Followers

20111120

Muslimah & Cerita korea

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, dah selamat sampai. Dah selesai exam. Semua dah selesai =') i'm back ;) ready for the new updates after a long hiatus. Menyepi sekejap beberapa minggu sebab exams.


So, post ni saya tujukan sebagai peringatan buat diri saya sendiri, yang sering leka dan lupa. Tipulah, saya tak pernah tengok drama-drama korea cuma jarang lah. Saya ni jenis bukan tengok TV sangat. Cuma tengok cartoon and Disney movies je macam Finding Nemo, Shrek, Toy Story. ye saya memang macam budak-budak. =') 



Why cerita korea? Why not cerita hindustan ke, cerita Melayu ke, Indon ke, English movie ke etc etc. Kenapa eh? Sebab saya tahu para muslimat di luar sana amat suka dengan cerita korea. Cerita korea ni memang terkenal dengan babak-babak sweet. Ye saya pun pernah je tengok cerita korea tapi tak adalah addict. =') Since saya dekat secondary school lagi, fenomena ni dah berlaku. Saya akan bercerita mengenai penangannya yang saya lihat dari mata kasar saya je lah. Melalui pengamatan dan pengalaman. No hurt feeling okay? =) Tapi, sebaiknya, isinya kita gunakan secara overview dalam setiap perkara yang kita lakukan. Insyaallah.


Menundukkan pandangan


Almost cerita korea ni lebih sopan sikit lah dari English movie.Setiap kali masa tengok drama korea ni, (tak cakap orang lain, diri sendiri pun sama je -___-) bila tengok actor korea yang handsome, puji-puji, owh hensem nya dia. Kacak bergaya. But...


“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”(Surah An-Nur: ayat 30,31)


Tu diaa..Macam susah je bila nak tundukkan pandangan macam yang Allah dah kata. Di alam nyata, kita bersusah payah jugak jaga pandangan, jaga hati. Adakah sewaktu kita menonton cerita-cerita korea ni, hati kita turut terjaga? Pandangan mata yang meliar turut akan membuat hati dilanda bencana. Mostly mereka memakai pakaian yang tak menutup aurat, tak cukup kain. 



Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya yang berjudul, “Raudlatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqqqin”. Tercantum pula dalam kitab “Fiqh-an-Nadhr” tulisan Al-Mundziri.

Di antara faedah-faedah menundukkan pandangan mata adalah sebagai berikut (ambik sebahagian): 


*Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat, sebagaimana sering dikatakan: "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya, maka itulah sebenarnya tawanan."

*Menundukkan pandangan akan membentengi seseorang dari pintu syaitan.


*Menundukkan pandangan akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu. 





Saya ada seorang kawan yang menghafaz al-quran. Dulu, senang je dia untuk kekalkan ingatan hafazan. Sebab, persekitaran dia. Persekitarannya, semua orang hafaz al-quran, dia melihat perkara yang baik-baik je, bila dah lepas sekolah, jujur dia mengatakan sukar untuk kekalkan hafazannya. Persekitaran sudah tidak selamat, tak macam dulu lagi. Maksiat macam dibudayakan. Selalu lupa-lupa je. Dan dia bersusah payah untuk survive dalam satu suasana yang 'baru' bagi dia. 




Manusia memang sinonim dengan sifat lupa. Manusia/insan itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa arab nasiya iaitu lupa. Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap. Ilmu itu bersifat bersih, suci.


Rasulullah s.a.w bersabda:



Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Allah ada berfirman dalam surah al-Muthaffifin ayat 14:



Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.


Berbalik kepada cerita korea (dan cerita-cerita lain juga atau perkara-perkara lain), mostly ada je adegan-adegan yang tak sewajarnya kita melihat. Bila kita dah terbiasa melihat 'dosa' yang diadegankan, maka kita rasa macam tak malu je tengok adegan tuu. Rasanya, dalam cerita korea, last episod mesti happy ending nak happily ever after and then.... Dari dah terbiasa, kita pun rasa tak kisah melihat dan menontonnya. 




Malu

source


Malu kot kalau tertengok adegan yang entahpape macam tu. Macam saya cakap tadi, bila dah biasa kita pun rasa benda yang depa buat tu biasa je. Betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya! =)



Sekarang ni, dunia semakin dahsyat. Macam-macam benda yang kita tak expect dah pun terjadi. Mungkin pengaruh media massa turut menyumbang kat gejala sosial sekarang ni. Facebook, belog and so on. semua ni akan 'merasuk' kepada orang yang tak dapat nak gunakan benda-benda ni secara betul. Ini semua hanya alat bukan tujuan utama. Bermulalah dari cerita yang entahpape, kepada lagu yang entahpape, semuanya mengheret kepada benda yang kita tak sangka akan terjadi. Well, I guess maybe tak semua. but mostly.


Sabda Rasulullah s.a.w: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)


Hilang rasa malu habislah. Lebih-lebih lagi, malu ni perlu ada pada setiap diri muslimat. Girls out there. Ini bukan hanya sebab cerita korea je, but semuanya mesti diambil kira. Cuba kita check balik. Macam mana pergaulan kita dengan sahabat-sahabat yang berlainan jantina? Macam mana kita behave and jaga diri kita untuk buat sesuatu yang Allah tak suka. Bila kita ada rasa malu, buat dosa sikit pun kita tak kan berani dan MALU kot nak buat dosa dengan Allah. Ingatkan diri sendiri saya especially, kalau kita yakin sebenar-benarnya Allah melihat setiap apa yang kita lakukan, dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati kita, kita akan sentiasa beringat 'owh janganlah buat perkara yang Allah larang, yang Allah tak suka'. Kita akan mujahadah lebih. =)


Kelalaian

teringin nak telekung kaler soft pink ;)

Bila tengok cerita korea, biasanya berjam-jam lamanya. Tengok masa tengah musim exam lagi lah. Say sorry lah nak baca buku kalau dah menghadap cerita korea. Ada jugaklah bila dah addict tengok cerita korea, tinggal solat jemaah (tssk) eh jangan tinggal solat sudah lah ye. Nak pulak, cerita korea episod berjela-jela. Memang seharian lah menghadap benda tu je. Bazir masa satu hal.


Tengok satu episod tak cukup, nak tengok next episode and nak lagi nak lagi sampai lah tak tidur malam. Stay up untuk habiskan semua 16 episod cerita korea. Then, tengok next cerita pulak. Hehe. In real, kita mahukan pasangan yang soleh solehah jadi pendamping kita and of course bukan sekadar pendamping, yang jaga kita masa sakit, tolong kita masa sibuk tapi pembimbing. Kita nak kan pembimbing yang boleh bimbing kita untuk solat berjemaah bersama, bangun qiam bersama-sama. Yup, masa ni, memang betul kata Acha, Berdua lebih baik, heih. Only after akad lah. eh melencong pulak. Tak ada akad jangan memandai-mandai.


(gambar ni ambik kat Matluthfi's new video. Series best =')
I just wanna love you in the halal way =)

Tapi dalam bilik, tergila-gilakan pelakon korea mata sepet. sampai masuk mimpi dibuai lena. Tampal sana sini gambar artis korea kat dinding bilik dan dinding hati owh. Masa kelas/kuliah, ada kelas tambahan dekat belakang subject korean drama. =') Insaf tssk. (dah lah dalam kelas selalu jadi backbencher je, haha ye saye lah tu)





Obses &Fairytale


Kumpul gambar favourite korean actor, k-pop band, download lagu korea. Desktop wallpaper 2 p.m, Kara, SNSD, profile facebook gambar artis pujaan. Semuanya sebab kita minat dia. Minat cara dia berlakon, the way they dance, menyanyi, kehenseman mereka. Mengagumi mereka sampai kita jadi obses, nak ikut cara dia. Cara depa dress up, and banyak benda yang kita nak ikut. Keobsesan yang membahayakan. Bila kita dah jadikan someone tu idola kita, everything about him/her kita nak tahu, nak contohi, nak memiliki. Ini berbeza kalau kita jadikan para ulama sebagai idola kita. Kita berusaha mencontohi peribadi para ilmuwan islam ni, cara mereka menuntut ilmu, kecekalan para sahabat dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. Inilah yang sewajarnya kita contohi. Manusia ni cenderung untuk meniru. (keluar daah teori sosial diaa) Perhati dan melakukan perbuatan tersebut. Maka, tirulah sesuatu yang baik dan bermanfaat. Jangan tersalah pilih idola. Kalau baik, baiklah, dan begitulah sebaliknya.



Korean drama mostly berbentuk fantasi dan khayalan. Sebab tu cerita depa ni sweet. =') Kalau cerita Melayu banyak reality sebab tu boring. Lepas tengok, feeling-feeling nak buayafriend macam Lee Min Ho. kehkeh. Then, terbawak-bawak masuk mimpi. Lepastu berangan sensorang.


Tapi mungkin adalah jugak kebaikan.sikit.



Belajar bahasa korea.

Okay, boleh terima di akal lah. Ada tu dah boleh master kot cakap korea. Boleh jadi warganegara korea dah. Mencik lah. Cakap korea kita tak faham tahu. =P Cakaplah bahasa melayu kitakan bangsa Melayu. Untuk explore sesuatu bahasa tu, memang sangat bagus lah dengar sebutan diorang. Macam kita, kalau nak belajar cakap english fluently, kena practice, tengok movie diorang, dengar lagu depa ni, faham lyrics (but mostly their lyrics are worst!), cari words yang tak faham. Alah, macam tu jugaklah kalau korang nak belajar cakap korea. My rumate power kot bahasa korea dia. Sep sikit. 

source


But saya suka tulisan dia, nampak kawaii je. comel kan? =')
 


Dapat nilai-nilai murni


Tapi berapa banyak pun tengok cerita korea sebab nak ambik moral value, kebanyakannya tengok suka-suka lepas tu jadi pengulas. Mungkin ada sikit-sikit. So, disarankan bijak memilih cerita. hehe. Ada je cerita yang elok-elok boleh jadi pengajaran. Semuanya atas pilihan kita.


Dapat pengalaman tengok negara orang
 
Watching korean movies rasa macam nak travel kat sana. Tengok environment depa, budaya mereka, sikap mereka. Semua tu membantu tingkatkan pengalaman lah jugak.


Kalau para muslimin/lelaki yang addict macam sesetengah muslimah/gegurl dengan korea ni tak pasti ada ke tak. Owh ada tu ada tapi tak tahu penglihatan para lelaki ni macam mana pulak bila tengok awek-awek korea yang cun berlakon. Adakah mereka addict macam kami addict? Mungkin, diorang still jaga solat jemaah dia, mungkin dia tengok sekali-skala je, okay, mungkin diorang rajin belajar, tengok cerita korea sebagai selingan je. Mungkin lah. Husnuz zhon weh. So, ada ke tak lelaki yang fanatik korea, saya kurang pasti, mungkin bilangan sikit je kot atau lebih banyak. 


Sekadar pandangan. No hurt feeling. Dan segala apa yang ada dalam belog ni saya tujukan dan tulis sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Sekarang dah cuti, mulalah nak cari entertainment. Harapnya cuti ni dapat buat something yang bermanfaat. =) 


Selamat bercuti kepada kawan-kawan, congrates dekat adik-adik UPSR yang berjaya, yang tak berjaya takpe, usaha lagi next time, selamat menempuh hari yang mencuakkan untuk adik-adik PMR yang tengah tunggu result PMR and tak lupa selamat menempuh hari-hari yang stress untuk adik-adik yang tengah ambik SPM. Chill. =)


Owh sebelum tu, siapa yang suka pakai tudung bidang 50/55/60 and rasa payah sangat nak jumpa? Ye, anda dah jumpa solusinya. Mari kita bershopping di Hijab: On The Line. Agak susah la ni nak jumpa tudung akel camni. Jumpa terus borong. Thanks kak Shahidah and adiknya sebab hantar sampai rumah. =') lain kali boleh datang lagi.
Wallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta