Followers

20120309

Kalau nak derhaka pada Allah, try cari tempat yang Dia tak tahu

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Subhanallah. Lamanya tinggal blog =') almost a month. Mengharungi a very hectic life since masuk new semester ni. Too many projects to work on it, too many assignment to complete, too many tasks. Semua too many je. Antara reasons saya. Ini pun dah tambah and kurang la ni. Tak pe, sibuk kerana kerja Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan segala tugasan kita. Amin. So, for today's update, saya update simple je. Memandangkan saya mula bercuti dalam 1 week. InsyaAllah I'll try to keep updating something here, if i'm FREE :D


ehem nampak tak header baru kat atas tu. yeay thanks to Amierah Nabillah for her beautiful sketch. Cepat pergi blog dia. Amierah's blog. =) Friendly sangat. ;)


task that i have to complete



Saya yakin ramai yang dah mendengar kisah ini. Namun, sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. Always a reminder dalam menjalani kehidupan seharian. Sedarkan diri kita yang hanya menumpang di bumi Allah, bila-bila sahaja Allah boleh mengambil kembali nikmat yang diberikan jika kita tidak tahu bersyukur.


“Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.” (Ibrahim:7)


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Abu Ishaq?"



"Pertama, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, janganlah kamu makan rezeki-Nya." Pemuda itu bertanya lagi: "Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya?" Ibrahim menjelaskan, "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang kedua."


"Kedua, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, jangan tinggal di bumi-Nya." ujar lelaki tersebut, "Perkara ini mungkin lebih berat. Segala sesuatu yang ada bermula dari belahan timur sampailah ke barat adalah milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang ketiga."


"Ketiga, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, sekarang, cubalah cari suatu tempat yang mustahil diketahui-Nya, kemudian di tempat itu kamu bebas membuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung lalu berkata, "Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapat dilakukan kerana Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya dan mengawasi setiap gerak-gerimu?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang keempat."



"Kempat, apabila malaikat pencabut nyawa hendak mencabut nyawamu, cuba minta diberikan tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat nasuha dan beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu, "Mustahil, dia mahu menerima permohonanku." Ibrahim berkata, "Kamu tidak mungkin mampu menolak sebuah kematian hingga kamu dapat bertaubat dan kamu tahu bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil akan memberikan tempoh kepadamu lalu bagaimana kamu mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" "Sekarang beritahu aku hal yang kelima"



"Kelima, jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya." Jawab lelaki itu, "Mereka tidak mungkin akan bersedia meninggalkan aku begitu sahaja walaupun aku kemukakan pelbagai alasan." Ibrahim bertanya lagi, "Jika demikian, bagaimana mungkin engkau mengharapkan  suatu keselamatan?" Kata lelaki itu, "Wahai Ibrahim, cukup! cukup!




InsyaAllah, sedikit kisah iktibar pada hari ini. Oh, kalau awak semua nak tengok doodle/drawing saya yang lain, boleh je terjah kat page facebook Dr.CintaPunyeBelog. Saya kadang-kadang ada lukis and post it there. Or nak tanya apa-apa ke kat saya and nak respons cepat, boleh tweet2 here. ;) kalau inbox fb or emel sometimes saya tak perasan. sorry. 

Waallahu'alam.


Syukran Jazilan for reading

26 patient (s) need treatment:

zoeLa said... REPLY

assalamualaikum, boleh tak buat entry pasal persediaan nak menggunakan tudung labuh..masih berfikir n mencari jalan utk persiapkan diri nih..

F.a.r.n.y said... REPLY

nice post. sy suke..thanks, Dr. Cinte :)

cIk JanNah said... REPLY

nice info. thanks for sharing :)

Muhammad Afif said... REPLY

ziarah...

hana szied said... REPLY

Allahurobbi , mana mungkin dapat elak dari 5 perkara tersebut . islahhhh diri..~

Anonymous said... REPLY

Assalamualaikum ya ukht.Saya tertanya adakah dibenarkan untuk kita untuk menggambar/melukis makhluk bernyawa?Saya harap saudari dapat membuat kajian ilmiah mengenainya.Ini salah satu sumber yang baik. http://errozzelharb.wordpress.com/2011/01/23/hukum-tashwir-dalam-tinjauan-syar%E2%80%99i/ -Mr z

Anonymous said... REPLY

Assalamualaikum ya ukht.Saya tertanya adakah dibenarkan untuk kita untuk menggambar/melukis makhluk bernyawa?Saya harap saudari dapat membuat kajian ilmiah mengenainya.Ini salah satu sumber yang baik. http://errozzelharb.wordpress.com/2011/01/23/hukum-tashwir-dalam-tinjauan-syar%E2%80%99i/ -Mr z

Nur Zulaikha said... REPLY

syukran jazilan...perkongsian yg sgt bermakna..pernah dgr cite ni tp x ingat sgt..tq kerana sudi berkongsi bg mengembalikan memori..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

waalaikumsalam. secara strictnya sbgmn digariskan kajian Qaradawi, harus utk dakwah, haram lukis katun buka aurat. itulah yg disebut ulama2 yg lain pun. marbawi juga sebutkan yg sama. sy juga baru tahu tntg hukumnya haram melukis kartun buka aurat.

saya ada mbuat pncarian maklumat sikit from:

1) http://keretamayat.blogspot.com/2011/05/apa-hukum-melukis.html

2) http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69

3) http://irwanidris.wordpress.com/2011/08/13/hukum-melukis-dan-menggambar-dalam-islam/

dan bertnya beberpa org yg mahir/alim.

waallahu'alam.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zoeLa

waalaikumsalam. dlu saya ada share 1 entry ni kat fb page. InsyaAllah jika ada masa sy surely akan cuba buat ye. ^__^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@F.a.r.n.y

InsyaAllah syukran ye. sdikit perkongsian yg kita kdg2 terlupa. cuma ingatkan kembali esp diri sendiri :')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@cIk JanNah

welcome :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Muhammad Afif

syukran :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@hana szied

betul ? :') ternyata kita ni cuma hamba Allah yg sgt kerdil di bumiNya. menumpang je.

Cik Rose Cute said... REPLY

follow sini..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cik Rose Cute

thanks awak :)

Cik Aien said... REPLY

Dr cinta, 1st time ke sini :)

Entry yg pnjang tp beribu pengetahuan baru yg diperolehi..

berry said... REPLY

Dulu rasa nye pernah baca benda. Tapi elok gak refreash memory ini.


Kalau nak beli kain batik, kain sutera atau bag jenguk2 la blog saya.
TQ.


http://nota-notakecil.blogspot.com/

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cik Aien
insyaAllah semoga dpt ilmu baru kat sini, syukran ye dtg lawat ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@berry

yup kena sentiasa refresh kan baru sntiasa beringat :)

insyaAllah.

Anonymous said... REPLY

Saya mengetahui fatwa-fatwa yusuff qaradawi mengenai perkara ini dan beberapa hal yang lain.Tetapi kemudian saya dapati ramai ulama sunnah yang mengkritiknya kerana fatwanya bertentangan dengan nas.termasuk imam muhaddis sheikh Albani dan sheikh salih utsaimin.Terdapat begitu banyak penulisan yang mengkritiknya seperti dari sheikh muqbil. Salah satu rujukan http://www.youtube.com/watch?v=Q6jKlgiOpPM&feature=related Jadi saya harap kamu lebih berhati-hati dengan fatwanya.wallahualam -Mr.z

Hamka said... REPLY

salam..

http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/menghina-kekasih.html

peace no war. Woha!

Hamka said... REPLY

salam..

http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/menghina-kekasih.html

peace no war. Woha!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Hamka

eh pokcik kereta mayat larh :D hihi

Amierah Nabillah said... REPLY

Assalamualaikum Kak Farah! :D Nak gtau, banyak sangat referrals & kawan2 baru bella dapat since K.Farah letak link blog bella kat post akak ni :D I just wanted to let you know once again that I'm very happy about it. Thank you so much! Btw, suka sangat post ni :D Especially bulan tu. Hahaha. Lawak sangat!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Amierah Nabillah

no biggie dear :D hehe thanks btw

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta