Followers

20111030

Ikhtilat 8: Allah ajarkan kita melalui kekecewaan

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) 



Sekilas...

“Awak yakin awak masih punya cinta? Kerana terlalu banyak menyayangi insan-insan yang bukan halal (couple)” 

“Maksudnya, saya dah tak ada perasaan tu (cinta)?”

“Hakikatnya begitulah. Awak dah tak ada perasaan cinta tu. Suatu masa apabila awak berkahwin, apa yang tinggal untuk suami awak? Perasaan awak tu, awak dah pernah beri kepada insan-insan yang tidak sepatutnya...”

Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah. via AkuIslam.com~

***

(Bahagia yang dicari bukan dengan cinta duniawi yang dipuja, hakikatnya bahagia itu hanyalah dengan mencintai Allah. Jangan mudah tertipu dengan cinta-cinta yang tidak memberi makna dalam hidupmu)


Saya tahu awak dah tak mungkin ingat pada saya. Sebab awak dah ada dia. Saya cuma nak bagitahu awak sesuatu. 

Awak, ingat tak suatu masa dahulu,sewaktu awal perkenalan kita. Malu-malu je. Awal-awal tu memang sangat bersalah taw, sebab saya tak pernah pun message dengan mana-mana lelaki. First kenal, awak baik. Awak sangat care tentang saya. Saya bahagia. Hati selalu berbunga-bunga je. Jumpa awak malu. Nampak awak jadi segan. Tapi saya tak tahu yang bahagia saya itu akan bertukar jadi derita. Saya tak tau yang bahagia itu diredhai Allah ke tidak.

Awak nampak peliklah dalam ni

Awak ingat lagi kita dulu suka merancang (mungkin awak dah tak ingat). Bila dah kahwin nak life macam mana, nak stay dekat mana. Nak anak berapa orang. Nanti kahwin nak theme apa nak pakai baju apa. Semuanya kedengaran nonsense kan. Yeah, love is childlish. =) Semuanya tampak indah. Awak pun tak rasa kekok pun layan saya yang macam budak-budak ni. Awak kata saya ni sesuai kawan dengan adik awak yang umur 7 tahun tu (masa tu). Agaknya sekarang dia ni dah besar kan. Tapi awak ajar saya satu benda, perancangan yang kita rancang tu hanya tinggal perancangan. Awak mengajar saya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Awak dah ingat kan saya tentang kuasa Allah secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

"Awak ni sesuai kawan dengan adik saya yang umur 7 tahun lah.." btw, rambut awak macam cendawan lah


Awak ingat tak lagi masa birthday awak (mungkin awak dah tak ingat), sayalah orang pertama wish dekat awak. Awak tahu, masa malam esok nak birthday awak tu, saya dekat dalam bas, saya on the way nak balik ke rumah. Rumah saya jauh. Itu tandanya saya sangat care dengan awak dan saya nak awak ingat saya sorang je. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya ingat lebih secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

tak matured T__T


Awak ingat lagi tak kita selalu keluar jalan-jalan sama-sama (mungkin awak dah tak ingat). Awak bawak saya pergi pantai untuk mencari ketenangan bila saya ada problems. Automatik bila saya ada problems, saya akan cari awak sebab dengan adanya awak, saya rasa macam semua problems saya hilang macam itu je. Awak motivate saya dan saya rasa awaklah superhero saya yang sangat hebat. =’) Sifir saya, ada masalah jumpa awak. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya cari bila ada masalah secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.


action kamen bip bip bip

Awak berjanji untuk sehidup semati (kononnya lah) dengan saya (mungkin awak dah tak ingat). Awak berjanji macam-macam. Awak kata nak protect saya. Awak kata nak tunaikan impian saya. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Saya tahu, semuanya itu tak akan boleh berlaku kalau Allah dah tak izinkan right? Tapi saya bersyukur semuanya tu jadi kenangan sebab saya dapat belajar bahawa jangan terlalu menaruh harapan pada manusia, sebab mostly mengecewakan. Allah dah kata bergantung dan berharaplah pada Dia, sebab Dia tidak akan mengecewakan. Janji manusia? Apalah yang nak diharapkan. 


Saya kecewa sangat bila awak berharap hubungan kita putus macam tu je. Malam tu awak call. Awak kata, “Rasanya, hubungan kita sampai di sini je. Saya dah ada orang lain. Maafkan saya.” Masa tu saya terlalu sayangkan awak sepenuh hati saya. Saya putus asa. Kenapa awak buat saya macam tu. Setelah macam-macam kenangan yang kita cipta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta tapi sekali saya jatuh cinta, saya akan benar-benar setia. Saya kecewa. Kecewa sehingga saya menyakitkan diri saya sendiri. Awak mungkin tak tahu derita-derita yang saya lalui selepas malam itu. Tapi, akhirnya saya sedar hati manusia ni Allah yang pegang. Perasaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah saya bersyukur Allah pilih saya sebab Allah tahu saya kuat yeay ^___^






Apalah sangat ujian yang saya rasa ni berbanding orang lain. Bila saya fikir baik-baik dan duduk diam-diam, saya percaya bahawa saya orang yang paling bertuah. Walaupun pada awalnya saya rasa bertuah mendapatkan cinta awak tapi saya rasa kini saya lebih bertuah kerana mendapatkan cinta yang lebih agung. Manusia. Selalu mengecewakan dan dikecewakan. Saya tak ada simpan dendam apa-apa pun terhadap awak. Dan perasaan tu pun dah lama lupus dalam hati saya. Mungkin perasaan sayang-sayang cinta tu dah tak ada dalam rekod hati saya, nama awak pun saya dah erase kan. Perjalanan hidup panjang lagi. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab pengalaman itu mematangkan saya. Banyak saya belajar. Terlalu banyak perkara yang saya tahu selepas kekecewaan itu. Hati saya ni terlalu banyak dilukai. Tapi tak apa, I’m used to it. Bila dah terbiasa, saya faham itulah aturan Allah. Saya belajar bersabar. Meskipun Allah memilih saya untuk selalu sakit hati tapi saya yakin pilihan Allah bersebab. 




Yakinlah. Yang benar-benar memahami akan terkesan ini. 
Dari saya (dan wanita lain)


***

*rekaan semata-mata. Ceh. jiwang sudah. Series lama sangat meninggalkan belog. Saya kutip pengalaman orang-orang sekeliling saya. Ramai yang datang bertanya saya dan menceritakan pengalaman mereka. Ada yang boleh menerima, ada yang redha, ada yang tabah, ada yang tak mampu. Move on. Jangan bazirkan dengan cinta yang satu.



Cinta ni tak perlu dicari. Bila kita terlalu mencari dan cara kita salah dan tidak mengikut syariat sebab itulah kita selalu jumpa orang yang salah. Bila kita dah penat sebab asyik jumpa orang yang salah, mulalah kita kata Allah tak adil. Love is annoying. Love is hurt. Love is what-so-ever. 

Saya nak exam dalam next week macam tu. Please pray for my success. =) Saya free bulan 12 ni. Tahu tak program apa-apa yang boleh saya join hehe. Program fasi ke apa. 

Koleksi Ikhtilat:
@ Ikhtilat: Awak, jangan buat saya jatuh hati pada awak
@ Ikhtilat 2: Jangan merajuk sayang
@ Ikhtilat 3: Ya Allah, berikan aku cinta
@ Ikhtilat 4: Eh, awak, sorry saya terbeli tudung pendek
@ Ikhtilat 5: Sweetnya couple
@ Ikhtilat 6: Awak dah janji tapi...
@ Ikhtilat 7: Bagaikan bertukar baju

Waallahu’alam~ =)

p/s: ceh apesal feeling sebak pulak ni tsk

Syukran Jazilan for reading

20111010

Pisahkanlah kami jika itu yang membuatkan Engkau lebih redha pada kehidupanku

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

(via tersenyum-melihat-langit) /tumblr/

Perpisahan adalah suatu perkara yang amat menakutkan. Namun, itu adalah satu ketetapan yang perlu kita rasai dan ianya menjadi rencah dalam kehidupan. Manusia yang bercinta terpisah kasihnya. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah lalu menjadi yatim di usia yang kecil. Apabila semakin dewasa, kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, zaman sekolah menengah yang terpaksa kita tinggalkan, kawan-kawan sewaktu zaman itu, ya, perpisahan. Perpisahan pada terlalu banyak benda. 


Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =) 


Boleh jadi, apabila sekarang ini kita terputus kasih dengan seseorang, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin jua, Allah sedang mengatur seseorang yang lebih baik di masa hadapan, yang dapat membimbing kita di kemudian hari. Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari. Apabila semakin lama dengan si dia, kita mungkin akan jadi kurang malu. Allah nak selamatkan kita. Pengetahuan Allah Maha Luas dan siapa kita untuk mempersoalkannya. =)


Maka, jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah. Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah. Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik. =)



Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?
p/s: Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.

Waallahu'alam~ =)
Syukran Jazilan for reading

20111007

Tips rohani: Managing stress (Pada jalan yang berliku moga Allah meluruskan langkahku )

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Last night I've got something. Yes, for sure, I will shared it.




My heart is a kite
held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I’m not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I’m not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends


Sepi. Benar, seluruh dunia bagaikan sepi. Walau dikelilingi ramainya orang. Walau ditimbuni harta melimpah ruah. Namun, hati ini kosong sendiri. hati tidak berpenghuni.Melihat orang jatuh cinta, dia juga ingin jatuh cinta. Namun, dia juga tidak mampu untuk membohongi diri. Seluruh cinta itu bagaikan tiada. Mungkin benar jua, dia sudah tidak punya hati dan perasaan itu. Kadang kala dia putus asa kerana dia menganggap dia sudah hilang jalannya. Jalan yang gelap. Suram dan tidak berpenghuni. Deserted.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28).
Putus asa? Tekanan? banyak masalah?

So, di sini terdapat beberapa tips rohani untuk manage stress. Yang lain boleh google je kowt. Hehe

 1) Bersabar dan bersolat.

Some people (like me T__T) sangat payah untuk meluahkan masalah. As my name is 'Farah' which is mean kegembiraan, saya rasa macam owh, I have a problem that I shouldn't have. Siapa yang suka problems? But do you know? Masalah itu adalah guru bagi kita. Kenapa? Apa pun jenis masalah yang kita hadapi sangat mengajar kita. Masalah = kekecewaan. Kecewa itu adalah guru bagi diri kita. Bagi yang susah nak bercerita kepada sahabat handai adalah lebih baik mengadu pada DIA. Dia pasti mendengar. 


Kunci utama adalah SABAR =) Sabar itu indah. Campaklah kita walau di mana pun, jika kita sabar, segalanya mudah kita harungi.

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Ali Imran:200)

Dan solat itu juga penting. Create the link.untuk mendirikan rumah, tiangnya perlu ada, perlu kukuh, perlu stabil. Solat itu tiang agama. Bagaimana rumah andai tiada tiang? Mudahlah goyah. Mudahlah runtuh.

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."


2) Menghidupkan malam.

We keep crying. Pada benda yang tidak sewajarnya. Kadang-kadang ia menyakitkan. Kadang-kadang kita menyakiti diri sendiri.



Nak tahu apa dia rahsia untuk kuat dan menjadi semakin tabah? Anda ada jawapannya =D 

Bangun Qiamullail

Bangun malam ni dapat membina kekuatan diri. Insyaallah, apa yang sukar, Allah permudahkan. Apa yang dianggap mustahil, Allah akan benarkan.

UPDATE: Ups tertinggal satu. 

3)Perbanyakkan membaca al-Quran.

Satu lagi terapi yang sangat perlu dititik beratkan. No one can cure a broken heart like the Quran does~ True. Very true.


Ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya. Selamat beramal. =) Waallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading

20111005

Wordless Wednesday #4: For The Rest of My Life

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Salam to all readers~ =)




Berkawan biar beribu
Berkasih biar satu 
Biar sehingga ke hujung nyawa

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (30:21)
alolo tomey kan? saya jumpa kat fb


p/s: Ada exam pun sempat update lagi waah T__T

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta