Alkisah Stokin

3:49:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all readers. Abaikan duration yang terlalu lama penulis menghilang. Mungkin ni pengalaman #2 selepas pengalaman tudung labuh ini. 

Stokin ke stoking? -,- 


Everybody knows aurat wanita adalah semua kecuali wajahnya dan kedua tapak tangan. 

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud) 

Menyusuri ‘alkisah stokin’ ni sendiri ada sejarahnya dalam hidup saya. Owh, bukan kisah tentang stokin yang tidak dibasuh selama seminggu. Bukan juga kisah baru beli stokin di Soxworld. Kaki adalah aurat wanita. Tapi sering diremehkan. Dari jauh dah nampak menutup aurat, tudung berlitup, pakaian pun okay longgar. But, something wrong down there. Owh, tak pakai stokin. Aurat yang diremehkan oleh ramai muslimah. Mungkin tidak tahu, atau tahu tapi tak ingat, atau dah ‘arif lalu buat-buat lupa. 



Ustaz-ustaz saya dulu pakat dok pesan, pakai stokin. Bahaya kalau lelaki nampak. Apa yang bahayanya? Saya tak tahu, owh mungkin tahu serba sedikit tapi kurang jelas. Saya juga bukanlah berasal dari golongan yang serba tahu dan serba lengkap dan serba sempurna. Masa dulu-dulu, kalau keluar jalan-jalan, agak jarang lah pakai stokin ni. Mungkin masa tu belum habis berfikir tentang aurat yang satu ni. Tahu, bila perasaan seorang budak sekolah yang tak pernah biasa dengan tudung labuh, arm sock (we call it stongan –stokin lengan), and the stokin. Rimas itu tetap ada, bila keluar berjalan-jalan rasa macam ada satu kebebasan bergaya seolah-olah sekolah adalah tempat mengongkong heh. Biasalah budak bawah umur, belum mahir berfikir secara total. 

ustaz kitee -,-

Sejak beberapa tahun ni, saya mula tarbiyah dan didik diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Bila tak pakai masa keluar jenjalan, rasa bersalah. Bersalah dengan Allah sebab tak jaga aurat baik-baik. Yang lain dah tutup sempurna tapi kaki tak tutup pulak. Untuk melakukan proses perubahan, perlulah konsisten. Perlu ada istiqamah. Amal yang sedikit apabila kita berterusan melakukannya, insyaAllah akan menjadi saham pahala di akhirat kelak. 



Bila buat sesuatu perlu dengan niat yang bersungguh-sungguh. Berubah bukan sebab boypreng suruh tutup aurat atau trend fashion semata-mata. Tapi hanya kerana Allah Taala. Allah dah suruh. Kalau Allah dah suruh tu, pasti ada hikmah di sebaliknya even kita rasa macam tak suka je. Belajar untuk mentaati dengan seikhlas hati, cuba untuk buat yang TERBAIK dalam menjalani perintah Allah dan bukan kerana sesiapa. Sebab bila kita changes bukan kerana Allah, confirm ianya tidak berkekalan. Niat tidak pada yang Satu tapi beribu-ribu. 



Satu cara saya memupuk minat pakai stokin ni adalah saya beli stokin yang comel-comel. (ni cerita zaman sekolah dulu zaman 2004-2008) Dulu suka pergi soxworld. Dekat sini stokin dia comel-comel (abaikan price dia), bila ada stokin yang comel-comel, sangat bersemangat nak pakai stokin bila ke kelas tambahan, hang out. Kelas biasa hari sekolah macam biasa tetap lah pakai stokin hitam. -,- 


So, my socks collection adalah sangat banyak. Hasil daripada usaha mengumpul sejak zaman sekolah. Cuma, sekarang dah masuk umur 20-an, dah jarang memakai stokin yang berwarna-warni, dah matured barangkali. 



To start something new, i know agak sukar. Tak pe, memang susah pada awalnya. Tapi kalau kita berusaha untuk menjaga aurat kita, percayalah, satu hari nanti, kita akan rasa kemanisannya. Mempertahankan sesuatu yang sukar pada zaman moden macam sekarang ni. Dicabar pula dengan arus fashion yang menggugat iman. Sangat sukar untuk mempertahankan syariat Allah. Tapi, saya percaya, jika ada kesungguhan dalam diri muslimat, jika ada kesedaran yang mula terbit dalam hati muslimat, insyaAllah, niat itu akan diredhai Allah. And of course, kita bukan hanya mahu jadi MUSLIMAT (hanya Islam -percaya) tapi ingin menjadi MUKMINAT (orang-orang yang mukmin –percaya dan lakukan). Menjadi orang Islam yang percaya pada hukum Allah, dan berusaha untuk melaksanakannya memang sesuatu yang mencabar pada zaman ini. Berdoalah selalu kepada Allah sebab Allah sentiasa mendengar. berdoa agar ditetapkan hati mengharungi zaman yang mencabar ini.



Starting from this new year, jom sama-sama kita selitkan sikit dalam resolution kita untuk menjadi lebih baik then the previous year. Kita cuba, pakai stokin pulak. Owh, should I make a campaign here hehe mari pakai stokin untuk tutup aurat kaki kita dan untuk menutup aurat dengan leeebih sempurna and untuk menjadi lebih gorgeous di hadapan Allah ;) kalau nak ambik lah. Boleh lah jadi peringatan setiap masa. 

penjelasan lanjut boleh terjah sini.

p/s: okay, gigih jugak type post ni lepas a long journey. Lepas rindu selepas beberapa hari bertapa di gunung ledang. -,- mengasingkan diri dari alam maya. 


p/s/s: bukan nak menunjuk penulis ni pakai stokin ye, nak menceritakan ibrahnya. Semoga dapat merungkaikan serba sedikit persoalan di minda muslimat-muslimat di luar sana yang masih dalam dilema atau tidak tahu pun dalam soal ini. Waallahu’alam.

70 patient (s) need treatment

  1. sama la kita..mula2 dulu pakai stokin comel2 je...macam2 kaler macam2 corak..ehehe...

    ReplyDelete
  2. saya pun jarang pakai stokin kalau keluar rumah walaupun tahu kaki punn aurat.astaghfirullahalzim,sama-samalah kita istiqamah ke arah yang lebih baik ya :)

    ReplyDelete
  3. sama la kita. dulu sy pun rasa mcm susah nak pakai sox. lpas tu, bila tgk kt kedai, ad jual sox colourful 99sen, tros grab bnyk2 and pakai ikut warna baju.. (kalau baju warna biru, sox pun warna biru..hehe)

    alhamdulillah, now, pakai sox yg warna hitam, choc tu je. unless sox sukan, pakai colourful jgak tp pnjg sket la.. (sox 99sen tu sampai ankle je.. hehe)

    btw, sy pernah jumpa kat mana tah, boleh je kalau kita xpakai sox tapi asalkan, baju yg kita pakai tu labuh dan kasut bertutup (cth: crocs and pump shoes). i mean kain atau skirt la. jubah or abaya pun da labuh kan? hehe. i think that's all! thanks :)

    ReplyDelete
  4. mmg byk dugaan jgk ble pakai stokin. time sek dl, dituduh nk tunjuk baik. skrg time keje lak, org cakap mcm org tgh berpantang. haish. mcm2 pndangan org.

    saya suka pakai stokin warna-warni. smpai skrg pn. hahaa. pedulikan apa kata org. yg penting saya cuba enutup aurat dgn smpurna.

    ReplyDelete
  5. Salam (:
    hehe tulah dulu mana ada nak kisah sgt dengan kaki ni.tapi bila dah diberi kesedaran dan keadaan sekeliling yg mggalakkan pemakaian stokin, rasa bersalah pula bila tak pakai.and i think that feeling helps me a lot.untuk terus istiqamah, terutama kat mesia ni agak panas n kadang2 rase taknakkkkk je pakai.hehe :D

    ReplyDelete
  6. Assalam.
    sy pun nak kongsi cerita jugak boleh? hee

    dulu masa sy sekolah agama.. tapi sy ni kira tergolong dalam golongan student2 yg degil sikit.. hehe.. dulu kalau ada kelas tambahan, selalu malas nak pakai tudung labuh dengan stokin.. yg peliknya, time pegi sekolah ok je boleh pakai uniform sekolah dengan tudung sekolah yg labuh tu.. ==' tapi skang, alhamdulillah.. sejak dah jejak kaki ke universiti, dah mula rasa diri ni dah makin dewasa, dah hampir layak nak kahwin, sedikit demi sedikit usaha utk berubah utk menutup aurat dengan baik.. ;)


    kadang2 sy rasa usia dan pengalaman kita akan dewasakan kita kan cik farah? ^^ marilah kita sama2 berdoa agar kita semua dapat berubah ke arah yg lebih baik. insya-Allah.

    ReplyDelete
  7. @Sunah Sakura

    kaann, cam budak2 je. hehe tapi tak pe, pelan2. belajar sikit2 =)

    ReplyDelete
  8. @mar mp 86's

    matching baju ngan stokin. hehe. sy tak kisah je, baju merah, stokin kuning -,- hehe

    aah yg tu betul lah. kalau kita dah pakai crocs/kasut yg memang dah tutup kaki and rasa confirm memang tak nampak boleh je. :)

    ReplyDelete
  9. @aliesha kirana

    betul :) ckp2 orang jgn dengar. utamakan pndangan Allah.

    ReplyDelete
  10. @MERAH

    kalau pegi london confirm memang tak bukak dah stokin sebab sejuk memanjang =') hehe

    yup suasana juga merupakan faktor penting kan? kalau org sekeliling kita semua pakai, kita pun jadi segan la tak pakai. ;)

    ReplyDelete
  11. @Siti Safiyyah

    boleh2 ;)

    betul. pengalaman bnyk mengajar kita. insyaAllah, amal yg kita nampak sikit je, bila berterusan, insyaAllah akn mnjadi saham di akhirat kelak. ;)

    jom istiqamah.

    ReplyDelete
  12. salam...
    betul..bila kte dah start pkai, rse bersalah bile xpkai.. bersalah pd Dia...
    dulu pergi lecture je pkai, takat pegi cafe beli mknn pkai selipar jepun je, xpakai pun stokin, sebb susah nak selit kat slipar...
    sekarang, alhamdulillah... ke mana saja insyaAllah akan disarung...
    yg penting ada niat, tekad dan usaha!
    thanks for the sharing sis...
    moga dilimpah ganjaran melimpah ruah... ^_^

    ReplyDelete
  13. @ummi..

    insyaAllah, sedikit2 lama2 jadi sebahagian dari rutin kita. :)

    ReplyDelete
  14. boleh tak buat entry... macam mana the appropriate way kita nak suruh kawan kita pakai tudung. =='

    ReplyDelete
  15. dulu kat matrik..
    constant je..
    walaupun baru start masa tahun pertama kat mtriks..
    n constant utk tahun seterusnya..

    tapi kat U nie..
    haish, bnyk btol dugaan..

    pernah sekali pakai kasut yang saya kire tutup jugak..
    dan fikir barangkali orang lain tak lihat kaki dn kasut saya.
    sebab pattern kasut tue tumit memang tutup..
    depan pun tutup..
    cume ade sedikit rongga yang boleh menampakkan kaki..
    dan fikir..
    ok lah tue kan..
    tak payah pakai stokin..
    *konon nk try sekali tak pakai stoking gune kasut tue..huhu*

    tapi ade kawan saya tegur..
    "eh lina, kau tak pakai stokin eh hari nie"

    tersentak saya..haha
    ingatkkan orang tak perasan..
    tapi..
    ada jugak yang perasan dan mengingatkan saya untuk pakai stokin..
    huhu

    p/s: suke jugak pki stokin warna warnie..tapi kalau gi kelas pakai stoking wrne coklat..
    nmpak matang sikt..hik3

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Betullah kat ustaz tu bahaya kalau lelaki nampak.Waktu kelas tambahan form 5,adalah dalam 2-3 orang classmates (laki).Patutlah kaki perempuan aurat,kaki macam kena clorox putih sangat.Tergamam -___-!

    Sejal hari tu terus pakai stokin.Thanks for the entry ^_^

    ReplyDelete
  17. @asliner

    alhamdulillah jka kita dpt bersahabat dgn org2 yg soleh soleahh. :) setiap msa dpt peringatan ;)

    ReplyDelete
  18. @nashue

    waalaikumussalam :)

    kann. hehe berhikmah setiap perintah Allah tu. wanita ni sgt berharga dan sebab tu wanita ni terlalu bnyk hndak dijaga dan ditutup. ;)

    welcome :)

    ReplyDelete
  19. Saya selalu tak pandang sangat dengan aurat kaki. Kalau pegi jalan2 tak pakai stokin pun. Tapi, entry ni buat saya sedar. Syukran,kak :)

    ReplyDelete
  20. @Akmal Khalidah

    insyaAllah sama2 kita berubah menjadi lebih baik di msa hadapan :)

    ReplyDelete
  21. Bismillah..
    Dik Farah, akak pun dulu susah gak nak pakai stokin nie even family parent alhamdulillah dua2 jaga aurat & tudung labuh.. Huhu.. Masa sek men akak on off pakai stokin.. Then, tibalah satu masa akak keje kat tadika Islam masa tunggu result STPM (skg keje kat tmpt sama lg sebagai cikgu lak kali nie=D), rasa segan dgn cikgu2 yg kebanyakannya tutup aurat kat situ+join usrah so start istiqamah pakai stokin & mula berjinak-jinak pakai stogan.. Alhamdulillah, istiqamah sampai skg=) Akak still pakai gak stokin colorful tu even umo dah 20+.. Hehe=p

    Tp, akak nak tanya kat awklah.. Kenapa akak tgk sesetgh ustazah kat sek ada yg tak pakai stokin ye? Tudung dah labuh, baju pun alhamdulillah ok tp stokin je tak pakai.. Nak tegur, nanti apa lak ckp diaorg.. Huhu..

    P/S: Akak dah much better dgn mak akak skg, all praises to Him.. Betullah, masa & keadaan merubah segala-galanya.. JZKK again ya for your advise in previous entry ^^

    ReplyDelete
  22. @Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa

    mengejar kesempurnaan dlm mencintai-Nya satu2nya :)

    ReplyDelete
  23. @-Wan Siti Aisyah-

    bila ki6a nak changes jadi org yg baik, insyaAllah Allah akan hantarkan org2 yang baik di sekeliling kita pula. kann ;)

    ustazah tu maybe ajar budak kelas yg ade budak pompuan je kot (',')positive2 ehehe.

    alhamdulillah keep on praying kak for much better life ;)Amin

    ReplyDelete
  24. insyaAllah..cik pon dh mule pkai stokin..lbih2 lg kalo brbaju kurung..

    ReplyDelete
  25. insyallah akan diamalkan.. nk pkai tp selalu jer lupa...

    ReplyDelete
  26. hati tergerak baca entry ni..
    entry yg agak panjang, & selalunya sy abaikan je.. but this 1, i keep reading until the end..

    TQ for info..
    inshaAllah, sesuatu prubahan yg i akn ikut & buat.. tersedar =)

    ReplyDelete
  27. insyaALLAH..sy suka wanita tutup aurat..tp sy akan cuba.=)

    ReplyDelete
  28. Anonymous4:45:00 PM

    salam Dr , i really need your help and advices

    saya bekas pelajar sekolah agama dan 5 tahun saye brlatih utk memakai stokin . sepatutnye tidak mmpunyai masalah jika saya mahu berstokin sedangkan ibu sye juge brstokin . tetapi , ibu sye tidak pula brkeras utk sye memakai stokin cuma kdg2 dia ade cuma mngingatkan ( mungkin ibu sye tau sye sudah besar dan pndai brfikir). sye sudah lme terdetik utk berstokin smule sperti zaman sekolah tapi sye tak tahu bgaimana mahu utk memulakan kerana mungkin sye malu dgn rakan rakan sye . boleh bantu Dr ?

    ReplyDelete
  29. @DySha.Pink◕‿◕✿

    takpe pelan2 ;) nanti ingat le selalu ehe

    ReplyDelete
  30. @Natasya Naslin

    hoho sorry entry slalu pnjg, tak boleh berenti masa type -,-

    insyaAllah if we keep praying kita nak berubah ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan niat kita. ;)

    salam mujahadah :)

    ReplyDelete
  31. @merahitujambu
    changing dgn slowly, takpe pelan2 ;D nanti kita akan terbiasa :)

    ReplyDelete
  32. @Anonymous

    first of all, ucpkan alhamdulillah sbbnya awk ada ibu yg mengingatkan at least ada yg memberitahu kan? :)

    kita kena pentingkan pndgn Allah dulu bukan pndgn manusia. if kita pentingkan pndgn manusia, yg berdosanya kita bukan dia. yg akn ditimbang amalan kelak adalah kita, bukan dia.

    kita ekna ingat setiap perkara ygkita buat akan ditanya eklak di sana. everything. just in case, kita tak buat satu benda tu, kita akan nanti Allah tanya, adakah kita harus menjawab, 'malu kawan tengok?'

    ouch. takut kan.

    it's small matter tpi if kita selalu ingatkan akhirat, ingtkan Allah insyaAllah kita akn sntiasa mencuba utk jadi yg terbaik sebab kita tahu hakikat sebenarnya kita hidup di dunia ni adalah kerna Allah. bukan manusia, bukan kawan2.

    supposed kwan2 patut malu pada awak sebab awk dah hampir menuju kepada penutupan aurat scra sempurna rite? :)

    lastly, keep praying for HIM. sebab hidayah ni Allah yg pegang. tapi kita pun kena usaha juga utk mencapai ke arah kebaikan bukan hanya menunggu. :)

    waallahu'alam~

    ReplyDelete
  33. love this entry very much!Yana biasa pakai stokin baby je kalau keluar sebab pakai sneakers..hehe =)

    ReplyDelete
  34. betul tu.fesyen skrg ni memang menggugat iman.wlpun bertudung tp masih ada yg kurang.

    ReplyDelete
  35. @NorLyana

    syukran :) moga istiqamah ;)

    ReplyDelete
  36. @erma nazillah

    tmbahkan apa yg kurg perbetulkan apa yg salah :)

    ReplyDelete
  37. susah nak jumpe wanita yang tutup aurat dengan sempurna skrng ni.

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah..sudah pakai stokin..
    semoga kita semua terus istiqamah..aminn. :)

    ReplyDelete
  39. @Afiq Arif

    kebiasaanya yg berharga tu mmg susah dicari dan dijumpai :)

    ReplyDelete
  40. @fieha

    insyaAllah ;') tahniah!

    ReplyDelete
  41. kat rumah, ada sorang muslimah ni pakai purdah, tp x pakai stokin

    muka x wajib ditutup, tp kaki wajib ditutup. haissshhhh

    ReplyDelete
  42. kite serupa!!

    mule2 dlu pun just pakai stokin yg kecik dan chumel2 tu..aha~

    ReplyDelete
  43. semoga istikomah kita tetap ye^^
    doakan sy^^

    ReplyDelete
  44. @Mutiara Bernilai

    tehaha bajet comel kan kengkadang :O hehe

    ReplyDelete
  45. Salam sis! Header blog dah siap :) Nanti sis check e-mail okay :D Hehe

    ReplyDelete
  46. Anonymous10:49:00 PM

    slm..nk tny..mcm mana kalau dlm keadaan yg xmengizinkan ..cth mcm nak mandi laut, dlm rumah n ada ajnabi (abg ipar ke)? susah sangat nak istiqamah kalau dalam situasi mcm tu.. :((

    ReplyDelete
  47. @Anonymous

    ce awk buka link yg saya bagi tu =) actually bila kat rumah kan, ada abg ipar ke sepupu ke, insyaAllah boleh diringnkan lagi sebab tu la ade yg kata aurat kaki ni boleh dipertimbangkan lagi ikut situasi.

    kalau mandi laut tu tak perlu lah kan ;)

    ReplyDelete
  48. Insyaallah. nak praktikkan nanti. :)

    ReplyDelete
  49. suka entri ni :) hm,lisa jarang pakai stokin bila keluar. time tido baru pakai, hehe but InsyaAllah I'll try to change it to a better way as I have to :)

    ReplyDelete
  50. @Ika insyaALLAH :)) jom mulakan lngkah utk berubah ;)

    ReplyDelete
  51. @lisa tak pe change slowly. insyaAllah satu hari nnti kita mampu utk berubah ke arah yg lebih baik ;)

    ReplyDelete
  52. salam , saya masih berjinak untuk memakai stokin bila pergi jalan2 . Insyallah , skrg da bole istiqamah jugak . baru jew mula pakai hujung tahun lps(umo 14 tahun ). huhu (!)

    ReplyDelete
  53. salam , saya masih berjinak untuk memakai stokin bila pergi jalan2 . Insyallah , skrg da bole istiqamah jugak . baru jew mula pakai hujung tahun lps(umo 14 tahun ). huhu (!)

    ReplyDelete
  54. @nliyate

    semoga istiqamah dik. sentiasa berdoa agar diteguh kan hati, all the best :))

    ReplyDelete
  55. Anonymous4:26:00 PM

    nur:
    salam dr.mcm mna dgn org yg suka berfesyen n suka pakai ksut tumit tinggi tu..sebab biasanya org yg pkai stokin pakai ksut tertutup.boleh bagi tips?

    ReplyDelete
  56. @Anonymous

    owh saya pernah je pakai wedges and stokin :D boleh je, pakai la kaler yg light, mcm light brown ke. ;)

    tak de masalah.

    ReplyDelete
  57. Salam. Sblum nie saya xpenah pakai stokin2 cokelat nie smpai la sy masuk u. kawan sy pakai stokin smpai kn sy terikut2. tp sy just pakai time klas. sbb rse cm seksi je pakai bju kurung xpkai stokin. ble naek tangga kain trgkat2.. skg insyaAllah nak tnm azam bru mula pkai stokin. Doakan smoga sy diberi kekuatan utk mnutup aurat dgn lbh sempurna.:-)

    ReplyDelete
  58. @CekPeanut

    terkesan dgn qudwah hasanah sahabat. Alhamdulillah, sebab kita dah dikurniakan kawan2 yg baik dan solehah :)

    ReplyDelete
  59. Anonymous1:30:00 PM

    peranan kwn2 sgt penting kan.sy dlu sklh agama tp degil xnak pkai stoking.bila pindah sek n jupe kwn2 yg rapat n baik, bru ler start pkai stoking n tudung labuh.isk2.jgn jadi cm sya :(

    ReplyDelete
  60. @Anonymous

    insyaAllah yg penting istiqamah ;)

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum,
    I am googling about socks for aurat and found ur blog. Ur blog is cute, interesting and superb. Keep up the good job.

    ReplyDelete
  62. @NC syukran :') all praises to HIM

    ReplyDelete
  63. Errr... Tak perasan pulak bila Entry ni di post. Saya ni dah terlambat ke nak join komen? Hehe... saya pun baru bermula, berjinak-jinak pakai stoking. Memang banyak dugaan.. selalu je Syaitan bisik, takyah la pakai, bukan pegi mana pun, dekat je.. macam-macam lagi lah... apa2 pun moga kita semua yang ada kat sini terus istiqamah memelihara aurat kita...

    ReplyDelete
  64. Salam sis. Sy nak tnye if kat kg kan ramai cousins n suami ibu saudara. Kena pakai stokin jugak kan? Ada tak keringanan untk aurat kaki?

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers