Followers

20110529

114 surat cinta yang tersia

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Cuba hayati kisah 'Saya dan Michiko' ini dan renung kembali. =)

Cahaya hati-Opick
saya dan Michiko



Bayangkan. anda menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun anda tidak memahaminya. Sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna. Allah itu telah mengutuskan 114 surat cintanya kepada kita (surah-surah dalam al-Quran.) Namun, bukan semuanya yang benar-benar kita fahami. Sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham. T____T Apatah lagi surah-surah yang lain. Sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar. 


"Saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun."

"Yalah, kita tidak serius dalam solat"

"Punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting"

"Bagaimana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni penting ? "

"Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa. Tak terasa pun kalau solat tertinggal, tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai tapi kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik??"

"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"

"Nabi Muhammad s.a.w kemudian para sahabat." 

(Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah.)


"Mengapa kita berbeza dengan mereka?" 
"Sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita"

"Kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan. Bayangkan  apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat guna nak call parents, suami/isteri/anak, kawan-kawan. Rasa macam kurang selesa kan?"

"Allah lebih penting dari segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya."


"Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian? Kita sujud tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikan-Nya."


"Itu baru kalimah yang mudah-mudah. Tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."

"Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat."
"Tu yang solat. Yang tak solat ?"

"Tak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"



Hmmm. Saya berfikir dan terus berfikir. Sesungguhnya kita masih belum mampu membesarkan cinta UTAMA kita. Kita belum mampu merasakan Dia penting dalam kehidupan kita. Istighfar. 

p/s: credit to Nota hati seorang lelaki by Ustaz Pahrol Muhd Juoi.bye, saya nak pergi memasak. hikhik.

Syukran Jazilan for reading

20110526

Tips untuk mengelakkan iman luntur

Bismillahirrahmanirahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Boleh terjah tumblr saya, my another clinic. =)


Fuh, baru lepas kemas barang dan bilik. Saya nak balik malam ni, doakan perjalanan saya selamat sampai ye. Rasa macam dah lama tak buat tips-tips ni. Lets check it out!

 
Rasa iman turun naik? Begitulah iman kita sifatnya, terkadang kita merasakan diri kita cukup baik atau mungkin juga terkadang kita merasakan kita berada antara dua persimpangan dalam memilih pilihan sama ada pilihan yang baik mahupun sebaliknya.


@Tingkatkan kualiti ibadah

Rasulullah adalah qudwah hasanah kita. Maka, sewajarnya kita mencontohi cara Rasulullah s.a.w beribadah. Walaupun Baginda s.a.w telah pun dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik. Kita ? Penentuan hidup kita masih kabur, jalanan yang dilalui penuh onak berduri, adakah syurga atau neraka (na’uzubillah) menjadi kediaman kita di negeri akhirat yang kekal nanti ? Sungguh kita tidak tahu ketentuan-Nya. Namun, kita masih berleka-leka dengan nikmat duniawi. Ingatan buat diri ini yang sering terlupa.


Allah berfirman: 

‘Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya’ (Riwayat al-Bukhari)


@Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah

Oh susahnya nak khusyuk masa solat! T____T masa ni lah semua orang dapat jadi investigator yang terbaik, masa ni lah boleh selesaikan soalan add maths satu muka surat. Isk. Nak tahu tak ? Khusyuk ni boleh diperoleh dengan jalan mujahadah. Usaha, dan berusaha sentiasa. Antara cara-cara nak khusyuk salah satunya ialah memahami makna-makna bacaan solat. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. So, nak melembutkan hati-hati yang keras ni adalah dengan melemahkan nafsu. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama dalam solat.

[Apresiasi] Memburu khusyuk

@Selalu menghadiri majlis ilmu

Manusia sifatnya adalah sentiasa terlupa. Maka, harus diingatkan berkali-kali. Majlis-majlis ilmu ini merupakan antara taman-taman syurga. Kadang-kadang saya sendiri rasa, if tak pergi majlis ilmu yang tersangat lama, saya sendiri terhilang pedoman sebentar. Dah eksperimen dah. Hati macam kosong je. -__-


Okey, banyak lagi tips-tips. Boleh check it out jugak. Antaranya:


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua readers-reader tersayang. =)

[Apresiasi] love her doodle very much.

p/s: credit to SOLUSI.

Syukran Jazilan for reading

Single ? Well, Allah is looking at you right now and saying; I am saving this person for someone special.

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Waah lamanya saya meninggalkan blog kesayangan demi peperiksaan yang menjelang. Alhamdulillah, saya sudah pun selesai final paper saya. Esok, saya balik ke Selangor. weee. So, dapat draw yang simple2 je malam ni.





Btw, masa saya final, saya terlalu men-tumblr kan diri. Boleh lah jenguk tumblr saya untuk tengok banyak lagi gambar-gambar yang cantik.  =)


p/s: bagi skejap saya dengar lagu dekat belog ni, huk huk, nanti saya unable kan autoplay. Syukran Jazilan Kathiran sebab menunggu. Next time, saya update lagi.


p/s/s: sorry lah update simple je ni, sangat simple. sebab tak nak y'all tertunggu-tunggu. jangan lah ambik mesej cinta kecil je ye, ambil mesej cinta yang LEBIH BESAR. Jika Allah mengizinkan, saya akan update sesuatu yang lebih berat, Insyaallah. Actually, saya masih penat lagi huhu. Thanks for visiting here=). 

Syukran Jazilan for reading

20110510

Ikhtilat 4: Eh awak, sorry saya terbeli tudung pendek

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Ups, ini bukan entry diskriminasi gender.

Mak aih, kawan suruh update belog kelas tapi tak ada idea lah. Besok-besok ada kowt idea. Insyaallah. So, dekat bawah ni, adalah sebahagian sms yang dapat saya cekup. This is sketsa SMS-ing.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Saya ada terbaca dalam satu article, I think here;

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

(35 : 24) Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

Yes, true. Dari sms-ing boleh membawa kepada perkara buruk yang lain. Istighfar. Khas buat pesanan diri terutamanya. Jika ada manfaat darinya ambillah iktibar.


Related treatment:
@ Ikhtilat: Awak jangan buat saya jatuh hati pada awak
@ Ikhtilat 2: Jangan merajuk, sayang
@ Ikhtilat 3: Ya Allah, berikan aku cinta

p/s: memang masa musim-musim exam ni selalu nak mengada je depan laptop. Sanah helwah kepada semua yang menyambut besday bulan ni. Eh bulan ni ke ?

Syukran Jazilan for reading

20110509

Ikhtilat 3: Ya Allah, berikan aku cinta

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Bila tengah dalam tense, I like to draw, write or something like that. Masih belum berjaya memupuk minat membaca demi examination yang just around the corner.



And you know, bila musim-musim around the corner ni, masa ni lah idea datang. Sementara menunggu mood untuk membaca buku mata pelajaran (walhal dah khatam 4 novels; -Jaja & Din, 3 novels of A diary of wimpy kid) saya bagi chance dakat diri sendiri sekejap untuk drawing and write something here. Rasa macam announcement semalam macam HAHA je T____T




***

This story is about a broken-hearted girl yang dulunya pernah menyayangi someone and at last selepas putusnya kasih antara dua manusia ni, she never act the same way to this guy. Her feeling had changed; 360 degree~



Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja
Kerana mungkin di hari muka, kau akan membencinya pula
Rasa sayang dalam manusia, sentiasa diduga
Kekadang berubah, membawa nestapa, bersederhanalah


Bila benci pada si dia, bencilah sekadar sahaja
Kerana mungkin di hari muka, kau kan menyayangnya semula
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana, nasibnya di dunia
(Benci & sayang:bersederhanalah by Nur Irsyadi)








I admit, untuk memaafkan sudah semacam satu perkara susah dalam diri kebanyakan orang. Dulu terlanjur menyayangi tapi kini tiba-tiba terlanjur membenci! Istighfar, benar, kita bukanlah Tuhan yang mudah memberi ampun kepada hamba-hambaNya yang datang bertaubat kepada-Nya. Sekalipun orang tersebut sudah meminta maaf, tapi parutnya masih ada. Ibarat Paku dan dosaku. Apabila paku sudah dipahat, kesannya akan tetap terlihat walaupun paku tersebut telah berjaya dibuang. Great analogy I guess.



Atas ni, hanyalah sebuah situasi yang dirasakan oleh sesetengah dari kita. Bila jumpa rasa sakit hati,bila ternampak artwork dia ke apa ke, ada perasaan tak puas hati, bila terdengar nama dia terus kita jadi sesak nafas, bila kita terserempak dengan gang dia, rasa macam hati berdarah kembali. Pendek kata, semua jadi serba tak kena. Ya, sebab kita hidup dalam dendam yang berpanjangan. Hidup dalam derita yang kita pilih. Sedangkan semuanya boleh jadi seperti sedia kala bila kita memaafkan. 



That's the point. Tapi kita susah. Jalannya, pintalah kepada Allah. Semoga Dia memberikan kita peluang untuk menjadi seorang pemaaf. Owh, truly it's not just for the couple one, dalam kawan-kawan pun sama. ada backstabbing then kita tak boleh terima.


Kita boleh cuba tips ini untuk kurangkan sakit hati =) TIPS MERAIH CINTA ALLAH




The conclusion is, just forget about the past dan cuba cari hikmahnya. Kamu tahu, something yang berlaku yang Allah nak kita rasa, ada sebabnya, ada hikmahnya. Kalau tak jadi macam tu, tak adalah kita pada hari ini yang lebih kuat right? Maka, berdoalah kepada Allah, agar Dia mengurniakan kita cinta-Nya. Lagi terbaik! =) Chill...

p/s: Millions sorry for all my friends, kebelakangan ni saya sedikit tak berapa nak betul~ T___T

Syukran Jazilan for reading

20110508

Exam final

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =)




Jadual Peperiksaan Akhir Sem 1 :

19 May (8.30-11.00 pagi) : Falsafah Pendidikan
23 May (8.30-11.00 pagi) : Perkembangan Kanak-kanak
24 May (2.30-5.00 ptg) : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
25 May (2.30-5.00 ptg) : Pedagogi Pendidikan Islam

Kalau rindu, boleh lah baca older post. =) Take care of yourself and take care of your iman too~ =)


p/s: err tapi kalau ter-update tak tahulah ye hehe T__T

Syukran Jazilan for reading

20110505

Anak murid & Facebook

Bismillahirrahmairrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)


(Seremban)

‘Naim!’ Aku memanggil seorang sepupu sahabatku. Dia baru berumur 10 tahun. Manis. Petang itu, keluarga sahabatku mengadakan majlis hari jadi dan barbeque sekali.


‘Naim, dah solat?’ Aku dan sahabat bertanya. Ya, itu soalan wajib aku kepadanya Menyedari tugasku sebagai bakal pendidik amatlah mencabar.


‘Belum’ Dia tersengih-sengih.


‘Tapi sekejap lagi masa Maghrib Naim solat’ Mungkin dia teringat bicara saya dan sahabat tentang wajibnya solat itu kepada umat Islam sewaktu di kedai makan tengah hari tadi.


‘Naim jangan janji je tau? Naim kena buat. Nanti ustazah nak tengok’ Aku dan sahabat tersenyum kepadanya.


Maghrib itu benar-benar dia solat. Anak kecil, mudah dilentur. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ahli keluarganya macam pelik-pelik sikit.


‘Eh, Naim solat?’ Terkesima mungkin. Alhamdulillah. Semoga sepanjang ketiadaan kami sebagai ‘pemantau yang tidak dilantik’, Naim menjadi anak yang soleh dan mendengar kata.

Kami meneruskan perbualan lagi.


‘Naim ada facebook?’ Entah macam mana soalan ini terkeluar. Hehe


‘Tak ada, tapi Naim tumpang facebook ayah.’


‘Tapi kakak ada’ Dia sambung.


‘Jangan cerita tau dekat kakak, nanti dia tak kasi kita main game dengan dia nanti.’ Kami tersenyum.


‘Kakak ada facebook. Hari tu, dia tulis I love you dekat budak lelaki mana tah’


Kakaknya baru berusia 11 tahun.


Owh dunia, semakin sukar tanggungjawab kami sebagai bakal pendidik.



Syukran Jazilan for reading

Definisi Infiniti Cinta – Cinta Pertama (Part I)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Ini bukan semata-mata kisah cinta atau sebuah perjalanan memburu cinta-cinta kecil yang tiada kesudahannya, ini adalah kisah cinta memburu cinta Tuhan, yang amatku cintai, dan moga cintaku dapat dibuktikan dengan amal perbuatanku. Semoga Allah memandangku serta amalanku sebagai pembuktian cinta yang sukar untuk aku ungkapkan meskipun di sepertiga malam. Air mata itu bagaikan murah menangisi setiap detik perlakuan kehidupan di muka bumi pinjaman Allah. 


Manusia selalu berkabung kerana cinta – parahnya cinta yang sukar didamba atau dimiliki. Walhal, yang mencintai kita, kita terlupa. Kita terlupa memberi cinta kepada yang berhak. Lalu, melupakan. DIA itu mengurniakan cinta. Sehingga kita pernah tersesat dalam pencarian cinta sebenar...


(I)

(PMR)

[Apresiasi] Aku tidak segah dia

Aku masih ingat suasana pagi itu. Indah. Aku mengenakan pakaian sekolah. Tahun itu aku mengambil peperiksaan PMR. Seindah ukhuwah di dalamnya, aku jadi rindu! Rindu pada sahabat-sahabat. Rindu pada si dia. Hmm. akan ku khabarkan entah apa ceritera.


Aku gadis innocent. Aku naif dalam pencarian cinta. Walhal azam ku tika ini adalah pelajaranku sendiri. Cinta bukan mainan, kawan. Aku memasang tekad untuk berjaya dalam PMR; 9A itu pasti.


Hatiku terkadang terusik saat sekelas denganmu. Tapi aku lebih banyak mengabaikan. Aku gadis pendiam di hadapan muslimin namun aku tetap ceria di hadapan muslimat. Tarbiyah di bumi tarbiyah amat kurindui kerana aku sedang berjauhan dari situasi itu sehingga turut menjeratku.


Aku melihat kau ketawa pun aku sudah cukup bahagia
Aku melihat bayangmu sahaja sudah cukup membuatku gembira
Aku melihat kau tersenyum dari jauh pun aku akan tersenyum jua

Pesanan ringkas dan padat

Indahnya cinta pertama saat diulit dengan buku-buku sekolah. Aku tahu, hanya aku yang cinta bukan engkau. Maka, kekecewaan lebih banyak kurasai. Tapi aku tidak kisah, kerana aku ubati dengan pelajaranku. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapatkan straight A seperti yang aku idamkan.


Aku berterima kasih kerana engkau pernah menjadi pendorong ku
Aku berterima kasih kerana engkau pernah menjadi penyalur semangatku
Aku berterima kasih kerana engkau pernah membuatku bahagia.


Pelajaran itu lebih ku utamakan. Prinsip ku tidak ada cinta semasa sesi persekolahan. Dan alhamdulillah, aku berjaya.


(II)


(Selepas SPM)


Aku jadi rindu pada bayangan kamu. Ya, kita langsung tidak pernah bertegur sapa. Berselisih pun aku malu. Aku terlalu pemalu. Maka aku lebih banyak mendiamkan dari sahabat-sahabat yang aktif berkata-kata.

[Apresiasi] Indahnya jadi anak kecil, tiada yang merunsingkan =)

Pengalaman berada seatmosfera dengan kamu suatu masa dulu pernah turut memacu kejayaanku. Terima kasih.


Satu hari aku telah mengetahui yang benar tentang diri kamu. Ya, kamu sudah dimiliki dan memiliki. Justeru, perasaan harus dihapuskan. Kerana aku tidak mahu hati menderita. Menagih pengharapan. Dengan itu, berakhirlah sebuah perasaan dalam seorang aku terhadap cinta pertama yang aku kira engkau tidak pernah tahu.


Mencintai Dia adalah sebaik-baiknya. Dan seharusnya kita tahu, mencintai sesuatu yang kita tidak mampu idamkan, merupakan latihan kepada diri agar bersikap tidak terlalu mengharap atau kita sendiri merancang takdir sehingga terlupa Dia penyusun takdir yang terbaik.

to be continued...

p/s: Memendam perasaan/crush bukan selalunya indah

Syukran Jazilan for reading

20110503

Dari jenismu sendiri

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Update pendek sahaja hari ini. Sekadar perkongsian gambar dari tumblr saya. 



Selamat pengantin baru Sarah & Hadi! =)


Maaf, saya semakin penat dari sehari ke sehari dengan permainan emosi dalaman serta luaran yang terkadang bergabung menjadi satu. Bahagia dan derita bercampur dalam satu adunan rasa. Saya hanya mampu update yang terpendek namun diharap punya mesej yang terselit. Pengharapan.

p/s: Laptop saya diserang virus-virus berbahaya, uuuu, so, my lappy sekejap okey sekejap tak. Sila kasihan T___T

Syukran Jazilan for reading

20110501

Akukah hamba terbaik?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =)


















Aku bukanlah hamba terbaik dan aku akan terus MENCUBA. Ya Allah, ampunilah segala keterlanjuran kami, terimalah taubat kami, dan lindungilah hati-hati kami. Semoga Engkau sedia menerima cinta kami; yang sedang cuba menjadi hamba terbaik buat-Mu. Amin. 



p/s: Thanks to Haidar Jaludin, Leha (UNISZA) and Afilya Farhani (UMT) sebab dapat pergi majlis kenduri kahwin kawan sama-sama setelah sekian lama tak dapat jumpa even duduk satu negeri~ =)

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta