Followers

20110331

Ikhtilat: Awak, jangan buat saya jatuh hati pada awak

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) (Ups, ni bukan entry diskriminasi gender tapi ini realiti)


“Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” (An-Nur: 30-31)


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis. Hmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yang menulis ni)


(Saya mohon kebenaran untuk sebarkan poster ni yep-approve pun dak lagi ni)  Bila mana kita tidak menjaga pandangan, kelakuan pun tidak akan berjaga. Yes, benda yang kita nampak remeh temeh je pon, but impact sangat besar. Mempengaruhi seluruh kehidupan. Penjagaan hati itu penting.


Bukannya apa, kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc pada kawan tu. Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So girls, beware. The heart is fragile, so handle with care. =)

poster for campus


Sekali lagi saya ingatkan, bukan niat saya untuk berat sebelah untuk memenangi kaum wanita, tapi saya cuma berkongsi cerita tentang kebenaran yang sering berlegar-legar di sekeliling saya. Sekadar peringatan bersama. Waallahu'alam~ =)


p/s: penjagaan bersama mensucikan hati~ =)

UPDATE: Come visit to our class blog~ =)

http://islamiceducation2.blogspot.com 
 

Off to Gua Bewah Tasik Kenyir~ 

Syukran Jazilan for reading

20110328

Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa Part III

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Wanita, dehearty


[Apresiasi] untukmu

Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa;


Ke hadrat Allah ku panjatkan doa, mohon seluruh jasad dan imanku dipelihara-Nya dan ku mahu kau juga dilindungi-Nya. Apa khabar imanmu? Apa khabar akhlakmu? Ada lagi yang ingin ku khabarkan kepadamu. Aku akan tetap terus menulis kepada kamu walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu dan akan tetap terus bercerita. Harap kamu sabar menunggu dan tetap terus membaca perkhabaran dariku.=)



Aku diuji dengan kaummu. Aku ingin tetap berlari jauh dari semua ini. Lalu, aku berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh lagi namun dia tetap mengejar. Maka aku menoleh kembali ke belakang mohon dijauhkan dari dirinya tetapi dia sentiasa berusaha menjejak ku. Kemudian aku meniti perjalanan di sebelah kanan tiba-tiba aku melihat dia menyambutku dengan senyuman lalu perjalanan di sebelah kiri yang aku lalui. Ternyata aku tidak mampu berlari jauh lagi darinya. Lalu, ke mana lagi aku harus pergi? Sekelilingku ada dia, suasanaku seakan tidak selamat lagi. Aku kaget. Rimas. Tiada lagi ruang untuk ku bernafas. Ujian apakah ini?

[Apresiasi] Mereka ada

Sebenarnya, aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun, apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai kamu, suamiku.



Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah, Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak, apabila aku kesakitan begini, pasti engkau akan menjagaku. Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. 



Kesibukan itu sering berlegar-legar di sekelilingku. Aku harap di dalam kesibukanku ini, aku tidak melupakan-Nya. Aku harap engkau juga begitu. Baru-baru ini, aku merasakan percutian yang kulalui ibarat menjadi percutian rohani juga. Alangkah ruginya aku. Sering aku merasakan kekuatan ku yang sebenar adalah semasa aku dikelilingi oleh sahabat handai yang soleh solehah. Maafkan aku andai ikhtilatku tidak terjaga, maafkan aku andai aku terlalai seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap kekuatan untuk itu.


[Apresiasi] Semuanya termasuk aku

Aku melihat orang-orang yang soleh memperjuangkan kata-katanya, baik di kuliah-kuliah, baik juga dalam ceramah-ceramahnya atau juga tazkirahnya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah, tetapi kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan melakukannya tanpa sedar. Aku melihat akhlak mereka adalah yang terbaik (ya, aku tidak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka) luarannya sempurna, namun perkhabaran yang ku terima, mereka sedang dalam jerat dan permainan syaitan. Bagaimana untuk aku mempercayai mereka lagi? Kata-kata mereka? Kuliah-kuliah mereka? Siapa lagi yang bakal untuk ku jadikan teladan? Itu orang yang soleh apatah lagi aku yang biasa-biasa ini saja. Bila-bila masa Allah akan mengujiku kembali. Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati.
[Apresiasi] mujahadah daie'



Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi



Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. 

[Apresiasi] Wanita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Terima kasih buatmu~ =')

@ Part I
@ Part II

Yang benar,
Aku~

Syukran Jazilan for reading

20110327

Analogi cinta

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers. =) Maaf lama tak update, kesibukan melanda. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk update sedikit. Biar pendek harap bermanfaat untuk pembacaan. Saya ada terbaca ini dalam Solusi. Sharing lagi. Harap anda sudi membaca. =)


Fikirkan tentang sebatang pena (ya, pen). Ianya dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah ianya tetap berada dalam keadaan selamat, berguna dan tidak rosak. Tetapi, sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan bukan pada caranya, maka ia akan ROSAK.


Mengapa?


Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan penciptaannya. Ia dicipta untuk menulis bukan atas sebab-sebab lain. Apabila ia rosak, maka ia akan dibuang dalam tong sampah. Ketika ianya bukan lagi dinamai pena lagi, tetapi ia dinamakan SAMPAH!



Begitulah juga cinta. Cinta diciptakan oleh Allah untuk dua manusia bernama lelaki dan wanita untuk beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah iaitu selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta akan selamat dan bahagia. Sebaliknya jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta akan pudar dan dan tercalar.



Soal cinta adalah soal rasa, ia tidak terbina dari urat, daging atau tulang tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini tidak ada yang tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran...


Waallahu'alam~ (Sekitar ber-PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Seremban)



They thought me how to love

Hai Hazimuddin baju biru comel~ =) rindu seremban -___-
tolong bantu cikgu buat tugasan

Tahun 5 eh ke 6

Tahun 3

Kemain lagi =)

Tahun 2 aih rindu ni
Banyak lagi gambar nak tengok dalam laptop dokter lah ye =)

p/s: Credit to SOLUSI.

Syukran Jazilan for reading

20110324

Kecintaan

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Lama tak update, saya tetap masih di sini, namun bukan di tempat pengajian. Menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan. Moga Allah melindungi kalian walau di mana pun kalian berada. Semoga iman terjaga dan sahsiah terpelihara. Amin.



Terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana sudi menjengah. =) Saya ingin mengambil kesempatan sedikit:


Sekalung cinta dan ucapan syukur kepada-Nya kerana dia memberikan kita udara untuk bernafas, memberikan kita hidup, memberikan kita nikmat dan memberikan segala-galanya di atas muka bumi ini. Semua pinjaman-Nya. Jika kita sanggup untuk hidup, maka kita juga sanggup untuk diuji. Maka, bersedialah untuk setiap apa di hadapanmu, jadikan cabaran untuk hidup kerana kehidupan itu bukannya semua indah. Yang di belakangmu pula jadikan ia sebagai satu penanda agar kamu tidak melakukan kesalahan lagi. Dan akhirnya kamu mengetahui rencah kehidupan dan engkau bahagia jua.


p/s: Sangat seronok berPBS (pengalaman berasaskan sekolah di sini) =) 

SK dot dot dot
Negeri Sembilan.

Syukran Jazilan for reading

20110318

Nota mengingati mati: Talkin untuk diri

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) (Nota ini saya kreditkan kepada belog Nota Kelana Faqir, syukran kerana sudi mengingatkan-banyak informasi di blog nya) =)


Ada masa? sebentar cuma. Berhenti dari kesibukan dunia. Berhenti sekejap dari keseronokan. Tiba-tiba malaikat maut sedang berjalan ke arah mu, meminta nyawamu, kerana due date kehidupan sudah sampai....

(gantikan dengan nama anda untuk lebih rasa insaf)
***

Mungkin sebentar lagi kita akan dibawa keluar dari realiti

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.



Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.



Wahai Farah Waheeda, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.



Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.



Ingatlah wahai Farah Waheeda, apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.



Ketahuilah wahai Farah Waheeda, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.



Apabila mereka menundukkan kamu dan menyoal kamu.



Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.



Hendaklah kau jawab dengan fasih apabila ditanya untuk pertama, kedua dan terakhirnya kalinya.



Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".



Wahai Farah Waheeda, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.



Insaflah wahai Farah Waheeda, bahawa mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.



Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.




p/s: Malaikat maut di hadapanmu, kini. Tidak berguna lagi harta menggunung tinggi, rupa paras yang cantik, keturunan yang engkau megahkan, yang amat terpenting amalan kamu... Secebis keinsafan.


p/s/s: Kepada anonymous untuk post Nota cinta: Jika aku sayang kepadamu / If I love you (komen yang bawah) saya dah jawab, maaf lambat. =) 

Syukran Jazilan for reading

20110317

Monolog #2 : 2 Wajah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) 


Terjah (Monolog seorang daie' #1: Perempuan itu)



Terkadang kita tidak sedar kita punya banyak gelodak emosi dalam diri; bertentangan dan kemudian rapuh. Bila terjatuh, tiada yang membangunkan, bila terlebih overjoyed tiada yang mengingatkan. Semuanya kembali kepada diri bagaimana kita bajai seluruh iman, bukan setakat lihat dan rasa; tapi fokus kepada penghayatannya...


***
[Apresiasi] bermuram durja

-I-


Tahajudnya. Tekak terasa perit. Ubun-ubunnya dibasahi dengan air wudhu’.



Tahajudnya telah selesai ditunaikan. Tanda dia berjaya bangkit dari pembaringan. Usai menunaikannya, dia menadah tangan minta dia didengari oleh DIA. Meneruskan perjuangan hati tentang konflik diri. Mencari ketenangan hati. Menghuraikan ketegangan jiwa.




“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan hanya mengingati Allah akan menjadi tenteram.” (ar-Ra’d: 28)




Menghitung-hitung dosa yang menggunung tinggi. Mahukah DIA menerima dirinya yang terpalit dengan dosa dan noda?



Dosa datang dari nafsu. Nafsu terdorong oleh kehendak diri yang dibimbing syaitan. Semakin lama ia dibajai. Tumbuh dan meninggi. Semakin kuat nafsu merantai hati-hati mereka yang kesamaran iman.



-II-


Subuhnya, dia berdoa kepada DIA. Mohon dilancarkan segala urusan. Dipermudahkan menerima ilmu. Minta diluruskan jalan yang bengkok selama hayatnya.



Dia ke kuliah seperti biasa. Ada mata yang memandangnya. Dia gelisah. Bagaimana dia tidak resah andai ada yang sedang ingin bermain cinta dengannya? sedangkan dia sedang memburu cinta hakiki? Pandangan mata sukar untuk diawasi. Dari kerana mata yang bisa membunuh diri. Dia berlagak tenang seperti dia tidak perasan kan apa-apa.


[Apresiasi] Siapa yang lebih berhak dihormati?

Namun, dia tidak bisa menipu diri, cinta itu sedang memanipulasikan dirinya. Dia juga hanya insan biasa yang punya satu cinta anugerah Tuhan. DIA mahu melihat bagaimana manusia mengawalnya.



-III-


Zohornya, dia berjalan meniti satu perjalanan terik. Mengandaikan panas mentari di negeri akhirat sana. Apatah satu jengkal di atas kepala. Sudah resah dia mendengarkannya, terik dunia dia sudah tidak tahan apatah lagi terik di sana. Amal ibadat dirasakan amat penting tika itu.



Dia terpandang lelaki soleh. Menanggalkan kasutnya masuk ke dalam surau. Hati terdetik, seorang soleh seperti insan itu bukanlah seorang yang layak untuk dirinya. Dia berdoa kepada Allah, minta agar lelaki soleh itu dilindungi seluruhnya. Tanda cinta, mungkin.



Dia mentadabbur al-Quran.




“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)




Istighfar. Apakah erti tahajudnya di sepertiga malam tadi? Satu noda hati sudah terpalit di hatinya dek kerana mengingati insan yang tidak selayaknya. Dia menangis sendiri. Dia paling takutkan zina hati yang tidak mampu dia hindari dan sedari.



-IV-


Asarnya, redup petang itu turut membawa keredupan dalam hatinya. Amanah kerjanya, dia jadi lupa. Baru sebentar tadi dia berjanji dia akan menyegerakan kerjanya. Namun, mana mungkin dia mampu menyiapkannya dengan tenang.



Hati sedang sakit.
Hati sedang parah.
Hati sedang leka.



Entah berapa kali dia ke sana ke mari. Dia jadi canggung dengan diri sendiri. Sekejap dia rasakan dirinya seperti malaikat yang mampu beribadah kepada Allah tanpa jemu, sekejap lagi dia sendiri di sisi syaitan, mengikut telunjuknya, mengikut kata hatinya.


Apa pilihan yang dia punya? Seorang lelaki yang memandangnya tadi mengajaknya keluar malam itu.


Ya, pasti saja, penolakan itu sewajarnya. Tapi, kenapa hati dia tidak sepenuhnya menolak?


Dia sedar kini. Dia punya dua sisi. Sebelah yang baik, sebelah yang kurang baik.

[Apresiasi] Sisi baik & buruk


-V-


Maghribnya, dia memanjangkan doa. Mohon dilindungi dirinya. Dia tahu dia sedang melakukan satu perubahan positif sebagai hamba-Nya. Berniat untuk menjadi hamba yang soleh. Berniat untuk mengubah diri dari dosa lampau. Dia sedar tidak banyak masa yang dia habiskan bersama-Nya. Rugi. Ada sedikit anjakan paradigma. Yang dia rasa. Yang orang lain rasa. Yang dia lihat. Yang orang lain lihat.



Rasa dan lihat. Sahaja. Bagaimana pula penghayatan?



Belum. Belum mampu sepenuhnya mencapai iman yang sihat dengan peribadi yang solehah. Dia rasa dia masih gagal. Ujian yang DIA beri, dia rasa dia sedang gagal melaluinya. Jangan lalai lagi. Jangan terpaksa menangis lagi. Jangan ulangi lagi.



Dia sedang sugul kerana memikirkan dua wataknya, dua personalitinya dan dua peribadinya.


[Apresiasi] 2 watak

Penglihatan orang lain, zahirnya, dia kelihatan sungguh sempurna. Perubahan. Batinnya? Allah tahu dia menderita. Sugul kerana dua wajah iman. Iman turun dan naik.


Sekejap dia beriman, sekejap dia berdosa.
Sekejap dia menuju jalan ke syurga, sekejap dia menuju jalan ke neraka.
Sekejap malaikat Rakib menulis amal baiknya, sekejap lagi malaikat Atid menulis amal buruknya.


Berselang seli. Antara kejahatan dan kebaikan. Antara dosa dan pahala.



-VI-



Isya’nya, ada insan menagih janjinya. Tanya sama hati, tentu jawapannya ya. Tanya sama iman, jawapannya tidak. Apa dia tegar mengkhianati teman-temannya yang sudah banyak memberi nasihat tentang ikhtilat? Apa dia sanggup keluar hanya berdua dengan insan itu? Kerana dia tahu ada yang ketiga.



Nafsu di kiri, iman di kanan.



Sebuah perjuangan emosi, menegakkan misi mencari sebuah solusi untuk ketenangan mindanya.
Baru tadi dia berdoa agar dia dilindungi oleh-Nya.



Pilihan terletak padanya. Menjadi bidadari di syurgawi atau hanya menjadi kupu-kupu malam.
Mengikut kata hatinya atau mengikut kata imannya.
Apa dia yakin cinta yang ditawarkan lelaki itu? Niatnya juga sudah tidak enak didengari. Apakah dia terlupa peraturan Allah.



Berperang. Bukan dengan senjata tapi dengan hati.

Dia duduk kejap di birai katil. Nombor didail.

‘Maafkan saya, saya tak sanggup mengkhianati Islam’



Dia memperjuangkan sebuah agama bukan cinta. Lewat itu dia berada di persimpangan dilema. Memilih untuk menjadi dirinya yang kini jauh lebih baik dari dulu, atau kembali menjadi dirinya yang dulu yang jahil mengenal hukum.

[Apresiasi] Menuntut pilihan antara keduanya


Dua wajah, dua emosi, dua perasaan, dua cinta, dua peribadi, dua prinsip. Itu menuntut pilihan. Jika kamu berfikir kamu sudah cukup kuat, ternyata jawapannya tidak. Kamu masih belum kuat. Kerana nafsu itu sukakan yang enak-enak sahaja sebab itu maksiat dilihat lazat. Kerana berperang dengan nafsu itu lebih menjadi keutamaan diri. Kawal nafsu sangat payah. Semakin dilayan semakin meninggi. Semakin dimanja, semakin minta dibelai. Waspada. Kemungkinan kita punya dua wajah. Dua personaliti.



"...Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan " (Yusuf: 53)




Luarannya, manusia melihat kamu bahagia menjadi seorang hamba Allah tapi mungkin di dalamnya, kamu tersepit di antara keinginan diri dan peraturan Allah.




"Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, "Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, "Jihaad al-qalbi (jihad hati).' Di dalam riwayat lain disebutkan jihaad al-nafs". (lihat Kanz al-'Ummaal, juz 4/616; Hasyiyyah al-Baajuriy, juz 2/265)




Berjaga-jaga menjaga hati. Jangan bajai nafsu. Biarkan nafsu mutma’innah yang mengawalmu.




Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


p/s: Manusia sentiasa punya dua sisi; kebaikan dan kejahatan.

p/s/s: tempe goreng rangup & ice cream manggo as dessert. yummy =)
Syukran Jazilan for reading

20110315

Di mana lagi akan ku temukan suasana seperti ini?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ (tersangat panjang harap sudi membaca)

Memoir


Membilang detik waktu yang semakin hari semakin berlalu dengan pantasnya. Selepas membaca post sahabat tentang Nilam Puri, hati saya jadi rindu! Kembali membelek ke dalam kotak memori mengenai pengalaman di sana meskipun menjejakkan kaki ke sana cuma sebentar. Sangat sebentar. =)



Kelantan: Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri
(May 2010)

[Apresiasi] Selangor-Kelantan-Terengganu:Kembara ilmu

Gembira. Senang. Perjalanan jauh dari Selangor ke Terengganu dan kemudiannya ke Kelantan ibarat tiada penatnya. Abah dan mamalah paling gembira. Saya juga jadi bahagia melihat semuanya senang dan gembira. ^___^ Alhamdulillah. Pertama kali berjauhan dengan semuanya di negeri orang benar-benar mengajar diri hidup berdikari. Tapi pengalaman tinggal di asrama selama 5 tahun telah dapat membantu saya membiasakan diri cuma suasananya sedikit berbeza, ya lah negeri orang. Selama 5 tahun hanya di Kajang, kini telah diberi kesempatan merasai perjuangan di negeri yang jauh. Saat pertama kali berpijak di situ, saya senang sekali. Muslimin muslimatnya benar-benar terjaga. ‘Alhamdulillah, Allah sudah memberi peluang kepadaku untuk bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah'.



Ukhuwah terjalin begitu indah. Saya masih ingat detik-detik persahabatan. Mengambil jurusan Pengajian Islam dan Sains di sini agak mencabar saya. Fully in arabic? Yeah, saya sedikit janggal kerana saya berasal dari SMKA yang rata-ratanya tidaklah menggunakan bahasa arab sangat. Sahabat-sahabat lain memang hebat semuanya. Terasa kerdil pula. 


[Apresiasi] Menjaga diri

Usrah dan Tarbiyah


Keluar bilik pun kena pakai tudung labuh, no seluar. only the kain. Arm sock is a must! Err, macam mana nak buat semua ni? -___-‘ Kadang-kadang, kita hanya pakai sebab peraturan sahaja. Ya, bila peraturan, tak tahulah hati kita ni sedang ikhlas atau tidak. Macam saya dah khabarkan perihal tudung labuh dalam entry sebelum ni. Saya tak dapat nak ukur keikhlasan saya semasa di sekolah dan juga di sini. apa yang saya lakukan pada masa itu lebih kepada peraturan. The rule. Tapi, ini yang memelihara saya ke akhirnya. Alhamdulilah, saya menerima tarbiyah dalam sedar ataupun tidak sedar. (Termasuk usrah yang banyak semasa di sana)



Pantai Bachok


‘Tahniah, anda telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru dot dot dot’ (macam ni lah kowt ayat nya) T___T


Saya dan kawan-kawan saya sedang bersuka ria di Pantai Bachok dan tiba-tiba dapat tahu boleh check keputusan maktab perguruan (or IPG) by SMS. Check, and check, alhamdulillah saya dapat.


Tapi...


Saya sudah mulai suka dengan suasana tarbiyah di sini
Saya sudah mulai senang dengan sahabat-sahabat
Saya sudah mulai mencintai dunia saya kini meskipun saya terasa peritnya



Dan inilah satu persimpangan yang paling sukar untuk saya buat keputusan.



Tak bisa memilih


Kedua-duanya baik bagi saya. Namun saya tahu saya tak mampu memiliki keduanya. Saya terpaksa memilih. Akhirnya saya sudah ‘TER-pilih’ untuk menjadi seorang guru err mungkin lebih tepat lagi ustazah. Ehem, kekok kejap. Hati saya tenang dengan pilihan itu.

[Apresiasi] Di persimpangan dilema


Sebak. Sewaktu mengisi borang keluar. namun, saya tetap akan merindui suasana dahulu. =’(



Terengganu: tempat saya belajar kini
(Jun 2010)

Lebih suka rimas seperti dulu daripada suasana bebas seperti kini


Dulu, ada yang menasihati bila kita tersalah haluan, ada yang menegur bila kita tersalah jalan. Kini ??? Siapa yang akan memberitahu lagi.


Dulu, suasana yang saya nampak semuanya indah-indah. Muslimin dengan wajah jernihnya, muslimat pula setia dengan tudung labuhnya. Saya rindu suasana ini. Biah solehah. Dan saya dah lama tak nampak semua ni.


Keterlaluan ke if saya cakap;

[Apresiasi] Bimbang

Saya dah tak nampak lagi semua tu. Pergaulan bebas di mana-mana, bertepuk tampar bersama lawan jenis adalah biasa. Dating berdua-duaan jadi normal thing. Jumpa malam-malam tak rasa semacam satu kesalahan. Pakai singkat-singkat dianggap trend. Pakai tak tutup aurat difikir hebat. Ya, mungkin saya juga pernah tergolong dalam orang yang berdosa, kita melakukan kesalahan tanpa sedar. Tapi tak ada siapa lagi yang datang menegur. Tak ada siapa lagi yang sudi menolong.



Saya tak mampu menegur sahabat-sahabat saya yang melakukan perkara ini. Mungkin saya rasa diri saya tak cukup baik. Setiap hari saya nampak perkara yang tak sepatutnya saya nampak. ya, saya belum dikurniakan kekuatan. Mungkin saya baru pulang dari membasuh lumpur yang terpalit pada diri saya dengan air. Mencuci dengan sebersihnya, tapi masih ada lagi yang tertinggal.



Dulu saya rimas disuruh itu dan ini. Tudung labuh etc etc. Sekarang saya jadi kurang gemar dengan suasana bebas seperti kini yang menuntut saya untuk sentiasa membuat pilihan.

[Apresiasi] Sahabat, teman dan kawan


Lihat siapa kawan kamu


Pernah saya mendengar; ‘Untuk mengenali diri sendiri lihatlah kawan-kawannya’. Alhamdulillah, mereka sentiasa membantu saya dalam memperbaiki diri. Membangunkan kembali apabila jatuh. Membina kembali apabila roboh. Menguatkan kembali apabila renggang. Beruntung. Masih dikekalkan dalam suasana begini meskipun bukan seluruhnya. Saya tahu ada di antara kita yang mahu berubah, tapi ketakutan sentiasa ada. Takut dengan cakap-cakap kawan perubahan sebab itu dan ini, takut apabila berubah nanti dikatakan old fashion or sebab musabab yang lain. Katakan pada hati, diri ini milik aku. maka, aku yang akan menentukan jalan yang ku pilih. Bukan sahabat-sahabat, bukan mereka tetapi aku. Terkadang, apabila perubahan sudah mula tampak, kritikan mula membiak. Cakap-cakap orang berlegar-legar. Sematkan dalam hati, teruskan yang positif, biarkan saja mereka berkata, kerana mereka akan senyap apabila sudah letih.



Tempat belajar kita ini bukan semuanya tempat orang baik-baik. Kerana apa? kerana kita manusia biasa. Punya iman turun dan naik. Semalam kita lihat dia bermasalah dan jatuh dari tangga kehidupan, tetapi hari ini kita lihat dia aktif dalam gerak kerja Islam. Semalam kita lihat dia hebat disanjung tinggi, tetapi hari ini dia menghitung hari untuk menyembah bumi. Hidup bagaikan roda. Sekejap kita di atas sekejap lagi kita di bawah. Tempat belajar kita ini sebenarnya medan untuk melatih diri kita menjadi baik. =)


[Apresiasi] Rindu ?

Semaikan rindu


Saya tidak pasti apa yang berlaku pada sahabat-sahabat seperjuangan saya sewaktu di Nilam Puri setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Yang pasti saya akan tetap mendoakan sahabat-sahabat saya dan diri saya semoga kita sentiasa terpelihara iman, jiwa dan diri kita dari negative side. Rindu itu tetap ada dalam semaian cinta. Meskipun sekejap melakar memori bersama kalian, tetapi inilah yang mentarbiyah hati supaya diri menjadi kuat untuk melakar kehidupan. dan buat sahabat-sahabat di tempat pengajian saya kini, istiqamahlah dalam pencarian cinta Illahi ini. 



Kepada adik-adik lepasan SPM, persiapkan dirimu untuk memulakan perjuangan selepas ini. Kehidupan ini akan mengajar dan melatih diri adik-adik kerana perjalanan sangat berliku dan mencabar. Jangan hanya tahu bermain cinta kalau mata pelajaranmu terkandas. Jaga lah akhlakmu, appreciate kenangan lalu yang boleh mendidik hati dan jiwa kamu. 


Waallahu'alam~ 

Syukran Jazilan for reading

20110314

Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa Part II

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

[Apresiasi] Melihat cinta dari sisi lain

***



Ke hadapan kamu yang aku tidak ketahui siapa,


Semalam, aku bersendiri. Aku sedang membasuh segala dosaku dengan bermunajat kepada-Nya. Kamu tahu, hanya kepada DIA tempat aku mengadu. Kepada DIA ku menghimpunkan segala kepedihan dan kegembiraan. Aku harap engkau juga begitu. Berdoa dan menyerahkan segala jiwa ragamu hanya kerana DIA. Sudah ku katakan sebelum ini, sangat sukar untuk aku bermunajat sendiri di sepertiga malam. Semoga kehadiranmu satu hari nanti, akan memberikan ku satu semangat baru.


[Apresiasi] Melakar cinta di pintu syurga


Kamu tahu, kesedihan-kesedihan yang pernah melatari sebuah kehidupan itu sedang mengajar kita. Mengajar untuk menjadi lebih dewasa. Aku sama sekali pernah tidak mampu untuk melayarinya sendirian tanpa DIA. Buat masa kini, DIA itu keutamaanku. Aku harap kamu jua begitu. Andai engkau pernah dirundung kesedihan atas sesuatu peristiwa, serahkan hatimu kepada DIA, biar DIA yang ubati hati kamu. Seperti mana aku jua. Aku sudah katakan pada lembaran lalu, aku tidak mahu kamu ini mudah patah hati mahupun kecewa atas sebab-sebab yang sangat remeh. Aku tidak sanggup untuk tahu tentang itu.




Dan aku mengharapkan jiwa yang ada pada kamu itu jiwa Islam. Jiwa jihad. Aku tahu, engkau pernah kecewa dalam sebuah jalan dakwah ini. Masakan Rasulullah sendiri pernah ditentang apatah lagi kita manusia biasa. Sabarlah wahai bakal zaujku yang aku tidak tahu siapa. Aku tahu, ianya sangat payah untuk dilalui sendiri tapi bila kamu mengatakan bahawa Allah itu ada, kamu sendiri akan kuat. Itu jika kamu berada di jalan dakwah, jika kamu punya mad’u sendiri. Tapi, jika kamu sedang memperjuangkan satu jalan yang ditentangi Islam, aku akan mendoakanmu semoga kamu kembali ke pangkal jalan. Semoga engkau diberi hidayah oleh-Nya. Satu sahaja yang ingin ku katakan, perubahan itu hendaklah dicari bukan ditunggu. Dan aku berharap, apabila kita bertemu satu hari nanti, kita berdua telah siap untuk melayari sebuah bahtera perkahwinan.

[Apresiasi] Berjiwa Islami



Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. Kamu tahu, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai.




Bakal zaujku,


Bukan aku tidak mahu mengenalimu siapa. Aku tahu, Allah telah memberikan tarikh waktunya. Namun, aku khuatir, jika aku mengetahui siapa kamu secepatnya, bimbang aku tak mampu menjaga hati. Terkadang aku merasakan aku punya dua personaliti. Itu yang ku takuti. Bimbang personaliti memakan diri. Memusnah diri. Kadang orang senang dengan ku, kadang ada juga yang kurang senang denganku atau juga mungkin ada cakap-cakap kurang manis dibelakangku yang mungkin aku tidak tahu. Aku tahu, kamu tidak mampu membantuku, kerana kamu masih belum kenal siapa aku. 




Aku tidak meletakkan syarat yang susah untuk kamu memenangi hatiku satu masa nanti. Cukup bagiku, jika kamu punya iman. Maaf jika aku sedikit demand, bukan harta kamu yang membahagiakan aku, bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku, apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


[Apresiasi] Keluarga


Akhir kata, izinkan aku bertanya kepada kamu; adakah aku insan pertama yang berada di hati kamu? Kamu jawab bila kamu sudah ketemu denganku. Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma kamu bersedia untuk membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan dididik. Cukup sampai di sini kata-kataku kepada kamu yang aku tidak ketahui siapa. Jika ada bicara yang ingin disambung, aku akan menulis lagi, bercerita kepada kamu walaupun aku tidak tahu kepada siapa aku tuju. =) 




Yang benar,
Farahwaheeda@Dr.Cinta~

Syukran Jazilan for reading

20110313

Memakmurkan bumi cinta dengan kasih DIA

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)



Hikmah Kembara, Mirwana

Lama sangat saya tak menukilkan sesuatu di sini. About 1 week juga. Maaf kerana saya terpaksa meninggalkan anda buat seketika seperti yang telah saya katakan sebelum ni T____T Macam mana dengan task yang saya beri? 

[Apresiasi] Berjalan melihat alam membuatkan kita dewasa


Bina Insan Guru yang sangat adventurous
"Katakanlah: "Berjalanlah kamu di bumi merantau, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka." (Al-Naml:69-70)



Saya mulakan dengan satu bicara Allah dari dalam kalam-Nya. Dalam jangka masa seminggu ni, saya sibuk ke camp Bina Insan Guru (BIG) di Taman Pertanian Sekayu. Okey, series adventurous. Water confidence dalam hujan, trekking pon dalam hujan (faktor utama pacat mengganas) pendek kata berjalan dalam hujan sudah menjadi kebiasaan bagi kami, ditambah pulak dengan ketiadaan air plus khemah penuh dengan ayaq plus pacat (eeeww). Tak pe tak pe inilah yang dikatakan pengalaman. ^___^







Bila kita berjalan, melihat dan mentafsir; hati seakan tak lepas-lepas mengucapkan hamdalah kepada-Nya. Subhanallah atas segala ciptaannya. Membuatkan jiwa kembali tenang apabila kita merenung keindahan alam. Series, selama 4 hari 3 malam ni, saya telah menjadi lupa kepada segala masalah yang dihadapi, (segala esaimen pun lupa jugak T___T) jiwa kembali tenang kerana seluruh diri kita sedang memakmurkan bumi yang terkumpul segala cinta ini dengan menyemai kasih dari Allah. So, betul lah kan bila orang kata, if kita ada masalah, cuba pergi jalan-jalan ke holiday ke, insyaallah masalah akan lenyap, then kita pun lupa, see? ^___^



[Apresiasi] Matang



Hikmah Kembara

Di sini saya titipkan hikmah bermusafir atau kembara;

@ Dapat mencergaskan akal,jiwa dan anggota badan. Bila kita bermusafir or berkembara ni, automatik memerlukan kecergasan diri right? Selain itu, kita juga dapat mempertajamkan lagi akal fikiran kita tentang alam, masyarakat, suasana serta peristiwa yang berlaku dalam tempoh perjalanan. Of course, fikiran kita akan melatih kita untuk berfikir tentang hikmah di sebalik sebuah perjalanan. Contoh, bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir, akan timbullah rasa simpati, rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha untuk memperjuangkan hidup. Hikmah dari sebuah kembara. =)






@ Menguatkan jiwa. Apa pun yang terjadi sepanjang kembara kita, apa yang kiat kena didik adalah SABAR. Contoh macam saya cakap tadi if tak ada air, cuba untuk sabar. Secara tidak sedar akan melatih kita untuk redha atas sesuatu perkara. Dalam proses perjalanan kita tu, pasti akan berlaku sesuatu perkara yang tidak kita suka atau kurang gemar.






@ Membuang sifat mazmumah. Kesusahan dan ujian sewaktu bermusafir merupakan didikan terus dari Allah yang dapat mencabut sifat-sifat mazmumah seperti terburu-buru, pemarah, tidak sabar dan sebagainya.






@ Menghilangkan sifat malas dan lembab. Jika akal dan jiwa tidak dicergaskan melalui musafir maka akan timbullah sifat malas dan lembab yang akan membantutkan diri kita sendiri.




[Apresiasi] Melihat dunia dari kacamata nafsi




Ayat-ayat cinta dari DIA


Allah sendiri dah banyak berbicara dalam hal ini;




"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rum:9)




"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." (An-Nahl : 36)




"Maka tidakkah mereka merantau di muka bumi; melihat bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya kampung Akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya." (Yusuf:109)




"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)




"Maka apakah mereka tidak mengembara di dunia dan memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Manusia-manusia yang sebelum mereka itu lebih hebat keutamaannya dan (lebih banyak) kesan-kesan peninggalan mereka di dunia ini namun apa yang mereka usahakan itu tidak sedikitpun dapat menolong mereka." (Al-Mu'min:82)



"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka: Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu." (Muhammad:10)




"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah." (Ghafir:21)






"Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikit pun." (Ghafir : 82)


Banyak bukan? Masya-Allah, terlalu banyak hikmah darinya ^___^ 






Kembara sebagai terapi


Seperti yang saya nyatakan tadi, dengan holiday, bercuti, kembara, musafir and so on yang sama waktu dengannya, serba sedikit memberi ketenangan di jiwa. Masa dekat sana, saya ingat BIG je lah, esaimen lansung tak ingat. Great. -___-' Segala permasalahan dekat sana, kami cuba atasi bersama, no tense, of course. Sebab manusia akan menjadi di luar kawalan bila dalam keadaan terdesak. Serious. Alhamdulillah, selepas bercamping segala bagai ni, jiwa tenang. Ya, terpulang kepada kita bagaimana untuk memakmurkan bumi cinta dengan kasih DIA. =)




Sedikit kenangan dalam jiwa

Hanyalah secebis kenangan, erk, boleh tangkap gambar masa first day and last day je. Ini pun masa sebelum camera diambil balik.

[Apresiasi]



beg kami semua
sudah luntur terkena hujan sepanduk kami ni
persiapan sebelum
muka ceria dalam bas; saya tak ada okey
err fobia dengan lifejacket hmm
muslimin naik bas old school
Taman Pertanian Sekayu
wow
Macam biasa, nak hujan
Sampai
dan sampai
campsite
err rasa macam dah upload je ni
dalam hutan sekayu
yeah mendirikan khemah
mereka & khemah
my classmate
last day, beautiful colour right? ^__^




Selamat ber-BIG kepada student IPG yang still belum pergi lagi ya! =))


-the pacat-

p/s: tak kisah ber-pacat banyak pun, asalkan hikmah kembara dapat dinikmati secara ikhlas =)

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta