Followers

20111202

Kalau cinta apa buktinya?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Bulan november lepas ada 1 post je, tak pernah pernah. -___- Banyak post yang tinggal draft je, ehe sory ye, nak update ni bagi saya bukan kerja mudah. I mean, log in > new post and just type. Tak. Kena rujuk dulu, kaji, and then cari ayat-ayat al-quran/hadis yang berkaitan (lebih baik). Lukis or edit gambar ke. Ambik masa lama jugak. paling-paling dalam 1-2 jam lebih. Post ni saya share from the Solusi. Tapi pergi lah beli Solusi lagi best. cuma saya olah lain then tambah drawing =) 

***

Bila kita cintakan seseorang, of course hati kita akan tertumpu pada dia. Semua benda kita akan sacrifice untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kita berkorban untuk yang dicintai. Perkara yang kita tidak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab? sebab kita cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir.


@cepat-cepat menyahut panggilan-Nya 


Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call rite? nampak je nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. SO how about your attitude dengan DIA? Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh ke kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola? 



@Memberikan perhatian and focus terhadap kata-kataNya


Kalau kita benar-benar cinta kepada-Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music. Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest je life. Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. I lap you I miss you. Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. 


Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan-Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. Macam kita nak hadapi exam SPM, punyalah gila-gila study, gila-gila ni tak tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab dok gila punya study, takbest betul bila masa nak berusaha study, takbest sebab tak dapat nak main game macam orang lain, takbest tak dapat online pesbuk ngan belog hari-hari. Takbest takbest je kan? In the end, masa nak dapat result tu, bila kita dapat result best, surely apa yang takbest masa kita rasa waktu kita penat lelah berusaha, dah pun terbayar.



See? Sama jugak dalam situasi ni. Kita just nak life kita tak ada susah payah, bila dapat ujian takbest bagi pandangan kita terus kita kata macam-macam tanpa kita sedar sebenarnya di penghujungnya ada sesuatu yang best! =)


@Sentiasa suka memandang ciptaan Allah


Kita suka sangat tengok panorama indah. Waterfall yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. Maka, sangat kasihanlah if kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kita. Yes but what for? Sebab untuk beribadah kepada Dia. 


Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariat: 56)


Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Actually, semua benda yang kita buat kat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously? Yup. Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macma facebook and blog. Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh



@Suka berdating dengan Allah


Hujung minggu je mesti dating, cuti sem je harus jumpa. Mestilah sebab kiteww rinduuu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kita cinta. Pakai sehabis baik bila kita nak bertemu dengan orang yang kita sayang. Then, kita pun mesti suka jugak bila nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa improve kan bacaan dalam solat, I mean fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kita 5 kali sehari oh tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kita, tak lupa nak bagi kita rezeki, tak lupa bagi kita kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kita nyawa habislah. 

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. (al-Ankabut:5)


@Rindu dan ingat kepada-Nya selalu

iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram(surah ar-Ra’d:28)

Mengingatinya hanya membuatkan kita benar-benar tenang. Benda ni saya dah banyak ulas. 
beware dengan jenis ni, kalau dia benar2 cinta, cinta pada Allah dulu adalah keutamaan Dia


@Banyak menyebut nama-Nya


Alhamdulillah, kejayaan ni pun sebab Allah yang izinkan. Subhanallah, cantiknya pemandangan! Semua benda yang kita buat, tak jemu-jemu kita sebut nama DIA. Seumpama DIA lah yang paling kita cinta. And satu lagi, banyakkan berzikir kepada DIA memuji nama-Nya, asma’ (nama-nama) Allah yang begitu indah sekali.


@Bersabar dengan ujian-Nya


Satu benda yang kita paling senang cakap and susah nak buat. Sabar. Tapi orang yang rasa macam dah give up je. Boleh rujuk post ni.


@Mencintai everything yang berkaitan dengan Allah


Jika kita jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kita berusaha untuk suka. Orang kata, bila kita kawen dengan seseorang, bermakna kita kawen jugak dengan family dia. Cuba nak sayang family dia macam family kita, cuba nak suka apa yang dia suka. 

Okay, contohnya kita rindu untuk bertemu Allah. Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. So, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kita tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 je. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu je, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah. Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana.

corak bawah tu corak my cawan hehe


@Cemburu


Ini bukan cemburu buta. Cemburu yang ni bersifat positif. Bila kita tengok someone tu gigih dalam ibadahnya sentiasa nak perbaiki kualiti imannya, kita akan jadi cemburu. And cemburu tu mendorong kita untuk turut berusaha macam dia jugak. Yang ni lah cemburu yang positif. Bukan cemburu main tarik-tarik rambut.


@Berusaha keras meraih redha-Nya


Kualiti iman. Ukur sejauh mana kita mencintai Dia. Macam mana kita nak tahu kita betul-betul sayangkan Allah? Yelah, kita ni asyik cakap kita sayang Allah, kita cintakan Allah but sejauh mana ukuran cinta kita kepada-Nya eh?


1) Meletakkan cinta Allah di tempat paling atas

Kita tak akan sibuk dengan cinta-cinta yang melalaikan, even couple pun kita tak nak sebab couple ni macam mengganggu hubungan dengan Allah. Yelah, mana lagi masa nak rindukan Allah bila kita nak rindukan si dia lagi, mana kita nak buat solat dhuha bila kita lagi suka morning call dia lagi. Hubungan dengan Allah akan terganggu. Seolah-olah priority kita dekat dia bukan DIA.




3) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti ibadah & iman

Means, solat bukan semata-mata solat. Buat ala kadar je. Solat dengan lalai. Sebab tu Allah kata;

Maka, celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya (al-Maun:4-5)

Orang yang solat pun kena? Why? Sebab fiil (perbuatan) kita je solat tapi hati tak solat. Fiil kita je sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu even solat 5 waktu pun lah kan, kalau hati kita tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa meanings dia, tetap jugak buat maksiat. Tetap jugak buat salah. 



Teguran buat diri saya especially yang selalu leka dan alpa. So, kalau korang tanya cinta tu apa kat saya? Yes, i will define this. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada buayafriend.



Banyak benda yang kita utamakan lebih dari kita utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kita. Banyak benda yang kita buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kita. Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaan-Nya. Banyak masa untuk kita bertaubat and jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah pun tak guna.



Heran betul lah, korang rajin baca post panjang-panjang camni, thanks =’) Insyaallah, sedikit input ni akan menjadi panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri.Waallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading

45 patient (s) need treatment:

beLLa said... REPLY

suka sgt entry ni! bukan senang nak cari laki sebaik diatas ni ;')

Farhana Yahya said... REPLY

Such a nice story..truly form ur heart coz it really work to me (",) I felt sad at the moment but now i realize nothing is much important than ALLAH.... TQ my dear

eDyunieyaZLieynD said... REPLY

alhamdulillah.. saat hati terleka.. kdg2 bhan bacaan sebegini mengingatkan semula hati kepada PENCIPTA YG AGUNG... memuji KEBESARANNYA.. ALLAHHUAKHBAR... thanks for da sharing :)

ÁlainnBláithín said... REPLY

jazakallah khairan, doc :)
tak dnafikan, sye agak lalai dlm soal2 bgini .. T.T
tak sabar nak mnunggu post sterusnya ^__^

0nlY_tRah said... REPLY

another meaningful n3..
syukran jazilan.
:)

Anonymous said... REPLY

i need ur trearment dr;(

mye said... REPLY

nice entry..

Anonymous said... REPLY

assalamualaikum..

just curious, macam mana Dr. Cinta Punye Blog buat gambar2 kartun tu (kalau sudi berkongsi).. comel lah gambar-gambar tu.. :)

Nur Zulaikha said... REPLY

terharunya bace entry nie..terima kasih kerana saling mengingati..

LyNdA Aziz said... REPLY

terima kasih .

Unye said... REPLY

suka baca post bermanfaaat macam ni. thank you dr cinta ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@beLLa

akhir zaman macam ni ssh jumpa. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Farhana Yahya

when we have Allah, we have everything :) HE is too kind to us. welcome back ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@eDyunieyaZLieynD

insyaallah. badan perlukan makanan jiwa juga perlukan makanan rohani. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ÁlainnBláithín

insyaallah sama2 kita memperbaiki diri sndiri step by step stp masa. yg penting mujahadah ;)

next entry ehe taktaw lah bile nak publish :) thnx btw.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@0nlY_tRah

afwan :) jzkallah khairn

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

read the al-Quran it heals the wound and pain ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@mye syukran dear ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

waalaikumsalam, masa ni sy draw mcm malas2 je -___-

okay i'm using paint, yes only paint :D then i used adobe photoshop cs2. you can click the FAQ at my profile for more information. thnx. ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Zulaikha

insyaallah kita sama2 saling berpesan2 ke arah kebaikan :) itulah yg disuruh Allah.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@LyNdA Aziz

sama2 :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Unye thnx tapi pnjang hehe sory for that

model pakaian muslim wanita said... REPLY

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

Nur Zulaikha said... REPLY

dr cinta..sy ade masalah dgn kwn..huhu..baru2 ni sy ade melihat gmbr kwn sy bersama bf nye..bergambar berdua..jadi sy pun mengambil kptsn utk tegur..tak sanggup rasenye tgk kwn mcm tu..sy pun mule2 tegur die.."eh z, ak nak ckp sikit blh?" die pun kate ok..sy pun bg la mcg ni kat die "kalo ikutkan x manis tngkap gmbar ber2 2 an ngn bukan muhrim..ape yg ak blaja ak cube amalkan n share ilmu yg ak dpt tu kat org lain.harap ko tak kecik ati ngan ak..yela ak pun bukan bek sgt,tp ape yg nmpk dpn mate kte,kne la tegur baulah same2 tak berdosa.kalo ak wat slh pn ko blh tegur ak.takde hal" <ni mcg yg sy bg kat die..
adkah care sy keterlaluan? sy pun dah minta maaf dkt die kalau kata2 sy tu buat die "sentap'..ape pndgn dr,cinta dan ape perlu sy lakukan?..huhu

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said... REPLY

:) nice and give a lesson.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nazrul Ashraff & Syaza Athirah syukran :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Zulaikha

if kita sygkan kawan kita, tgur dia jika dia tersasar tersalah, mungkin dia terlupa.

tindakan awak betul :) saling ingat memperingati mlh menegurnya dgn ayat yg lembut skali. mungkin dia terlupa. if kita berterusn xtegur buat dunno je sgt kesian dkt kwn tu seolah2 kita merestui perbuatan yg slh tu.

jgn risau, tndkn tu xsalah. mgkin kwn awk tu xsuka tapi prcayalah dia akan berfikir bnyk kali apa yg awk dah cakap tu :)

merahitujambu said... REPLY

niceenyaaaa...sukaaaa

Rtp Farra Arisha said... REPLY

hello doktor cinta..hehe. cinta boleh dibuktikan melalui actions or saying the love words..:) maybe..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@merahitujambu hye pink ;) thnx

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Rtp Farra Arisha
hehe true :)

abah khalisha said... REPLY

nice sharing..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@abah khalisha

thnx :)

As said... REPLY

Aaa lukis sendiri ke semua! Adorable. Alhamdulillah! :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@As thanks tapi biase je huhu

Semut Senyum said... REPLY

Terima kasih doc.cinta...
statement tu telah meresap dlm hati n jiwa saya... moga kita semua sama2 sentiasa mencintaiNYA

Robin said... REPLY

sy perlukan treatment ..... ngehh~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Semut Senyum

sama2 ;) insyaallah.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Robin boleh la beratur amek ubat hehe :)

Nora Karim said... REPLY

Tak ramai blogger yg ikhlas nak memberi teguran... saya suka entri ni... sbb mmg kebanyakan remaja lalai dengan CINTA, dan lupa pada CINTA ALLAH... thanks!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nora Karim

insyaallah sama2 kita saling memperingati. saya juga masih xsempurna namun menegur utk diri sndiri terutamanya :)

Anonymous said... REPLY

saya suka baca post2 dalam blog ni, sekadar untuk mecari kekuatan... saya pernah sekali terlibat dengan cinta dulu, mungkin sebab pertama kali, maka kami leka dengan mainan dunia. Alhamdulillah, kami tersedar sebelum tersesat lebih jauh lagi. terima kasih kepada dia sebab akhirnya melepaskan saya dan cakap, bukan ini jalan yang sepatutnya. dia masih kurang ilmu akhirat, dan masih dalam tanggungan ibubapa. dia tidak boleh benjanji apa2 buat masa ni. kalau ada jodoh mungkin kami akan berjumpa kembali. itulah kata2 terakhir dia sebelum kami putus hubungan sehingga kini. saya bersyukur dengan pilihan yang telah dia pilih. tapi, jauh di sudut hati saya masih tak dapat melupakan dia hingga kini. puas dah saya cuba deviate fikiran ni jauh, tapi kenangan lalu kerap muncul dan mengganggu ketenteraman saya setiap hari. di sinilah saya mencari sisa2 kekuatan yang ada untuk terus berjuang. terima kasih dr ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

hikmah kan? baru kita tahu sst yg berlaku ada kemanisan yg sdg menanti :)

Farah said... REPLY

Salam,.terima kasih,.entry ni ckup membantu,.Alhamdulillah..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Farah

insyaallah hopefully :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta