December 26, 2012

Fesyen Trend

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Allahurabbi, lamaaa tak jenguk belog sendiri. :') *sambil cuci sawang belog. Alhamdulillah, dah nak masuk tahun baru dah. sibuk di dunia realiti terlupa kejap dunia alam maya. terpanggil untuk berkongsi apa yg hati sedang rasa, nasihat sesama muslimat, kerana sayang. nak masuk syurga sama-sama kan? :)

***

‘Apesal lah perempuan ni complicated sangat eh? Nak bersiap dah berapa lama, almari dah penuh baju hang kata takdak baju dah, tu haa rak kasut kat luar tu penuh kasut hang, haha’ satu hari rumate dan aku pun berborak-borak manja. Aku tahu dia dok perhati aku dari tadi sebab tak daaan lagi touch up depan cermin, hihi. *okay perasan. Nak pegi dating dengan rumate kan.


Cis, rumate ni bukan gigirl ke? Rumate aku tak pernah baca belog aku. Rumate tak de pesbuk, dia kata dia tak suka nak social social network ni. Bosan. Sengih. Aku dan rumate memang totally different. Macam langit dengan bumi. (tapi saling melengkapi eh)


Tiba-tiba teringat bicara dengan seorang ukht,

kalau enti sndiri, kenapa memilih untuk berpurdah?’
‘nak elak fitnah, mungkin kalau tak berniqab, saya juga akan tergila-gila fesyen zaman sekarang’
Oh


Selagi mana yang bernama perempuan, mesti sikitlah dia ada sense of fashion. alhamdulillah, sekarang kesedaran menutup aurat semakin meningkat, tahniah kepada muslimat yang memilih untuk mendahulukan peraturan Allah dari berfesyen.


Islam tidak menghalang wanita untuk berfesyen. Islam tidak anti-fesyen, tetapi Islam anti kepada pendedahan aurat dalam berfesyen. Ada beberapa trend yang saya rasa tak patut menular, membiak and so on. Boleh pakai dalam rumah sahaja, ehe.


trend turban. in real, tak pernah lagi terserempak orang pakai camni. tapi tak tahu lah kan. sila rujuk gambar dan nilai kenapa ia tidak patut dipakai oleh muslimah



trend tudung pendek. kalau tak mampu pakai tudung labuh, mampukan diri untuk pakai tudung yang lebih labuh dari yang biasa kita pakai :) cover apa-apa yang patut.

peplum top/kurong. sekarang tengah in peplum ni, ada yang pendek, ketat, ada yang labuh tapi melekat. so kalau kita betul-betul nak pakai peplum ni, make sure, tak ketat, labuh, cover apa-apa yang patut, dari segi materialnya tak ikut susuk tubuh badan. tak, tak susah pun sebenarnya, bergantung kepada kemahuan kita sama ada nak utamakan Allah atau fesyen?


sebagai muslimat, kita kena check dulu syarat-syarat penutupan aurat yang telah Allah gariskan. bukan fesyen semata lalu abaikan apa yang Allah suruh :') kalau kita memberati aurat, insyaAllah kita akan rasa sangat selamat sebab Allah akan jaga ;)


lace kurong. cantik dah pakai ala-ala baju kurung ni, sekarang pun trend pakai skirt. nampak manis je, cuma ada sikit yang tak manis. lace dress ni biasanya dia ikut badan. so sesiapa yang nak pakai, boleh la amik yang size besar sikit and pakailah inner ke apa yang patut la untuk cover.


seterusnya dari segi material pakaian tu sendiri. even kita dah berjubah tapi material nya adalah lycra/jersey, hati-hati, sebab material ni jenis berat, maka akan nampak susuk tubuh dan ternampak apa yang sepatutnya dicover. so, elakkan. 


pemakaian seluar juga kena titik beratkan. a big no to legging, jegging. Jeans and candy jeans pulak kalau nak pakai make sure, tak nampak bentuk kaki and ketat. alaaa jeans yang kaler-kaler yang tengah in sekarang, beli la kalau nak beli, tapi pakai kat rumah je or beli size yg besar sikit so that tak nampak batang kaki :D kita ada kaler pink tapi berani pakai kat rumah je la, addict sangat kaler pink -,-



sepatutnya, apa yang kita pakai ke tempat kerja, kelas, santai, beraktiviti or anything, boleh dijadikan pakaian untuk bersolat jugak. tapi ramai yang tak yakin nak bersolat dengan pakaian yg dipakai, sebab apa? sebab para muslimat sendiri sedar pakaian yg dipakai tak memenuhi tuntutan syarak contohnya nipis, ketat, tak pakai stokin, mendedahkan aurat etc


Islam itu mudah, kalau kita ikut, faham dan praktik betul-betul apa yang Allah suruh. perempuan, biasalah dia sentiasa nak nampak cantik. Cantik ni banyak jenis dan subjektif. sahabat saya pesan,

'cantik, tapi kalau kita tak merasa tenang dengan kecantikan tu, hanya mengundang banyak mata, tak ada barakah, tak ada ketenangan pun even dia cantik berganda-ganda, jaga kecantikan yang kamu ada' lebih kurang lah pesanannya.

“Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar r.a.) 

Akhir kata, pakailah apa pun yang melambangkan kamu seorang MUSLIMAH yg menjadikan syariat sebagai nombor satu :) sebagai hamba Allah yang telah dikurniakan akal utk berfikir dengan sebaik-baiknya, setiap apa yang kita pakai, nak pakai, fikir, tanya dan reflect balik, 'Allah redha tak aku pakai macam ni'

***
'Kopiah dan serban semata bukan caranya. perlu juga pakai topi bila perlu. barulah stailo pak aji kita! Islamik perlu ada 'pop' di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa. Jiwa-jiwa kosong. Jiwa-jiwa separa kosong. Jiwa-jiwa berontak. 'pop' yang ada dalam penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa. Islam itu juga ada pop bukan k-pop tapi iPop' 

nahh, KOPI-AH dari Abrar Shafie dan Munirah Rashid bakal menggegarkan jiwa, dapatkan di kedai-kedai buku terdekat anda. cerpen Islami yang banyak membuatkan kita berfikir, serious! :')



*kawan ramai yang dah and nak kawen, lepas tu pregnant pulak, lepastu dah ada family dan kehidupan sendiri. ah aku pening dengan putaran masa yang begitu cepat berlalu :') 

waallahu'alam

November 26, 2012

Tempat yang sukar untuk menjadi manusia

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*sapu-sapu sawang dekat belog.

 


Nuura kembali ke sekolah selepas lapan hari pertempuran merentasi sempadan Israel dan kumpulan militan Hamas Palestin, yang mengawal daerah pantai. Hari pertama mereka kembali ke sekolah, hanya dihabiskan dengan menceritakan pengalaman masing-masing semasa pertempuran.


‘kami tak dengar bunyi jet planes, tapi tiba-tiba akan terdengar letupan yang dahsyat. Warships (baca kapal perang) asyik mengebom’


‘ibu dan kakak saya ketakutan, abang saya telah syahid. Adik-adik kecil saya yang lain asyik menangis. Tidak, semua anak kecil menangis di mana-mana. Kami ketakutan. Bekalan elektrik terputus. Malam yang tragik’


‘malam yang sangat tragik, dipenuhi dengan pemandangan yang berdarah di sana sini. Setiap saat ada saje letupan di mana-mana’


‘Israel telah memberitahu bahawa semua jenis komunikasi akan diputuskan, tiada internet, tiada panggilan telefon atau apa jua cara untuk communicate dengan dunia luar’


Nuura melihat tempat duduk sahabatnya disebelah ‘dan sahabat tersayang saya tidak akan datang lagi ke sekolah selama-lamanya. Dia telah mempunyai tempat yang istimewa di syurga.’ Ada getar dalam suaranya.


al-fatihah untuk sarah ad-dalu

Dia merasakan sukar untuk menjadi manusia di tanah air sendiri. Tidak bebas bermain, tidak bebas berkata-kata, malah semua harta bendanya dimusnahkan. Bunyi-bunyi bom saban hari bagaikan menjadi santapan harian. Bilangan yang syahid pasti ada setiap hari. senjata-senjata yahudi laknat menjadi tatapan setiap kali dia hendak ke sekolah. Dia masih kecil tapi dia mengerti apa erti syahid. Dia mengerti nilai sebuah perjuangan. Dia cuma inginkan kedamaian di tempat lahirnya sendiri.


'Oh dunia, adakah kalian mendengar suara hati kami? Kami cuma mahukan doa yang tidak putus-putus dari kalian'


Kalau aku menjadi muallimnya, pasti sangat sebak saat bertanya ke mana sahabat-sahabat yang tidak hadir pada hari ini. jawapannya tentu syahid, satu jawapan yang tak mungkin aku dengar di bumi Malaysia. kalau aku jadi muallimnya, pasti aku sangat bangga kerana punya anak murid berjiwa hebat sepertinya yang bercita-cita untuk syahid.


Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana, setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran.



'Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?'

'Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid'

Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar. :') Allah, Allah, matlamat tahap tertinggi, syahid! ketika anak kecil seusia mereka blurr tentang erti syahid dan perjuangan, ketika remaja seusia mereka sedang sibuk lagi menyibukkan diri dalam urusan dunia. sangat tersentuh.


Untuk terus cakna mengenai isu Palestin ini boleh mengikutinya di facebook Aqsa Syarif & blog Aman Palestin 

*iklan sat. ada sesiapa berminat dengan al-Quran wanita ini? untuk maklumat lanjut bolehlah pm saya kat facebook page saya. This is preorder, means dalam 2 weeks or a month insyaAllah. :) Available in red, pink, purple & turquoise. pink lagi 7 je.



Bullets know Palestine, 
charged thieves that spark to wreck 
a shepherd’s simple dream, 
a mother’s garden pride, 
a father’s living-room chair. 

Rubble knows Palestine, 
homes where village windows 
lament their shattered vision 
and exploded bricks lay in a cluster 
over unburied bodies

(Old Palestine; taken from ‘A Difficult Place To Be Human’ out Dec 18th 2012)

p/s: true story about the war from Samayya’s tweet about her friend in Gaza

October 21, 2012

The Art of War

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

'Allah, Engkau menguji lagi'. Panggilan telefon dimatikan. Aku tersenyum. Ujian bukan calang-calang. Namun, diri makin matang menilai dan mencari solusi. InsyaAllah :)

lagu konstantinopel


Perbualan  pagi itu dengan seorang sahabat sangat terisi. Sungguhlaa, hidup dalam lingkungan orang-orang soleh dan solehah ternyata terlalu banyak hikmah yang dapat dikutip. Rasa amat rugi kalau tidak mencatat dan diambil iktibar darinya.

'Sekiranya panglima itu tidak dapat bersabar dan mengarahkan pasukan tenteranya supaya bertumpu ke tembok seperti semut-semut yang menghurung sesuatu, 1/3 daripada mereka akan menemui ajalnya tanpa dapat menakluki kota itu. Demikianlah padahnya melakukan serangan-serangan itu' -Seni Peperangan Sun Tzu (The Art of War)

sabar dalam ujian. duduk diam dan jana setiap bait dan hikmah. jangan terburu-buru dalam melakukan tindakan. 

'kita tak boleh 'menyerang' secara tiba-tiba. kuncinya adalah SABAR. sabar kan cantik.'

***

Hari pertama memasak. (Korang bayang je laa bila first time korang masak depan suami nanti. hoho.)

'Awak, nasi goreng ni masin la. Masin is masin'. Lepas tu awak pun merajuk. Setahun dah tak nak masak. *kemain lama.

Setahun kemudian.

'Awak, nasi goreng ni masam la. Masam is masam.' Korang pun berlari masuk bilik. seminggu tak nak masak dah.

Seminggu kemudian.

'Awak, nasi goreng ni tawar la. Tawar is tawar.' Tapi korang mampu senyum, tergelak lagi. hikhik.

Lepas tu aku pun sambung, 'lepas ni awak pulak yang masak eh.' EH salah, 'lepas ni kita masak sesama eh. fix mana yang kurang.' senyuman pun menguntum.

***

macam tu lah ujian.

kali pertama kena, ya Allah, makan masa yang sangat lama untuk pulih. :') bertahun-tahun kita ambil masa untuk pulih. Kali kedua pulak kena, dah makin kurang dah, seminggu je lepas tu okay. Kali ketiga diuji lagi, 2,3 hari je dah okay. Kali keempat Allah uji, boleh siap senyum lagi. ^__^


seeee? sekarang nampak. setiap kali diuji, masa untuk anda pulih dah semakin singkat. Allah sedang meningkatkan kamu dengan nilai kesabaran kamu. Allah uji dan uji lagi tapi bila kemanisan iman dah kamu rasa, kamu sentiasa bersikap positif dan berbaik sangka pada Allah. Allah...


Campakkan kamu pada waktu yang paling sukar dalam hidup yang pernah dirasai sebelum ni. Alhamdulillah, kita telah pun berjaya melaluinya dan 'kesakitan' itulah guru yang mengajar kita menjadi lebih awesome. Allah tahu kemampuan kita ^^


'Macam dalam peperangan. Kita kena susun strategi, buat anggaran, persiapkan kelengkapan, senjata, mempersiapkan diri, emosi dan tenaga. macam tu lah kita kena persiapkan diri untuk menghadapi 'musuh'. 'Musuh' itu ialah penghalang, dugaan dan cabaran.' suaranya tenang menutur bicara. petah berbicara dia ni. alhamdulillah, dapat 'ubat penenang' sikit dari sahabat ni.


Didik hati untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi ujian mendatang.
Persiapkan emosi untuk menjadi lebih hebat dalam segala-galanya.
Serahkan ketaatan sepenuhnya kepada PenciptaMu.
'Strategi-strategi' yang perlu disusun dalam memantapkan iman, dalam mendekatkan jarak kita dengan Tuhan.
'Strategi-strategi' dalam cuba untuk meredhai setiap takdir Allah.


Takdir Allah terlalu misteri. Kita ingat kita tahu, actually Allah laaagi tahu. Kita ingat ni lah yang terbaik, tapi Allah laaaagi tahu yang terbaik untuk kita. Subhanallah. Pasakkan keyakinan yang tinggi pada Allah, tak akan berani kita merungut dalam menerima takdirnya.

Allahlah Penyusun takdir terbaik. remember that.
'Kenalilah musuh anda dan fahamilah tentang dirimu sendiri, dalam 100 peperangan anda tidak akan terjebak dalam keadaan yang membahayakan.' 

kenal 'musuh' anda. susun 'strategi'. 

'sekiranya anda tidak mengenali pihak musuh dan dirimu sendiri, anda sudah tentunya di setiap peperangan berada dalam keadaan yang sangat berbahaya'

Doa adalah senjata orang mukmin. keep on make du'a. Allah mendengar dan menanti setiap doa-doamu :) Allah tak akan hampakan orang yang rajin berdoa, rajin berusaha, rajin bermuhasabah. Allah nak nilai sejauh mana kesungguhan kamu terhadap keinginan itu. Allah nak test sat. Rapuh tak kamu dengan ujian demi ujian.


Perbualannya pada pagi itu telah menuntut aku mencari buku ini. Mungkin lebih banyak hikmah apabila membacanya. ya, aku banyak membaca sejak akhir-akhir ini, sebab nak exam kot. -,-'


*terima kasih kerana sudi memberi sedikit hikmah, akan cuba melengkapkan 'cerita terakhir' itu bila sampai masanya  :)

October 18, 2012

Al-hub ba’da az-zawaj

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) Dah nak habis pun dah sem 4. terasa cepat masa berlalu. tsk. Tak lama lagi saya nak final. Doakan! :)

Sunadokei OST One Litre of Tears

Membaca kisah cinta insan-insan hebat membuatkan kisahnya terinspirasi. Sudah menjadi hobi diri ni adalah membaca. Memang setiap masa kalau boleh nak membaca. Cuma kalau di asrama, memang amat sukar untuk buat hobi yang satu ni dek kesibukan diri. Bila ada masa lapang atau bila balik cuti kat rumah, memang akan tanam azam untuk khatam beberapa buku dekat mini library di rumah. Pencinta buku. Tidur pun, sebelah ada buku -,-


Aku belek lagi novelet tarbiyah karya Ustazah Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi. Sungguh, banyak ilmu yang dapat aku kutip daripadanya. Yang mana penting, aku catat dalam buku tazkirah. Boleh jadi panduan masa hadapan. 


‘Ramai orang memberi definisi cinta tapi susah difahami. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin Wanuzhatul Musytaqin memberi kaedah yang mudah. Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.'

Sebab? Sebab adalah nyawa cinta. Tanpa sebab, matilah cinta. Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan. Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi. Tertipulah orang yang menganggap cintanya suci dan abadi tetapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi. 


Saya suka dia sebab... 
Sebab dia pandai, 
Sebab dia cantik, 
Sebab dia hebat. 


Bukankah Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu? Kalau dia pandai, Allah Maha Pandai. Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik. Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat. Allah yang menciptakan dia dan semua makhluk yang hebat di dunia ini. Allahlah yang sepatutnya berada dalam carta nombor satu di hati kita.'


‘Kalau cinta boleh lenyap bersama sebab, aku ingin mencintai insan halal kerana Allah. Hanya Allah yang kekal dan abadi. Tak akan lenyap!’ Ekskusif ❤


Aku mula mengerti soal jatuh cinta adalah suatu benda yang besar. Suatu benda yang penting. Perasaan aneh itu kalau tidak dibajai dengan benih iman, dikhuatiri ianya akan tumbuh sebagai ‘pohon cinta’ yang tidak sihat. 

‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi) 


Bersabarlah dalam menjaga hati. Suatu yang ditahan sebelum halal ni akan menjadi satu keindahan dan kemanisan suatu hari nanti. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Dan sekarang, saat untuk jatuh cinta dengan ilmu dan persiapkan diri sebelum tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah. Nak memimpin dengan ilmu. 
Aku catat beberapa isi penting yang aku kira perlu ambil perhatian. Berkongsi misi dan pengalaman lalu dari seorang insan yang dikagumi 
  • Membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah 
  • Hadir sekurang-kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah 
  • Berkahwin di usia muda 23-24 tahun 
  • Banyakkan berdoa + berzikir 
  • Berusaha membina peribadi Muslimah yang terbaik 
  • Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu per satu 
  • Menambahkan amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari 
  • Jadi pelajar terbaik CGPA 3.5 ke atas 

Pada aku, jatuh cinta perlukan ilmu. Jatuh cinta benda yang serius. Ini bukan main-main. Bila kamu terjatuh, harus bersiap sedia untuk persiapan masa hadapan. Persiapan ilmu. Ya, ini lebih utama sekarang. Sibukkan bercinta dengan ilmu. 

‘Jatuh cinta itu fitrah. Ya, tapi bukan cinta itu sahaja yang fitrah. Benci dan marah juga fitrah. Jika awak benci dan marah, adakah awak akan biarkan ia menguasai hati? Atau awak uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu?’ 

tanya iman, tanya hati. 

Subhanallah, rasa terisi dan terubat dengan ilmu. Memberitahu apa yang tidak tahu. Menjelaskan apa yang kabur. Menambahkan apa yang kurang.

*Usia menginjak dewasa, aku makin segan berbicara perihal cinta. Cinta satu subjek besar dalam juzuk kehidupan. 

Waallahu'alam.


October 12, 2012

'Aku jahat, so aku tak ada peluang nak jadi baik?'

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*** 


Dengan pedang tersisip di pinggangnya dia pergi dengan penuh bersemangat mencari Nabi Muhammad. Perjalanan untuk memburu dan membunuh Nabi Muhammad. Itulah Umar. Bertemu dengan Nu'aim bin Abdillah, lalu:

"Lebih baik engkau kembali ke rumahmu perbaikilah isi rumah mu terlebih dahulu; tidakkah engkau tahu iparmu Said bin Zaid dan saudaramu Fatimah sudah masuk Islam menjadi pengikut Muhammad?”

Darahnya menggelagak dan mukanya merah padam marah bercampur malu, lantas langsung pulang bergegas-gegas untuk menemui adiknya Fatimah yang kebetulan sedang belajar Al-Qur'an.

Surah Thoha, Ayat 1-5, pelembut hati Umar. Subhanallah, hidayah itu hadiah terindah buatnya, dialah insan yang sangat kasih kepada Baginda Rasulullah SAW! :')

*** 

'Aku jahat, so aku takde peluang nak jadi baik?'

Benar, tidak ada insan soleh yang tidak punya masa silam, dan tidak ada pendosa yang tidak punya masa depan. Semua orang berhak menjadi lebih baik. Allah sudah bentangkan pintu taubat seluas-luasnya.


Sakit dengan masa silam? Sebab ada orang cakap-cakap belakang? Sebab suasana sekeliling tidak begitu sesuai? Sebab tak ada orang yang boleh datang bimbing? Sebab tak sampai masanya lagi? Sebab tak sampai seru? Sebab kawan-kawan perlekehkan? Sebab-sebab yang sengaja dibisikkan oleh syaitan untuk menuju jalan pintu taubat.


Jalan untuk menjadi soleh dan solehah tidak dibentangi dengan bunga-bungaan mahupun red carpet ye, so kalau nak lalu jalan tu, kena berhati-hati. Sebab sepanjang jalan tu yang banyak je duri-duri yang tajam, kalau memang kita tak mampu nak survive agak susah sikit. Untuk berubah, banyak benda kita kena korban, dari segi emosi, masa, tenaga, pendirian dan mungkin jugak korbankan egois. Dan semestinya proses untuk ‘menjadi baik’ ni tak mudah, kena tarbiyah diri, nak kawal nafsu, and so on. And and paling lah sangat payah, bila nak berubah mesti ada konflik-konflik dalaman yang mengacau. So, lenyapkan semua sebab-sebab ‘sindrom’ untuk takut berubah. Ada sikit tips untuk terus kuat dan fight dari nafsu yang sangat suka dimanja ni.

1) Paksa diri untuk melakukan kebaikan 

Kadang-kadang kebaikan tu perlu dipaksa. Paksa diri, jangan manja-manja sangat. Jalan dakwah bukan untuk orang yang manja. No no. Nafsu kata ni, ikuttt je. Nafsu nak itu, pun jalannn je. Kalau diturutkan kehendak hati dan nafsu, sampai ke penghujung pun memang tak kan dapat dipenuhi.

2) Kalahkan nafsu dan syaitan, menangkan iman 


Aha, this one, tersangatlah payah. Okay, setiap pagi benda paling susah nak fight ialah nak teruskan tidur yang lagi best tu ke atau nak bangun Qiamullail? Nafsu kata tidur. Syaitan bisik, tidur lagi best owh. Iman kata bangun, bangun! Kuatkan diri lawan kata hati dan syaitan. Then, kita akan gembira sebab dapat lawan diorang. Bahagia sebab dapat menangkan iman. And for sure, kita akan dapat rasa kemanisan iman. Allahu :’)

Fight untuk iman kita, fight untuk apa yang Allah suka, fight untuk kebaikan diri kita. InsyaAllah, lama-lama dari perkara yang sangat susah untuk kita buat, akan jadi mudah bila dah rajin buat. 

3) Kawan soleh dan solehah sangat penting. 

Orang kata, nak tahu kita ni camne, tengok kengkawan sekeling. Okay, sekarang cuba fikir jap, kawan-kawan kita camne? Kalau kawan-kawan kita jenis kaki masjid-style, alhamdulillah, insyaAllah kita juga akan terkesan dengan peribadi mereka yang soleh solehah tu. Tapi kalau kawan-kawan kita tu jenis selalu je bawak kita jauh dari Allah, bahaya! Selamatkan diri anda. Pentingnya ada kawan-kawan yang soleh solehah ni ialah diorang ni dapat bantu urusan Akhirat kita. :’) Menguatkan bila kita lemah, menegur bila kita salah.


4) Rajin kan diri pergi majlis ilmu.

Ilmu ni tak kan masuk ke dalam hati-hati yang gelap. So bersihkan hati, bertaubat, tanamkan penyesalan yang teramat sangat dengan masa silam yang gelap tu dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Banyakkan bahan-bahan bacaan yang membina, join majlis ilmu, kalau ada kuliyyah maghrib dekat surau/masjid berdekatan, jangan malas join.


5) Sentiasa bermuhasabah diri dan berdoa 

Kuasa doa. Jangan remehkan. Kalau kita rajin berdoa, rajin mintak dengan Allah, Allah nilai, Allah pandang. Mohon kekuatan. Mohon istiqamah dalam perubahan. Jangan bagi jatuh. Jangan bagi fragile sangat. Disentuh sikit, menangis, diuji sikit, lemah, common. Jadilah hamba-Nya yang kuat. Tak gentar tak goyah bila diuji! ^^ *bakar semangat



Dan rajin rajin belek surah Yusuf ayat 53:

Firman Allah SWT yang bermaksud, ".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)

InsyaAllah, kalau awak tanam azam nak berubah, Allah akan permudahkan. kalau rasa diri nak berubah, cepat-cepat berubah, takut hidayah tu Allah tarik balik. :')

*teringin nak makan carbonara, balik ni mesti cuba masak! :’)

September 7, 2012

From Kuala Terengganu with Love: Dialog Ana dan Enti

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

This is another version from this post,  happy reading! ^^ From Cairo with Love: Dialog Ana dan Enti. Dulu ditarbiyah, kini, insyaAllah mentarbiyah :') Yeah the title is so Malaysian! :D

***

Pagi tu dalam 4 lebih aku bangun. Macam biasa, perkara biasa benda pertama akan check ialah phone -,- tak gitu? Ada text diterima dalam 2 pagi. Of course lah dah tidoq awai tak dan nak reply.


Text tu dibaca. Sekilas, memang tak akan faham kenapa sangat drastik keputusan yang diambil. Tapi, awal pagi tu, buat apa-apa yang patut dulu. Update iman dengan Allah. Mohon diberi kekuatan dalam mengharungi ujian, mohon ditabahkan hati sewaktu mendapat kesusahan, mohon disabarkan hati dalam mengharungi dugaan.


Sementara menunggu Subuh, aku pergi check twitter kejap. Sekarang ni nak tahu orang tu ada probs ke tak boleh check dari status-status facebook dia or dari tweet-tweet dia je :P Then, aku pun mula faham.


Ukhti 1: Akak, rasa down sangat (tanpa bagitahu masalah apa, tapi aku tahu)

Ukhti 2: Kita akan lemah bila kita membenarkan orang lain terus membuatkan kita down dan lagi lagi lemah bila kita sengaja mencipta jurang dan makin jauh dari jalan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. Jangan terlalu manjakan diri, terlalu ikut kesedihan, terlalu lemah dengan godaan syaitan yang memang kerjanya nak menjatuhkan kita sentiasa dengan pelbagai cara. Tugas kita adalah menguatkan diri kita, memperhebatkan lagi iman kita. Soal kelabuhan tudung bukan pengukur iman. Jangan menangkan syaitan bila kita sedang bermasalah dan makin menjauhkan diri kepada Allah. Sepatutnya terus-terusan mendidik diri dengan sabar, biar apa orang nak kata. Sahabat dunia yang hanya ada pada waktu senang dan tidak pada waktu susah. Biarkan. Sebab kita punya Allah. Stop serabutkan diri dengan masalah kecil hatta besar sekalipun sebab kita ada misi dekat dunia ni yakni menjadi hamba Allah dengan sebaik-baik hamba. Pedulikan apa orang nak kata. Prove them wrong!



Soal hati, even dengan sahabat, mana datang perasaan yang tiba-tiba tu? Semuanya sebab cara kita bergaul, yes memang kita rapat dengan semua orang like bff tapi bila mana Allah dah bagi rules dalam perhubungan pasti bersebab. And this is serious. Allah tak nak kita terluka tapi kita sendiri yang melukakan diri kita. Anggap lah ini peringatan dari Allah dan wasilahnya dari akak. Sangat sedih bila kita dapat menguatkan orang yang jauh tapi adik-adik yang dekat, akak tak mampu. Pedulikan soal yang remeh sebab kita ada misi ummah. Akak sayang sebab tu akak tak mahu kamu berterusan dalam situasi yang membuatkan kamu down. Fikir-fikirkanlah. Pilihan di tangan kamu. Nak terus bergelumang dengan kesedihan atau keluar dari kesedihan tu. Kadang-kadang peringatan biar jelas agar kita nampak apa yang nak dihadam. Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa yang Allah nak kata. Lemah, cuba bangkit Tahajud. Mungkin satu-satu masalah ni datang sebab kita dah makin jauh dengan Allah. Mungkin. Hanya Allah yang tahu tingkat iman kita. No, akak tak marah sebab awak text keputusan tiba-tiba macam tu tapi akak sedih sebab awak melupakan potensi dalam diri sebab akak tahu kamu boleh jadi ohsem. Nampak je akak main-main macam tu but actually I will always pray for you. Masa main-main, kita main, tapi soal dakwah, soal hati, soal keimanan, take it serious. Jangan buat mainan pulak kan. Segala yang baik datang dari Allah. 

Ukhti 1: Syukran akak, malu, resah, bimbang, macam-macam perasaan bercampur. 

Ukhti 2: Just remember satu je dik, jangan menangkan syaitan yang kerja dia memang nak downkan kita. I will always be there kay. 

Ukhti 1: Terima kasih kak :”) 

Ukhti 2: InsyaAllah, mengadu, mengadu dan teruslah mengadu kepada Allah. Memang kalau mengadu kat manusia, manusia akan bosan tapi mengadulah pada Allah, He will guide you. Never let you down. 

Ukhti 1: I’ll try my best, kak :’) 

Ukhti 2: Welcome. Allah sayang kamu ^^ 


Kalaulah kita terlalu dengar cakap-cakap orang, label kamu itu ini, kamu percaya yang kamu betul-betul dah lost, itu salah. Kamu berpotensi menjadi lebih hebat, kenapa jadikan cakap-cakap orang tu sebagai penghalang kepada perubahan kamu, kamu nak jadi lebih teruk dari sekarang semata-mata nak puaskan hati semua orang? Kamu nak buktikan yang kata-kata salah mereka tu benar?


Kita punya banyak kelebihan. Cukup cantik Allah bagi. Teruskan. Never ever give up. Takkan sebab satu kelemahan dan kekurangan kamu, dan orang gunakan ia untuk downkan kamu, kamu nak melupakan semua kelebihan tu? Common. Move on, jangan duduk dalam cakap-cakap orang. Keluar and prove it. We are better than this. Kita akan jadi hebat bila kita menghebatkan Allah dalam diri kita. Meletakkan cinta Allah sebagai juara dalam carta hati kita. Please, don’t ever give up because Allah loves you :’)


p/s: kekuatan ukhuwah bila kita saling mendoakan antara satu sama lain :') doakan semoga persahabatan kita tetap kekal sampai jannah :') 

p/s/s: pergh banyak jugak aku membebel dekat adik sorang ni -,-

August 27, 2012

Muhasabah segumpal sampah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. 

Subhanallah, alhamdulillah, syukur, segala puji-pujian dipanjatkan kepada-Nya. Meng-update ketika kemuncaknya esaimen -,- tak kira tak kira. I have a great day today, entah, tak ada apa pun yang berlaku hari ini, tapi segala yang berlaku pada hari ini semuanya mendatangkan hikmah positif. Mungkin sebab semalam dah charge motivasi, mungkin ^^ maka di tengah-tengah kesibukan disibukkan juga menaip.

Aku: ‘Sedih dalam gembira’ 

Rumate: 'Kau sedih sebab datang dari nafsu, dan gembira tu datang dari iman. so cheer up weyh. menangkan iman kau' Motivasi terus ter-charge dan ianya menyuntik hari esok.

***


Ada satu jam lapang. Maka, aku bertekad hendak menyiapkan sedikit tugasan tergendala, pergi library pinjam buku, ambik tandatangan, bla bla bla, banyak dah rupanya buat dalam satu jam. Ambik duit pun sempat. Tengok baki elaun dekat kertas. Tangan laju menggumpal kertas. 


Dalam hati, ‘buang je lah, bukan orang nampak pun.’ Namun ada satu suara lagi, memintas. ‘orang lain tak nampak, Allah nampak. Allah suka ke?’ 


Terdiam. Nafsu dan iman sedang bertarung.


Dan dari segumpal sampah, aku mula berfikir. ‘Kalau semua orang fikir, Allah itu sentiasa ada, pasti mereka akan takut berbuat dosa, kemaksiatan’ 


Sepanjang perjalanan ke kelas, aku membuat andaian. 


Ramainya hamba Allah dan termasuklah aku sendiri seringkali terlupa Allah sentiasa mengawasi kita. Betapa malaikat kiri dan kanan sentiasa tidak pernah leka mencatat setiap amalan yang kita buat. 


Allah itu ada. Wujud. Allah menjanjikan kebersamaan-Nya bersama kita. Allah berjanji untuk sentiasa berada di sisi kita, setiap masa bahkan setiap detik! Di saat semua manusia meninggalkan, tapi Allah tetap setia di sisi. Dialah yang meletakkan kamu ke dalam ujian, dan Dia jualah yang membantu kamu dalam mengharungi ujian. Allah meletakkan kamu ke dalam satu situasi yang kamu tidak suka, tapi Allah pandu dan beri jalan keluar dari ujian itu. Sweet. :’) 

Andai setiap hamba-hamba Allah yang ada di atas muka bumi ini menanamkan kepercayaan cuma satu; ‘Allah ada!’ pasti setiap dari kita malu untuk melakukan kemungkaran, andai setiap dari kita percaya pada Hari Akhirat, pasti segan silu untuk melakukan kemaksiatan kerana kita pasti menontonnya kembali di Hari Akhirat! Rugi. Ramainya umat Islam kini ibarat buih. Terlupa sejenak bahawa dunia cuma persinggahan sementara, singgah sekejap untuk kutip bekalan untuk hidup di negeri Akhirat. 


Andai, setiap dari kita berusaha untuk memenangkan iman dan mengawal nafsu, pasti diri makin terkawal dari dosa. Andai kita berusaha meyakinkan diri bahawa cinta Allah adalah juara hati kita, pasti kesucian cinta tidak dirobek-robek oleh 'warna cinta dunia'.


Allah ada. Allah ada. Allah ada.


Ya, cuma segumpal sampah yang tidak bermakna apa-apa, namun, ia jadi bermakna bila kita sentiasa bermuhasabah dalam apa jua keadaan! :’) 


Salam Mujahadah. Waallahu’alam.
 

August 23, 2012

The Super-Muslimah: Jatuh? Bangkit dengan penuh gaya!

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Masih dalam mood raya. Selamat hari raya! still belum terlambat ^^ Just a simple reminder untuk diri sendiri di bulan Syawal ini, sekadar mengingatkan jika terlupa. Ada kala ianya tidak terluah di alam realiti, biarkan jari terus menari untuk menulis; mungkin untuk mengecas sedikit motivasi ^^

"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa" {Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid} 


Mengumpul redha atas sesuatu perkara yang kita tidak sukai kadang-kala jadi teramat sukar. Owh, untuk menjadi Super-Muslimah, seringkali memang banyak dugaan datang menguji tak kira yang datang itu kecil mahupun besar. 

Apa yang kamu tidak suka, itulah yang terbaik untuk diri kamu. Allah itu sangat sweet. Memberikan hadiah di penghujungnya selepas kita mengharungi kepayahan. 


...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216) 

Untuk menjadi manusia yang hebat, semestinya ujian yang datang pun boleh tahan hebatnya. Sabar itu cantik, maka mana-mana muslimat yang mempunyai sifat sabar maka dia juga adalah cantik :D Same goes tu muslimin, siapa yang ada sifat sabar maka dia juga muslimin yang handsome *wink wink. Jangan hanya handsome pada rupa tapi tidak handsome pada agama. 
tetap senyum


...kalau demikian, bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah Yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (yusuf:18)

Sebenarnya, kita lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan. Kadang-kadang, orang lain yang melihat kekuatan itu mengalir dalam diri kamu. Bahkan, Allah sendiri tahu kamu kuat, sebab Dia tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan kamu dan sesuai dengan kamu. 


Kalau kamu terjatuh, dan kamu rasa kamu tak mampu bangun lagi sebab kaki sudah berdarah dan luka, hati sudah parah dan membarah, bangkitlah dengan penuh gaya. Percaya bahawa diri sendiri dapat melakukannya. Tanamkan keyakinan pada takdir Allah kerana Dia sebaik-baik Perancang. Lonjakkan kepercayaan pada Penyusun Kisah Hidupmu kerana Dia pasti menyusun kisah yang indah untuk kehidupan di masa hadapan kita.


Lupakah kita, kekecewaan itu adalah guru bagi kita. :) dan dari kekecewaan mahupun kesedihan, itulah sebenarnya yang membuatkan kamu bangkit, dan terus awesome! ^__^ 


Memang pada awalnya pahit, sakit, pedih. Kerana barangkali apa yang diinginkan itu datangnya dari nafsu. Untuk mengekangnya memang memerlukan mujahadah yang suuuuungguh tinggi. Super-Muslimah, untuk mencapai ‘super’ itu sudah pasti ada pengorbanan yang perlu dibayar. Untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa, pasti ada mujahadah yang perlu dilakukan.

credit to Tumblr

Perkemaskan setiap langkah untuk bersiap-siaga dengan sebarang serangan. dan jangan lupa, hadapi dengan tenang setiap cabaran dan dugaan.  Kalau berulang kali terjatuh pun, bangkitlah dengan penuh gaya. Ingat, Allah sayang kamu ^^

Eh, jangan lupa dapatkan JOM 6. InsyaAllah saya ada ^^ Saya pun tak ingat tulis pasal apa :')


Tinggalkan kalian dengan bicara Allah dari surah al-Baqarah ayat 45:

 “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang khusyuk.” (Al-Baqarah ayat 45)

Waallahu'alam.

August 6, 2012

Allah sayang kamu ❤

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Bila Waktu Telah Berakhir Instrumental by Opick

***
Firman Allah s.w.t (surah al-Baqarah ayat 165)

Maksudnya: “Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.” 


Selepas terawih itu, aku menanti satu panggilan, katanya ada hal penting. Kalau tidak penting, biasanya jarang berhubung. Begitulah, kena sentiasa berhati-hati menjaga hati. 


Soalan pertama terlontar, kemudian kedua dan ketiga. Bagai diinterview, menjawab satu per satu. Tazkirah bulanan katanya. Perlu diingatkan tentang tujuan dan agar tidak lari fokus. Tidak mahu menjadikan perhubungan sebagai satu yang sia-sia, bukan semata-mata untuk kedua-duanya tapi redha Allah itu penting dalam setiap perkara. Satu soalan terlontar. 


‘Kalau, kita tidak ditakdirkan bersama, bagaimana?’ satu soalan yang membuat aku terdiam. Sesungguhnya, soalan ‘kalau’ itu mengganggu. Lama. ‘Adakah satu saat nanti, jika tidak ditakdirkan bersama, ibadah kamu merudum?’ Aku menghela nafas. Memikirkan kalau-kalau soalan ‘kalau’ itu bakal terjadi.


‘Ada kamu atau tidak, sama sahaja. Sebelum adanya kamu, ia telah pun ada. Apabila kamu ada, ianya masih berjalan lancar dan andainya Allah ingin menarik kamu kembali, ianya tetap di situ dan tetap ada.’ Aku menjawab. 


Masing-masing menjana setiap bait.


'Ini, nak cerita iman para sahabat dulu ni. Ada sorang sahabat masa tu baru je kawen. Masa malam pertama tu, dah dapat seruan jihad. Apa dia cakap? Adakah dia cakap, 'Nanti lepas habis peperangan ni, kanda balik ye?' atau dia tak pergi pun berperang? tak, dia cakap, 'Kita akan bertemu di syurga nanti.' Dah set awal-awal nak syahid even baru je kawen masa tu.


Kenapa ana selalu cakap Allah sayang kamu? Di samping tertunasnya perasaan sayang sesama manusia itu, dahulukan kasih sayang Allah terlebih dahulu. Kasih sayang Allah itu sangat meluas. Baca kalimah bismillahirrahmanirrahim, itu pun kalau dihayati sebenar-benarnya mampu untuk membuatkan kamu menangis. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Cukup dengan kalimah itu hati akan menjadi sebak, apatah lagi ayat-ayat cinta Allah yang lain dalam al-Quran. Kalau pun kita tidak akan ditakdirkan bersama, Allah itu punya perancangan yang lebih hebat dari kita. Enti dapat sesuatu dan ana pun dapat sesuatu.




Sebab itu ana tak bertanya, macam mana cinta kita, rindu ke pada ana. Tidak. Apa yang ana tanya ialah bagaimana iman kamu, bagaimana ibadah kamu. Untuk apa sesuatu perhubungan itu kalau ianya semakin menurun kualiti ibadahnya, semakin jauh kita dari Allah. 


Ana tidak text kamu 24 jam sebab kita ada Allah. Urusan yang lebih besar. Enti bersiap sedia untuk dimadukan, diduakan, ditigakan hatta diempatkan, boleh?’ 

‘Dimadukan dengan perjuangan.’ Aku menyambung. 

‘Ya, kalau dengan wanita lain, itu tidaklah, yang sorang pun tak mampu berjaga.’ Ketawa. Berhikmah. Diingatkan dan mengingatkan. Sebak. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik. :’) 

*** 

Betapa teruknya kita pada masa lalu, dan apabila kita ingin kembali ke pangkal jalan, kembalilah kerana Allah sayang kamu. 


Betapa hebatnya penderitaan yang kita pernah lalui sekarang atau dahulu, ingatlah cuma satu Allah sayang kamu. 


Betapa berdosanya kamu suatu masa dulu dan kamu fikir bagaikan tiada peluang untuk bertaubat, ingatlah bahawa Allah sayang kamu. 


Bagaimana hebatnya ujian yang kamu dapat dan tidak pernah selesai, ingatlah Allah sayang kamu. Berapa kali pun kamu terjatuh, tersungkur, terjerat dalam jalan samudera kehidupan ini, ingatlah Allah sayang kamu. 


Betapa besarnya pengertian ALLAH SAYANG KAMU itu. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, meskipun kamu pernah berdosa setinggi gunung Everest pun, keampunan Allah itu Maha Luas. Allah Maha Pengampun. Jangan lupa tanam niat untuk bertaubat dengan taubatan nasuha (taubat sebenar-benarnya) dan polish balik diri kamu, reborn balik. 

Rindu yang sebenarnya.

Betapa banyaknya bukti yang menunjukkan Allah sayang kamu. Nikmat dunia, udara, air, makanan, keluarga, sanak-saudara, pasangan, perasaan kasih sayang, Allah... terlalu banyak untuk disebut dan dihitung. Baca surah ar-Rahman dan al-Waqiah, pasti akan melonjakkan keinginan untuk mendapatkan syurga. 

Jaga diri, jaga Iman, Allah sayang kamu. :”)

Firman Allah s.w.t (surah Ali Imran ayat 15)

Maksudnya: “Katakanlah: “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga isteri-isteri yang suci bersih, serta keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.”

Waallahu'alam.

August 5, 2012

Semester 8

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

Something yang saya rasa perlu share, ada ramai yang dah baca dari belog orang lain, or status, or bla bla bla, but I think this is something nice to share. Fikir dan fikir, buat mereka yang teringin sangat nak membina baitul muslim, naah, peringatan best buat kalian dan diri sendiri. 

Ustaz saya pesan, kalau kamu nak kawen lah sangat masa belajar, kamu kawen lah last semester, semester 8. Hujung-hujung sem 8 tu ha, baru boleh, kalau sekarang ni banyak yang attract. Yup, lain orang lain pandangannya.


***

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala-galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." 

Saya membalas sms dia, "Tak pe, InsyaAllah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak." 

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan air matanya. Saya bertanya, 

"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." 

Dalam sedu dia menjawab, 

"Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu" 


Astaghfirullah, hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar-pelajar saya, dan rakan-rakan facebook saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA. 


Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini, tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di facebook. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat. 


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di facebook, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja. TOLONGLAH, saya merayu kepada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak-anakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis, tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik.

 ***

Duduk diam, fikir dan jana setiap bait. Hidup bukan dengan angan-angan. Bukan jua untuk ikut-ikutan. Ianya adalah misi terpenting, maka bila ianya penting harus ada persiapan yang rapi dan amat teliti. Selamat bermuhasabah ;) 


Waallahu'alam. 


August 2, 2012

Tutorial: Mendownload Software-Software Cinta

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) 

So, for today, after this post; Tutorial: Membuang Keresahan Hati, ada lagi satu tutorial penting untuk hati-hati kita semua ya. Ini penting untuk memastikan ketaatan dan keabadian cinta kepada Pencipta kita. Pastikan long-lasting ye. Jangan sekejap nak sekejap tak nak. Sekejap baik sekejap jahat. Sekejap buat sekejap tinggal. No no, jangan hangat-hangat tahi ayam. Nak berubah kena betul-betul. 


So, di sini saya sertakan software-software yang selayaknya didownload untuk para Muslimin dan Muslimat untuk diabadikan dalam computer diri masing-masing. Untuk itu, sila pergi ke laman web FileIman.com untuk kita take a look kejap software apa yang macam best untuk didownload. Let's check it out :D

Klik untuk tumbesaran

Okay sekarang kita tengok satu per satu ye, tuan-tuan dan puan-puan. 


MUST UPDATE.  Yeah, Iman mesti kena update dan upgrade. Software Iman ni sifatnya naik turun. Agak bahaya bagi seorang muslim dan mukmin kalau dia tak berhati-hati. Sebab tu setiap tindakan yang kita lakukan kena fikir Allah. Iman ni adalah benda paling asas yang kena ada dalam computer hati dan diri. Sebab kalau tak ada, mungkin computer korang bakal dan akan rosak serta musnah. So, ini wajib ada. 

Di samping itu, software-software lain yang berkaitan adalah, software amal ibadat, software Taqwa, dan software kualiti ibadah. Kenapa berkait rapat? sebabnya, once iman kamu dah bertambah mantap, maka, kamu tergerak untuk melakukan amal ibadah dan memperbaikkan kualitinya, tak gitu? Bila ibadah pun dah berkualiti, insyaAllah ianya akan menghasilkan bunga-bunga Taqwa. Yang ni pun wajib download. Okay? :> 


Next, kita tengok pula anti-virus yang kita patut ada dalam computer diri. Bukan AVG, Kaspersky, mahupun Avira, tapi yang penting ialah Iman Anti-Virus. Habaq dah, benda ni memang paling basic. Perkara pokok. No iman, hancuq. Antivirus ni semua orang ada, cuma update dengan tak update je. Then, perbanyakkan sedekah supaya dapat melatih diri untuk lebih banyak memberi. Khusyuk juga penting sebagai anti-virus daripada virus kelalaian. sebab, bila kamu tak khusyuk, kamu tak menghayati, bila kamu tak menghayati, kamu hanyut. so, kena sentiasa ada niat untuk tingkatkan kekhusyukan. Ilmu agama sekali. Kena sentiasa ada inisiatif untuk mempertahankan diri daripada virus-virus berbahaya ya. 

Untuk selalu dapat peringatan, kena banyak baca al-Quran. ayat-ayat al-Quran ni kan bicara dari Allah :') sweet je tahu. Kena jugak kaji sirah-sirah terdahulu, kisah perjuangan Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya Islam dulu, so that bertambah rasa cinta dan semangat juang dalam diri. Ini juga sangat penting untuk didownload dalam computer diri supaya diri tak terleka dan kurang bersemangat. 


Well, apa-apa pun, security penting sebagai pertahanan diri, kita bukan kuat mana pun. Perkuatkan cinta kepada Allah, Allah akan kuatkan kita dalam kehidupan seharian :') Qiamullail, ini sangat bagus untuk menguatkan diri. Series. Mesti cuba software ni! Selain itu, bila kita tahu tentang dosa dan pahala, kita akan takut untuk melakukan maksiat. Bila kita tahu ada malaikat kiri dan kanan yang menulis setiap amalan, kita jadi berhati-hati. Rasa Khauf (takut) kepada Allah juga perlu didownload. Sebab, bila kamu ada software khauf ni, kamu akan rasa kebersamaan Allah dalam setiap tindak-tanduk kamu. then, Ingat hari Akhirat. Bila kamu sedar adanya syurga dan neraka, timbangan mizan, titian sirat, haaa kita akan jadi serius takut untuk buat dosa :')

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. 

3. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. 

4. merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).  (al-Anfal:2-4)


Lastly, untuk sentiasa keep update, kena lah rajin-rajin download Adobe Reader al-Quran. Yes, kita lah yang kena baca. Lagi bagus, setiap hari baca. Ambik jugak hadis-hadis Rasulullah SAW, amalkan sunnahnya, dan banyakkan pembacaan buku-buku yang berilmu, bukan majalah-majalah yang tak ada value.


ALERT! Jangan install lagi software cinta dengan yang bukan mahram lagi (kalau belum bersedia untuk baitul muslim) sebab nanti software tu nanti akan corrupted dan ada virus. Karang bila dah install awal-awal, macam-macam virus ada. virus zina, virus buang bayi, virus Ikhtilat, and so on. So, kena ada antivirus that is IMAN antivirus. :D



Sekian sahaja, tutorial yang simple tapi payah, hanya sekadar mendownload software cinta kepada pencipta kita namun dirasakan terlalu banyak dugaan dan ujian. Selamat beramal ;) Waallahu'alam.

July 28, 2012

Menjadi Ustazah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*Penggunaan kata aku dalam entry untuk mewujudkan situasi realistik.

Wait? Ustazah? Ada apa-apa yang special pasal ustazah?

***

 



‘Petang tu aku duduk dengan golongan makcik-makcik. Senyum je la yang reti, nak berborak sangat aku pun tak tahu nak mula apa. Sesekali makcik-makcik tersebut menyapa dan aku menjawab. Sopan (hehe –sebenarnya segan -,-‘) 

“Untunglah, dapat menantu ustazah ^__^” ada sorang makcik ni menepuk-nepuk aku. Makcik-makcik lain pun tersenyum. Tersembuq ayaq. Aku teringat, golongan makcik-makcik ni memang ada anak teruna masing-masing. ’ 

 *** 

Haa, untunglaaah. Hakikatnya semua orang memandang baik golongan ustaz ustazah. Aku tak tahu mengapa golongan cikgu, ustaz-ustazah dikatakan calon paling popular oleh kalangan emak-emak. Mungkin golongan yang dikatakan paling baik untuk membimbing. Sekali ustaz mahupun ustazah membuat silap, sekali tu juga masyarakat memperbesarkan kesalahan. Walhal mereka juga manusia biasa, masih melakukan dosa dan kesilapan. Tapi, itulah pandangan masyarakat yang memandang ustaz dan ustazah sebagai satu kesempurnaan, tiada cacat cela. 

*** 

2009

Mengimbas kembali bagaimana aku TERjadi ustazah. Aku dah pun berada di Akademi Pengajian Islam, UM. Masa tu travel jauh, belajar di kelantan. Dekat sini, aku belajar serba-serbi. Hidup berdikari, takpe, aku dah biasa. Dari tingkatan 1 aku duduk asrama, alhamdulillah, jadi mudah. Biarpun homesick tu aku memang tak dapat nak elak. Budak umur 18 tahun tu lah yang belajar hidup dengan kawan-kawan dia. (oh, rindunya dekat korang! :’) 

Dan saat tu aku juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke institut perguruan. Family aku memang ramai golongan pendidik, cikgu, ustaz, ustazah. Jiwa guru barangkali. Dan aku ditawarkan course Pengajian Islam. Sebenarnya aku nak mintak TESL masa tu, tapi entah kenapa masa nak apply tu nekad pulak pilih course Pengajian Islam (dua-dua pilihan course pulak tu aku pergi isi -,-) Alhamdulillah, lepas interview sana-sini, berjayalah aku menjejakkan kaki ke institut perguruan. 


Ini bukan kisah bagaimana aku menjadi guru, tapi ini adalah kisah bagaimana aku menjadi USTAZAH. Well, memang belum diiktiraf untuk mengajar lagi, tapi proses tu. Yes, the process. Bagaimana, diri sendiri bertarung untuk memenangkan nafsu dan kehendak diri atau memenangkan apa yang sepatutnya ditegakkan dalam syariat. 

Menjadi ustazah. Sebenarnya penuh liku. Banyak benda yang aku dah alami. Yang mana aku boleh cerita aku cerita, yang mana aku rasa patut simpan, biarlah ia jadi cerita antara aku dengan Tuhan. 

Kawan-kawan 

Sebenarnya, aku agak sakit melihat ada antara sahabat se-course yang memandang remeh soal ikhtilat. Yes, aku tahu korang bakal nak kawen, tapi kesalnya seorang aku apabila aku tak mampu menegur kalian. Hanya didiamkan. Membenci adalah selemah-lemah iman, itu je yang aku mampu. Kamu seorang ustaz, kamu seorang ustazah. Kamu orang belajar agama, tapi kenapa peribadimu tidak seperti orang belajar agama. 


Benar, ustaz ustazah juga punya fitrah ingin dicintai dan mencintai tapi seharusnya kalian lebih mengerti bagaimana untuk mengawal hati dan diri. Kita bersama-sama satu saf menegakkan syariat Allah. Perkuatkan jemaah kita. Orang lain kalau pandang golongan kita buat silap, mereka akan terus berbicara sampai tak ingat kebaikan kita. Kalau bukan kita yang mencegah siapa lagi. 


Kalau bukan kita yang membetulkan apa yang dianggap betul oleh kebanyakan orang sampai kita pun join sekaki, siapa lagi yang nak tegakkan kebenaran. Soal hati. Benda paling susah nak jaga. Hatta, aku sendiri tak kuat juga, tapi insyaAllah, bila kita dekat dengan Allah, Allah akan perkuatkan kita. Bila kita berada bersama jemaah, saling rasa kebersamaan dengan sahabat, kau mesti malu nak melakukan kemungkaran. Bukan bila kawan-kawan kau tegur, kau marah mereka balik. Sungguh, para bakal ustaz dan ustazah, recheck balik hati. 


Jemaah dan Masjid 

Orang yang belajar agama dengan orang yang beragama. Jauh beza. Kalau kita cuma belajar agama tapi tak apply dalam kehidupan seharian sangat rugi. Kita belajar pahala solat berjemaah sekian sekian. Kita tahu kelebihan majlis-majlis ilmu tapi berat hati je nak pergi. Sepatutnya kita jauh lebih beruntung. Yang aku nampak di surau hanyalah muka-muka mereka yang beragama bukan orang yang belajar agama! 



Mujahadah yang besar telah aku alami sepanjang proses ini. Ianya tidak mudah, sebab nak membetulkan apa yang tak betul memakan masa yang lama. Kita tidak bermula dengan permulaan yang baik. Dari tudung yang pendek nak jadi labuh, eh eh tak cukup persediaan, bukan mudah. Tapi, insyaAllah usaha itu sentiasa berterusan sampai bila-bila. 


Aku cukup kagum dengan sahabat-sahabat muslimat, tak pandang jauh tengok classmate sendiri pun dah cukup. Fuh, bangga. Hari-hari berjemaah. Tak tinggal pun, kecuali kalau ada musyaqqah (halangan). Berkawan dengan orang yang baik-baik, insyaAllah satu hari akan terkesan jugak lama kelamaan. Kami hidup dalam kepelbagaian. Satu jemaah. Mereka yang banyak membantu, saling menguatkan. 


Betul, nak jadi baik tak senang. Nak jadi jahat yang senang. Sebab itu untuk menjadi ustazah sangat kuat godaannya. Sebenar-benar ustazah yang sentiasa melindungi hatinya, yang sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman hidupnya. Kami bakal mendidik, oleh itu perlu mendidik hati dan diri sendiri terlebih dahulu. 


Apabila ustazah jatuh cinta 


Aku dah bagi tahu tadi, soal hati memang paling payah nak jaga. Kalau kau tak kuat, memang kau boleh jatuh. Even kau berkopiah, berjubah, bertudung labuh. Possible je. Sebenarnya bila ada feeling macam tu, aku sendiri rasa tak sedap. Ye aku tahu, memang best tapi ia tetap tak best kalau benda tu kita teragungkan terlebih dahulu daripada cinta Allah. Series, macam berdosa pulak. 


Ini bermaksud, bila kau dah jatuh cinta dengan someone, makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari terjebak mengingati. Bukan halal lagi kau nak contact-contact. Bukan boleh kau nak text sesuka hati. Selagi mana kamu belum lagi diijabkabulkan, selagi itulah kita kena kuat menjaga hati. Sebab itu proses menjadi ustazah itu lebih payah. :’) tapi, just ingat satu je, bila kita rasa lemah, carilah Allah. Tambahkan rasa cinta kepada Dia, Dia akan membantu kita dalam mujahadah. Memang mujahadah tu pahit, sebab syurga kan indah. :’) 

Salam mujahadah.