Followers

20110928

Nota fikir: Jangan tuding jari pada Allah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. =)


Salam to all readers~ =)




♪ Langkah Tercipta by UNIC ♪


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,





Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan


Sesiapa dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepada-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari)



Hidup adalah ujian. Maka, jangan letih, jangan mengeluh. Jangan pernah terfikir untuk berputus asa. Ujian itu sekolah kehidupan. Sekali tersungkur bukan bermakna kita diciptakan untuk tersungkur selama-lamanya. Tetapi, biarlah sekali itu cukup untuk memberikan kita satu pengajaran yang benar-benar terkesan dalam diri dan hati kita. Sekali kita kecewa bukan bermakna kita kecewa selama-lamanya. Cukuplah kecewa yang sekali itu dan tukarkanlah ia menjadi sebuah kegembiraan suatu hari nanti. 


Memang, apabila kita sedang jatuh bersama masalah yang kita fikir sangat memberati kita, kita tidak mampu melihat masa hadapan. Kita hanya nampak kegelapan dan kesuraman. Percayalah, ada sinar di hadapan kita. Malah kita menyangkakan ianya sebuah pengakhiran tetapi sebenarnya ia adalah sebuah permulaan. Permulaan kehidupan yang lebih baik. 

Every pious has a past, every sinner has a future.

Ya, kita mungkin ada masa silam namun kita juga masih punya masa hadapan. Jangan kita gelapkan masa hadapan hanya kerana masa silam. Cerahkan ia, jadikan masa silam itu sebagai pencerahan masa hadapan. Dan, jangan pernah menuding jari pada Dia, jangan pernah mahu menyalahkan dia. Kenapa, kenapa dan kenapa. Stop asking. Berhenti bertanya, kerana kita hanyalah hamba-Nya yang sememangnya layak diuji. Kita tidak layak bertanya. 


"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosa-dosanya seperti pohon-pohon yang menggugurkan daun-daunNya." (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Allah hendak menyedarkan kita dari lena. Lena yang panjang. Dan yang paling penting;


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedangkan mereka tidak diuji..." (al-Ankabut: 2-3)

Terubatlah hati dengan ayat-ayat Allah. Gembiralah hati-hati yang pilu. Bahagialah mereka yang dipilih Allah untuk merasai ujian kerana 


Allah menyayangi dan mencintai kita maka Dia tidak mahu membiarkan kita dalam kesesatan lagi. 


Cukuplah sekali dua kita jauh dan jauh dan Allah tidak ingin membiarkan kita semakin jauh lagi. Maka, jangan tuding jari pada Allah berkata Dia tidak adil kepada kehidupan kita. Dia Maha Adil dan Maha Bijaksana merancang kehidupan kita. Percayalah, Dia punya sebab tersendiri. Dia tidak akan membebani kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita. 




Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan



Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu



Waallahu'alam. 
A doodle of my classmates =)


p/s: Cukup mudah untuk bahagia, jadilah orang yang positif. =)

p/s/s: My blog turns to green? ^__^ another new step for a better life. Amin. =)
Syukran Jazilan for reading

20110922

Kadang-kadang jadi tak okay pun okay jugak

BIsmillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~


Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu bagus jugak, sebab masa kita tak okay ni lah baru nak cari Allah, baru nak ingat balik kepada DIA. Allah sengaja mahu jadikan kita ni tak okay ada reasonnya. DIA ingin kita kembali kepada-Nya. DIA ingin kita mencari cinta-Nya. Selama masa yang kita terlalai dan terleka itu kita rasa hidup nak enjoy je, it's the time untuk Allah mengingatkan kita tentang keterlampauan batasan kita dalam berlebih-lebihan menikmati kenikmatan-Nya. Lumrahnya, manusia hanya ingin mencari Tuhan apabila dalam kesempitan. Dan ternyata, Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mendengar.Allah knows your heart, pergilah mengadu pada Dia kerana Dia mendengar~

Syukran Jazilan for reading

20110921

Wordless Wednesday #3: The Hijab

Bismillahirrahmairrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Peringatan buat diri ku yang selalu terlupa dan terleka;

"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)

2008

2009
Awal 2010
Akhir 2010
2011

The Hijab -My modesty & My integrity
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat;
"Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab nabi s.a.w, "Jangan menipu Allah!" Orang itu bertanya lagi: "Bagaimanakah menipu Allah?" Jawab baginda; "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah"

Perubahan yang semakin lama semakin memudaratkan diri akan menghancurkan dan membinasakan diri sendiri. Kelak setiap diri kita akan menilai kembali amalan diri. Niat kita hanya Dia yang tahu, jika perubahan kita semakin menuju kepada kebaikan, maka teruskanlah, namun apabila kita sedar, yang perubahan semain lain macam and something wrong, semak diri balik. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekadar peringatan buat diri sendiri terutamanya.Chaiyok!

p/s: Jom solat Isya' ^___^

Syukran Jazilan for reading

20110918

Frequently Asked Questions (FAQ)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Ramai yang bertanya, so saya jawab sini je lah. senang sikit kan.

Saya melukis pakai apa? 

1) Kebiasaannya I always draw with Paint, everyone ada right Paint ni dalam laptop masing-masing? =) At first memang agak kekok jugak lah nak draw dekat Paint ni, tapi dah lama-lama biasakan, rasa seronok je lukis.




2) Another one yang saya suka guna ialah Paint Tool SAI. Bila guna rasa macam smooth je nak melukis. Suka sangat. =)


Best! =)



3) Adobe Photoshop CS 2. I love this so much. Dengan Photoshop macam-macam kita boleh buat. Mana saya belajar? Hmm, dulu abah saya ada ajar sekejap tapi sekejap je lepas tu saya belajar sendiri, first thing untuk mahir benda ni, we should explore it first. Saya tak ada pulak pergi kursus photoshop but teringin sangat ^__^ So, I learned by explore it, bukak buku Photoshop (sometimes) and if I want to try something yang baru, saya bukak blog yang menyediakan tutorial Photoshop, macam saya suka pergi dekat Ezhan Artwork, banyak saya belajar dekat sini.

Close up
Explore ~
What font that I always used?

Ni font yang selalu sangat lah saya guna. Dalam lappy saya I think dalam 150-200 ( I think more than these -,-) jenis font saya download for design purpose.



Mana awak nak download semua font-font comel lagi cute ni? Awak semua boleh terjah sini.






  




Sugar Frog Fonts



I get the cutest handwriting fonts at Fonts for Peas! kevinandamanda.com/fonts



Photoshop Inspiration


Kadang-kadang bila nak buat something in Photoshop must have idea, lagi-lagi selalu buat poster event untuk Biro Agama. So, mana nak cari idea?


Deviant Art
Tumblr (siapa yang ada Tumblr and follow tumblr yang best memang selalu dapat tengok gambar yang super cantik) 
Google


one of my artwork
Untuk mengetahui web-web yang boleh diinspirasikan boleh terjah sini.
More about my artwork here.


Doodle Inspiration

Chibird.tumblr.com


This tumblr owned by a high school girl and her name is Jackie.








Syuthekitteh.tumblr.com

a Malaysian doodler, doodle sangat cute ^___^



and many more.



More about my doodles here



My doodle haha

(using PAINT) 



(using Paint tool SAI)





Do you take any doodle request?


I would like to but so sorry sebab saya selalu ada kekangan masa. Saya hanya melukis bila saya ada masa free sahaja. Selebihnya masa saya sebagai pelajar and ada komitmen lain. =) Doodle trade masih boleh dipertimbangkan.(tertakluk juga pada masa) 



Can I use your doodle and share anything in your blog?


Yes, of course, why not? tak salah untuk sebarkan ilmu. If you want to use any doodle in here or my page, please let me know first. (in case you want to use it for your header or something). You can share any article here.




Some of frequently asked question, so saya minta maaf if ada yang tanya saya but no answers. -___- I always busy sangat tidak free wuwwuu. So, I made this for those yang selalu bertanya kepada saya, hope it was clear =) 



My condition right now:


Yes, i have injured terseliuh and it was swollen. owh. Kaki kaler biru hikhik. Btw, please doakan kesihatan saya. Kalau awak nampak saya gigih pergi jamuan raya tadi, percayalah saya tengah terhinjut-hinjut tahan sakit kaki saya yang berbiru ni demi menjimatkan wang RM 10 yang telah dibayar (haha).

Anything please emel me at banafsajiyu_purple [at] yahoo.com or terjah saya di facebook.

Thanks sebab sudi baca FAQ ini, wait for another updates! ^__^/

Syukran Jazilan for reading

20110914

"Letaklah lagi gambar banyak-banyak"

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) lama dah tak update, 'asif sebab terlalu banyak kerja sejak hari itu. Insyaallah, saya cuba mengupdate sedikit peringatan especially to all muslimat out there. Thanks for always come here tak kira masa even saya tak update dan belog dah bersawang-sawang. Thanks again for your support. =)


***
"Orang kata, dengan gambar pun orang boleh buat jahat. Series bahaya. Bukannya kita tahu apa yang mereka buat dengan gambar-gambar kita tu.


Saya, Elena (bukan nama sebenar).

A beautiful lady



Ramai yang memuja-muja kecantikan saya. Mereka sukakan saya. Owh, saya ramai peminat. Saya begitu berbangga dengan kecantikan yang saya miliki. Saya fikir kecantikan ini perlu saya tonjolkan untuk tatapan seluruh dunia. Mengapa perlu ditutup dan dicover? Saya suka mereka memuji kecantikan saya. Saya rasa dihargai. Saya rasa seronok apabila mata-mata lelaki ini memandang saya.



Tak cukup bersosial di luar, saya bersosial di alam maya. Saya letak gambar saya yang cantik menawan dalam pesbuk. Tanpa pengetahuan saya, mereka stalk saya. Saya tak fikir risiko dia. So, they are free to take my picture. Saya marah-marah kalau ada profile fake gambar saya, saya akan bengang bila orang curi gambar saya but I never realize semua tu start dari saya. Tak ada siapa yang suruh saya letak gambar dalam pesbuk tu. Saya tak kisah letak gambar saya dengan buayafriend saya dalam pesbuk tanpa mengira perasaan kedua orang tua saya. Kalaulah mereka nampak. huhu.


Saya tak tahu kalau orang gunakan gambar saya untuk bomoh-bomohkan saya. Kenakan saya or else. Memang saya tak fikir panjang masa tu.

dibomoh (haha, apakah yang telah dilukis ini? T__T)

Saya jadi lain macam. Tak macam dulu. Saya tak tahu pun saya kena buatan orang sehinggalah saya bertemu dengan seorang ustaz. Kalau dulu saya seorang pelajar yang aktif dan selalu cemerlang dalam pelajaran, tetapi lately, pelajaran saya jatuh merudum. Hubungan saya dengan encik buayafriend haru biru.


Kini, saya menyedari risikonya. Ada yang dengki dengan saya. Kecantikan saya dan segala-gala yang ada pada saya. Mereka bencikan kebahagiaan saya dengan buayafriend saya. Sungguh, saya serik untuk letak gambar-gambar saya lagi dalam laman web sosial. Biarlah saya sendiri yang menghargai kecantikan yang Allah kurniakan ini dengan bersyukur kepada-Nya dan bukannya dengan menunjukkan kepada insan lain. "

***

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-

Kalau lah kita benar-benar menyedari risikonya, kita pasti sentiasa berhati-hati dengan setiap tindak-tanduk kita. Apa guna kecantikan hanya pada luaran namun dalaman tidak berjaga. Bahagia ke twenty-four hours gambar ditatap umum? Distalk oleh orang yang tidak kita kenali. Bahagia apabila ada yang memuji kecantikan? 

Sungguh, segala puji-pujian hanya layak diberikan untuk-Nya dan kita tidak layak menerima pujian sama sekali. Pulangkan kepada-Nya. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kembali nikmat kecantikan kita itu.



Berita selanjutnya




Motivasi : Jom Jadi cantik!

Waallahu'alam~
Syukran Jazilan for reading

20110903

Terima kasih Tuhan memberikan aku hidup

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Yeay raya mood masih ada, ye saya tahu cuti dah nak habis, so take care semua, I have 1 week left hehe sebab saya ber-PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dekat Subang Jaya je, so I will stay at my home lagi 1 week. Sila jealous. =) Kepada senior-senior, selamat pulang ke tanah tempat belajar ^__^/ 

Sedikit madah pagi ini;

****

Pagi masih indah seperti sedia kala, terima kasih Tuhan kerana memberikan aku hidup, udara untuk dihirup, tapak bumi yang masih bisa kupijak, cita-cita masih bisa kugapai, cinta yang masih bisa aku genggam seeratnya. 

Ya, pertambahan umur membawa kepada satu muhasabah dalam hati. Aku semakin dekat dengan DIA. Aku kerap bertanya pada diri, adakah aku bersedia menghampiri mu? Apakah aku bersedia ke sana? Andai aku bakal pergi tidak lama lagi, apakah amalan ku cukup untuk menjalani kehidupan di sebalah sana?

Aku tidak punya jawapan pasti.


Terima kasih Tuhan kerana memberikan aku hidup, sebuah kehidupan yang sungguh mencabar. Sebuah kehidupan yang benar-benar mengajarku erti ketabahan. Sebuah kehidupan yang penuh ranjau namun aku berjaya mengharunginya dengan pertolongan-Mu. Hanya Engkau yang layak disembah. Tiada Tuhan Melainkan Engkau =') 


Engkaulah yang membangunkanku di saat aku kejatuhan. Engkaulah yang mengajarku erti sabar di saat aku keresahan. Engkaulah pemilik seluruh hatiku. Terima kasih Tuhan. Terima kasih. Kerana walaupun aku terlalu banyak dosanya, Engkau masih sudi menerimaku sebagai hamba-Mu, dan berterusan memberikan aku peluang untuk satu perubahan. Meskipun aku kerap kali melupakan kebesaran-Mu. 


Sungguh, aku cinta kepada Penciptaku =') Terima kasih kerana memberikan aku hidup.

***

Well, thanks for those yang wish saya semalam, hari ni (haha awal kan, tahu tak pagi-pagi lagi dah bersemangat nak mulakan hari ni =P) and esok err. Bulan September ni bulan saya, haha. So, everyday is my birthday. Sanah helwah jugak saya ucapkan kepada Irine Nadia Marcello, kawan se-blogger saya yang berkongsi tarikh lahir. Kawan se-maktab saya, Najwa Arifah, kawan se-sekolah saya, Asked (bukan nama sebenar) kawan se-imam muda eh IM Najdi esok besday dia.




hye hye baju raya baru =)


moshi moshi =)


tetap reply even no tak kenal, terima kasih sebab sudi ingat =)


ye, saya lah tu yang excited sangat nak sambut besday -_- eh jadi jugak lukis dress raya ni


Lastly; Selamat Hari Raya semua Saya just nak buat sikit announcement je. Beware of some fake profile/blog of mine; i've only have my blog Dr.CintaPunyeBelog http://dirikudrcinta.blogspot.com/; (perhatikan URL betul-betul taw) tumblr http://dirikudrcinta.tumblr.com/, twitter (FWaheeda), and this 2 fb account; Tg Farra Waheeda & Dr.CintaPunyeBelog Official Page. The others is not mine. Saya baru terjumpa belog macam saya eh tapi entry dia sebijik tapi tak pelah biarkan je, maybe dia nak baca banyak-banyak kali dekat belog dia cuma saya risau dia ada letak gambar tak tutup aurat, err so saya agak worry di situ, bimbang, orang fikir itu saya. T____T Saya tak de letak-letak gambar dekat social network ni, yang jelas macam tu. Saya pemalu-__-


Okay syukran sebab masih support saya sehingga kini, update laju-laju sebab saya nak balik rumah nenek, dekat rumah nenek tak ada line maxis (Mr.Broadband saya) so saya maybe tak dapat online macam dekat rumah makcik saya sekarang ni wi-fi 24 hours.


I will be back soon with more updates, keep waitin' =)

Terima kasih semua =)

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta