Followers

20111207

Mencari calon suami yang tiada facebook

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Kemain kau tajuk. Ini kiasan. 
 
Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan belog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam.


Bergaul bebas di alam maya
contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar. padahal kat realti tak pernah bertegur.


Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah jugak nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah menjaga pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada je bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah lansung bertegur sapa dalam realiti.


Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okay contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous taw. -,- (after akad)



Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat
sikap suka berkongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul hehe

Kalau ada gambar yang tak private sape2 je boleh tengokkan. Nak nak lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gambar dia sorang. So, now everyone can see it. Nak tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tak cakap takleh lansung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecik-kecik. Bukan apa kita menjaga sebab wanita ni fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok perempuan lain free-free je.


Memberi sokongan pada maksiat
gambar hanya direka untuk tujuan contoh


Saya tak nak lihat muslimin yang bakal saya nikahi (aicehh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen kat bawah gambar tu macam ‘alolo sweetnya korang’ kan.


Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe


Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing. =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab macam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita dengan remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang untuk berdakwah. Tak kisah lah di mana-mana pun. Ye, like facebook and blog, these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam tu tapi kita kena pandai manfaatkan. Semua ni tak terhad dalam alam maya je, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.



Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka.



Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?

sumber

Terimalah dari saya hehe;
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)


tolonglah jangan perasan =P


Peringatan buat diri saya sendiri, terutamanya. =) Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Waallahu'alam. 

p/s: dilukis menggunakan PAINT TOOL SAI. =) tajuk sekadar gimik saje, saya tak berniat nak cari lagi -___-'

Syukran Jazilan for reading

76 patient (s) need treatment:

azam said... REPLY

:) nice.....nanti nak kongsikan dengan kawan² boleh??

Ukhti Ibtisam said... REPLY

suke post ni. huhu :D

noor said... REPLY

salam, saya nk tny pndapat dr cinta..bila kite bergaduh dgn pasangan, ap yg dia cakap waktu tngah marah btol2 dia maksudkan ke ap yg dickapkanya???knapa bila gaduh n nak selesaikan, dia cm x hiraukan kite..harap dr cinta dpt bagi pendapat..

Anonymous said... REPLY

betol tu sis.. nak cari yang takde fb memang susah. tapi asalkan dia mampu kawal pandangan dia (even tersangat susah huhu) bagi saya tu dah memadai.

alia zainol said... REPLY

best gila blog dr hehe :P
"saya xde pesbuk hehe" rasa mcm kelakar je ayat tu

Anith Hanisah said... REPLY

ade ke laki yang tak ada fb nie??

ainondreamergirl♥ said... REPLY

terbaekkk :)

miSs A said... REPLY

betul ape yg dickpkn.

btw, comel sgt2 kartun laki yg bawah tu.. hehe.. ;D

강 재 원 said... REPLY

Ni entri favorite saya selama saya follow Dr. Terkena kat batang hidung sendiri XD

afifahdaim said... REPLY

terbaek lah kak fawae.thumbs up!btw nak share picture awak boleh?comell<3

nur masyhur1413 said... REPLY

indah + awesome = saya suka ;)
entri menguatkan saya supaya bersabar untuk dapat syabab yng soleh ;) thnks dr! :D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@azam boleh je :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ukhti Ibtisam syukran. yg penting ambik pointnye :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@noor biasanya kalau kite nak kenal org tu, tgk mase bila dia marah. kebiasaannya apa yg dia cakap masa marah tu benar.

kdg2 lepas mrh baru menyesal 'aduh asal lah aku g cakap camtu' kan?

kita terlepas cakap apa yg tak sepatutnya, sewaktu ni, segala ketidakpuashatian kita akan dihamburkan, ape yg kita tak suka selama tu, kita akan cakap masa kita tgh mrh.


kesimpulannya, sebab tu Allah suruh redhakan kemarahan tu sbb taknak ukhuwah terputus. waallahu'alam.

=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous facebook takde masalah, actually. terpulang pd kita bagaimana hndak corakkan identiti kita. :) kalau kita gunakan dgn baik, baiklah begitulah dgn sebaliknya.

tahu sebab apa dari facebook, berlaku kes penceraian, kes bunuh-bunuh, tipu duet and so on, sebab cara indvdu tu gunakan medium ni. ini hanya secebis medium shj bukan satu keperluan.

tapi boleh jugak membunuh kita kalau kita berlebih-lebihan. waallahu'alam. =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@alia zainol hehe syukran. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anith Hanisah ada. secara jujurnya masih ada. sebab dia menjaga tingkahlakunya. dia takut dgn fb dia jadi lalai.


still ada. :) tapi jarang. muslimat pun ada je.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ainondreamergirl♥ syukran. ambillah yg mana2 baik ye :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@miSs A kepala dia besar kan haha lelaki baju melayu merah hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@강 재 원 syukran. :)sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik. ambik yg positif :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@afifahdaim boleh je :) syukran. biasa je tu huhu

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nur masyhur1413 insyaallah. siapa soleh dapat solehah :) namun keutaman menjadi solehah tu tetap utk merebut cinta Allah kerana itulah cinta yang sebenar2nya.

Waallahu'alam. =)

tyka said... REPLY

I really love this entry. Thanks for sharing kakak ;D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@tyka syukran :)

NuRuL's said... REPLY

Assalammualaikum..

Mohon share ye :)

UA said... REPLY

Salam. Wow, terpegun baca post ni. Especially the last drawing of the guy :)

But in my opinion, facebook kalau digunakan dgn betul byk faedahnya. Mcm saya, saya dah reconnect dgn byk kwn2 and cikgu2 masa sekolah rendah semua.

Kt fb pun ada group2 islamic yg post cerita2 yg menarik, byk ilmu dapat.

So kalau saya, saya nk lelaki camni la, yg tak misuse fb tp guna fb sbg medan memantapkan ukhuwah dan menyebarkan dakwah. Ceh :D

Tp saya still respect opinion dr laa :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@UA tajuk hanya gimik je. hehe. saya tak bermaksud macam tajuk tu pun. :D

skdr menggambarkan bgaimana remaja kini.

saya respect kpd muslimin yg pandai membawa diri walau di mane pun dia berada.

facebook itu option sje, bukan penting dlm kriteria pemilihan teman hidup hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuRuL's waalaikumsalam. boleh je :)

syira kiEYrana said... REPLY

Assalam,dr..yg ayt2 kat bwh 2 ambil dr Fatimah Syarha ye?
mohon share boleh? =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@syira kiEYrana aah boleh je :)

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said... REPLY

comel puisi tu, nak share dengan orang lain, boleh kan>?

Ckin Kembaq said... REPLY

berhati2lah dengan alam maya ni naa...banyak buruk dari baik.. ^_^

p/s : pesanan utk diri jgk.. ^_^

Nazkfa NfN said... REPLY

Assalamualaikum. Doktor, saya ada sorang kawan yang menepati ciri2 doktor itu. Cuma masalahnya tak tahu la ciri wanita yang kawan saya ni nak macam mana. :)

Okey, berbalik kepada tujuan asal memberi komen, syabas atas point2 yang menarik ini. Terima kasih juga kerana menaikkan semangat orang lain untuk menjadi Muslimin sejati, InsyaAllah

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ckin Kembaq use it wisely :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nazrul Ashraff & Syaza Athirah boleh je :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nazkfa NfN

err sy belum berniat lagi nak cari hehe tajuk sekadar gimik sahaja :)

insyaallah :)

sufiyyah zulkifli said... REPLY

Kalau muslimin tu saya yang punya << beberapa kali ditaip tu. :D

nice one fawae. tp siries la, nk deactivate susah pulak nnt.. huhu. x susah sgt, tp 'agak' susah. huhu

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sufiyyah zulkifli haha penekanan di situ *blushing

eh jgnlah deactivate fb, gmik tajuk jew tu :P yg penting we used the fb wisely, that is more important dear :D

MERAH said... REPLY

Salam, well said lah entry ni.jzkk :)
Moga2 kita sebagai wanita pun tak terjerumus sama dengan trick alam maya ni ye :D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@MERAH insyaallah use it wisely :)

Dr Hannan said... REPLY

assalamualaikum

very interesting article ;)

it's a human being nature
- ppl just want to have fun...
without worrying about the consequences

fb is good social network
if it used properly... we could use it for dakwah as well

but again... use it wrongly... it's a one way to hell

Anonymous said... REPLY

subhanallah....nice post (^_^)
nk muslimin yg camtu gak~~ hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Dr Hannan waalaikumsalam :)

true, kena bijak guna :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous insyaallah. :)

gemmujahid said... REPLY

salam sis.. thanks for sharing.. :)

EmaN said... REPLY

Very Nice entry..muhasabah utk diri sndiri & renungan utk semua...thanks.. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@gemmujahid welcome :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@EmaN welcome, insyaallah :)

I am EQIN said... REPLY

nakkawi dengan orang yang takde fesbuk jugak lahh. HEHE ;P

Nur Zulaikha said... REPLY

Dr ingat lg tak komen sy pasal kwn sy tu?yg sy tegur gmbar die ngn bf die?sy sedih sebab smpai skrg die tak tegur sy..mesej sy pun tak balas..padahal sy tny utk hal penting pasal U..dekat mcg fb pun tak reply sedangkan dy online mase tu...dr sy tak nk la putus sahabat mcm tu je..ape patut sy buat?huhu

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@I am EQIN HEHE kemain kawenn ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Zulaikha

owh ingat2 :) skrg ni tgh cuti ke? or xberpeluang lagi nak berjumpa dgn dia?

kalau dah cmtu, eloklah awak slow talk dgn dia. tanya dia. mungkin dia ada mslh lain ke? spe taw kan? hati kita berperangsangka lain, dia mungkin ada mslh lain.

kalaupun dia terasa hati dgn teguran awak hari tu, awk terang baik2 kat dia. :) insyaallah, batu yang keras pun boleh dilekuk dengan air inikan pula hati manusia.

agak susah utk harapkan perubahan ssorang. xpe slow2. buat mse ni awk jumpa la dia dulu bgtw kalau dia terasa hati apa2 dgn awk, awk mintak maaf. lpas tu stop skejap ckp psal couple dia tu.

nanti2 lama2 bila dah baik balik, try approach dia mcam2 cara. utk bgi dia sdar apa yg dia buat slh tu mungkin bukan dgn hanya mmberi nasihat. buatlah dgn cara kiasan, i mean cth ye, bawak dia jenjalan pegi ceramah2 tazkirah tntg itu ke. bnyk program2 mcm ni skrg.


or jalan2 dgn dia bnyk luangkan msa bersama dia. insyaallah lama2 hati dia akan menerima. biasalah, orang bercinta, yang salah pun dia nak tegakkan jadi benar :)


org yg tengah bercinta ni sedang 'mabuk' sbnarnya dgn apa yg dicintainya. maka ckplah apa shja, dia tak kan menerimanya. try pelan2 bicara yg paling halus utk menyedakan dia smpai dia xsedar. :)

merahitujambu said... REPLY

sy mulai pemyedarinyaa..moga lebih beringat

Nur Zulaikha said... REPLY

tak berpeluang utk jumpe..die dkt uitm..sy pula masih tgh tunggu twrn blaja..hr sabtu ni sy ade temuduga dkt uitm..tmpt die blaja cume fakulti yg berbeza..jadi sy nk mintak tlg la pd die berkenaan temuduga sy tu tp semua soalan sy die tak endahkan..even mase tu sy tny kat fb dan die sedang on9..bile sy tgk wall die..die masih ade mase membalas komen2 dekat status kwn die..huhu

cik ika said... REPLY

thnx dear for this info..:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@merahitujambu insyaallah :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@cik ika welcome :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Zulaikha hmm rasanya better tggu cool down dlu :)

insyaallah kawan marah tu tak lama. yg penting awak berdoalah pada Allah. tanggungjawab awak sbgai kawan dia awak dah pun laksanakan. menerima atau tidak terpulang pada dia.

keep on praying and make dua' semoga kawan awak diberi hidayah dan petunjuk utk menerima nasihat insyaallah Allah tak akan mensia-siakan dia seorang kawan kpd kawannya. slh satu doa yg mustajab. :)

Nur Zulaikha said... REPLY

terima kasih..rasa sedih sgt3xxxx sebab sy post kat wall fb die mintak tlg pasal kos temuduga sy tu..tp dy padam =[
nak balas apetah lg..patutkan sy mendiamkan diri terlebih dahulu?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Zulaikha

yes i think you should. berdiam diri dulu. :)

kdg2 berdiam diri itu yg terbaik, tggu lah satu jangka masa tgur balik dia atau mybe dia rasa bersalah dia yg tegur dlu. banyakkan berdoa pada Allah :)

asliner said... REPLY

saya takde FB..
pernah dulu2 try nak buat selepas orang asyk cakap buatlah FB..
tapi alhamdulillah cubaan tidak berjaya..
dan hanya sekali percubaan membuatkan diri tidak berminat langsung pada FB..

sungguh, syukur2 sangat2 takde FB walaupun FB merupakan medium perantaraan yang kerap kali digunakan..

tetapi kalau orang tnye knpe takde FB..
sye akan jawab..
jgn risau..
no tepon saya yang pertama sekali di gunakan insyaAllah akan di gunakan sampai bile2..hehe. kalau nak contact, cntct no tepon je..hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@asliner

wah bagus2 salah satu pencegahan menjaga hati kan :)

NSR said... REPLY

Perkongsiap bermakna, syukran ;0

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NSR insyaallah :)

ikliljaunaa' said... REPLY

like:)

p/s: sy pun x de FB. mngkin sbb da puas main friendster zaman2 dulu.benar,FB kalau bijak digunakan untuk perkara kebaikan iAllah bermanfaat~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ikliljaunaa'

kalau kita pndai guna insyaallah ianya tak akan dtgkan kemudaratan :)

Anonymous said... REPLY

Assalamualaikum...
Suka sgt dgn post ni..
Mohon share ye...
dan skrg Sedang share ni..boleh kan.. huhuhu...
Sangat kerkena dgn senario kt pd hari ini
Sykukran Jazilan...

~Lai_ZuLaikha~ said... REPLY

Assalamualaikum..
Suka sgt2 dgn post ni..
nak shre dgn kwan2..
Boleh kan, dan skg saya tgh shre.. huhu..
Syukran jazilan

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

boleh je nothing wrong ;)semoga ada kebaikannya~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@~Lai_ZuLaikha~

oleh2 ;) afwan~

Anonymous said... REPLY

ermm.. doktor~ kalo psl fb ni.. saye dah bebetul tak uploadkan gmba. tapi kalo kengkawan yg upload gimane ye?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

bgtaw mreka maybe depa tak taw kan :) if nak letak jugak kena lah patuhi syarat2nya.

gambar kena kecik, xmoh letak besar2. menutup aurat, tak menggoda, tidak berniat utk membuat org jatuh cinta, tidak berniat utk mnerima pujian nanti kang riyak.

Anonymous said... REPLY

tima kaseh ye doktor.. =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

sama2 ;)

wanie_mn said... REPLY

apa yg dr.cinta tulis itu semua trend masa kini. btw, nice sharing! love this entry, lotssssss <3

sukranoputri said... REPLY

mtk maaf..just to share smthing..seeorang ustaz bgtau.."satu ketika nabi bertanya pd para sahabat,apakah yg t'baik utk wanita..?..maka.tiada satu jwpn yg tepat diberikan oleh sahabat..maka saidina Ali pulang ke rumah dan bertanya kpd Fatimah..apakah yg terbaik utk wanita..maka jawab Fatimah..yg terbaik utk wanita ialah yg tdk dilihat oleh leleki dan tidak melihat lelaki...'..marilah kita sama2 berazam utk tundukkan pandangan...menundukkan pandangan supaya tdk melihat llki ajnabi adalah perintah Allah SWT...dan kpd llki juga supaya tdk melihat wanita ajnabi...

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta