sehingga terlupa hal-hal Ukhrawi. Ya, lumrah cinta tiada dua, sama ada cinta dunia mahupun cinta Akhirat, semuanya terletak pada pilihan kita. Memilih kesesatan atau memilih keimanan.


Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk Akhirat. Hidup di dunia untuk dibawa bekal ke alam yang lebih kekal, Akhirat. Ramai di kalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang Islam. Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman.

"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya, 
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda s.a.w: 
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." 
Sahabat bertanya lagi, 
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?" 
Jawab Rasulullah s.a.w: 
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn." 
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. 

Habis Madu Sepah dibuang

Allah dah bagi nikmat, kita rasa, kita dapat, kita nikmati, lepas tu tak tahu bersyukur. Sungguh, bawak bawak le beringat pada Allah, jadikan Dia kecintaan Utama kita melebihi yang lain, biar kita dapat merasai kemanisan iman. Jangan jadikan iman semakin tawar dan hambar. Bila hambar, itu yang kita rasa bosannya solat, bosannya majlis-majlis ilmu, kurang berjemaah, hatta surau atau masjid di hadapan rumahmu sendiri. -,-'

yes, and of course di samping mengejar Akhirat, Dunia tidak dilupa. jangan jadi berat sebelah. thats why 'kalau kita berusaha untuk mengejar Akhirat, InsyaAllah Dunia akan bersama-sama kita.' Bagaimana nak seimbangkan, itu terletak pada usaha kita sendiri. Usaha yang bagaimana untuk menjadikan kita tidak rugi. So, have we decided? Dunia or Akhirat? Pilih pilih, jangan salah terpilih, usaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali. jangan jadi manusia yang rugi, Dunia ketinggalan Akhirat pulak melepas. :')

Waallahu'alam. :)

p/s: sapa ada twitter moh le follow kitee. :') Okay here is the link; Click here.


Syukran Jazilan for reading

18 patient (s) need treatment:

siti aishah bt muftar said... REPLY

syukran sis....entry ni ade kaitan..
tq kerna saling ingat mengingat

siti aishah bt muftar said... REPLY

syukran...entry ni ade kaitan lg ngan kehidupan sy..yer kdang kiter terlupa..
tq kerna saling ingat mengingat

Anonymous said... REPLY

salam...sangat terkesan di hati bila saya baca entry akak kali ni...memang betul pun...kita x bleh nak mencintai dua orang dlm msa yg sama..mmg x bleh! lumrah cinta tiada dua sbb hati akn cenderung mencintai cuma satu...baik fikir cinta ALLAH dulu drpd cinta manusia :)

Anonymous said... REPLY

akak,nnt selalu2 lah ye update blog....rinduuuuuu sgt nak baca blog akak yg super duper best nih!!!hehehe
*thumbs up!

ain soofiyah said... REPLY

but sometimees kita dengar kita kne balance'kan antara dunia & ukhrawi, kan? boleh jlaskn?

CikUna said... REPLY

Alhamdulillah... semoga kita semua sentiasa dilindungiNYA.. thanks farrah

Farah Waheeda said... REPLY

@siti aishah bt muftar insyaAllah, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. :)

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous FIRST thing FIRST, pentingkan yg mana awla. hihi cinta Allah lebih baik drpd cinta pd yg tak halal, the wrong relationship. hati kita bersifat monogami hihi. hanya satu, cuma satu. hati kita cuma mampu mencintai seorang dan cuma satu.

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous InsyaAllah. ^^ syukran dik. kalau ada masa lapang i will. mana mungkin lupa, this is one of my hobby wuuwww :)

Farah Waheeda said... REPLY

@ain soofiyah yes itu yg saya katakan tadi. kalau kita cintakan Akhirat, kita akan dapat kedua-duanya. itu pasti. pilihan terletak pada kita bagaimana kita nak seimbangkan. waallahualam.

Farah Waheeda said... REPLY

@CikUna

insyaAllah :)

Anonymous said... REPLY

Ayuhlah kembali kepadaNYA dengan seluruh jiwa dan hati kita.. Sungguh sudah terlalu lama kita hanyut dari mengingatiNYA.. Astarghfirullah..

Dan ingatlah, sesungguhnya keampunan DIA maha luas, walau setinggi gunung sekalipun dosa kita, rahmat keampunanNYA itu lebih tinggi tak terkira..

Ayuh kembalilah kepadaNYA..:D

*akak org kl..kl area manew ek..nak jumpeee..hee ^^,

Nurul Iman said... REPLY

bagus..mmg sangat bgus sbgai peringatan kita sesuma sb kengkadang kita menjdi lalai..jdikan ini sebagai panduan kita...

Farah Waheeda said... REPLY

@Anonymous yup yup ^^ keampunanNya lebih luas dari kemurkaanNya. pintu taubat masih terbuka :') ye ke, sy duk slngor kak area puchong ^^ insyaAllah one day hee

Farah Waheeda said... REPLY

@Nurul Iman

InsyaAllah :)

ammar farhan said... REPLY

Dr sihat tak hari ni? =)

Anonymous said... REPLY

cinta itu anugrah pencipta kepada hambanya... anugerah yang dipandukan kepada peraturan yang ditetapkan agar anugerah itu terpelihara... seorang yang benar2X menghayti cinta pasti bertemu kemanisan...

iMah said... REPLY

:'(

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta