Followers

20111230

Cita-cita saya

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all readers~ =) Kemain, tajuk macam karangan Bahasa Melayu tahun 1. Don’t get me wrong. Sejenak, jom kita berfikir sewajarnya cita-cita kita di bumi ini. 

***

When I was young, I like to be a doctor. Owh ni cita-cita typical bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah. 

pls do not take this dollydle.

Bila dah masuk darjah 4, dah start belajar science (masa tu start darjah 4 belajar, sekarang darjah 1 dah belajar science), I started to dream to be an astronaut. Haha. I love planets, I love stars, I love sky, I love galaxy. Samsung galaxy II pon bolehlah.




After that, selepas beberapa ketika, entah macam mana, my dream ambition bertukar menjadi interior designer (start secondary school when I was in Maahad Kajang) Masa ni cita-cita nak ada ending yang designer je (kemain ...) beside interior designer, contoh lain, fashion designer and graphic designer. I love fashion and masa ni, banyak laah lakaran baju-baju rekaan diri sendiri yang cipta. Graphic designer muncul bila form 4 dah bergelumang buat majalah sekolah. 

pejabat google ke ape? -,-
fashion designer

graphic designer


Pernah jugak terbit cita-cita nak jadi penulis since I love writing very much. Masa darjah 4 dah pandai karang novel dan cerpen (ada buku khas) –I think saya still simpan. Masa PMR and SPM, subjek kegemaran adalah karangan and English Essay. Menulis berkajang-kajang. Dalam buku tazkirah, macam-macam puisi karangan sendiri ada. 


Lastly, cita-cita saya nak jadi psychiatrist. Pakar sakit jiwa. -,- because, I love motivation. I love motivates word. I love to write something that can motivate others and of course myself. Tapi, sayangnya cita-cita tak berkesampaian. *gelak. 


I become a teacher. Not yet. To- be. And I really enjoy it. =')


Banyak cita-cita yang kita simpan dan mungkin hanya tinggal kenangan. But, satu cita-cita yang harus sentiasa diutamakan adalah menjadi khalifah Allah. =’) Mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang. It’s hard tapi itulah janji Allah, susahnya mujahadah itu akan dibalas dengan kemanisan dan keindahan syurga. Jom sama-sama kita sematkan dalam hati kita untuk bercita-cita menjadi hamba Allah yang taat! =) 


“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (az-Zariyat:56)
Cita-cita yang harus ada tersemat dalam hati masing- masing, bukan hanya bercita-cita tinggi, berjaya di dunia, tetapi jika kita lupa Allah, hidup tidak bermakna. Biarpun harta menimbun-nimbun, namun, jika hati tidak rindu pada Allah, sayang sekali. Berjaya sampai tinggi mana pun, if tak ingat kat Allah, seriesly tiada kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Peringatan bersama.

Waallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading

20111227

My heart, your heart, our heart

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) This is always a reblog, repost and rewrite. =')

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Ini hati kita suci bersih sebaik saje dilahirkan


ni berdosa sebab lawan cakap mak


ni berdosa sebab keluar berdua-duaan, mengumpat etc etc

makin lama makin banyak

semakin menjadi hitam sehingga tertutup pintu hati untuk menerima kebenaran


rasa biasa je buat dosa

Atas sekali adalah hati kita. Each time kita buat kesalahan akan tumbuh titik-titik hitam. So, jom kita hidupkan hati-hati kita dengan zuhud dengan dunia, zikrullah, bergaul dengan sahabat-sahabat yang soleh/solehah. Bila hati hitam, kebenaran pun susah diterima. Perintah Allah payah nak ikut and kita rasa kita je betul without knowing yang actually hati kita dah mati. ='(


Berhati-hatilah dengan dosa-dosa kecil, sikit sikit lama lama jadi bukit. Beware. Jika tak bertaubat, tak ada peluang lagi untuk kita mendapatkan hati baru.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya seorang Mukmin bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. Dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan dosa itu ditambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu."(HR. Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa')

Wallahu'alam~
Syukran Jazilan for reading

20111226

They are my sunshine

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Sahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Siapa yang suka bagi tazkirah after jamaah prayer?

It's abah. He told about everyhting. Sirah nabi, bagi semangat and macam-macam lagi. =)


Siapa yang suka mintak pendapat about fashion and helps her to choose the beautiful apparel?


It's mama. She always ask my opinion about something and I feel appreciated. =)


Siapa yang suka cerita pasal gadget and I'm crazy about it. Selalu bagi pendapat which gadget is better and always bought me one. haha.


It's abah. Can I have another? -,-


Siapa yang ajar masak and sambung potong bawang bila myself menangis teresak-esak nak potong bawang and bila potong petai tetibe ada ulat ueww ueww lalu berlari 1 kilometer? (masa mula-mula masak)

It's my mama. Mom's cooking is the best ever in the world!


Siapa yang suka tanya pandangan and answers about perihal-perihal agama and bahasa arab (since he learn it and he knows his daughter was an ustazah err)


It's abah. Always ask me hard question.


Siapa yang bawak pergi klinik masa 12 a.m cause emergency tiba-tiba jadi gastrik teruk after makan ubat?


It's abah and mama. They worried of me.


Siapa yang suka mengacau dekat rumah.

It's him. adik -,- (adik beradik 2 orang je) Younger brother is the enemy that we can't live without.


Selagi kita masih ada parents, hargailah mereka, buatlah mereka tersenyum. Sometimes ada berlakunya percanggahan pendapat but respect them. They know the best for us. Mereka selalu berkorban apa saje untuk kebahagiaan kita bukan pakwe kita, bukan makwe kita.


Sangat tak patut pentingkan kekasih daripada family. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada. =)


Waallahu'alam.
Syukran Jazilan for reading

20111224

Motivasi: Sayonara さようなら Jahiliyah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Sebelum tu dah tengok video-video untuk Pertandingan Video Osem APG'11 ni? Series osem! =) hebak-hebak video. Tahniah kepada penganjur.Saya paling suka video Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata|우리의 행복한 가족.Banyak yang saya belum tengok lagi. One more, this short film by Madmie Channel. Hasil fotografi dia osem! Klik link tadi untuk ke blog dia untuk tengok. Short Film-Tomato. Klik tajuk kepada sesiapa yang still tak tengok lagi.


Owh btw, shoutbox saya dah tukar kepada cbox, harap dapat hello-hello saya kat situ eh nanti saya boleh jejak balik ;)


Entry ni panjaaaang kalau rasa rajin bacalah. Spend your time untuk muhasabah sekejap. Saya pinjam tajuk salah satu video.
 

Ini entry untuk tahun baru mungkin juga entry penghabisan bagi tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirai. (maybe lah if rajin ada lagi entry hehe) Sama-samalah kita memperbaharui azam dan berusaha untuk merealisasikannya, jom sama-sama kata sayonara jahiliyah ;) Kita berhak kepada kehidupan yang lebih baik, insyaAllah.



Jika dahulu/sekarang, kita .....
kaki facebook/suka bersosial di alam maya
kaki bergayut dengan bukan muhrim


kaki hangin/ mudah marah dekat orang
kaki tidur dan kurang produktif
kaki lambat solat dah besar panjang pun solat kena suruh-suruh

dan seumpama dengannya...


Setiap dari kita pernah mengalami sisi gelap, sisi jahiliyah, sisi tersalah arah. Namun, tidakkah kita pernah terfikir untuk berubah? Dari gelap kepada terang? Dari derita kepada bahagia? Dari dusta kepada kebenaran?


Jahiliyah yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah keadaan dimana spiritual umat menolak hidayah Allah dan membelakangkan hukum Allah. Al Quran menghukum 'jahiliyah' kepada bangsa yang maju dan bertamadun kerana mereka tidak menerima hidayah Allah.Kalau zaman Rasululullah, jahiliyah ni as we know, antara perlakuannya, mereka bunuh anak perempuan, berjudi, arak tu dah jadi minuman harian and kedudukan wanita sendiri pada masa tu.


Dulu, mungkin kita tak sedar yang kita selalu sangat have fun dengan life.Terlalu seronok dengan kehidupan duniawi sehingga kita terlupa ukhrawi. Suatu ketika, Rasulullah saw berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (HR Bukhari daripada Abu Hurairah).
hanya boleh memilih satu, choose wisely
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( al-Baqarah:208)

Apa yang anda faham dalam ayat ini? =) Seruan ayat ini khas ditujukan kepada mereka yang mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada apa yang dilafazkan. Siapa tu? Kita kan? Kita tidak boleh menerima Islam ikut selera kita sendiri, then kita pilih-pilih mana yang kita nak mana yang kita tak nak. Menjadi seorang Muslim adalah tidak layak bagi kita untuk menolak sesuatu hukum yang telah Allah tetapkan dan memilih yang mana kita mahu turuti. Tidak sekali-kali. Secara total. Means, setiap perkara hendaklah kita lakukan mengikut acuan yang telah Allah tetapkan. Dari sekecil-kecil perkara (contoh niat, perasaan) sehinggalah sebesar-besar perkara. (soal kepimpinan, ekonomi dan sebagainya)


So, apabila kita memilih untuk mengikut perintah Allah, hidup kita akan menjadi tenang aman dan damai. Hidup hanya takut kerana Allah, bukan takut kerana manusia, bukan takut kerana ancaman apa-apa. Kerana hidup sudah berpaksikan acuan Islam yang telah disusun oleh Allah yang Maha Mengetahui. 


Berbeza dengan umat manusia yang tidak mengamalkan Islam secara total;
“Dan tidak akan pernah redha Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) hingga engkau mengikuti millah (jalan dan sistem) mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” ( al-Baqarah:120).

Mereka akan sentiasa berubah pendapat, tingkah laku dan rasa. Satu saat kelihatan macam menentang habis-habisan dan bersuara lantang terhadap Yahudi dan Nasrani but satu masa lain bersikap lunak dan kelihatan seperti bersetongkol dengan musuh Islam itu.

“Dan barangsiapa menjadikan selain Islam sebagai din (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya, serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi” (Ali Imran:85)

Maka, apa langkah-langkah yang harus kita cuba usahakan untuk meninggalkan jahiliyah ini?

@ Amalkan Amar Makruf Nahi Mungkar

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

Sudah ada panduannya kan. Membenci maksiat yakni mengubah dalam hatinya adalah selemah-lemah iman. Nowdays, banyak kita lihat kepincangan akhlak, dan kita sendiri tak mampu mengubahnya, kita bukan siapa-siapa maka apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang Allah larang. Berdoa agar diri kita dijauhi dari godaan dan bisikan syaitan yang tak henti-henti menghasut diri kita.


@ Tingkatkan ilmu pengetahuan

Allah dah banyak katakan mengenai orang-orang yang berilmu akan diangkat darjatnya. Terlalu banyak keistimewaannya. So, jangan malas belajar okay ;) menuntut ilmu sehinggalah ke akhir hayat.

Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.(al-Mujaadilah:11) 

Hadith daripada Abi Darda` r.a, katanya Nabi s.a.w telah bersabda (mafhumnya),

"Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga, dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan seorang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi, dan ikan-ikan di dalam air dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadah sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

"Siapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu dan siapa yang mahukan akhirat hendaklah dia berilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya sekali, dia juga hendaklah berilmu"
Kalau tak berilmu, so what do you have? Ilmu dunia kena ada dan yang paling penting ilmu agama lagi wajib ada. Jangan berat sebelah nak lebihkan ilmu duniawi semata-mata. Tingkatkan ilmu melalui pembacaan, pergi ke majlis-majlis ilmu, bersahabat dengan orang bijak pandai. 


@ Sentiasa bermuhasabah diri


Sangat bagus if kita sentiasa bermuhasabah diri, mengingatkan azab-azab yang Allah akan timpakan kepada mereka yang ingkar. Sekali gus dapat mendorong kita untuk terus berusaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti iman.

Dan setiap kali apabila kita tersedar kita telah melakukan dosa, cepat-cepatlah kita bertaubat.


@ Ikhlaskan diri dalam setiap amalan dan perubahan

Setiap amalan bergantung kepada niat kan? So hopefully, setiap apa yang kita buat tu ikhlas kerana Allah taala. bukan kerana siapa-siapa, bukan kerana ganjaran, bukan kerana apa-apa. If kita berubah sebab sesuatu atau seseorang, berkemungkinan ianya tak lama. Lebih selamat, berubahlah hanya kerana Allah. 


@ Bersahabat dengan orang yang soleh/solehah 

Suasana adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam mendidik seseorang. Sahabat juga. Orang kata, nak tahu kita macam mana, cuba tengok kawan-kawan kita. Kalau kawan-kawan kita baik, dikelilingi orang yang rajin solat, rajin mengaji, insyaallah kita juga akan terdorong melakukan perkara yang sama kerana kita terkesan dengan perbuatan mereka. 


Tapi if kita rasa kawan-kawan kita tu style mat rempit ke, kaki ponteng solat jemaah ke, kaki loqlaq, kaki ponteng kelas, hati-hati dengan peribadi sahabat begini. Dibimbangi kita akan turut dipengaruhi. Ini penting bagi kita untuk memilih sahabat. Sahabat yang baik, I mean, soleh solehah inilah yang akan membantu kita untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Selalu ajak kepada kebaikan dan tinggalkan kepada keburukan. Tapi jangan salah guna konsep sudah lah ye, perempuan dengan perepuan lah jangan saja-saja intai lelaki-lelaki soleh kononnya nak belajar agama. Carilah kawan-kawan perempuan. Terlalu ramai.


@ Berazam dan bertindak! 



Apabila kita sudah mula mengikis sikap negatif dalam diri, kita mesti mula berazam untuk tidak mahu melakukannya lagi. Ini adalah salah satu syarat taubat. Berazam untuk meninggalkan semua tu and let's move on! =) Kita mulakan hidup baru bak kata omputeh, turn over a new leaf. Bukak buku baru. katakan sayonara jahiliyah.


Namun, jangan hanya tahu berazam, apa yang penting adalah tindakan selepasnya. What should we do next untuk buang sisi-sisi jahiliyah kita tu? 


"Apakah yang paling jauh dengan diri kita di dunia? Yang paling jauh dari kita ialah MASA LALU. Masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Maka jagalah hari ini, esok dah hari-hari mendatang dengan pengisian yang bersesuaian dengan agama." -Imam al-Ghazali


So korang ada pengalaman sukar untuk buang habit negatif dalam diri? Ada azam tahun baru next year? Kongsi jom ;) 


p/s: first trial guna curve (in Paint tool SAI) Sorry saya still belum berkesempatan nak reply inbox sensorang and emel, insyaallah if saya ada kelapangan waktu, saya akan cuba untuk reply. 'Asif. selamat menjalani tahun baru dengan azam baru.

Syukran Jazilan for reading

20111221

Allah sedang aturkan something yang sweet untuk both of us PART IV

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers. =) SO sorry ye kurang update. -,- So entry kali ni simple je. Ada 5 entry draft so tunggu je lah ye, bila masa saya nak update walaupun macamlah-busy-sangat. :D


perghh belog pun dah bersawang hmm


So, dah lama saya tak cakap dengan 'awak' kan? Selepas of these entries. (*Awak-Unknown)
PART III 

If before this saya tulis surat kali ni saya lukis buat 'awak'. tak main lah surat dah, kita pakai doodle pulak.=P


“What is love? Love is when Khadijah r.a spent her entire wealth on this Deen for the man she love. Love is when the Prophet s.a.w took the glass that Ayesha r.a drank from and put his lips on the exact place she put her’s and then drank. Love is when the Prophet s.a.w had a race with Ayesha r.a and joked with her when she lost. Love is when Zainab r.a would sacrifice her most prized possession, her everything for her Husband. Real Love is not based on romance, candle light dinners and walks along the beach rather it is based on respect, compromise, care and trust” #via DailyReminders. ♥










Sangat lah sweet if kita serahkan cinta kita dulu kepada Allah dan kemudian Dia sendiri yang akan aturkan kisah cinta kita yang sweeeet jugak. Seriously? Yup. Bila kita melabuhkan cinta kita dulu kepada Allah, maka Dia akan turut menjadikan orang-orang yang mencintai-Nya turut mencintai kita. Para muslimah, jom sama-sama kita berazam menjadi muslimah yang lebih baik pada masa akan datang. Jadikan muslimah-muslimah zaman dahulu sebagai contoh dalam kehidupan.


So for more doodle boleh click page saya dekat sidebar. Sorry ye saya update alahai simple lah sangat, -,- saya baru balik dari kampung and saya tengah demam tsk. (sila kasihan)


*Kecut perut nak tunggu orang datang meminang result sem. dapat maintain ke tak macam pointer sebelum-sebelum -,- All the best buat adik-adik yang nak ambik result tomorrow. hehe. Lagu T4-Tashiru tu lagu nasyid taw bukan lagu Jepun hehe best pergi lah cari nasyid tu.

Syukran Jazilan for reading

20111207

Mencari calon suami yang tiada facebook

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Kemain kau tajuk. Ini kiasan. 
 
Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan belog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam.


Bergaul bebas di alam maya
contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar. padahal kat realti tak pernah bertegur.


Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah jugak nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah menjaga pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada je bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah lansung bertegur sapa dalam realiti.


Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okay contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous taw. -,- (after akad)



Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat
sikap suka berkongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul hehe

Kalau ada gambar yang tak private sape2 je boleh tengokkan. Nak nak lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gambar dia sorang. So, now everyone can see it. Nak tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tak cakap takleh lansung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecik-kecik. Bukan apa kita menjaga sebab wanita ni fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok perempuan lain free-free je.


Memberi sokongan pada maksiat
gambar hanya direka untuk tujuan contoh


Saya tak nak lihat muslimin yang bakal saya nikahi (aicehh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen kat bawah gambar tu macam ‘alolo sweetnya korang’ kan.


Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe


Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing. =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab macam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita dengan remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang untuk berdakwah. Tak kisah lah di mana-mana pun. Ye, like facebook and blog, these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam tu tapi kita kena pandai manfaatkan. Semua ni tak terhad dalam alam maya je, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.



Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka.



Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?

sumber

Terimalah dari saya hehe;
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)


tolonglah jangan perasan =P


Peringatan buat diri saya sendiri, terutamanya. =) Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Waallahu'alam. 

p/s: dilukis menggunakan PAINT TOOL SAI. =) tajuk sekadar gimik saje, saya tak berniat nak cari lagi -___-'

Syukran Jazilan for reading

20111202

Kalau cinta apa buktinya?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Bulan november lepas ada 1 post je, tak pernah pernah. -___- Banyak post yang tinggal draft je, ehe sory ye, nak update ni bagi saya bukan kerja mudah. I mean, log in > new post and just type. Tak. Kena rujuk dulu, kaji, and then cari ayat-ayat al-quran/hadis yang berkaitan (lebih baik). Lukis or edit gambar ke. Ambik masa lama jugak. paling-paling dalam 1-2 jam lebih. Post ni saya share from the Solusi. Tapi pergi lah beli Solusi lagi best. cuma saya olah lain then tambah drawing =) 

***

Bila kita cintakan seseorang, of course hati kita akan tertumpu pada dia. Semua benda kita akan sacrifice untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kita berkorban untuk yang dicintai. Perkara yang kita tidak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab? sebab kita cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir.


@cepat-cepat menyahut panggilan-Nya 


Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call rite? nampak je nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. SO how about your attitude dengan DIA? Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh ke kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola? 



@Memberikan perhatian and focus terhadap kata-kataNya


Kalau kita benar-benar cinta kepada-Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music. Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest je life. Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. I lap you I miss you. Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. 


Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan-Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. Macam kita nak hadapi exam SPM, punyalah gila-gila study, gila-gila ni tak tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab dok gila punya study, takbest betul bila masa nak berusaha study, takbest sebab tak dapat nak main game macam orang lain, takbest tak dapat online pesbuk ngan belog hari-hari. Takbest takbest je kan? In the end, masa nak dapat result tu, bila kita dapat result best, surely apa yang takbest masa kita rasa waktu kita penat lelah berusaha, dah pun terbayar.



See? Sama jugak dalam situasi ni. Kita just nak life kita tak ada susah payah, bila dapat ujian takbest bagi pandangan kita terus kita kata macam-macam tanpa kita sedar sebenarnya di penghujungnya ada sesuatu yang best! =)


@Sentiasa suka memandang ciptaan Allah


Kita suka sangat tengok panorama indah. Waterfall yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. Maka, sangat kasihanlah if kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kita. Yes but what for? Sebab untuk beribadah kepada Dia. 


Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariat: 56)


Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Actually, semua benda yang kita buat kat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously? Yup. Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macma facebook and blog. Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh



@Suka berdating dengan Allah


Hujung minggu je mesti dating, cuti sem je harus jumpa. Mestilah sebab kiteww rinduuu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kita cinta. Pakai sehabis baik bila kita nak bertemu dengan orang yang kita sayang. Then, kita pun mesti suka jugak bila nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa improve kan bacaan dalam solat, I mean fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kita 5 kali sehari oh tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kita, tak lupa nak bagi kita rezeki, tak lupa bagi kita kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kita nyawa habislah. 

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. (al-Ankabut:5)


@Rindu dan ingat kepada-Nya selalu

iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram(surah ar-Ra’d:28)

Mengingatinya hanya membuatkan kita benar-benar tenang. Benda ni saya dah banyak ulas. 
beware dengan jenis ni, kalau dia benar2 cinta, cinta pada Allah dulu adalah keutamaan Dia


@Banyak menyebut nama-Nya


Alhamdulillah, kejayaan ni pun sebab Allah yang izinkan. Subhanallah, cantiknya pemandangan! Semua benda yang kita buat, tak jemu-jemu kita sebut nama DIA. Seumpama DIA lah yang paling kita cinta. And satu lagi, banyakkan berzikir kepada DIA memuji nama-Nya, asma’ (nama-nama) Allah yang begitu indah sekali.


@Bersabar dengan ujian-Nya


Satu benda yang kita paling senang cakap and susah nak buat. Sabar. Tapi orang yang rasa macam dah give up je. Boleh rujuk post ni.


@Mencintai everything yang berkaitan dengan Allah


Jika kita jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kita berusaha untuk suka. Orang kata, bila kita kawen dengan seseorang, bermakna kita kawen jugak dengan family dia. Cuba nak sayang family dia macam family kita, cuba nak suka apa yang dia suka. 

Okay, contohnya kita rindu untuk bertemu Allah. Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. So, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kita tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 je. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu je, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah. Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana.

corak bawah tu corak my cawan hehe


@Cemburu


Ini bukan cemburu buta. Cemburu yang ni bersifat positif. Bila kita tengok someone tu gigih dalam ibadahnya sentiasa nak perbaiki kualiti imannya, kita akan jadi cemburu. And cemburu tu mendorong kita untuk turut berusaha macam dia jugak. Yang ni lah cemburu yang positif. Bukan cemburu main tarik-tarik rambut.


@Berusaha keras meraih redha-Nya


Kualiti iman. Ukur sejauh mana kita mencintai Dia. Macam mana kita nak tahu kita betul-betul sayangkan Allah? Yelah, kita ni asyik cakap kita sayang Allah, kita cintakan Allah but sejauh mana ukuran cinta kita kepada-Nya eh?


1) Meletakkan cinta Allah di tempat paling atas

Kita tak akan sibuk dengan cinta-cinta yang melalaikan, even couple pun kita tak nak sebab couple ni macam mengganggu hubungan dengan Allah. Yelah, mana lagi masa nak rindukan Allah bila kita nak rindukan si dia lagi, mana kita nak buat solat dhuha bila kita lagi suka morning call dia lagi. Hubungan dengan Allah akan terganggu. Seolah-olah priority kita dekat dia bukan DIA.




3) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti ibadah & iman

Means, solat bukan semata-mata solat. Buat ala kadar je. Solat dengan lalai. Sebab tu Allah kata;

Maka, celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya (al-Maun:4-5)

Orang yang solat pun kena? Why? Sebab fiil (perbuatan) kita je solat tapi hati tak solat. Fiil kita je sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu even solat 5 waktu pun lah kan, kalau hati kita tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa meanings dia, tetap jugak buat maksiat. Tetap jugak buat salah. 



Teguran buat diri saya especially yang selalu leka dan alpa. So, kalau korang tanya cinta tu apa kat saya? Yes, i will define this. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada buayafriend.



Banyak benda yang kita utamakan lebih dari kita utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kita. Banyak benda yang kita buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kita. Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaan-Nya. Banyak masa untuk kita bertaubat and jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah pun tak guna.



Heran betul lah, korang rajin baca post panjang-panjang camni, thanks =’) Insyaallah, sedikit input ni akan menjadi panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri.Waallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta