Followers

20120414

Kalau saya lelaki

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

 ***
Kalau saya lelaki, saya akan rasa risau sangat sebab akan selalu ter-tengok aurat perempuan. Mana-mana pergi je mesti akan ternampak. Bukan saya tak tahu kalau tertengok aurat wanita ni berdosa apatah lagi saje-saje nak tengok. Pergi jalan-jalan je nampak, bukak TV je nampak, kat social network pun sama. Aduh, susahnya. Betul kata kawan saya, kena kuat iman. 



Kalau saya lelaki, saya akan risau sangat sebab tanggungjawab saya besar. Tanggungjawab kepada ibu bapa, adik beradik, nanti bila dah kawen isteri dan anak-anak. Saya akan rasa bersalah kalau saya tak ajar mereka tentang aurat kerana itu adalah kewajipan saya. Kalau mereka dedah aurat saya yang berdosa. Seorang perempuan yang tidak menutup aurat akan menarik 4 golongan lelaki, ayahnya, suaminya, abang-abangnya dan anak-anak lelakinya ke dalam neraka :O 




Kalau saya lelaki saya patut tahu tanggungjawab saya pada Islam amat besar. Betapa saya akan mengagumi para syabab (pemuda) pada zaman dahulu saat Islam dijulang tinggi. Siapa tak mahu jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk kota Konstantinople masa usianya 21 tahun. Siapa tak kenal pada keberanian Saidina Ali karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Baginda s.a.w saat kaum musyrikin memburunya. Hebat, saya ingin jadi macam tu. 



Kalau saya lelaki, saya patut tahu bahawa hidup ini bukan angan-angan. Tak perlu sibuk lagi dengan cinta yang belum halal. Saya perlu tahu tanggungjawab pada pelajaran buat masa ni lebih penting dari membazir wang ringgit yang datangnya dari ibu dan ayah saya sendiri. Saya patut tahu kaum lelaki bertindak sebagai pelindung dan bukan merosakkan kaum wanita yang lemah. Bagaimana saya menjaganya? Bukan dengan cara mengajak para wanita berkepit bersama saya 24 jam tetapi dengan kerap kali mengingatkan wanita yang selalu bengkok. Saya kena selalu ambil perhatian bagaimana adik-adik perempuan saya, kakak-kakak saya.


Tapi, saya perempuan yang mana tanggungjawab perempuan jauh lebih sukar. Aurat kena sentiasa saya jaga. Tutup aurat supaya selamat. ^__^ Supaya masing-masing dapat menundukkan pandangan. Bukankah Allah sudah berfirman?

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (An nur : 30) 

Jom sama-sama jaga pandangan. Saling berusaha kepada yang lebih baik. Waallahu'alam. :) 

Syukran Jazilan for reading

25 patient (s) need treatment:

keri ikhwan said... REPLY

kalaulah saya perempuan... err
Lelaki ramai, tapi tak ramai yang betul2 lelaki. dengan kata lain terlupa tugas sebenar seorang lelaki. Dan tidak menjalani hidup dengan ciri2 seorang lelaki. walaupun fizikalnya seorang lelaki macho yang berotot kental. perlu definisi semula takrif lelaki dalam kamus kehidupan mereka.

Aliff Haikal said... REPLY

BETAPA besarnya tanggungjawab kami :)

Raden said... REPLY

fuhh~nsib baik sy perempuan

Budak cadburry said... REPLY

Takbik spring dengan semue entry akk . The best :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@keri ikhwan

actually kedua2 nya prmpuan and lelaki tanggungjawabnya sama berat :) kan. prmpuan ada tugasnya, lelaki pun macam tu jugak

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Aliff Haikal

ar-rijalil qowwamu 'ala nnisa' ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Raden

prmpuan pun banyak tnggungjawab jugak :))

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Budak cadburry

syukran dear :)

merahitujambu said... REPLY

lelaki perempuan sama berat tangungjawap nya..=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@merahitujambu

yup true :)

CikUna said... REPLY

Alhamdulillah... Sungguh besar tanggungjawab kita mahluk ALLAH ni kan ?? Semoga kita semua didalam lindunganNYA.. amin..

**Done follow Dr... ngeee

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@CikUna

aah. lagi2 sbgai khalifah Allah, hambaNya :') terlalu bnyk tggungjawab kita pada Tuhan

Yuyu Zulaikha said... REPLY

assalamualaikum...
lelaki ke wanita ke,kt atas muka bumi ni sgt besar tanggungjawabnya sebagai khalifah...
kan =)

Anonymous said... REPLY

dear..awk gune font ap ye...sies cantek lar..n nice word 2...idea sndiri ek...:D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Yuyu Zulaikha

waaalaikumsalam, yup very true :) stiap hambaNya ada tggungjawab yg amat besar kepada Tuhannya sendiri :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

"The Only Exception" yg satu lagi sy lupe -,- syukran dear :)

Trica Jus said... REPLY

subhanallah....bersyukurlah.....!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Trica Jus

syukurlah kerana Allah memilih kita utk mengimarahkan dunia :')

Anonymous said... REPLY

salam..dr.cinta..np xley bukak daa belog badamkt..dr.cinta writer kat belog 2 jugak an....

Ika said... REPLY

alhamdulillah. sentiasa bersyukur allah jadikan kita perempuan walaupun kita ade banyak tanggungjawab. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

blog tu dah kena hacked :(

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ika true :)

NadyaBubble said... REPLY

Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri kan, lelaki ke, perempuan ke :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NadyaBubble

true, masing2 ada tggungjawab yg besar :)

Anonymous said... REPLY

salam, boleh tak saya nak tau hadis atau firman allah tentang penyataan "4 orang golongan lelaki yang bertanggungjawab terdahap perempuan" tu. TERIMA KASIH.

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta