Followers

20110424

Ikhtilat 2: Jangan merajuk sayang

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan. Sedangkan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya. Semestinya, kita harus memahami satu perkara;




Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu


Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)




Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu


Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."


Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu


Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah.....


***




Saya tersentuh di saat membaca artikel Jangan Merajuk Sayang by blog Bayyinat. Terkadang kita merajuk sebagai tanda protes. Entah kepada siapa. Tapi cukup untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian. Pada Allah mungkin. Serba-serbi kekurangan diri sukar untuk kita terima. Segala musibah dan ujian lansung kita pandang negatif walhal terselit seribu hikmah yang tidak terduga. Kita cenderung untuk berfikiran negatif dari berfikiran positif. 
 
 

Bila kita fikir, Allah tak makbulkan doa kita, cepat-cepat kita merajuk. Cepat-cepat kita berpaling tadah, sedangkan kita punya secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir. Kita terlupa, kita hanyalah seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Apa yang kita pandang baik tidak semestinya terbaik buat diri kita, apa yang kita pandang buruk tidak semestinya terburuk buat diri kita. Kita tahu hakikat ini tapi sukar untuk kita yakini. 



Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji! 

Waallahu'alam~

Syukran Jazilan for reading

20110422

If he’s the right person for me, let his iman be the one that I adores

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~




Salam to all readers~ =)


[Credit here] Baitul muslim that we adored




O ALLAH,
If he’s meant for me
and i meant for him
Let us be together through ijabkabul.


O ALLAH,
If we are not meant to be together
Please avoid us from
seeing one another.


O ALLAH
If he’s the right person for me
let his iman be the one that I adores
and let him make my way easier to Jannah.



O ALLAH
If he’s not the right one for me,
show him the right way
so that he can lead others instead.


tumb-blurr


Check out my tumblr =)  Tak reti lah nak customize tumblr ni T___T

Muslimat KDRI; jom bersenamrobik ahad ni~ =)




Syukran Jazilan for reading

20110421

Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)Lama tak update. Maaf kerana terpaksa meninggalkan anda berkali-kali. Ujian Akhir Kursus (UAK) pun dah habis, malam ni nak feeling-feeling bagi ceramah macam Ustazah Bahyah dalam Semanis Kurma. Bersama-sama saya Ustazah Dokter Cinta dalam Tanyalah Ustazah. T___T  Sebagai peringatan diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian.

main cak cak pulak

Para pembaca sekalian;

Ingatlah 2 perkara;


@Kebaikan orang kepada kita


Kita kena selalu ingat kebaikan orang kepada kita; orang yang telah dan pernah menolong kita. Pertolongan dari segi wang ringgit, nasihat, tenaga etc etc sewajarnya harus kita kenang sebagai tanda mengingati budi. Seterusnya ianya mampu membuatkan kita menjadi lebih pemaaf bila kita ingatkan kebaikannya melebihi kesalahannya. 


Especially kepada Allah yang mengurniakan berjuta nikmat. Lebih-lebih lagi kita perlu syukuri. Firman Allah s.w.t;


‘Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Duha 93:11)
sekali lagi main cak cak


@Kesalahan kita kepada orang


Of course yang ni penting, kita kena selalu ingat kesalahan kita so ia akan memimpin kita untuk selalu meminta maaf. Kata-kata maaf mampu melembutkan hati. Kita akan sentiasa beringat untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan.


Lebih-lebih lagi dosa kita kepada Allah. Ingat kembali kederhakaan kita, selalu liat solat awal or berjemaah, selalu itu selalu ini. Ianya penting untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. DOSA YANG MENYEBABKAN KITA MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR. Take note ini penting ye sahabat-sahabat sekalian.


Dan seterusnya ya para pembaca yang budiman,

Lupakanlah 2 perkara;


@Kebaikan kita kepada orang


Jangan kita suka ungkit-ungkit kebaikan kita kepada orang lain, orang pernah kita tolong, orang yang pernah kita bantu. Kita cumalah wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain.
Lagi-lagi amalan kita terhadap Allah; perbuatan mengingati amalan yang telah dikerjakan hanya akan merobek keikhlasan hati sahaja. Sedangkan semuanya atas hidayah dari-Nya juga. So, kita kena selamatkan diri dari rasa ujub, sum’ah, riak dan bangga diri.



@ Kejahatan orang terhadap kita


Part ni susah sekali. Susah kan nak anggap seolah-olah tak ada siapa yang pernah buat salah dengan kita? Kita kena latih diri menjadi seorang pemaaf. Ya, peringatan buat diri sendiri juga. Ini akan melatih kita untuk mengawal rasa marah dan membuang dendam. Kita cumalah hamba Allah bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan. Makanya, bila someone buat kesalahan kepada kita, anggaplah kita memang layak disakiti kerana KITA CUMALAH HAMBA ALLAH.


Rujuk artikel Pemaaf.


Kita juga lebih-lebih lagi perlu melupakan segala kesusahan, ujian, musibah yang telah Allah timpakan. Dan kita harus menyedari bahawa setiap ujian dan musibah yang Allah timpakan ke atas kita adalah sebahagian mehnah daripada Allah untuk kembali mengajak kita bercinta dengan-Nya kembali. Sebab kita selalu terlupa dan terleka, Allah ingatkan kembali~ =) Chill. 
 


Budak sekolah  saya masuk Imam Muda 2, all the best Imam Muda Najdi. =)

 

p/s: KDRIans; berminat untuk kursus kawen? Rujuk sini.

credit to SOLUSI  

Syukran Jazilan for reading

20110415

Maaf, awak tak mampu cantumkan hati saya macam Dia

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...




Salam to all readers~ =) Kembali sebentar untuk merehatkan minda, hmm, esok ada test MUET lagi. For reading, writing and listening, dari pagi cuba untuk study tapi belum berjaya fokus lagi. 


Pengalaman paling manis masa buat esaimen adalah dapat contact dengan Profesor Dato' Dr. Sidek Baba, seorang kolumnis SOLUSI, saya sangat mengagumi beliau, penulisan beliau. Terima kasih Prof sebab sudi bantu kami dalam memberikan maklumat yang kemudiannya divideokan by movie maker. Sekarang tengah mencuba untuk menghantar video tersebut kepada Prof. =)


Mencuba untuk menge-fix-kan hati ?






Terima kasih, awak.


***


Tak, hati yang retak tak akan dapat dicantumkan kembali jika cuba untuk mengubatinya dengan cinta-cinta yang lain. Kesannya, skrip cinta akan berulang kembali. Ubat paling utama ialah dengan mengingati Allah. Istighfar. Lama benar tidak mengadu kepada Allah. Rindu.



Bercinta dengan manusia lain rasanya. Bercinta dengan Allah, sungguh manis. Subhanallah. Kembali mencari hati yang retak dan berkecai untuk dicantumkan kembali dengan bermunajat kepada Allah, bertahajud kepada-Nya mohon diberi kekuatan. Kerana Allah mendengar, manusia tidak mampu menjadi pendengar sesetia Dia. Kembali kepada Dia jika kita sedang bermasalah, Allah ada solusinya...


dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai ibadah tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-Isra':79)




p/s: kawan nak kawen 1 May ni, saya pulak teruja =) Okey, nak sambung study, rasa semangat lepas drawing...

Syukran Jazilan for reading

20110411

Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat sekalipun aku juga pernah melakukannya

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Sedikit update petang ini.



Mencuba untuk menjadi yang terbaik. 

p/s: saya sangat busy sekarang, maaf jika ada soalan-soalan yang tidak berjawab sama ada di e-mail, formspring dan yang sama waktu dengannya (fyi, saya amat jarang bukak formspring)


UPDATE: Nak tengok sesuatu yang sweet? Boleh terjah tumblr saya; my another clinic. (pergi lah terjah sat, dapat tengok gambar bergerak-gerak)
Sedutan;

untill I meet Mr.Husband =)

Syukran Jazilan for reading

Repost : Jawatan; anugerah atau amanah?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) (Baru lepas habis MUET test oh pleasee, T___T then update laju-laju sebab nak pergi kelas Perkembangan Kanak-kanak)


Eh TER-update lagi? Ya, update lagi sebelum saya benar-benar meninggalkan anda untuk beberapa ketika lagi. Ini adalah post dari belog sini. Boleh menjenguk dan mengutip ilmu di sana juga =) Saya edit balik lah sikit-sikit kan.Mungkin dah ada yang pernah baca kalau yang belum baca lagi, silakan. Ianya penting untuk kita semua, sebagai pemimpin, ya, setiap dari kita adalah pemimpin. Begitulah seperti sabda Rasulullah. 

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu.”

( Hadis Sahih Bukhari )


(sekadar hiasan) Jawatan adalah anugerah?

Kegembiraan dalam kepimpinan

Diharapkan dapat membuka mata hati yang mungkin selama ini ada yang tertutup dan membuka minda kita yang selama ini mungkin terjumud. Barangkali. Semuanya berlaku tanpa kita sedar.



Apakah perasaan anda andai anda menerima satu tanggungjawab? Berada dalam satu saf kepimpinan; anda bangga? anda teruja kerana dapat memenangi pilihan raya kampus (PRK), anda seronok senyum hingga ke telinga? anda bahagia kerana dapat menewaskan calon-calon yang lain? Sedikit, mesti ada.... kerana kita hanyalah manusia, hanyalah hamba Allah yang banyak kurang sana sini. Perasaan itu tetap ada.

 

Cuma, tidak takutkah kita? Itu tandanya bermulalah satu tanggungjawab yang perlu kita galas, sejak itu banyak masalah yang perlu kita kendalikan, sejak dari kita memikul tugas itu, banyak perkara yang harus kita titik beratkan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kepimpinan merupakan satu amanah dari Allah, bahkan ini merupakan satu tanggungjawab yang maha berat kepada manusia. Yang paling utama; jangan pernah mengeluh untuk terus berjuang di jalan Allah dan pimpinlah orang-orang dibawahmu dengan agamamu. Jangan buat sesuka hati.



Ketakwaan dalam kepimpinan
Kata-kata Umar al-Khattab

Jadilah orang yang bertakwa dalam kepimpinanmu, semoga Allah merahmati kepimpinan kalian. Maka pimpinlah dengan ketakwaan.


“Allah menjadi pembela orang yang bertakwa” (al-jasiah: 19)



Usah berbangga dengan jawatan, yang penting laksanakanlah amanah itu dahulu. Jika jawatan dilihat sebagai satu amanah, insyaallah kita akan sentiasa berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan takut dan bimbang kepada Allah, tetapi jika jawatan dilihat sebagai satu anugerah, lambat laun kepimpinan akan pincang sendiri dengan kepentingan kendiri.


Rasulullah s.a.w bersabda;


“Setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya”


Yang pasti; matlamat tidak menghalalkan cara. Bijaklah dalam menguruskan, jangan campurkan yang halal dan haram bersama, dibimbangi Allah murka. Pimpinlah sebaik-baik mungkin kumpulan sasaranmu dengan redha Allah bukan hiburan semata. Ingatlah setiap apa yang kita perbuat ini akan ditanya kembali oleh Allah di sana. Kehidupan di dunia ini tidaklah kekal seperti yang kita tahu, bahkan negeri Akhirat di sana jauh lebih kekal.

Matlamat tidak menghalalkan cara

Umar Ibn Aziz sering berdoa; “ Ya Allah, jauhkanlah jawatan khalifah daripadaku seperti dijauhkan timur dari barat.”



Sebagai pemimpin, sewajarnya mereka ini mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:


Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.”
Pimpin jangan pincang

So, kepada bakal-bakal pemimpin atau yang sedang dalam saf-saf kepimpinan, pimpinlah organisasimu sebaik-baik mungkin, ya, ianya bukan suka-suka, kerana Allah akan menyoal kita satu hari nanti. Kepimpinan bukan bahan mainan untuk meraih kepentingan duniawi sahaja yang penting saham akhirat jangan dilupa, amanah jangan dipersia. Tanggungjawab tetap menjadi keutamaan.



p/s: Repost, sebab saya rasa ianya penting dalam kehidupan seharian, nasihat buat diri sendiri terutamanya. =) Selamat bermuhasabah~

Wallahu'alam~ =)

Syukran Jazilan for reading

20110410

Monolog #3 : Monolog seorang pendosa

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, akhirnya detik ini saya masih dapat menulis sedikit peringatan kepada diri saya sendiri, terutamanya dan pembaca sekalian. Terima kasih sudi respons pada entry yang lepas. Esok 11 April, saya akan menjalani ujian MUET start 7.30 a.m. Wish me all the best =)



Firstly, nak minta maaf sebab lama dah tinggal belog ni. Hmm. Tugasan terlalu banyak. lepas ni saya juga mungkin akan meninggalkan anda lagi. Lega tengok dekat bahagian 'On Call' dekat sebelah sidebar ni dah banyak bertanda. Tinggal nak contact Profesor Sidek Baba for my assignment. Hehe. Assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berkenaan tokoh. =) 


Jom kita mulakan muhasabah~





Yasin, Nur Kasih

Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Yang terzahir dan yang tersembunyi. Meskipun cuba untuk menutup seribu rahsia, Allah itu lah jua yang mengetahui. Tiada nikmatnya menjadi seorang pendosa. Gembiranya cuma seketika, bahagianya bertukar menjadi derita, tawanya cuma sebentar, kerana tangisnya yang berpanjangan. Maksiat awalnya nampak bahagia namun akhirnya engkau sendiri yang merasakan derita.

***
[Apresiasi] Kita serupa tak sunyi dari melakukan kesilapan

Ya Allah, 

Aku tahu aku sudah terlalu banyak menyalahi perintah-Mu. Aku tahu betapa banyak murka-Mu yang telah aku cipta. Aku juga tahu tentang perkhabaran azab pedih neraka yang akan membakar itu derita. Aplikasi ilmu tidak semudah berbicara. Itu kesilapanku. Aku seorang pendosa, ya Allah. Bagaimana untuk ku persembahkan segala amalanku yang serba sedikit ini, aku malu ya Allah.




Dunia yang ku tahu cuma persinggahan, aku tidak gunakan untuk mengumpul ilmu di dada, sebaliknya aku mengkhianati amanat yang diberi sebagai penuntut ilmu. Dunia yang ku tahu seharusnya menjadi penjara mukmin, aku telah menjadikan ianya sebagai syurga kehidupan. Alangkah ruginya aku. Iman terkadang naik terkadang turun. Kerana aku tahu, aku tidak sesempurna mana. Sering menyalahkan fitrah yang Engkau kurniakan. Aku mohon ampun ya Allah...


[Apresiasi] Butakan mata pekakkan telinga tentang maksiat di sekelilingmu?


Kedua mataku ini menyaksikan segala kemaksiatan di dunia, tetapi aku tidak mampu untuk mencegahnya. Kedua kaki ku ini melangkah ke tempat kemaksiatan bersama orang yang bukan muhrimku, namun aku sendiri tak mampu menghalang. Kedua tanganku menyentuh yang bukan muhrimku, namun aku sendiri tidak terbayang tentang azabnya nerakamu. Kedua telingaku mendengar perkara kemaksiatan, namun aku sendiri menyetujuinya. Satu hatiku, aku tidak yakin apakah dia masih seputih salju atau sudah sehitam arang. Semuanya adalah kerana dosa-dosaku yang menggunung tinggi. Ya Allah ampunkan aku...




Seandainya setiap kali aku mengingati-Mu dalam setiap langkahku, dalam setiap bicaraku, aku pasti aku tidak seberani ini untuk memungkiri janjiku dengan pencipta-Ku. Ya, semuanya kerana aku yang lupa. Aku lupa yang Engkau pemerhatiku. Aku lupa yang Engkau bakal menghisabku atas segala amalanku. Masih ada ruang untuk Engkau menerima cintaku? 

[Apresiasi] Bertaubatlah sebelum terlambat


Penyesalan adalah taubat. Aku ingin kembali kepada-Mu. Ku ingin basuh segala dosa-dosaku dengan mencintaimu. Jika aku sendiri merasakan begitu derita dalam mencintai manusia, aku sendiri akan berpaling kepada kamu kembali mencintai Kamu. Jika aku sendiri pernah merasakan hidup yang Engkau kurniakan ini tidak adil bagiku, aku akan segera bertahajud kepadamu memperbetulkan sangkaanku kepada-Mu kerana aku tahu Engkau itu berada pada sangkaan hamba-hambaNya.



Izinkan aku untuk kembali meraih nur kasih-Mu. Meskipun aku cuma pendosa....


***



Meskipun kita pendosa, Allah itu sedia menerima taubat hamba-hambaNya. Meskipun kita cuba untuk menyembunyikan derita di sebalik senyuman kerana dosa-dosa, Allah itu sentiasa di sisi membantu kita mengharungi kehidupan. Dia menguji dan Dia yang menunjuk jalan keluar. Bangkitlah kita, khalifatullah, bangkit sebagai umat yang berjaya. Berjaya menyucikan hati-hati kita kembali.




Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


My handphone case- Mr. Domokun =) dalam proses penyiapan~

p/s: Memang, jalan ke syurga itu sangat berliku sehingga terkadang kita terkandas di tengah jalan. 

Related post:
@ MONOLOG BUDAK KECIL
@ MONOLOG SEORANG DAIE' : PEREMPUAN ITU
@ MONOLOG #2 : 2 WAJAH

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta