Followers

20120510

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


 "... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 

Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.



Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.


UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)

“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')

I love, I lost


Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.


p/s: nak promote suruh tengok this movie dari IPG Perlis (Naskhah Cinta Rasulullah) okay belum tengok lagi sebab line internet sangat 'best' -,- Usaha yang ohsem :') Popular dah haihh depa ni. 
 


p/s: Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of STAY STRONG :')
Syukran Jazilan for reading

42 patient (s) need treatment:

Maryam said... REPLY

Alhamdulillah... thank you Allah for reminding when I need it most.
I was actually brooding on this exact thing! Something that is just there within reach, tiba2 Allah put on hold and withdraw.
Surfed the internet and read your article.. masha Allah.. I feel better.. 2S..sabar and solat..may Allah make me stronger..ameen
Thanks Dr Cinta! :)

ZalinaSamsuddin said... REPLY

a motivation one ;')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Maryam

your welcome sis! ;) sometimes there is a reason why Allah put us in hard condition :') AllahurabbiHe knows the best :')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ZalinaSamsuddin

Syukran sis :')

budakbaik said... REPLY

alahamdulillah..sekarang saya sedang memikirkan cinta kepada allah dan rasulluah saw... sekaranag bila dah besar saya sering memikirkan hala tuju hidup saya.. terima kasih^^

eRikA said... REPLY

terima kasih..at cni sy byk jmpa kkuatn...terima kasih,ada jalan tuk sy cri cinta abadi...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@budakbaik

Alhamdulillah, moga istiqamah di jalan-Nya :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@eRikA

InsyaAllah syukran :) teruskan mencari cinta abadi ;)

ain soofiyah said... REPLY

sronok..!

zubect said... REPLY

alhamdulillah. sy pown sbnrnye sdg berhadapan dgn mslh yg sme. ape yg sy nak dh hampir nk dpt, tp terlepas. 2x pulak tuwh. 1st tu mmg slh sy. then 2nd sy x tahu knpe out of sudden hati sy rse tertutup nak dpt kan apa yg sy nak tuwh. tp lps tu sy rse menyesal. shhgakan sy rse ini semua salah takdir. walhal sy tahu tu slh sy sndri. insyaAllah, jika ini takdir, maka ini hadiah dr Allah utk sy. amin

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ain soofiyah

insyaAllah ^^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zubect

insyaAllah DIA tahu yang terbaik untuk hambaNya

ain dzaya said... REPLY

syukran jazillah..
bila kita lost kita akan sentiasa merndui cinta dan kasih sayang ALLAH :)


"Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.".

ain dzaya said... REPLY

syukran jazillah..
bila kita lost kita akan sentiasa merndui cinta dan kasih sayang ALLAH :)


"Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.".

hamzah ian said... REPLY

hebak dr cinta.. hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@hamzah ian

woha! terbang tinggi-tinggi dah mai dah :')

~kueh~ said... REPLY

salam alaik :)

naskah cinta Rasulullah .
saya dah tgk tayangannya.
alhamdulillah.
harap ada yang terkesan dengan video tersebut.

Tidak ada yang Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia2. la tahzan.. kembalilah pada-NYa :)
DIA xpernah kecewakan kita.
pasti & pasti !

"moga berjaya mencipta syurga di dunia sebelum meraih syurga di akhirat sana"

^-^ ukhwah fillah,
slmt berkenalan ^-^

Siti Safiyyah said... REPLY

dah tengok dah short film NCR tu. best sangat sampai paksa kawan2 tengok jugak cite tu. hehe.

Ika said... REPLY

insyaallah. semoga kite tabah dlm jalani hidup ni. :)

Nia Ridzwan said... REPLY

betul, kadang2 kita cepat rasa lemah. huuu. tanpa kita sedar, Allah dah sediakan banyak 'ubat' untuk kita. samada kita nak terus makan ubat tu even pahit, atau nak biaq ja sakit melarat. kan.

p/s: kak fawa~ hehe. kita siap download dah movie tu ^_^

Cinta Misteri said... REPLY

★★Motivate diri sendiri★★

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@~kueh~

insyaAllah, :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Siti Safiyyah

hihi ye ke? dah tgk jugak, shbat2 dari IPG lain yang punye ni :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ika InsyaAllah :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nia Ridzwan

true the best medicine ada padaNya. alaa akk pun dah download jugak hihi. dan ulang bnyk2 kali LOL :P

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cinta Misteri

InsyaALLAH :)

nikahituindah said... REPLY

Orang yang bahagia kecewanya berkali-kali. Orang yang tidak bahagia, kecewanya hanya sekali. Justeru, apabila kita mengalami kekecewaan, belajar dan ambillah iktibar dari kekecewaan itu. Insya-Allah kekecewaan itu akan menjadi mahar kebahagiaan. Maka, bersyukurlah kerana Allah tidak melupakan kita dengan memberikannya kita ujian demi ujian bagi meraih pahala kesabaran.

NadyaBubble said... REPLY

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan Dia tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nikahituindah

ujian tanda Allah sayang :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NadyaBubble

yep. kita memang layak diuji pun :')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NadyaBubble

:')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NadyaBubble

:')

Safiyya Zara said... REPLY

no one makes a lock without a key, rite? so ALLAH will not give a problem without any solution to us =)

Farah Waheeda said... REPLY

@Safiyya Zara agree :')

siti aishah bt muftar said... REPLY

entry yg memberikan saya semangat...sbb ceritanya btol2 same pe yg terjd pd diri sy...syukran yer sis...

btol Allah tempat yg mengadu sebaik-baiknya...lebih tenang rasanya slps qiamulalail

Farah Waheeda said... REPLY

@siti aishah bt muftar insyaALlah, moga ada kebaikan :')

Anonymous said... REPLY

assalamualaikum.
sy xthu either shbt sy ni dah jd follower ntok blog keretmayat or not. if blom,sy suggest sahabt bc entry2 keretamayat especially ntok entry berkaitan cinta/berkapel..
wallahualam...

the tempo of life said... REPLY

nice entry

Hasnani Norizan (HN) said... REPLY

Subhanallah,such a precious word :) ..mohon copy dan share ye :)

Farah Waheeda said... REPLY

@the tempo of life thanks :)

Farah Waheeda said... REPLY

@Hasnani Norizan (HN) sure dear :)

nurul_mia said... REPLY

mempelajari sesuatu y baru. kdg2 manusia lpe. ble da jatuh terduduk..bru nk beringat.. thx pd tuan punye blog ni..
kdg2 bukan sume dugaan kte mampu nk hadap..kte insan lemah..
dan kte percye ALLAH sntiase bsme kte..AMIN

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta