Followers

20110228

Allah itu tidak pernah meninggalkan kita walau semua manusia di dunia meninggalkanmu

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Nothin' to update; cuma, yeah I made a little changes on my blog. Bukak lampu belog, bagi cerah. Pencerahan hidup juga mungkin dari kegelapan. Perubahan. ya, satu perubahan ke atas segala-galanya, mungkin. Saya sedang mencari kekuatan untuk update balik, cewah. Wait for me.




Nanti bila saya dah sihat iman dan hati; saya update lagi dan lagi. Just wanna share something;




"Bila kita pernah merasakan semua manusia meninggalkan diri kita; kita akan sunyi dan sepi, bertalu-talu mengatakan bahawa tiada lagi yang mengasihi; ingatlah bahawa Allah itu Maha Penyayang. Allah ada dekat dengan kita dan dia tidak meninggalkan kita walau semua manusia meninggalkanmu"






Wallahu'alam; sesungguhnya Allah lebih Mengetahui segala-galanya.=)
Syukran Jazilan for reading

20110225

Untitled

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~





Biarkan diri menangis dalam hujan agar tangisannya tidak kelihatan. Biar hanya Allah yang Maha Mengetahui bukan sahabat handai, biar terpaksa menangis sendiri asalkan manusia sekelilingku kegembiraan. Biar kamu kesesakan tapi kamu tahu bahawa Allah itu ada. Manusia di sekelilingmu tidak mampu membantu kamu sembuh tapi Allah itu ada pengubat segala keracunan hati. Bertahajudlah pada Dia mohon agar dikuatkan hati  menerima takdir, bukan semuanya yang kita mahukan akan kita perolehi. Mengadulah pada yang sudi, Ya Rahman, kerana dia punya pelbagai solusi hati. Jadi mengapa mahu menangis sendiri dan merasa sunyi sedangkan engkau punya Allah di hati, Dia tak akan pernah menginggalkan dirimu sendiri di saat ramai manusia meninggalkanmu. Chill~ =D

Syukran Jazilan for reading

20110224

Kata-kata yang tak terkata

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) 



Kata untuk aku

Biarkan aku menangis dalam hujan; biar tak siapa yang tahu gelodak hati


Bila mana kita enggan memaafkan, ada semacam rasa satu sakit hati yang sedang melingkar dalam jasad. Walhal perkara yang menyakitkan hati dan jiwa kamu itu sudah lama berlalu, ianya tetap menjadi duri-duri yang tumbuh dalam jiwa kamu. Atmosfera jadi sempit. Nafas jadi kaku. Kebencian itu penanda kamu. Kamu terperangkap dalam satu lingkungan peristiwa yang menghenyak kamu. Kamu kepenatan sendiri untuk melayari kehidupan hanya kerana sebab satu dendam yang kamu sendiri ciptakan walhal kemaafan itu jalan terbaik. Motivasi semaksima mungkin, engkau tahu sendiri.




Kata untuk kamu
[Appreciation]
Sedarlah, kamu diperhatikan Allah. Tujuan utama bukan kerana siapa-siapa atau apa-apa pun, tujuannya cuma satu, hidup untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Maka, mengapa berbuat sengketa dan memusnahkan kebahagiaan orang lain. Ya, kamu telah terkena dengan kata-kata ini. Kamu sendiri pernah membunuh kebahagiaan orang sekelilingmu. entah. selagi kamu masih maujud dalam lingkungan dunia sekelilingku, sangat sukar untuk aku lupakan duri yang pernah engkau cucuk dalam hati. Sekali pun aku diberi pilihan 1000 tahun lagi untuk hidup, semuanya tak akan pernah terpadam begitu sahaja. Senyapnya aku kini bukan tandanya aku tewas atau melupakan, tapi senyapnya itu tanda kebangkitan dan revolusi diri. Berdoalah agar aku mudah memaafkan dan melupakan.








Kata untuk dia

Sekalipun aku menyimpan satu crush pada kamu, itu bukan tandanya aku ingin lalai dari DIA. DIA ini kekasihku yang sejati. Senyumnya aku pada kamu bukan kerana aku ingin jatuh cinta pada kamu, tapi aku hanya ingin meminjam semangat darimu. Aku terhutang budi dengan kamu, pengisianmu, benar-benar telah menyedarkanku. Tawaku dengan kamu bukan kerana aku bersungguh untuk mencuri hati kamu tetapi aku hanya ingin merasai kebahagiaan nikmat persahabatan. Niat lain lansung tidak ada.


[Appreciation]








Kata untuk kalian

Carilah cinta terbaik, dengan mencintai DIA. Aku sendiri bukan orang yang terbaik untuk menyampaikan kata dua tentang cinta. Jika bagi pandangan kamu, nilai CINTA TERBAIK itu dengan teman lelakimu, kamu salah kerana Allah menganugerahkan cinta hanya buat pasangan yang halal menikmatinya bukan untuk yang haram. Jika nilai cinta bagi pandanganmu adalah dengan bertukar ganti seramai mungkin pasangan, kamu salah, kerana Allah menciptakan cinta itu sendiri untuk dinikmati dengan sejati. Abdikan diri dengan hidup hanya untuk Allah bukan hidup hanya untuk teman lelakimu. 




p/s: The BIG on 8th March. Can't wait. =)

Syukran Jazilan for reading

20110223

Motivasi petang: Turn a new leaf!

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Good evening semua.



Saya pernah teringat kakak naqibah saya (suatu masa dulu, lama dah ni) pernah cakap dekat saya dan sekumpulan usrah saya;




"Jika kita dulu masa dekat sekolah, kita adalah budak PALING TERjahat yang pernah orang kenal, tapi bila sampai satu masa, kita dah bertukar tempat belajar (macam masuk u ke kan), situasi dan suasana dah berbeza dan dikelilingi oleh orang yang baru kita kenal, jika ada kesempatan nak berubah untuk menjadi orang yang PALING baik, berubahlah. Grab the chance."


Sedikit update terpendek dan muhasabah dari saya untuk saya, terutamanya, dan anda semua. =) Selamat beramal. 



Err, apasal terupload ini gambar? grr

Having a crush is not a crime but please beware with syaiannirrajim's plan~



Cak, my classmates;muslimat~ =)


p/s: Thanx for Kak Wan Farehah for reminding me and always beside me. =)

Syukran Jazilan for reading

20110221

Nota cinta: Jika aku sayang kepadamu/If I love you

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Morning!!!! It's 0.36 a.m right now. Bila nak tidur? Sat, ada satu benda saya nak habaq mai ni.... Biarkan nota berwarna-warni yang berbicara.



Kau & aku sahabat dunia akhirat, insyaallah~








Kalau dekat dunia kita BFF sangat sangat, takut tak nanti bila dekat akhirat sana kita akan saling bermusuhan, puncanya sebab tak tegur bila kawan kita buat salah. Bukan senang. Itu memerlukan keberanian. Sehingga kini saya masih susah untuk melakukan demikian. Mungkin ada jugak terfikir, diri sendiri pun tak betul nak tegur-tegur orang, haiyaakkk. Susah nak bagi mata ni tak nampak dengan benda-benda yang tidak mahu saya nampak; sebab saya sendiri masih belum kuat untuk menegur orang. 


Susah, susah dan susah.....


Tapi saya sayangkan kawan-kawan saya... Hmmmm....


(Bila dah masuk umur 20-an ni, kemain laaaa dr.cinta)

Gambar sekadar hiasan, mencuba lukis di paint~ huehue

p/s: Mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkan terlerai tanpa ikatan.....rindunyaaaaa kat TEMPE! T____T



Syukran Jazilan for reading

20110219

Bukan mudah untuk menulis tentang sesuatu yang menyakitkan diri sendiri

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, dah siap satu kerja. Buletin, tunggu diapprove oleh boss saya. Nampaknya saya ada sedikit masa untuk menulis lagi. Jarang rasanya menulis tentang diri sendiri....



Menulis untuk memotivasikan diri.

Saya bukanlah sempurna. Jika anda membaca entry-entry yang pernah ada dalam belog saya, itu cumalah secebis keadaan mahupun situasi yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Saya menulis, saya mentafsir, dan saya membaca kembali episod yang pernah berlaku yang telah saya coretkan. Bukan mudah untuk menulis sesuatu yang akan menyakitkan diri saya. Tapi, terkadang itu perlu untuk membuatkan kita kembali reflect dan menilai amalan yang pernah kita perbuat sebelumnya supaya kita dapat memperbaiki diri sendiri.





Ramai yang menganggap saya terlalu baik (dengan membaca post-post yang agak sarkastik, dan seterusnya post berupa memberi peringatan) sebenarnya semua tulisan itu KHAS ditujukan kepada diri saya sendiri, TERUTAMANYA. Setiap penulisan yang pernah tercoret, saya baca kembali. Saya nilai kembali. Saya sedang cuba menjadi orang baik dan entah bila boleh menjadi betul-betul baik (sebab evil side kadang-kadang masih nakal lagi T___T) Dua puluh tahun hidup di atas muka bumi bukanlah satu jangka umur yang panjang; masih tidak banyak pengalaman, masih kurang sana sini. Maka yang mana salah sila perbetulan.




Jangan memuja kerana siapa saya


Sekali lagi saya tekankan, saya hanyalah manusia biasa. Kawan saya pernah berkata; 'Hati-hati ye, dah ramai peminat...' Sejujurnya saya tidak ingin dikenali. Di institut saya pun, berapa kerat je yang betul-betul tahu siapa saya. Saya malu bukan kerana mungkin ada pihak yang mula memberi perhatian tapi saya malu jika saya tak mampu beramal dengan apa yang telah saya nukilkan, saya malu jika saya sendiri yang pincang akhlaknya sebab saya sendiri masih manusia biasa. Banyak kurang sana sini. 






Saya takut untuk bersoal jawab kembali dengan Allah; adakah saya telah lakukan apa yang telah saya katakan? Sesungguhnya medan aplikasi itu tak semudah medan penulisan mahupun percakapan. Kita hanya pandai menulis atau bercakap tapi sangat sukar untuk kita buat apa yang kita khabarkan itu! Itulah cabaran bagi seorang SAYA. Saya jadi tahu diri tentang hakikat siapa saya sebenarnya. Saya masih belum perfect. Masih dalam perjalanan memburu cinta Illahi. Itulah keutamaan saya. 




Hati beracun, cari ubatnya


Bukan mudah untuk menulis sebenarnya. Kesibukan adalah alasan pertama, tapi saya tetap mencari masa untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Saya minta maaf andai 'terpoint' mana-mana pihak, atau orang yang pernah memberi satu pengalaman kepada saya, terutamanya. Entah, jujur, saya masih tak dapat memaafkan tapi masih mencuba. Semua itu menyakitkan sebenarnya kerana saya menyimpannya di dalam. Tapi setiap sakit itu ada penawarnya. Alhamdulillah, hati yang beracun sudah diberi ubatnya. Cinta Allah adalah ubatnya dan jika ada ubat-ubat sampingan yang lain pun, itu tetap menjadi kerahsiaan. =) *senyum macam nakal.




Untuk apa saya memberitahu? Untuk memberitahu bahawa saya bukanlah sempurna, untuk memberitahu saya juga seperti anda semua. Untuk memberitahu bahawa kita masih berpeluang untuk berubah, untuk memberitahu bahawa Allah itu sentiasa adil dan saksama jika kita sendiri pernah merasakan bahawa hidup ini sungguh unfair! Untuk memberitahu bahawa saya bukanlah manusia yang terbaik untuk menasihati orang. Untuk memberitahu bahawa terkadang bukan mudah untuk menulis sesuatu yang menyakitkan diri sendiri yang dibaca oleh semua orang.....





Tidak guna hidup gembira andai gembira dalam maksiat dan murka Allah

Tapi, ingatlah, peringatan Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Terserah kepada hati kita bagaimana untuk mentafsirkannya dan membuat perubahan. Tak ada gunanya jika kita hidup dalam  gembira tapi dalam maksiat dan redha Allah kita tinggalkan. Waallahu'alam~


Say hye~ =) ustaz ini partner mengajar saya.


p/s: Okey, relax saya okey je, hee. Tahniah kepada classmates saya dan jiran classmates sebab dah berjaya menjadi naib johan untuk Action Song for English Week lepas. Sayang korang! =)


Syukran Jazilan for reading

Jadi blogger jangan sampai berdosa!

Bismillahirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Waaah, I almost forgetin' yang belog ni still wujud. -___- Mintak maaf readers, followers, stalkers, silent readers, fans and my beloved patients. Finally, saya dapat update jugak. (walaupun terpaksa curi masa sikit yang memang tak ada) Hari Selasa ni saya nak pergi mengajar budak Tahun 5, so, budak-budak jaga-jagalah dengan ustazah yang garang ni bersama partner saya, okey, partner saya ustaz. T___T




Thanks for those who are keep visiting and reading mine. Ambillah mana-mana iktibar yang baik dalam belog ini, jika terselit kebaikan. =') If nak share apa-apa artikel or gambar ke dalam belog saya ni, please do that. Saya tak kisah. Cuma nak copy kena tekan ctrl+c and paste ctrl+v. I've to disable right click for some reason. 



Before that; anda juga boleh terjah sini. Organization's blog. 





Isu 'anak hot' dan Konflik akhlak: gambar oh gambar. Benda ni sangat popular dalam dunia internet ni. Saya sendiri tak sure, apakah kita sendiri kurang prihatin dengan soal dosa pahala. Ye, sangat tepat bila dikatakan kita juga kadang-kadang terlepas pandang but kita boleh kawal. Semuanya datang dari hati. Bila hati sudah mula berkata tidak, katakanlah apa sahaja kebaikan hatta 1000 kebaikan sekalipun, hati tentu akan menafikan segala positive side. 




Mengumpat dalam dunia internet pun saya nampak dah menular sekarang ni. Tuduh menuduh, dengki mendengki, tak puas hati pasal satu situation, buat satu post kutuk-kutuk orang tu. Kawan, tahu tak;



"Wahai orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sunggunh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"(al-Hujurat:12)






Ini mengumpat zaman moden, zaman IT. Ajaran Islam amat menitikberatkan hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablumminannas). Sikap suka cari keaiban orang lain, bersangka buruk sesama manusia dan tabiat mengumpat ni jelas akan mencemarkan konsep hablumminannas. So, implicationnya, persaudaraan akan terhakis sedikit demi sedikit. Then, bukan ni je tahu. Bila mana kita tak jaga konsep hablumminannas dengan baik, boleh jadi muflis dekat akhirat kelak. 







Hal ni dah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: 


"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka." 





Takut kan? So, buang yang keruh ambil yang jernih. Bukan just dekat blog, pesbuk ke, whatsover lah kan, tapi in reality life pon mesti kita praktikkan, lebih-lebih lagi. Bila kita tahu Allah tu sentiasa melihat kita, kita akan takut nak buat dosa walau sekecil mana pun. Prepare yourself untuk negeri akhirat kelak. Selamat beramal. =)



owh this is too much, I really miss this moment; having dinner with beloved family~




p/s: rujukan dari SOLUSI dan tafsir. Mintak maaf lah ada bahasa indon yang saya tak faham for surah al-hujurat:12 tu.


p/s/s: Tak boleh lupa macam mana 'that big lizard' boleh masuk dalam my beautiful shoes, ewwww~



Syukran Jazilan for reading

20110215

Bila kita jauh lebih cinta kepada manusia, cinta kita kepada Allah dan Rasul akan berkurangan

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 



Salam to all readers~ Salam Maulidur Rasul =) Meh kita dengar lagu ni sat.


 







[Appreciation]


Kita cakap kita sayangkan Allah, tapi kita selalu culas nak ikut perintah Dia. Kita cakap kita cintakan Rasulullah, tapi kita jarang nak ikut sunnah Nabi s.a.w. Reflect balik, sejauh mana kita cinta kepada Dia dan Baginda s.a.w...



Kita jauh lebih sayang kepada boyfriend kita



Kita sanggup segala-galanya demi manusia yang satu ni. Berkorban habis semua benda nak bagi kat depa ni. Saya pernah lah rasa bila mana bila kita jauh lebih sayang kepada orang-orangan ni, cinta kita kepada Allah & Rasulullah berkurang. Mana taknya, orang yang bercinta ni hanya akan fikirkan apa yang dicintainya saje. Mana ada mana nak bagi cinta dengan Allah ke Rasulullah ke. Bila tengah azan Isya’ still bergayut, padahal Allah dah panggil bersujud kepada Dia. Kita? Masih leka dengan cinta orang-orangan ni. Malam, Allah anugerahkan kita supaya tidur tapi kita masih sibuk dengan kekasih hati... Buayafriend gelifriend panggil cepat-cepat kita sahut, tapi Allah panggil lambat-lambat kita bergerak (mungkin tak sahut pun!)




The other side of human

Ini lah yang bila dikatakan apabila kita jauh lebih sayangkan manusia daripada Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau kita tak sambut Valentine sekali pun (sebab kesedaran dah semakin meningkat) reflect balik, kita masih ada pasangan tu, sejauh mana kita dah kuat untuk tak berhubung dengan dia, calling-calling manja dengan si dia, dating-dating dengan dia. Kalau kita dah cukup kuat boikot Valentine, sebarkan artikel sana sini, post Valentine haram sana sini, dah tahu sejarah dia sana sani, tapi sejauh mana kita kuat untuk lupa dan kawal cinta kita kepada satu lagi spesies manusia ni? Adakah kita dah cukup kuat untuk lupakan si dia demi DIA? Tetap jugak, kita buat as usually, dating ambik port sunyi-sunyi. Si lelaki tak segan-segan bawak anak dara orang keluar makan tanpa mahram. Pernah tak kita terfikir, andai Rasulullah masih ada, tentu Baginda akan sedih dengan perilaku umat yang Baginda rindu-rindu ini. Ya, kita. Itulah kita.






Hidup itu umpama penjara bagi orang mukmin

Sahabat, hidup kita dekat dunia ni akan jadi sia-sia saja, bila mana kita tak dapat syurga di akhirat. Sedangkan Allah ciptakan kita di dunia untuk beribadah kepada Dia. Kita hidup sekejap saje dekat dunia ni. Fikirlah yang mana lebih kita utamakan sekarang. Dunia yang sekejap atau akhirat yang lebih abadi?





Saya tak tahu lah kalau ada orang bercinta, masih utamakan Allah dalam percintaan mereka. (except for those who are already married) Kalau dia betul-betul utamakan Allah dan Rasulullah, dia akan lebih tahu hukum. Dia tahu mana halal dan haram. Cinta ana-enti tu semua mainan syaitan. Tak ada istilah cinta Islamik. Konon, kejut bangun tahajud. Sudahlahh, jangan tertipu dengan permainan syaitan. Syaitan sedang bertepuk tangan di sebelah kita.





Rasulullah sebaik-sebaik idola kita. Akhlak yang terpuji harus kita teladani. Sempena Maulidur Rasul pada tahun ni, kita reflect balik perjuangan Rasulullah. Boleh terjah artikel ni. Kalau kita masih sayangkan Baginda, ingat apa pesanan Rasulullah. Fikir kembali sejauh mana kita cinta dan sayang kepada Baginda, sejauh mana kita practic kan sunnah-sunnahnya.



[Appreciation]


Ingatlah, kita tak akan mampu mencantumkan dua cinta yang tak mungkin bersama. mana keutamaan kita? Mana janji-janji kita untuk utamakan Allah dalam setiap urusan kita? Mana pergi kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w? Tepuk dada tanya iman.




Syukran Jazilan for reading

20110212

Orang yang disangka dekat rupa-rupanya jauh dengan kita, orang yang disangka jauh dengan kita rupa-rupanya dekat dengan kita

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Saya belajar satu benda hari ni. Sebelum tu meh kita baca satu cerita yang saya dah baca dekat SOLUSI.




***


Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak-ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kekeringan itu lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.



“Atok buat apa tu?” tegur seorang daripada anak muda itu.
“Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut,” jawab orang tua itu.
“Kenapa? Kalau dicampakkan ke laut adakah ketam ini akan berpeluang untuk hidup? Atok nak kutip semua ni ke?” tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
“Macam tu laa, tapi mana atok terdaya, ini pun dah letih,”akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Sia-sia sahaja atok. Ribuan ketam ini akan mati. Atok tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya”
“Eh tidaklah”
“Kenapa?”
“Bagi kita, mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan tu, ia terlalu besar ertinya.”
“Kenapa atok?”
“kerana ia melibatkan soal hidup dan matinya, betul tak?”
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu.

Kebaikan yang mungkin kita pandang sikt saje, mungkin sangat bermakna bagi seseorang itu. Bagi kita, alaah benda tak de hal punya lah, tapi bagi orang yang kita tolong tu, sangat sangat sangat meaningful. 




Tadi, saya pergi Liqa' Nuqaba';



Ingatlah kebaikan orang kepada kita dan kejahatan kita kepada orang lain, dan lupakanlah kejahatan orang lain kepada kita dan kebaikan kita kepada orang lain. 






p/s: Ukhuwah jangan hanya pada masa senang sahaja, biar bersama pada masa susah juga. Kita tentu tak nak jadi kawan pada masa senang je kan? so, let's think of it? =)



Syukran Jazilan for reading

20110211

Bingkisan untuk para daie: Duhai hati, Allah sedang mengajarmu

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) Sudah seminggu saya tak update? Alhamdulillah, malam ni saya update even kesihatan tak mengizinkan, seharian duduk je dalam bilik, makan pun 2 suap je -___-.  (Penghargaan buat rumate tersayang, who really cares of me) Alhamdulillah, saya tahu Allah sedang uji saya dengan kesakitan untuk dekatkan saya dengan Dia. =) Thanks to Him. Ini bingkisan untuk para daie yang mana mungkin pernah berputus asa dalam jalan dakwah, mungkin hampir.








[Appreciation]




Duhai hati,

Aku tahu perasaan segan itu selalu datang silih berganti. Rasa tidak layak berganding bahu dengan orang-orang hebat. Rasa tidak mampu untuk berdiri satu saf bersama orang-orang yang terhormat. Kelibat masa lalu kadang-kadang membuatkan hati menidakkan kemajuan diri sekarang.





Engkau tahu wahai hati, Allah sedang membantu diri kamu. Untuk kembali bangkit. Allah telah memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah. Ya, sekarang baru kau mengerti duhai hati? Saat-saat iman mu dalam kecemasan sedang dirawat kembali oleh Dia. Saat-saat kejatuhan Allah bantu untuk bangkit lagi. Dia sedang mengajarmu erti kehidupan; kerana Dia tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi Dia memberikan apa yang kita perlu.



[Appreciation]


Duhai hati,


Alhamdulillah, engkau menerima terlalu banyak motivasi luaran dan dalaman. Allah menjadi keutamaan dalam setiap urusan. Allah itu pelindungmu, dan itu keyakinan jitu yang tidak akan berubah oleh apa pun. Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan hati yang baru. Tahukah engkau, aku kini menjadi lebih sibuk. Namun, aku bersyukur kerana aku dapat ‘sibuk’ dengan urusan Allah, bukan sesuatu yang sia-sia, insyaallah. Aku juga kini menjadi semakin kuat dan semua itu kerana Allah yang mengajarku erti kehidupan dari sebelumnya.





Duhai hati,

Engkau juga tahu bukan, bahawa taklifan ini sangat berat untuk dipikul? Aku sebenarnya takut untuk berada satu saf bersama mereka yang hebat itu. Pernah aku sendiri berputus asa dalam jalan dakwah ini, hampir, namun Allah telah menyelamatkanku dan memilihku untuk berdakwah di jalannya. Haruskah aku menulis surat perletakan jawatan dari jalan dakwah ini dan berikannya kepada Rasulullah s.a.w? Kiranya jika aku berputus asa, adakah aku telah memberhentikan satu usaha dakwah? Aku tahu wahai hati, engkau terlalu rapuh. Kadang emosi sendiri. Tapi aku tahu bahawa Allah sedang mengajarku agar hati perlu kental untuk meniti satu usaha murni ini.



[Appreciation]



Duhai hati,


Terima kasih kerana engkau semakin kental. Terima kasih kerana engkau semakin memulih. Aku cuma mahukan engkau sentiasa sihat diisi dengan baja keimanan. Aku khuatir seperti kata Rasulullah;


"Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Aku cuma punya satu harapan, semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan iman dan hati kepada jasad ini. Aku mohon diberikan kekuatan untuk meneruskan jalan dakwah ini, tidak ada pandang belakang lagi, dan aku juga mohon agar aku diberikan keyakinan dan keceriaan dalam kehidupan seperti yang aku rasakan kini. Ya, semuanya adalah kerana Allah telah mengajarku tentang apa itu kehidupan.






Jangan pernah putus asa. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah~ =)


p/s: miss me sebab lama tak update? sorry ye =)




Syukran Jazilan for reading

20110204

Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




(To copy: please press ctrl+c and paste ctrl+v; I've to disable right click for some reason, thank you~)




Salam to all readers~ =) Rasa macam dah lama tak tulis tentang ni. Please let me be...





***



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;




Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.






Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.




Kamu yang tidak ku ketahui siapa;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.




Bakal zaujku,



Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.





Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 


Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)








Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik. 






Yang benar; Farah Waheeda @ Dr.Cinta~




p/s: kamu tahu, aku sangat bersalah kepadamu.


Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta