Mencari calon suami yang tiada facebook

10:33:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Kemain kau tajuk. Ini kiasan. 
 
Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan belog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam.


Bergaul bebas di alam maya
contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar. padahal kat realti tak pernah bertegur.


Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah jugak nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah menjaga pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada je bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah lansung bertegur sapa dalam realiti.


Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okay contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous taw. -,- (after akad)



Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat
sikap suka berkongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul hehe

Kalau ada gambar yang tak private sape2 je boleh tengokkan. Nak nak lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gambar dia sorang. So, now everyone can see it. Nak tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tak cakap takleh lansung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecik-kecik. Bukan apa kita menjaga sebab wanita ni fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok perempuan lain free-free je.


Memberi sokongan pada maksiat
gambar hanya direka untuk tujuan contoh


Saya tak nak lihat muslimin yang bakal saya nikahi (aicehh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen kat bawah gambar tu macam ‘alolo sweetnya korang’ kan.


Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe


Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing. =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab macam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita dengan remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang untuk berdakwah. Tak kisah lah di mana-mana pun. Ye, like facebook and blog, these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam tu tapi kita kena pandai manfaatkan. Semua ni tak terhad dalam alam maya je, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.



Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka.



Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?

sumber

Terimalah dari saya hehe;
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)


tolonglah jangan perasan =P


Peringatan buat diri saya sendiri, terutamanya. =) Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Waallahu'alam. 

p/s: dilukis menggunakan PAINT TOOL SAI. =) tajuk sekadar gimik saje, saya tak berniat nak cari lagi -___-'

76 patient (s) need treatment

  1. :) nice.....nanti nak kongsikan dengan kawan² boleh??

    ReplyDelete
  2. salam, saya nk tny pndapat dr cinta..bila kite bergaduh dgn pasangan, ap yg dia cakap waktu tngah marah btol2 dia maksudkan ke ap yg dickapkanya???knapa bila gaduh n nak selesaikan, dia cm x hiraukan kite..harap dr cinta dpt bagi pendapat..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:09:00 AM

    betol tu sis.. nak cari yang takde fb memang susah. tapi asalkan dia mampu kawal pandangan dia (even tersangat susah huhu) bagi saya tu dah memadai.

    ReplyDelete
  4. best gila blog dr hehe :P
    "saya xde pesbuk hehe" rasa mcm kelakar je ayat tu

    ReplyDelete
  5. ade ke laki yang tak ada fb nie??

    ReplyDelete
  6. betul ape yg dickpkn.

    btw, comel sgt2 kartun laki yg bawah tu.. hehe.. ;D

    ReplyDelete
  7. Ni entri favorite saya selama saya follow Dr. Terkena kat batang hidung sendiri XD

    ReplyDelete
  8. terbaek lah kak fawae.thumbs up!btw nak share picture awak boleh?comell<3

    ReplyDelete
  9. indah + awesome = saya suka ;)
    entri menguatkan saya supaya bersabar untuk dapat syabab yng soleh ;) thnks dr! :D

    ReplyDelete
  10. @Ukhti Ibtisam syukran. yg penting ambik pointnye :)

    ReplyDelete
  11. @noor biasanya kalau kite nak kenal org tu, tgk mase bila dia marah. kebiasaannya apa yg dia cakap masa marah tu benar.

    kdg2 lepas mrh baru menyesal 'aduh asal lah aku g cakap camtu' kan?

    kita terlepas cakap apa yg tak sepatutnya, sewaktu ni, segala ketidakpuashatian kita akan dihamburkan, ape yg kita tak suka selama tu, kita akan cakap masa kita tgh mrh.


    kesimpulannya, sebab tu Allah suruh redhakan kemarahan tu sbb taknak ukhuwah terputus. waallahu'alam.

    =)

    ReplyDelete
  12. @Anonymous facebook takde masalah, actually. terpulang pd kita bagaimana hndak corakkan identiti kita. :) kalau kita gunakan dgn baik, baiklah begitulah dgn sebaliknya.

    tahu sebab apa dari facebook, berlaku kes penceraian, kes bunuh-bunuh, tipu duet and so on, sebab cara indvdu tu gunakan medium ni. ini hanya secebis medium shj bukan satu keperluan.

    tapi boleh jugak membunuh kita kalau kita berlebih-lebihan. waallahu'alam. =)

    ReplyDelete
  13. @Anith Hanisah ada. secara jujurnya masih ada. sebab dia menjaga tingkahlakunya. dia takut dgn fb dia jadi lalai.


    still ada. :) tapi jarang. muslimat pun ada je.

    ReplyDelete
  14. @ainondreamergirl♥ syukran. ambillah yg mana2 baik ye :)

    ReplyDelete
  15. @miSs A kepala dia besar kan haha lelaki baju melayu merah hehe

    ReplyDelete
  16. @강 재 원 syukran. :)sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik. ambik yg positif :)

    ReplyDelete
  17. @afifahdaim boleh je :) syukran. biasa je tu huhu

    ReplyDelete
  18. @nur masyhur1413 insyaallah. siapa soleh dapat solehah :) namun keutaman menjadi solehah tu tetap utk merebut cinta Allah kerana itulah cinta yang sebenar2nya.

    Waallahu'alam. =)

    ReplyDelete
  19. I really love this entry. Thanks for sharing kakak ;D

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum..

    Mohon share ye :)

    ReplyDelete
  21. Salam. Wow, terpegun baca post ni. Especially the last drawing of the guy :)

    But in my opinion, facebook kalau digunakan dgn betul byk faedahnya. Mcm saya, saya dah reconnect dgn byk kwn2 and cikgu2 masa sekolah rendah semua.

    Kt fb pun ada group2 islamic yg post cerita2 yg menarik, byk ilmu dapat.

    So kalau saya, saya nk lelaki camni la, yg tak misuse fb tp guna fb sbg medan memantapkan ukhuwah dan menyebarkan dakwah. Ceh :D

    Tp saya still respect opinion dr laa :)

    ReplyDelete
  22. @UA tajuk hanya gimik je. hehe. saya tak bermaksud macam tajuk tu pun. :D

    skdr menggambarkan bgaimana remaja kini.

    saya respect kpd muslimin yg pandai membawa diri walau di mane pun dia berada.

    facebook itu option sje, bukan penting dlm kriteria pemilihan teman hidup hehe

    ReplyDelete
  23. @NuRuL's waalaikumsalam. boleh je :)

    ReplyDelete
  24. Assalam,dr..yg ayt2 kat bwh 2 ambil dr Fatimah Syarha ye?
    mohon share boleh? =)

    ReplyDelete
  25. comel puisi tu, nak share dengan orang lain, boleh kan>?

    ReplyDelete
  26. berhati2lah dengan alam maya ni naa...banyak buruk dari baik.. ^_^

    p/s : pesanan utk diri jgk.. ^_^

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Doktor, saya ada sorang kawan yang menepati ciri2 doktor itu. Cuma masalahnya tak tahu la ciri wanita yang kawan saya ni nak macam mana. :)

    Okey, berbalik kepada tujuan asal memberi komen, syabas atas point2 yang menarik ini. Terima kasih juga kerana menaikkan semangat orang lain untuk menjadi Muslimin sejati, InsyaAllah

    ReplyDelete
  28. @Nazkfa NfN

    err sy belum berniat lagi nak cari hehe tajuk sekadar gimik sahaja :)

    insyaallah :)

    ReplyDelete
  29. Kalau muslimin tu saya yang punya << beberapa kali ditaip tu. :D

    nice one fawae. tp siries la, nk deactivate susah pulak nnt.. huhu. x susah sgt, tp 'agak' susah. huhu

    ReplyDelete
  30. @sufiyyah zulkifli haha penekanan di situ *blushing

    eh jgnlah deactivate fb, gmik tajuk jew tu :P yg penting we used the fb wisely, that is more important dear :D

    ReplyDelete
  31. Salam, well said lah entry ni.jzkk :)
    Moga2 kita sebagai wanita pun tak terjerumus sama dengan trick alam maya ni ye :D

    ReplyDelete
  32. @MERAH insyaallah use it wisely :)

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum

    very interesting article ;)

    it's a human being nature
    - ppl just want to have fun...
    without worrying about the consequences

    fb is good social network
    if it used properly... we could use it for dakwah as well

    but again... use it wrongly... it's a one way to hell

    ReplyDelete
  34. Anonymous10:20:00 PM

    subhanallah....nice post (^_^)
    nk muslimin yg camtu gak~~ hehe

    ReplyDelete
  35. @Dr Hannan waalaikumsalam :)

    true, kena bijak guna :)

    ReplyDelete
  36. salam sis.. thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  37. Very Nice entry..muhasabah utk diri sndiri & renungan utk semua...thanks.. :)

    ReplyDelete
  38. @EmaN welcome, insyaallah :)

    ReplyDelete
  39. nakkawi dengan orang yang takde fesbuk jugak lahh. HEHE ;P

    ReplyDelete
  40. Dr ingat lg tak komen sy pasal kwn sy tu?yg sy tegur gmbar die ngn bf die?sy sedih sebab smpai skrg die tak tegur sy..mesej sy pun tak balas..padahal sy tny utk hal penting pasal U..dekat mcg fb pun tak reply sedangkan dy online mase tu...dr sy tak nk la putus sahabat mcm tu je..ape patut sy buat?huhu

    ReplyDelete
  41. @Nur Zulaikha

    owh ingat2 :) skrg ni tgh cuti ke? or xberpeluang lagi nak berjumpa dgn dia?

    kalau dah cmtu, eloklah awak slow talk dgn dia. tanya dia. mungkin dia ada mslh lain ke? spe taw kan? hati kita berperangsangka lain, dia mungkin ada mslh lain.

    kalaupun dia terasa hati dgn teguran awak hari tu, awk terang baik2 kat dia. :) insyaallah, batu yang keras pun boleh dilekuk dengan air inikan pula hati manusia.

    agak susah utk harapkan perubahan ssorang. xpe slow2. buat mse ni awk jumpa la dia dulu bgtw kalau dia terasa hati apa2 dgn awk, awk mintak maaf. lpas tu stop skejap ckp psal couple dia tu.

    nanti2 lama2 bila dah baik balik, try approach dia mcam2 cara. utk bgi dia sdar apa yg dia buat slh tu mungkin bukan dgn hanya mmberi nasihat. buatlah dgn cara kiasan, i mean cth ye, bawak dia jenjalan pegi ceramah2 tazkirah tntg itu ke. bnyk program2 mcm ni skrg.


    or jalan2 dgn dia bnyk luangkan msa bersama dia. insyaallah lama2 hati dia akan menerima. biasalah, orang bercinta, yang salah pun dia nak tegakkan jadi benar :)


    org yg tengah bercinta ni sedang 'mabuk' sbnarnya dgn apa yg dicintainya. maka ckplah apa shja, dia tak kan menerimanya. try pelan2 bicara yg paling halus utk menyedakan dia smpai dia xsedar. :)

    ReplyDelete
  42. sy mulai pemyedarinyaa..moga lebih beringat

    ReplyDelete
  43. tak berpeluang utk jumpe..die dkt uitm..sy pula masih tgh tunggu twrn blaja..hr sabtu ni sy ade temuduga dkt uitm..tmpt die blaja cume fakulti yg berbeza..jadi sy nk mintak tlg la pd die berkenaan temuduga sy tu tp semua soalan sy die tak endahkan..even mase tu sy tny kat fb dan die sedang on9..bile sy tgk wall die..die masih ade mase membalas komen2 dekat status kwn die..huhu

    ReplyDelete
  44. thnx dear for this info..:)

    ReplyDelete
  45. @Nur Zulaikha hmm rasanya better tggu cool down dlu :)

    insyaallah kawan marah tu tak lama. yg penting awak berdoalah pada Allah. tanggungjawab awak sbgai kawan dia awak dah pun laksanakan. menerima atau tidak terpulang pada dia.

    keep on praying and make dua' semoga kawan awak diberi hidayah dan petunjuk utk menerima nasihat insyaallah Allah tak akan mensia-siakan dia seorang kawan kpd kawannya. slh satu doa yg mustajab. :)

    ReplyDelete
  46. terima kasih..rasa sedih sgt3xxxx sebab sy post kat wall fb die mintak tlg pasal kos temuduga sy tu..tp dy padam =[
    nak balas apetah lg..patutkan sy mendiamkan diri terlebih dahulu?

    ReplyDelete
  47. @Nur Zulaikha

    yes i think you should. berdiam diri dulu. :)

    kdg2 berdiam diri itu yg terbaik, tggu lah satu jangka masa tgur balik dia atau mybe dia rasa bersalah dia yg tegur dlu. banyakkan berdoa pada Allah :)

    ReplyDelete
  48. saya takde FB..
    pernah dulu2 try nak buat selepas orang asyk cakap buatlah FB..
    tapi alhamdulillah cubaan tidak berjaya..
    dan hanya sekali percubaan membuatkan diri tidak berminat langsung pada FB..

    sungguh, syukur2 sangat2 takde FB walaupun FB merupakan medium perantaraan yang kerap kali digunakan..

    tetapi kalau orang tnye knpe takde FB..
    sye akan jawab..
    jgn risau..
    no tepon saya yang pertama sekali di gunakan insyaAllah akan di gunakan sampai bile2..hehe. kalau nak contact, cntct no tepon je..hehe

    ReplyDelete
  49. @asliner

    wah bagus2 salah satu pencegahan menjaga hati kan :)

    ReplyDelete
  50. Perkongsiap bermakna, syukran ;0

    ReplyDelete
  51. ikliljaunaa'10:24:00 PM

    like:)

    p/s: sy pun x de FB. mngkin sbb da puas main friendster zaman2 dulu.benar,FB kalau bijak digunakan untuk perkara kebaikan iAllah bermanfaat~

    ReplyDelete
  52. @ikliljaunaa'

    kalau kita pndai guna insyaallah ianya tak akan dtgkan kemudaratan :)

    ReplyDelete
  53. Anonymous9:33:00 AM

    Assalamualaikum...
    Suka sgt dgn post ni..
    Mohon share ye...
    dan skrg Sedang share ni..boleh kan.. huhuhu...
    Sangat kerkena dgn senario kt pd hari ini
    Sykukran Jazilan...

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..
    Suka sgt2 dgn post ni..
    nak shre dgn kwan2..
    Boleh kan, dan skg saya tgh shre.. huhu..
    Syukran jazilan

    ReplyDelete
  55. @Anonymous

    boleh je nothing wrong ;)semoga ada kebaikannya~

    ReplyDelete
  56. Anonymous11:53:00 PM

    ermm.. doktor~ kalo psl fb ni.. saye dah bebetul tak uploadkan gmba. tapi kalo kengkawan yg upload gimane ye?

    ReplyDelete
  57. @Anonymous

    bgtaw mreka maybe depa tak taw kan :) if nak letak jugak kena lah patuhi syarat2nya.

    gambar kena kecik, xmoh letak besar2. menutup aurat, tak menggoda, tidak berniat utk membuat org jatuh cinta, tidak berniat utk mnerima pujian nanti kang riyak.

    ReplyDelete
  58. Anonymous11:07:00 PM

    tima kaseh ye doktor.. =)

    ReplyDelete
  59. apa yg dr.cinta tulis itu semua trend masa kini. btw, nice sharing! love this entry, lotssssss <3

    ReplyDelete
  60. mtk maaf..just to share smthing..seeorang ustaz bgtau.."satu ketika nabi bertanya pd para sahabat,apakah yg t'baik utk wanita..?..maka.tiada satu jwpn yg tepat diberikan oleh sahabat..maka saidina Ali pulang ke rumah dan bertanya kpd Fatimah..apakah yg terbaik utk wanita..maka jawab Fatimah..yg terbaik utk wanita ialah yg tdk dilihat oleh leleki dan tidak melihat lelaki...'..marilah kita sama2 berazam utk tundukkan pandangan...menundukkan pandangan supaya tdk melihat llki ajnabi adalah perintah Allah SWT...dan kpd llki juga supaya tdk melihat wanita ajnabi...

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers