Followers

20110624

Aku sayang kamu dengan caraku sendiri

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Sorry sangat sebab lama tak update. Syukran jazilan sebab masih menunggu. Sibuk masuk sem baru, dapat result final sem and MUET, minggu pengurusan pelajar baru lagi, and etc etc. Asif. =) Saya tak sangka ada yang mencari saya di sini T____T Okay, sila tegur kakak ye if awak jumpa kakak dekat sini. =)

cop, before that: 




"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (3:31)


Albi Nadak-Fares

Lyric: CLICK HERE




(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (2:165)
AhlanWasahlan :)

Syukran Jazilan for reading

20110617

Bicara Allah: Terjemahan surah al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Malam ni saya dah nak balik Kuala Terengganu, Isnin dah start kelas, new semester. Semoga sem baru saya semakin membaik, amin.


Kita selalu baca surah al-fatihah dalam solat-solat kita rite ? SO, adakah kita tahu meaning dia semuanya dan hayatinya dalam kehidupan seharian kita? Sungguh, sampai menitiskan air mata jika kita benar-benar menghayati bicara Allah ini. 





Lepas ni senang lah kita nak faham al-fatihah dalam solat-solat kita =) Insyaallah.

Doodle trade from Mel Amalina, doodles dia memang comel! ^____^ Syukran dear.



saya sangat comel, bukan? =D


p/s: menghayati setiap bait-bait bicara Allah memang memberikan ketenangan kepada kita. =)

credit to Tafsir. 

Syukran Jazilan for reading

20110612

Sejenak buat renungan

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) School break pun dah nak habis but I have one week more left. So, say yeay! ^___^ Dekat bawah ni sebuah kisah yang boleh kita ambil pengajaran. 

Browse for more pictures? Do visit my tumblr.



Suatu ketika di Mesir, terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat, dia ke menara untuk mengumandangkan azan.


Di bawah menara tersebut, terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya:

“Apa yang kau mahukan sehingga datang ke rumahku?”

Jawab lelaki itu: “Aku inginkan kamu.”

“Kenapa kau suka kepadaku?”

“Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu”

“Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu akan berlaku,” balas gadis itu.

“Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin menikah denganmu.”

“Tetapi aku seorang Kristian dan kau beragama Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk bernikah denganmu.”

“Jika demikian, aku rela memeluk agamamu.”

“Baiklah, jika itu kemahuanmu, aku bersedia untuk bernikah denganmu.”

Akhirnya, lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.


Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi.

one day you will understand

A gift from one of my patients. Syukran Jazilan. I reedited back. The khat is too beautiful. =)



Waallahu'alam~

p/s: perlukah menggadaikan agama demi cinta? 

p/s/s: credit to SOLUSI.

Syukran Jazilan for reading

20110610

Ikhtilat 5: Sweetnya couple

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Morning semua...



Kalau berpacaran


"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)

Awak tahu, betapa sweetnya ada couple? awak tak percaya, saya nak bagi explanation dekat awak sikit. Saya rasa semua orang dekat sini ada experience kan, toksah tipu. Amboy angguk laju-laju eh. Kalau berpacaran ni; 

grrr

@bagi semangat waktu exam

masa ni perasaan you alls akan lega sangat sebab cik awek/ cik abang awak bagi motivation dekat awak, stress pun dah hilang. segunung beban pun lenyap macam tu je, malam exam je call, lepas exam je call, cewah sweet betul lah you alls ni. Motivate ea bang?


tempe tu feveret saya huuu

@share susah &senang bersama

you sangkut duet pinjam lah cik awek punya, bila cik awek lapar mulalah merengek dekat cik abang mintak pergi belikan makanan. owh so sweet lah. bila salah sorang dari you alls sedih sebelah pihak pun mula pujuk-memujuk, kitakan couple, kenalah saling memahami ye dak? bila happy sama-sama kita pun enjoy lah pergi dating bersama-sama. dosa pun share-share lah ye. uhuk uhuk.




@penawar kebosanan

masa you alls bosan-bosan kan, mesti bergayut dengan pakwe/makwe you alls kan? rasa sehari tak bergayut alahai tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Kesian.

in a relationship, you ade?


@bangga berstatus TAKEN

single? ewww. tak laku lah tu. kalau ada couple ni baru lah laku.


alololo sweetnye -___-

@boleh jaga diri kita

Eh kalau kita couple, ada cik abang boleh jaga kita taw. SO safe sikit. Sekarang ni macam-macam, banyak kes, kes ragut lah, kes culik lah, kes rogol la eish seram taw. Baik you alls beware. Ada encik boyfie selamat sikit.





eh ehh sekejap, awak terlupa satu benda.







@Kenapa perlukan pasangan (yang belum sah) nak jadi pemberi semangat kita? kalau kawan-kawan perempuan tak boleh ea? owwh, konon call malam-malam sebelum exam tu sweet lah? boleh naik pointer kot. Kita terlupa seperkara, kita lebih ingat kebahagiaan terletak di tangan manusia sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Tengah exam, tatkala memanjatkan doa itulah kebahagiaan abadi, apabila kita bangun tahajud malam-malam, itulah rahsia ketenangan jiwa yang kita dambakan. Sungguh, tiada seorang manusia pun mampu memberikan ketenangan seperti itu hatta pasangan yang paling kamu cintai itu. Berbahagialah dengan Allah.




@Apabila kita kuatkan pergantungan dengan Allah, bila kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita tak kisah, sebab dia kata; takpe, Allah ada. Cukuplah Allah bagiku. Jangan ingat kita bersendirian di dunia ni. Tak ada insan untuk berkongsi susah dan senang. Allah mendengar setiap masa, tadahlah tanganmu untuk memanjatkan doa kepada Allah kerana dia mendengar setiap rintihan dan keluhanmu. Kenapa berdoa? sedangkan kalau kita tak berdoa pun Allah dah tahu, saya pernah terangkan pada entri-entri lepas. Saya recall balik apa tujuannya;


Berdoa, bukan memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhan-Nya.


be positive dear~ =)

Berdoa ni semacam satu penghubung antara kita dengan Allah. Create the link. Please. 


‘Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan’ (Surah Ghafir 40:60)


‘Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di saat sulit.’ (Riwayat selain Imam at-Tirmidzi)

@Tak ada istilah bosan dalam hidup ini bila kita benar-benar mengabdikan diri pada Allah. Tujuan hidup ini sudah diperjelaskan oleh Allah:


'dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (51:56)


Alangkah ruginya kita andai kita mensia-siakan masa usia kita di bumi ni. Istighfar. 



@Kenapa perlu berbangga dengan maksiat? Benar, bila dunia semakin moden ditelan arus globalisasi, yang minoriti dianggap salah yang majoriti dianggap benar. But, the majoriti tak selalunya benar. Orang yang tak couple dikatakan kuno tak laku etc etc. Kamu tahu, dia telah terselamat dari melakukan dosa-dosa zina, zina mata, zina hati, zina tangan, zina kaki, zina telinga. risiko-risiko ini sangat terbuka luas untuk mereka-mereka yang ada pasangan tidak sah. So single out there, say alhamdulillah, I’m the chosen one. HE is writing my love story. =) Status TAKEN tak bermakna apa-apa andai cinta itu akan melalaikan kita dari jalan menuju ke syurga.




@Penjaga kita hanyalah Dia. Kita adalah hak mutlak Dia. Nyawa kita ada dalam takdir-Nya. Setiap skrip kehidupan kita Dialah penulisnya. Kita yang merancang, tapi Dialah penentunya. Kenapa perlu percaya pada janji-janji kosong, wahai sayang-sayangku muslimat? Juga untuk diri saya sendiri, cuba renungkan kembali, sudah berapa kali anda diperdaya? Mainan duniawi. Yang haram semua nampak indah. 



Kenapa saya cakap semua ini? entah. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri yang selalu terlupa. Sering perlu diingatkan. Betapa jauhnya kita dengan Allah, Allah sentiasa melihat kita. Sentiasa. 



Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah. Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya. Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu tolong ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu. Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami. Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu. 
Amin, amin ya rabbal alamin.



Semoga Allah mendengar bisikan kita ini meskipun ianya tertutur dalam hati. Sahabatku, Allah mendengar. Walaupun setitis embun hidayah yang mengalir, ianya cukup indah kerana fitrah untuk kembali kepada Allah itu tetap ada. Semoga Allah menerimanya. 


hoyeh, we have Allah ^__^

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

(35 : 24) Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.


(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


p/s: mutiara terputus dari rantaiannya. Aku memohon ampun. =’3
Syukran Jazilan for reading

20110606

Kontrak hamba-Nya dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Dekat bawah ni satu situasi yang selalu berlaku pada kita (owh saya lah tu -___- overreacted betul)

kemain glamour tudung hikhik
selalu la macam ni T____T

  
Sebab tu lah manusia perlukan organizer, reminder ke dan sewaktu dengannya. Sebab kita memang asyik terlupa, terlupa yang ada meeting atau perjumpaan dengan seseorang. Terlupa letak barang-barang berharga, etc. 



Sifat manusia memang pelupa. Manusia berasal dari perkataan al-Insan kata akarnya nasiya (lupa). Tapi, kita jangan pula terlupa, bahawa sewaktu kita di alam rahim dahulu, kita pernah berjanji dengan pencipta kita. Bersetuju menjadi hamba-Nya. Kita ada perjanjian dengannya. Owh barangkali kita terlupa dan kerana manusia terlupa adanya perjanjian kita dengan Allah, sebab itu macam-macam sekarang ni berlaku. Gejala social semakin teruk melanda. 



Allah berfirman, 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):’Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Benar, (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.’ (Kami lakukan yang sedemikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan : ‘Sesungguhnya kami (bani adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (al-A’raf 7:172)



If kita sering ingat terhadap satu perjanjian yang pernah termaterai antara kita dengan Allah, kita akan cepat sedar diri even iman kita sering ups and down. Turun dan naik. Kita kalah sendiri dengan perbicaraan hati. Sekejap hati membisikkan kebaikan sekejap lagi nafsu pula datang merajai diri. Sukar untuk mengawal diri. Namun, jika Allah menjadi tujuan utama, cinta teragung bagi diri kita sendiri, insyaallah segala yang payah menjadi mudah, segala yang mustahil akan menjadi realiti. Indahnya hidup dalam peraturan Allah. Hati seluruhnya diselerahkan kepada-Nya.=’) (Boleh terjah monolog ni sekejap untuk baca mujahadah hati- CLICK HERE.)


Mari kita sama-sama fokus kembali tujuan diciptakan di atas bumi pinjaman Allah ini. =) 



Owh, saya ada sedikit FREEBIES untuk anda. Gambar-gambar ni anda boleh jadikan profile facebook (versi panjang-untuk mendapatkan size begini sila CLICK HERE.) Semua simple2 je pun, buat masa saya tengah bosan-bosan. Saya benarkan kalau anda nak print ke buat bookmark ke or share ke. Syukran jazilan semua. ^____^ 


Let us be positive! =)







credit to SOLUSI.

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta