Followers

20111010

Pisahkanlah kami jika itu yang membuatkan Engkau lebih redha pada kehidupanku

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

(via tersenyum-melihat-langit) /tumblr/

Perpisahan adalah suatu perkara yang amat menakutkan. Namun, itu adalah satu ketetapan yang perlu kita rasai dan ianya menjadi rencah dalam kehidupan. Manusia yang bercinta terpisah kasihnya. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah lalu menjadi yatim di usia yang kecil. Apabila semakin dewasa, kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, zaman sekolah menengah yang terpaksa kita tinggalkan, kawan-kawan sewaktu zaman itu, ya, perpisahan. Perpisahan pada terlalu banyak benda. 


Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =) 


Boleh jadi, apabila sekarang ini kita terputus kasih dengan seseorang, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin jua, Allah sedang mengatur seseorang yang lebih baik di masa hadapan, yang dapat membimbing kita di kemudian hari. Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari. Apabila semakin lama dengan si dia, kita mungkin akan jadi kurang malu. Allah nak selamatkan kita. Pengetahuan Allah Maha Luas dan siapa kita untuk mempersoalkannya. =)


Maka, jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah. Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah. Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik. =)



Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?
p/s: Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.

Waallahu'alam~ =)
Syukran Jazilan for reading

58 patient (s) need treatment:

hanim Nabilah said... REPLY

assalam.mohon share dik..sgt2 bermanfaat:)

Cik Rongoks said... REPLY

love to read dis..
thanks a lot..
buat ika fikir tentang diri ika skrg :(
begitu byk masa yg dibuang utk bnda2 yg xsepatutnya hingga leka dlm mengingatiNya..

4-tin said... REPLY

yaa...btul2....:)

4-tin said... REPLY

yaa...btul2...:)

ieda_life said... REPLY

mohon share...:)

NUR said... REPLY

sangat terkesan :')

thanks for the reminder.

maya_kaisara said... REPLY

salam...sungguh indah apa yang diperkatakan..semoga kita akan lebih tabah menjalani kehidupan sebagai seorang hamba allah apabila menghadapi hari perpisahan ..=)

Zairi Faiezil said... REPLY

Salam,

Wow great !!

Sungguh bermakna sekali dlm konteks perpisahan kerana ramai yg tafsirkan perpisahan hanya membawa penderitaan sedangkan perpisahan juga boleh membawa kegembiraan..

Sekian

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@hanim Nabilah

waalaikumsalam syukran =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cik Rongoks

itulah kita selalu lupa , saya pun begitu, namun itulah pentingnya kita utk bermujahadah. =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@4-tin

=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ieda_life

boleh je =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NUR

insyaallah, sama2 kita amalkan =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@maya_kaisara

tak ada satu pun milik kita, dan terima je apabila kita terpksa berpisah dgn sst/ssorg yg kita syg sebab semuanya milik DIA. DIA lebih berhak =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Zairi Faiezil

terselit kebaikan di sebalik keperitan =)

Atiqah.Idrus said... REPLY

mohon share dr cinta, lagu tu sgt menyentuh perasaan.

Maicher said... REPLY

"Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari."

suka dengan ayat ni.
jzkk sis~

nurafisha said... REPLY

reminder utk diri sendiri;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Atiqah.Idrus

boleh2 =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Maicher

insyaallah sama2 kita ambil iktibar =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nurafisha

true =)

AyAm3! said... REPLY

thanks,,ia bg smgt kpda sye,,kasih kpda ALLAH adalah s'gala galanya,, =)

-Wan Siti Aisyah- said... REPLY

Bismillah.. 1st time akak drop komen kat page adik.. Ya, benar Allah nak tunjukkan sesuatu kat akak.. Semalam akak ada baca 1 artikel lebih kurang mcm adik punya, terkesan dgn ayat sis tu yg berbunyi "Jangan contact saya kalau rasa belum sampai masa untuk kawin. Kalau dah sedia, baru cari saya semula." Memang sakit, pahit, perit nak istiqamah & mujahadah tp akak rasa itulah yg terbaik buat akak.. Doakan akak tabah menghadapi ujian nie ye dik.. Syukran=)

::AkU wAnItA BiAsA:: said... REPLY
This comment has been removed by a blog administrator.
~Dr.CiNta~ said... REPLY

@AyAm3!

sama2 =) very true

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@-Wan Siti Aisyah-

insyaallah kak, semoga kita sama2 dpt menjadi lebih tabah. Ujian mematangkan kita ;)Allah nak bgi sst buat kita, so jgn sedih & ragu

Anonymous said... REPLY

salam...
walau seislamik mane pun kte couple,zina hati ttp xbley halang kn??
sy cume nk kongsi,sy pernah ada pglmn dlm kapel ni,xderla bpglman sgt tp apa yang sy rase ialah betapa bahagianya sy bersama dia hati sy ttp terasa kosong dan semakin lama sy berasa jauh dgn Allah. dah brp kali sy cube jauhkan sy dari dia tp terasa sgt ssh. dan last sekali sy tekad untuk lepaskan dia dan niat betul2 krn Allah. Allah tu Maha Besar, xsampai 2 hari sy break dgn dia, he's in relationship again siap tukar sttus fb. Ya Allah...terasa sgt dikhianati..tp sy bersyukur sgt2,spjg sy dgn dia sy xpernah nk exposed sy nyer relatioship wif him dkt fb..i've prinsip bout that..dan apa yg sy syukur sgt2 sbb sy break dgn dia bkn sbb dia ada gurl len tp niat hati sy betul krn Allah dan xprnh terlintas yg dia ada gurl len..igt jnji Allah itu pasti...mohon peringatan kwn2, xder yg best sgt couple nie, apa yg pasti, ia akan buat kamu lalai dgn Allah. xyah nk penim2 kepale nk fikir sal nak take care sal org, ti tme kawen,take care la hubby u betul2..igt,walau kte stay wif him lame pun, berkat ke perkahwinan kte dgn dia nanti slps bertahun2 zina hati?? cmne lau tme kte kapel2 tu,ajal kte dah sampai ke..Ya Allah...bler fikir2 balik mcm2 bley jdi kan...sesapa yg xpernah kapel, pliz stay away from diss..sy taw,kte nie prmpn kan, mdh lembut hati tp xsalah cube kan..=))

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

true =') kalau sempat + berjaya kawen pun, asas dah terbina dengan sst yg haram = couple, persoalannya, adakah perkahwinan kelak akan datangnya berkat?

waallahu'alam~

ain johary said... REPLY

sngt2 btul~ :) trime kaseh dgn kate2 anda~ :)

aimie amalina said... REPLY

alhamdulillah
suke nye bace =]


perpisahan itu sakit
tetapi perpisahan itulah membuat kan diri ini sedar akan cinta dan kasih dari-Nya =]

far_east said... REPLY

entri yang membuat ku sedar...antara kami mmg tidak membawa apa2 kebaikan... mungkin perpisahan jalan terbaik!

far_east said... REPLY

mohon perkongsian di blog saya blh?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ain johary

sama2~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@aimie amalina

true, very true =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@far_east

perpisahan utk memburu cibta-Nya pula =) boleh je share =)

far_east said... REPLY

betul tue.. perpisahan makin mendekatkan saya padaNya...

shekien said... REPLY

saya setuj. perpisahan itu lebih baik daripada kita terus hanyut

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@far_east

satu hikmah besar yg kita akhirnya kan nmpak, beruntunglah kepd mereka yg dapat merasainya =')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@shekien

true =)

onie said... REPLY

perpisahan sangat menyedihkan ,but setiap perpisahan pasti ada hikmahnya kan .... :'(

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@onie

betul dear, jgn menangisi perpisahan sebab ianya akan digantika dgn sst yg lebih baik :)

Anonymous said... REPLY

Assalam..doktor cinta..
ape yg dr bgitau ni sngat2 mnikam kalbu sy,,,
malam ni waktu ni n saat ni,,,sy xbleh tidur sbb tahu sy bakal berpisah dengan lelaki yg banyak bjanji dengan sy..sedih smpai tbawa2 dalam tido..malang lgi sy xmampu atasi rasa sedih ni sedangkan saya tahu Allah itu Maha Mengetahui segalanya,,bagaimana ni? sy masih sedih,,sy skrang fikir Allah mungkin tak izinkan kami bersama..tapi kenpa hati sy berat nak atasi rasa sedih ni,,,sebab sy dah jatuh syg kat dia lepas btahun lamanya sy xtjebak dlm hubungn cinta antara manusia ni..tlong sy pliz...

najieramona said... REPLY

mashaAllah.bila bace ni.hati jadi tenang sgt.alhamdulillah.tgh2 rse tk tentu arah ni Allah ketemukan sye dgn blog ni.jzzk
semoge kesilapan smlm mnjdi titik permulaan kejayaan esok hari.doakan sye.inshaAllah :)

fatimah said... REPLY

assalamu'alaikum..thanks.. :') jazakillahu khairan KASIRON! :'D ini adalah 1 berita gembira buat saya :) teruskn usaha murni awak dr.cinta

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

waalaikumsalam :) ingt satu je dear, untuk apa happy dlm satu maksiat if Allah tak redha, utk buat satu keputusn melepaskan sseorg adalah sst yg berat ye sy taw =')


tpi apalah sgt cinta manusia, cinta ALlah, redha Allah lagi penting. biarlah terputus cinta dgn manusia, bila dekat dgn cinta Allah, Allah akan gantikan yg jauh lbih baik, tapi bila kita jauh dan putus cinta dengan Allah, apa lagi yg nak digantikan ? :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@najieramona

Syukran dear =') insyaallah amin=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@fatimah

waalaikumsalam, berita gembira dari Allah =) saya cuma menyampaikan =) insyaallah, doakan dear ~

SHAUQATUL WARDAH said... REPLY

salam..mohon share yer..:)

SHAUQATUL WARDAH said... REPLY

salam..mohon share yer...:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@SHAUQATUL WARDAH
boleh je :)

Anonymous said... REPLY

salam akak....tersentuh sgt bce cter ni..sy skrg dlm dilema..smada nk akhiri perhubungan ini @ tdk...sy syg sgt kt dia..dia pn syg sgt kt sy..sy xnk buat dia sdih...tp ada bbrapa prkara yg kdg2 mbuatkn sy tuk akhiri hubgn ni..hrp akak dpt say smthg...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

jika awak rasa dgn menyayangi dia, cinta awak kpd Allah semakin bertambah, sila kan. dan if he serious dia akan terus kpd sst yg halal dia tak akan pilih sst yg haram :)

jika dgn mencintai dia, kita semakin jauh dari DIA, beware something wrong tak kena dgn perhubungan kita dgn Allah.

:)sorry for the late reply.

yan said... REPLY

betol tu...perpisahan mmg sgt menyakitkan..tp Allah tawu ape yang paling terbaek utk kita...bnyk hikmah semua berlaku..sy pn baru je berppisah..kalu sesautu permulaan hubungan itu dgn murka Allah,mana mungkin akn bahagia..mmg sukar sgt nk pisah..tp hikmahnya mmg dpt mendekatkan sy dgn Allah..Alhamdulilah..mmg tenang..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@yan

sentiasa berfikir positif, and jgn sekali2 persoalkan takdir yg telah Allah susun sebab Allah lagi MAha Tahu ;)

Anonymous said... REPLY

As Salam dr.

saya sedang melalui detik perpisahan ini. mengenali dia untuk sepanjang 5 tahun ini membuat saya bahagia. tapi seperti mana dr cakap, dia bukan untuk saya. dia disahkan menghadapi penyakit yang tiada ubatnya dan sedang meniti hari untuk pergi bertemu penciptaNya. peritnya hanya Allah yang tahu. bila saya terjumpa artikel ini kini saya sedar saya masih ada keluarga disisi untuk dicintai dan disayangi. thank you dr for the lovely post.

bila hati berbicara (: said... REPLY

sesungguhnya janji ALLAH itu pasti =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@bila hati berbicara (:

true :))

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

semoga menjadi lebih tabah ye :) Allah Maha Mengethui :')

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta