Followers

20110130

Tips menjaga hati: "Saya tak nak bercerita tentang lelaki lagi"

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers. First, saya nak minta maaf banyak banyak banyak, sebab saya dah lama tak update, bila update pulak sikit sikit je kan T_____T selagi urusan kerja saya belum selesai rasa macam tak best pulak nak spend masa menulis dekat belog tersayang ni, (boss, saya tengah buat ye, on the way) tipulah tak rindu nak tulis panjang-panjang kowt dekat sini. Actually dah lama tak tulis santai-santai ni.





Menjaga hati



Ini sekadar perkongsian sahaja. Perkongsian pendapat. Apa yang saya terfikir sejak akhir-akhir ini. Masa zaman muda-muda dulu, zaman persekolahan, pelajar-pelajar perempuan mesti punya lah ada crush sana sini. Suka dekat orang tu suka dekat orang ni. Datang pelajar baru yang hensem sikit mulalah jeling tak kelip-kelip sebab hensem sangat. (ye ke? pleasee) Tapi tu masa dulu-dulu, biasalah zaman nakal-nakal kan? Saya pon jadi keliru, kenapa dari zaman dulu sampai lah sekarang, KENAPA PERLU menjadikan lelaki sebagai topik perbualan? 






(nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)

'Eh, tadi kan, Mat belanja aku makan. Waaah, baik betul lah dia tu, aku ingat kan dia ni memang sombong rupanya tak bla bla bla'


' Ferhad anak dato' kasi aku gifts tahu? Kau ada? Tak adaaaa, sapa nak kasi dekat kau, jangan jeles'


'Best gile dapat bertembung dengan mamat tu, wow, dia memang hot lah'


Antara suara-suara perempuan. Memang bila dia dah minat, habis dia stalk orang tu, seharian nak bercerita tentang orang tu. Lama-lama saya sendiri jadi bosan....





Tiada kepentingan

Saya sendiri tak tahu kenapa ianya semacam satu kebiasaan pulak dalam golongan hawa ni. Berterusan sampai sekarang. Saya pesan sekali lagi, kalau nak bercerita tentang lelaki BIARLAH IANYA PUNYA KEPENTINGAN. I mean, macam ada tugasan ke apa ke, entahlah lately saya macam tak berapa suka kalau tujuan orang yang nak bercerita tu, just nak bagi info yang tak berapa penting. Sekadar reply comment di facebook, message dia dekat mana, etc etc. Saya sedang menjaga hati saya, harap kalian juga dapat menjaga hati kalian. 


Hidup kita ni bukan bergantung kepada lelaki, tapi kepada Allah. Jangan rasa bila kita ni dah tak ada kawan lelaki yang nak contact, tak ada lelaki-lelaki yang datang nak belanja kita, kita akan jadi sunyi dan sepi. Tahu tak? Kalau kita JAUH dengan Allah, kita lagiiii sunyi compared dengan kawan-kawan kita tu. Entahlah saya bukan siapa-siapa, cuma menyatakan hasrat hati. Saya sendiri dah kurangkan contact dengan kawan-kawan lelaki, yang tinggal hanyalah urusan-urusan kerja dengan orang-orang tertentu, macam boss saya, ketua saya, (hehe) etc etc. 



Dilema Melayu-Islam






Saya tak tahu lah kalau lately saya sangat busy sampai saya tak ada masa nak layan benda yang remeh temeh. Maaflah. Saya bersyukur sangat kalau saya busy sebab saya tak akan mensia-siakan waktu saya, online je, borak-borak kosong, dan alhamdulillah bekerja juga kerana Allah, untuk ummah. Buat masa ini, saya terhindar dari nikmat masa lapang yang banyak membunuh kita. Jawatan, jangan kita lihat sebagi satu anugerah, tapi lihatlah ia sebagai satu amanah. Bila kita lihat jawatan tu sebagai satu AMANAH, insyaallah kita akan cuba pikul tanggungjawab tu dengan rasa takut, cemas dan bimbang kepada Allah. Tapi bilamana kita merasakan bahawa jawatan itu merupakan satu ANUGERAH, kepimpinan akan jadi berserabut dengan cita-cita peribadi dan kepentingan kelompok (saya petik kata-kata dari buku Dilema Melayu-Islam; Kurang Fikir atau Kurang Zikir?)








Saya faham kalau dah nama pun orang bercinta, habis kisah love story dia nak jaja, tapi saya tak dapat nak tipu diri, saya bosan sebenarnya. Kalaulah topik-topik picisan sebegini yang jadi perbualan, alahai.... (termasuk berbual tentang benda remeh temeh yang lain) Saya rindukan perbualan yang luar biasa, sambil makan-makan berbual tentang umat Islam kini. Tiba-tiba teringat kegiatan saya bersama rumate saya (ni kalau kitorang makan dua orang je lah, kitorang memang selalu romantik). 





Painting the rainbow~


Rumate memulakan perbualan.

Rumate a.k.a nurse: Diorang ni (perempuan-perempuan) tahu tak batasan aurat kot mane, kena labuhkan takat mana, eish, pening aku dok nampak aset-aset depa ni, grrr. (sambil menyuap nasi kerabu)

Tuan dokter: Alaah, depa tu tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pasal aurat ni susah kita nak tegur, melainkan kalau depa ni sendiri ada kesedaran. 

Rumate a.k.a nurse: habis tu macam mana lagi nak bagi depa ni sedar? Weyh nak sikit ayam (sempat lagi)



Tuan dokter: Kita kena tunjuk dekat depa ni, cara pemakaian yang betol, kowt la depa ni malu bila nampak kita tutup-tutup kan? Then, kita juga boleh lah buat kempen ke hape ke, banyak cara jugak sebenarnya nak bagi kesedaran kat depa ni tapi apa yang lebih penting kesedaran dalam diri tu lebih penting.






Di samping kita makan-makan tu, dapat lah jugak fikir solusi untuk mengatasi masalah tu kan.....Terima kasih lah rumate sebab selalu buat tuan dokter ni berfikir. =)




Last lah, ini pesanan dekat diri saya sendiri, terutamanya, sebab saya sedang menjaga hati, mohon jasa baik sahabat-sahabiah kita juga dapat menjaga hati. Saya tak nak hati saya ada tompok-tompok hitam, mungkin dalam bicara kita mengenai kaum adam ni, ada yang termengumpat ke, tergeram ke, tersuka ke, dibimbangi secara tak sedar ada tompok hitam mula tumbuh dekat hati. Takut tak? So, jom kita jaga hati kita~ =)




p/s: owh, saya diuji dalam kebahagiaan dan kegembiraan ni. Allah sedang menguji saya bagaimana saya nak menjaga hati saya. Sekarang ni lagi laah, semakin dekat dan semakin hampir, jantung asyik berdegup tak nak berhenti. Ditakdirkan untuk bekerjasama bersama.T____T need oxygen to breath..




Syukran Jazilan for reading

20110129

Perubahan itu tidak mudah, maka berusahalah!

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.








Salam to all readers~








"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (ar-Ra'd:11)




Saya banyak kerja, boss bagi kerja!keh3 =)




p/s: sorry lah update pendek-pendek je. =)





Syukran Jazilan for reading

20110123

Bila kita cakap Allah ada, kita akan kuat

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful.






Salam to all readers~ Fuh, curi masa kejap update belog.(Ala-ala terapi minda, petua mendapat keceriaan hati) 




(Currently mood: Today 24 January 2011 (most lately), is the happiest day of my life. =D I've been waitin' such a long time to feel this feeling back. Pray me, dear readers =) Kebahagiaan dalam kegembiraan itu penggerak kepada kemajuan kehidupan, insyaallah.) 2011 tahun maju bagi Dr.Cinta~ =)






Hanya sekadar perkongsian pendek. Bila kita resah, tak tenteram, rasa nak marah, pendendam (pendek kata banyak sifat mazmumah dalam diri kita) etc, ingat Allah. Yes, sometimes we're not strong enough to face it, but we should try. Mencuba dan mencuba. dengan mengingati Allah. Allah sendiri sudah berbicara dengan kita:


"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28).

And semoga kita juga akan gementar hatinya saat disebutkan ayat-ayat cinta dari-Nya.


"Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka" (Al-Anfaal : 2)




Perkongsian pendek ini harap dapat memberi manfaat. Apa-apa pun ingat Allah, kembali kepada Allah. Mohon kekuatan kepada dia, saya tahu ada antara readers saya ni yang bersedih (cewah, boleh tahu pulak. So, kuatkan pergantungan kepada Allah WALAU APA PUN TERJADI, okey? =)  
 


p/s: jarang update, zzzz.



Syukran Jazilan for reading

20110121

Tips menutup aurat

Bimillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Lama rasanya tak menulis di sini. Ini hanya sedikit perkongsian dari pembacaan saya, saya edit balek guna bahasa saya.(Series rindu sangat nak spend masa untuk menulis but ada kekangan masa)



Menutup aurat (bukan menutup urat) merupakan perintah wajib dari Allah. Syariat ini agak ditekankan kepada wanita ini kerana wanita merupakan fitnah terbesar, aurat wanita lebih complicated. So, let’s check it out macam mana kita nak menjaga penampilan kita di hadapan ajnabi. Boleh juga rujuk entry: (Part II khas untuk aurat lelaki)








@ Tahu. Step one, mesti ada ilmu. Amat penting kepada muslimah di luar sana tahu tentang batasan aurat, ciri-ciri pakaian menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum menutup aurat and so on.



@ Seorang muslimah itu perlu sedar bahawa tuntutan syariat ini amat perlu dan berusaha untuk menyempurnakan suruhan Allah. Owh, minta jangan buat sambil lewa, acuh tak acuh, sebab perkara halal haram adalah satu isu besar. Jangan just sarung-sarung tanpa ada ilmu.





@ Syiar. Setiap agama ada imejnya. Islam telah menggariskan panduan kepada para muslimah pakaian yang menutup aurat. Ciri-ciri wanita muslimah dapat dikenali daripada pakaiannya yang menutup aurat bukan urat semata. 





@ Mirror mirror in the wall. Ini lah antara fungsi cermin ye, sahabat-sahabat sekalian. Sebelum keluar rumah, tengok diri dekat cermin sambil berkata, “Adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat nak keluar ni? Apakah Allah redha dengan pemakaianku ini?” Jawab dengan keimanan bukan ikut kata hati semata.





@ Asingkan pakaian kepada 2 kriteria; sesuai atau tak sesuai dipakai dihadapan ajnabi. Pakaian yang agak seksi misalnya, (t-shirt kecik misalnya) masih boleh pakai, but please, just wear it masa dekat rumah ke, asrama ke, depan suami je ke, or masa bersendirian dalam bilik kan. Tak elok pakai baju adek buat pergi pasar jenjalan





@ Malu. Perlu ada rasa malu dalam diri bila kita mendedahkan aurat. Namun, kini wanitanya banyak yang kurang menitikberatkan soal pemakaian. So, be careful because Allah is watching us! (peringatan buat diri sendiri juga)




@ Berkawan dengan teman yang solehah, fungsinya, beliau ni boleh bantu kita kuatkan pendirian dan lagkah seseorang tu untuk berusaha mengubah penampilan yang lebih sopan. 





@ Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. But, kecantikan yang Allah kurniakan itu sebenarnya adalah hak eksklusif seseorang wanita tu dengan suami dia je.Then, jangan mempertontonkan aurat sebebasnya secara percuma, sebab suami pon perlu bayar mahar untuk memilikinya.





@ Banyak manfaat. Wanita yang keluar rumah dengan menutup aurat akan melangkah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tak perlu risau ada mata-mata liar yang memandang, tak perlu kisah nak set rambut, tak perlu berhabis duit untuk aksesori yang macam-macam.



I support this campaign. Bak kata pemilik blog Budu dan Belacan ini; cover your aurat it's not easy, it's a process, but for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right, not just ikat-ikat. (owh yang ni tambah siket je) Spread this WIR (Wear It Right) Campaign to your own blog, tumblr and etc. 





p/s: orang luar yang berada di sekitar Kuala Terengganu, meh la datang HTKK di institut saya. Nantikan laporan bergambar eksklusif dari saya di belog ini nanti. =) (I wish he could be invisible to me, grr because sometimes I couldn't be strong enough to face it)


p/s/s: credit to SOLUSI. Jadi duta tak rasmi jap, sangat bagus untuk pembacaan dan penambahan ilmu pengetahuan sebagai seorang daie'. (Mohon kekuatan dari Allah, semoga DIA sentiasa bersama dalam jalan dakwah ini, mohon semoga ilmu diamalkan. Amin)




Syukran Jazilan for reading

20110116

Allah Maha Pengampun, manusia?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Ingin jiwa kembali tenang??


*Take note: saya sangat busy sekarang, tak ada masa nak bermanja-manja dengan belog kesayangan lagi, T____T, so, saya akan jarang update. Take care of your iman, jangan lupa taw. and last, to whom yang bertanya, macam mana nak contact saya secara personal, boleh add ym saya: banafsajiyu_purple [at] yahoo.com. Tunggulah bila saya online ym. Thanks kerana masih sudi singgah dan ziarah belog saya yang dah mula nak bersawang-sawang ni. 




"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh" (al-A'raf:199)


Hanyut by UNIC





p/s: Hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu untuk memaafkan kesalahan orang lain. Namun, bila kita meletakkan Allah di tempat teratas dalam hati kita, kita akan mencuba untuk menjadi orang yang berjiwa besar. Memaafkan akan membuatkan jiwa kembali tenang. (ingatan untuk diri sendiri) Hidup di dunia ini banyak rencahnya. Maka, kawal setiap tindakanmu, jangan biar ada insan yang terluka... (Untuk rujuk dan lebih memahami apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah, boleh pergi entry ini, terima kasih)



"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedeqah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Peyantun" (al-Baqarah:263)






Muliakan dirimu;




"Tidak akan berkurang sedeqah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah mengangkat darjatnya" (Riwayat muslim no 2588)




Very quick UPDATE : Feel free to come and buy something from here, to all KDRIans, owh orang luar pon boleh datang ye, nama pon hari terbuka kan. So kepada sesiapa yang berada di sekitar Kuala Terengganu, meh lah datang, but please don't find me here, hehe =) thanks.



p/s/s: (Menunggu waktu Zohor, jom jemaah =) Sila hayati bait-bait lagu Hanyut itu, benar-benar mencengkam jiwa...)




Syukran Jazilan for reading

20110115

Bicara hati setelah PERGI

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Dah lama rasanya tak post something dengan senyuman. =) 



***
Duhai hati, 


Perginya daku terlalu jauh, kerana ada sesuatu yang mengganggu diri. emosi juga turut terjejas. Jujur ku akui, aku sendiri tidak pernah merasai nikmat sihat itu dalam erti kata sebenar. Diamnya aku beberapa hari ini, benar-benar telah memberikan aku satu pengajaran dan pembelajaran buat hati.






Saat ada bisikan-bisikan halus yang mengganggu jalan dakwah ini, saat emosiku dilambung-lambung apabila mengetahui kesayangan-kesayanganku ditimpa musibah, saat hati bermonolog sendiri mempersoalkan ketahanan hati, saat kekuatan jiwa mula merudum kembali, saat diri sedang mula mengingati masa-masa lalu, saat aku sendiri bermain dengan bermacam emosi, saat semua insan sedang berpaling mencari siapa aku, saat seluruh dunia mula mengenali siapa aku, saat bumi sedang berputar kerana perintah dari-Nya, saat inilah yang menggusarkanku kini.








Mudahnya untukku berkata-kata, mudahkah juga untuk aku mengaplikasikannya? Banyaknya aku nasihati tentang hikmah ujian, lalu mengapa air mata ini turut berderaian menangisi ujian dari-Mu? Sungguh, terkesima aku sendiri. Dalam gelak ketawanya aku, aku tak mampu berbohong lagi. Dalam tabahnya aku, aku tak mampu menipu diri. Aku sedang tewas...


***


Itu kata hati, maaf kerana agak lama menyepi, ada sedikit problemo yang berlaku =) tapi tak pe, Allah ada. Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Nanti saya akan post lagi ye. Sekarang ni agak busy. Terima kasih di atas sokongan anda. Sementara tunggu saya post benda lain ni, silalah baca previous post yang lalu. Ada kekangan sikit. =) Sayang semua. Take care of your iman. 




p/s: hidup terkadang melelahkan.


Syukran Jazilan for reading

20110110

Hanya orang biasa yang tak punya bisa

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~












Penulis hanya ORANG BIASA yang terkadang cukup merasa hampir putus asa untuk meneruskan perjuangan dalam jalan dakwah. ORANG BIASA yang tak punya jawatan luar biasa, ORANG BIASA yang sering saja melakukan dosa-dosa, ORANG BIASA yang selalu terkhilaf sana sini, ORANG BIASA yang berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Penulis hanya ORANG BIASA yang masih bertatih memburu cinta Illahi. Mohon sejuta kemaafan jika dalam usaha untuk memotivasikan diri, ada insan yang terluka mahupun terkena, mahupun ada insan yang tidak senang serta tidak sependapat kerana penulis hanyalah ORANG BIASA yang terkadang EGOIS pada diri sendiri. Mohon kekuatan dari-Nya. Titik.




p/s: eh, jangan lupa datang kazoku umum esok malam yer kawan-kawan se-institute.


Syukran Jazilan for reading

Anda telah sedia bercouple jika...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) uolls just ignore lah my nurse tu. pasal password itu sangat tidak betul, grrrr... -___-  Just a short post (maybe) this is auto post. Maybe masa anda reading this post, I was not in front of my lappy. I have a lot work to do. Saya dah scheduled kan post ni. 




Kita selalu gagal menghargai sesuatu sewaktu kewujudannya, tapi kita jadi lebih mudah menghargainya apabila kita kehilangannya. Sebelum ia hilang, hargailah. Sebelum kasih Allah kepada kita masih tiada sempadan, hargailah. Sebelum nyawa ditarik Allah, nilailah kembali kasih Illahi yang menggunung tinggi melebihi kasih si ibu kepada anaknya. Sebelum hati benar-benar disesatkan berpaling dari jalan Allah, hargailah hidayah yang sedang menyusup masuk dalam hati anda saat ini. 




Just wanna share apa yang saya selalu baca in my favourite book. Keep reading...





Lebih berat macam tak nak kasi je, hee~ Fikir sebaik-baiknya. Pengalaman itu mengajar kita. Kepada yang dah pernah rasa satu cinta yang tak diredhai Allah, (and sekarang dah insaf -macam saya T____T) kembalilah kepada hidayah Allah, kembalilah mencintai Dia. Manusia, semua pernah buat silap. Saya juga pernah tersalah langkah, dan alhasilnya, saya kembali mencoret pengalaman diri di sini untuk dijadikan iktibar kepada semua. Harap tiada yang salah sangka. Sekarang saya kembali bermujahadah mencari cinta Illahi. Benar kata orang, kita tak akan nampak kesan sesuatu tu, bila kita sendiri merasainya. =) So, izinkan saya terus untuk mencoretkan pengalaman saya yang serba sedikit ini untuk pembacaan kalian. Semoga punya kebaikan.








Owh, sebelum saya terlupa, siapa-siapa se-institute dengan saya, muslimat, feel free to come this Tuesday night, at 9 pm. Kazoku umum, (usrah) kali ni kita main-main game okey? =) Uolls datang je dekat Balai Islam IPG dot dot dot.


black and white only



Pesanan penaja dari Dr.Cinta.



p/s: credit to Tentang Cinta by Ustaz Pahrol Muhd Juoi. People, take care of your iman~ =)





Syukran Jazilan for reading

20110108

Perempuan berkalung cinta

Assalamualaikummmm~ Owh, hari ni dr.cinta tak ada, saya assistant dia, nurse dia. Keh3. Ala bukannya susah pon nak sign ini account blogspot dr.cinta yang tak bertauliah lansung ni. Letak password nama orang yang dia suka terus boleh masuk, ceh. Owh, baru tahu dia minat siapa. Selama ni berahsia je.








Asyik dr.cinta je bagi nasihat, saya pon nak try lah jugak. Ingat dia sorang je nak jadi baik? Dr.cinta, hmmm, nak kata baik, tak lah jugak, ada lah jugak gilanya tuuu. hehehe, tak tak, dia baik.... =) So, korang teruslah support dia okey? She learns too much NOW. Saya tahu, saya kawan baik dia. So, saya tahu dr.cinta ni macam mana orang nya. Ada siapa-siapa berminat dengan dr.cinta? Boleh emel saya. keh3. Nak tanya nombor phone ke? mintak nasihat dia, sila emel saya. (ni dia pergi mana entah ni, tak balik lagi.)








Dia dah cakap dengan saya siap-siap, dia tak nak update seminggu ni, sebab dia busy (buat-buat kot) so, saya tak nak hampakan readers dia, saya selaku nurse dia tolonglah update sekejap. Saya tak ada belog, so saya nak tumpang dr.cinta punye belog kejap. Saya jumpa satu post ni, dr.cinta tulis dalam folder dia, banyaaak dah dia tulis rupanya untuk belog ni. I know, it’s her passion. Dia suka menulis, sebab tu lah banyak. Korang jangan lupalah doakan dr.cinta ni berjaya jadi penulis, and itu memang cita-cita dia pon. keh3. Lepastu curik sekejap gambar yang dia edit guna photoshop. Habislah kalau dr.cinta tahu suka hati je masuk belog dia.







Tapi tak ada lagu lah eaa, sebab nurse dia ni tak tahu macam mana dia pergi upload lagu-lagu dia tu. Anggaplah lagu kesaktian cinta by Hafiz Hamidon sedang berkumandang... Terimalah bingkisan dari nurse  dr. cinta.



******

Perempuan yang kulihat kini, banyak mempergadaikan maruahnya. Perhiasan ditunjuk semegah-megahnya tanpa tahu Allah begitu murka. Aku jua begitu, seringkali terkhilaf dalam membuat percaturan hidup. Kadang keindahan manusia itu lebih kupandang dari keindahan dari nilaian Allah.







Perempuan yang kulihat kini, banyak dipromosikan. Mereka dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan di media-media tanpa mengetahui mereka sebenarnya telah diperalatkan. Ku keliru apa kaitannya iklan kereta dengan wanita? Ditayangkan wanita yang tidak menutup aurat sesuka hati, objektifnya cuma satu, demi kelarisan iklan tersebut menggunakan model wanita tertentu. 





Perempuan yang kulihat kini, cintanya jadi bahan mainan. Aku tahu kerana aku juga wanita. Aku juga pernah merasa apa itu cinta. Namun, ku bersyukur ianya tidak berpanjangan kerana cinta itu bukan dalam redha Allah. Allah ingin aku mencintai DIA lebih dari segala sesuatu. Kerana cinta, perempuan sanggup menggadaikan segala-galanya. Kaumku kah yang bersalah? mungkin kurangnya didikan agama untuk kami, maka cinta lain mengatasi cinta Allah. Mungkin kerana itu kaum perempuan mudah dipermainkan.








Aku kagum melihat perempuan-perempuan dahulu, yang setia memperjuangkan agama Allah. Perempuan berkalung cinta. Cinta kepada Dia. Sungguh, sukar untuk ku jadi setabah Maryam, saat dia melahirkan Isa yang tak punya bapa, Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kumasih ingat tatkala diceritakan, kubur Masyitah mewangi semerbak lantasan keimanannya. Siti Aisyah juga srikandi Islam terbilang, sangat bijaksana. Cintanya mekar hanya untuk Rasulullah, walaupun dia serikandi Islam, namun dia tidak terlepas dari diuji. Difitnah berpaling dari Rasulullah, hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Sabar kunci utama. Aku juga tidak mampu menjadi seperti Siti Khadijah, peneman setia Rasulullah. Mampukah kuhulur cinta tulus suci seperti itu kepada suami ku satu hari nanti? Mampukah aku turut membantu perjuangan suamiku sepertimana Siti Khadijah melakukan itu. Harta dibelanjakan dijalan Allah semata. Sungguh, biarlah dunia diletak tepi asalkan agama dijulang tinggi.






Namun, perempuan berkalung cinta kini, kalungnya banyak yang cinta palsu. Cinta mainan, cinta picisan yang hanya sekadar di pinggiran. Mungkinkah kuasa cinta itu hanya terletak pada kalimah I love you semata, mahupun ucapan I miss you berulang kali. Itu yang membuatku runsing, ke mana kehebatan perempuan-perempuan kini. Sengatnya seakan pudar semakin hari, lantaran lemah mengagungkan perjuangan agama. Kaumku sendiri hatta aku sendiri terlalu leka mengagungkan duniawi, sedangkan semua ini hanya sementara. Sudah Allah ingatkan kepada ku dan kaumku, dunia ini sekadar persinggahan, ambillah dunia untuk akhiratmu kelak. Perbanyakkan amalan di dunia.






Kurindukan perempuan acuan madrasah Rasulullah. Kehebatannya sukar disangkal lagi. Perempuan-perempuan hebat itu berada bersama sebaris dengan lelaki-lelaki hebat jua. Tiada Aisyah tanpa acuan Abu Bakar as-Siddiq, sahabat setia Baginda. Aku berkira-kira lagi, mampukah aku tabah mengharungi dunia yang sangat berlainan kini. Mujahadah itu kulihat sangat payah untuk kuteruskan. Terkadang, apabila memikirkan aku hanya insan biasa, yang tak punya jawatan berpengaruh, yang tak dikenali sesiapa pun, aku hampir berputus asa untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Jalan yang penuh liku. Jujur, aku hampir putus asa. Sedangkan ada insan yang jauuh lebih hebat dariku yang jauh lebih layak untuk menyampaikan dakwah. Kerna aku sendiri tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah juga pernah murka kepadaku, lantas, aku menarik nafas sedalam-dalamnya.






Aku juga khalifah Allah, aku juga hamba Allah. Sukarnya diriku untuk bernafas dalam jiwa HAMBA. HAMBA yang sering lupa kepada PENCIPTA. Allah tentu murka. Kupanjatkan doa agar Dia mengampunkan dosa-dosaku dan perempuan-perempuan lain. Agar perempuan yang berkalung cinta itu kembali memakai kalung cinta yang suci bukan kalung cinta palsu.


Yang benar,
Dr.Cinta.


*****

Sob sob, sedihnya. Dr.cinta ni sukalah buat saya sedih. -___-. Saya tahu dia dah banyak belajar, owh mungkin ni salah satu dari experience dia, nanti saya tanya dia. harap korang tak marah lah ye, saya share dengan awak semua ni. bukan dr.cinta. Nanti saya kirim salam korang semua dekat dia okey? =) 






Dr.cinta kalau dia sedih dia suka pusing-pusingkan benda rainbow ini, (tapi selalu dia tak sedih, hehe, sebab dia ceria je)  katanya sangat happy bila dia berputar. Exclusive saya ambik dari bilik dia ni. Ramai jugak cakap dengan saya, dr.cinta ni misteri lahh, tak ada gambar lah, apa lah. Macam mana lah nak kenal kan. Nanti saya tepet gambar dia, keh3, itu pon kalau dia bagi lah, kalau tak bagi tak ada lah nurse dia ni nak letak. Tak pe jangan risau, dia comel je. Har har har.

Haa, tulis keceriaan besaw-besaw lagi tu..





Nak letak tak nak ea signature dia ni, ahh letak je lahh.


Syukran Jazilan for reading

20110107

Tangisan, jangan mengalir sia-sia

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) (Please press ctrl+c to copy and sharing to the others, I have to disable right click for some reason but it does not mean that it can't be copy and shared, thank you.) 



Menangislah di bahuku-Firdaus
 





“....Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(an-Najm:43)


Aku menangis tanpa henti. Sungguh begitu jauhnya aku selama ini dengan-Nya. Sudah terlalu banyak dosa yang ku perbuat. Perintah-Nya terkadang ku pandang sepi. Sungguh, maksiat itu lebih kupandang enak. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Seperti air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.





Tangisan tercela atau terpuji





Namun, ku khuatiri, apakah tangisan ku ini tangisan tercela atau terpuji?





Selembar kertas kupegang erat. Membacanya berulang kali. Sesekali lagu Menangislah di bahuku nyanyian Firdaus kedengaran. Ku baca berulang kali agar iktibarnya kuambil.


@Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu; bukankah Allah itu yang menentukan?

@ Janganlah menangis hanya kerana engkau melihat cerita-cerita sedih, hindustan, korea, jepun, ia cuma lakonan, tipu semata.

@ Janganlah menangis kerana cintamu tak berbalas, mungkin dia bukan lah orang yang terbaik untukmu di masa hadapan.

@Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

@ Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita kurang bersedeqah membuat amalan.

@ Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Allah.








Kisah Nabi Adam

Air mata taubat Nabi Adam a.s- Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dan air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah minum air mata Adam lalu berkata; ‘Manis sungguh air ini.’ Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam, sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!”








DIA mencintai kita dengan nikmat, kita membalasnya dengan maksiat.’

Mengapa terkadang air mata disimbolkan sebagai satu kekalahan? Air mata menumpaskan kukuhnya tembok egomu? Kita jadi malu untuk menangis di hadapan Allah, sama seperti kita malu untuk menangis di hadapan manusia. Hati merasakan kita sudah cukup tewas apabila air mata jatuh. Lambang kekalahan. Menangislah pada perkara yang sepatutnya. Ya, benar. Air mata kita selama ini sia-sia. Banyak ditangiskan perkara yang sia-sia. Seharusnya kita jadi sedih, kita jadi sebak apabila kita mengenangkan dosa-dosa kita kepada Allah. Dia mencintai kita dengan nikmat, tapi kita membalasnya dengan maksiat!






Terlalu banyak nikmat yang kita TERLUPA untuk bersyukur. Perintah Allah dipandang sepi, seakan terlupa wujudnya syurga dan neraka, semacam asing mendengar dosa dan pahala. Hidup hanya untuk enjoy dan itulah matlamat utama tanpa mengetahui MATLAMAT UTAMA mengapa kita dijadikan. Hidup seolah-olah untuk enjoy, hidup untuk makan, hidup untuk cinta, hidup untuk sosial, hidup untuk kerja dan banyak lagi alasan picisan yang dijadikan matlamat utama untuk hidup.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)







Tangisan hanya milik Allah

Ku diam seribu bahasa. Mengenang kembali untuk apa hakikat diri dijadikan. Hanya untuk hidup kerana cinta? lalu menangis tanpa henti tanpa sedar mengucapkan;





‘owh hidupku tak bererti tanpamu!’





Teringat sedetik cuma air mata pembaziran dialirkan, sangat menyesakkan minda! Owh, sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang rugi kerana selama ini aku telah menganaktirikan kasih Allah! sungguh aku bertindak tidak adil pada diri ku selama ini. Sudah diberitakan kepadaku;








Mungkin kerana cinta dunia masih di hati, Allah seakan terpinggir. Tapi DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sering kita tinggalkan DIA. Agama diasingkan dari kehidupan. Agama tidak boleh diaplikasi dalam kehidupan. Jika diamalkan agama, kita seakan kelihatan KOLOT. Lalu, terbentuklah ‘insan-insan moden’ yang tidak mengenal apa itu dosa dan pahala. Agama dikatakan jumud. Kita terlalu terbuka sehingga kita hanyut.







Pernahkah kita, saat bersendirian, kita mengadu kepada DIA? Menangis dan menyesali perbuatan lalu. Tak. Kita lebih memilih untuk menangis kerana gagalnya kita dalam peperiksaan, kita lebih suka untuk menyeksa diri untuk mengalirkan air mata kerana putusnya kasih dengan manusia, kita lebih cinta untuk menangis kerana dikeji dan diherdik masyarakat. Sedangkan jika Allah tempat pertama di hatinya, setiap ujian di dunia diharungi dengan tabah dan cekal. Air matanya hanya milik Allah, tak kan dibiarkan mengalir dengan sia-sia.






Air mata kita air mata murahan!

Sebenarnya aku sangat tersentuh apabila adanya lelaki yang menangis. Maksudnya, lelaki yang menangisi dosa-dosanya. Saat itu, ku tahu dia benar-benar menginsafi dosa-dosanya. Bukan menangis kerana cinta tak berbalas. Sungguh, air mata kita air mata murahan! Boleh kah kita menjadi seperti Nabi Adam yang menangis selama 300 tahun, memohon dosanya diampunkan. Kita belum tentu! 3 minit pun tidak pernah terfikir untuk meluangkan masa untuk itu.






Sabarkan hatimu saat dilanda gundah gulana. Percaya pada janji Allah, setiap kesulitan itu akan ada kesenangannya. Dan yang paling penting Allah itu sentiasa ada di setiap sisi kita, setiap saat! Jangan pernah berpaling tadah dari kasih-Nya dan yang paling penting yakin bahawa pertolongan Allah akan menyusul.





Renung kembali, musibah yang menimpa kita ini tersangatlah kecil. Sahabat handai kita di Palestin, Gaza masih hidup dalam genggaman Israel. Mereka tidak mampu berbicara tentang kebebasan.Bersyukurlah walau apapun yang menimpa kita.





(Tulisan sebegini sebenarnya ingin memberi motivasi kepada penulis sendiri, yang mana ada baiknya, ambillah. I'm trying very hard to survive with HIS love and i know HE is always be there.)



Related post;
@ UBAT HATI UNTUK YANG BERSEDIH
@ SESUATU YANG BELUM KITA LUPAKAN 
@ GIRLS, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU CINTA
@ TERSENYUMLAH DI SAAT UJIAN MENIMPAMU, YOU'RE THE CHOSEN ONE
@ 2 MATA YANG TIDAK DISENTUH API NERAKA



p/s: Hujan lebat (2 hari tak berhenti) > kesejukan > katak ong ong -___- > rasa ingin menulis meningkat-ningkat~ 




p/s/s: Moga kata-kata ini dari hati bukan hanya sekadar lisan semata (terima kasih atas tazkirah itu tadi)



Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta