Followers

20110827

Biar dia tahu, saya tak kisah...

Bismillahirrahmairrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Ada sesuatu yang saya nak shared from my tumblr; The Heart Surgery. I read this thousand times.

Alolo tomeynya


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”



"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." -Trust Him as He knows the best for us :)

so, tak kisahlah ;) ada jodoh ada lah kan? I trust HIM more =) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna, biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me. =)


Click here; treatment best! =)

owh hye, selamat hari raya ^__^/
and tak lupa, selamat menyambut kemerdekaan yang ke-54 Malaysia =)


p/s: trying to draw my dress; owh the baju raya, will wear it on the first Raya =P
Syukran Jazilan for reading

20110817

Wordless Wednesday #2: Awal dan penghujungnya biar manis

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) yeay, hari ni saya bercuti maka saya akan menyiapkan segala assignment saya before balik raya minggu depan. Sedikit update pada hari ni~

Wordless Wednesday #1


Dalam sukan bolehkah kita mengisytiharkan kemenangan sebelum prlwanan tamat? Tentu tidak. Oleh itu malulah dengan Allah, Ramadhan belum sampai separuh, dah sibuk nak raya. Hari Raya itu untuk orang yang menang dalam melawan nafsunya sepanjang Ramadhan. Jangan jadikan puasa kita mcm tebu. Awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam teh tarik. Awalnya manis akhirnya lagi manis~


Buku pilihan;


Syukran Jazilan for reading

20110813

Apabila hati tak tulus mengikut jalan yang lurus

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, kita sudah berada dalam fasa ke-2 Ramadhan. Syukur, Allah masih memilih kita untuk meneruskan Ramadhan ini. Takziah kepada keluarga jiran saya yang baru kehilangan salah seorang ahli keluarganya. Beliau dipanggil Ilahi pada bulan yang penuh barakah ini. 


(Baca talkin untuk diri ini)



Kita solat, namun masih tetap melakukan dosa, kita kata cinta pada Dia, dan ingin akur pada setiap perintah-Nya, namun ada yang menghalang, ada yang mengheret kita ke suatu kancah yang kita tidak ingin kita jejak. Kita ingin taat kepada Pencipta kita, kita ingin sebenar-benar cinta kepada Dia, diturutkan hati, seluruh jiwa dan raga ingin diberikan kepada yang Maha Penyayang namun seakan-akan ada hijab yang menghalang. 


Ya Allah, kenapa? Kenapa dengan diri kita? Kenapa dengan diri ku sendiri? Kenapa?



Solat seakan tidak menyentuh hati, janji yang pernah kita sama-sama ungkapkan dahulu ibaratnya kita lupa. Ramadhan ini, kita harapkan ada perubahan terhadap diri kita sendiri, namun seringkali usaha itu kadang-kadang terkandas. Ada juga, mengumpat mengata, ada juga dosa yang dilakukan. Benar, syaitan sudah dibelenggu, tiada godaan darinya, tetapi jangan pernah lupa dia sudah berjaya menyemai nafsu.

Kita tahu malah arif, namun kita tetap melakukan kesilapan. Adakah ini tandanya kita tidak ikhlas? Tidak ikhlas dalam mencintai Pencipta kita? Kita sering memohon dalam doa-doa kita,

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al-Fatihah:6)


Apakah hati ini tidak tulus dalam mengikut jalan yang lurus? Ya, saya juga ada dan pernah melakukan kesilapan. Tidak semuanya maha sempurna melainkan Dia, maka jangan memandang saya dengan kesempurnaan. Selagi mana saya bergelar manusia, saya tetap ada salah dan silapnya.


Kita masih kurang mengerti bicara-Nya. Kita sujud, namun hati tidak sujud. Rasa kehambaan tidak ada. Ramai yang solat tetapi tidak berdisiplin, maksiat tetap dilakukan, kesilapan terus-terusan dilakukan. Solat-solat kita sedang bermasalah. Ia hanya menjadi ritual yang tidak membina spiritual. 


Banyak bezanya antara solat yang sah dengan solat yang khusyuk. Sama juga seperti haji yang sah dan haji yang mabrur. Solat yang sah tidak berkesan mengubah peribadi hanya solat yang khusyuk mampu memberikan kesan kepada peribadi kerana hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyentuh hati. (Pahrol Muhd Juoi)

Sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita. Insyaallah. Sama-sama kita berdoa agar hati kita mampu tulus dalam mengikut jalan yang lurus. 


Okay, ni risalah untuk Ramadhan ini,saya share dengan anda semua =)


p/s: dalam proses memperbaiki diri, bukan hanya tahu berkata-kata dan menulis namun hati sedang berusaha bermujahadah untuk itu, payah namun berusaha.


I wanna go home T___T


credit to Beduk Diketuk

Syukran Jazilan for reading

20110801

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, akhirnya tibalah kita berada dalam bulan Ramadhan ini yang penuh berkat. Semoga setiap dari kita dapat kembali menyucikan hati dan diri (termasuk saya) dalam bulan Ramadhan ini, ternyata Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berubah dan bertaubat dalam bulan ini =')


Harapan Ramadhan; Raihan & Manbai







Of course dalam bulan Ramadhan ini, ada sesuatu yang kita buru; sebelum tu ada sedikit trivia.

Apakah dia;

Sebaik-baik siang?
Sebaik-baik malam?
Sebaik-baik hari dalam seminggu?
Sebaik-baik bulan dalam setahun?

Jawapan: Siang hari Arafah, malam Lailatul Qadar, hari Jumaat, dan bulan Ramadhan.


Malam Lailatul Qadar itu yang kita buru; cuba kita hayati sejenak surah al-Qadr ini.

teaser: this is my college buletin~
Semoga kita dapat menemui sebaik-baik malam itu; Ramadhan ini adalah peluang untuk kita memperbetulkan diri. Yang mana silap, perbetulkan, yang mana keruh jernihkan. Peluang yang Allah berikan semoga saya dan anda dapat mempergunakan sebaik-baiknya. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar.” (Riwayat Ibnu Majah)

 

Ramadhan; ketika nafsu dilentur menahan lapar dan dahaga, ketika fikiran disinari wahyu dan sabda, ketika hati bersih dalam solat-solat Terawih kita, ketika berkat yang diambil seawal pagi dalam sahurnya, ketika kita
berlumba-lumba mengkhatamkan al-Quran, ketika puasa itu telah berjaya melatih diri kita menjadi manusia yang hebat rohaninya dari melakukan perkara-perkara yang terlarang, ketika seluruh anggota tertahan dari melakukan dosa; adakah semua ini hanya pada bulan Ramadhan? 


ini medan kita menjadi graduan yang berjaya


Namun, bila Ramadhan telah meninggalkan kita, semuanya sekadar peninggalan semata-mata. Sehingga hilang menjadi sejarah yang hanya akan berulang sewaktu Ramadhan. Ketika kita bertahmid, bertakbir, bertasbih, terasakah kita membesarkan Allah? Terasakah kita hanyalah seorang hamba yang kerdil yang hanya mampu mengukir tadbir sedangkan pada-Nya lah segala takdir tertulis. Semoga kita dapat meneruskan amalan ini secara  istiqamah dan berterusan. Ramadhan ini medan latihan. Latihlah jiwa menjadi yang terbaik. Kita bakal menjadi graduan dalam UNIVERSITI RAMADHAN ini. 


Owh, saya ada sesuatu untuk anda, say yeay! ^___^Profile Facebook 'Saya Pelajar Universiti Ramadhan' Banyak colour yang saya bagi kat anda semua.



 p/s: variety of colours =)

boleh jugak datang dekat Dr.CintaPunyeBelog Official Facebook untuk freebies yang lain =)

source


source


Panduan Makmum Solat Terawih



Yang ni saya ambik dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ramadhan 1430 H/2009 M (What dah lama?)


p/s: Selamat bertarawikh; Puasa rasa macam tawar dan hambar jika kita tak buat solat terawih! Rebutlah peluang ini, jangan kita berbuka puasa sampai ke moreh~ =D

kredit to SOLUSI.
Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta