Followers

20110903

Terima kasih Tuhan memberikan aku hidup

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Yeay raya mood masih ada, ye saya tahu cuti dah nak habis, so take care semua, I have 1 week left hehe sebab saya ber-PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dekat Subang Jaya je, so I will stay at my home lagi 1 week. Sila jealous. =) Kepada senior-senior, selamat pulang ke tanah tempat belajar ^__^/ 

Sedikit madah pagi ini;

****

Pagi masih indah seperti sedia kala, terima kasih Tuhan kerana memberikan aku hidup, udara untuk dihirup, tapak bumi yang masih bisa kupijak, cita-cita masih bisa kugapai, cinta yang masih bisa aku genggam seeratnya. 

Ya, pertambahan umur membawa kepada satu muhasabah dalam hati. Aku semakin dekat dengan DIA. Aku kerap bertanya pada diri, adakah aku bersedia menghampiri mu? Apakah aku bersedia ke sana? Andai aku bakal pergi tidak lama lagi, apakah amalan ku cukup untuk menjalani kehidupan di sebalah sana?

Aku tidak punya jawapan pasti.


Terima kasih Tuhan kerana memberikan aku hidup, sebuah kehidupan yang sungguh mencabar. Sebuah kehidupan yang benar-benar mengajarku erti ketabahan. Sebuah kehidupan yang penuh ranjau namun aku berjaya mengharunginya dengan pertolongan-Mu. Hanya Engkau yang layak disembah. Tiada Tuhan Melainkan Engkau =') 


Engkaulah yang membangunkanku di saat aku kejatuhan. Engkaulah yang mengajarku erti sabar di saat aku keresahan. Engkaulah pemilik seluruh hatiku. Terima kasih Tuhan. Terima kasih. Kerana walaupun aku terlalu banyak dosanya, Engkau masih sudi menerimaku sebagai hamba-Mu, dan berterusan memberikan aku peluang untuk satu perubahan. Meskipun aku kerap kali melupakan kebesaran-Mu. 


Sungguh, aku cinta kepada Penciptaku =') Terima kasih kerana memberikan aku hidup.

***

Well, thanks for those yang wish saya semalam, hari ni (haha awal kan, tahu tak pagi-pagi lagi dah bersemangat nak mulakan hari ni =P) and esok err. Bulan September ni bulan saya, haha. So, everyday is my birthday. Sanah helwah jugak saya ucapkan kepada Irine Nadia Marcello, kawan se-blogger saya yang berkongsi tarikh lahir. Kawan se-maktab saya, Najwa Arifah, kawan se-sekolah saya, Asked (bukan nama sebenar) kawan se-imam muda eh IM Najdi esok besday dia.




hye hye baju raya baru =)


moshi moshi =)


tetap reply even no tak kenal, terima kasih sebab sudi ingat =)


ye, saya lah tu yang excited sangat nak sambut besday -_- eh jadi jugak lukis dress raya ni


Lastly; Selamat Hari Raya semua Saya just nak buat sikit announcement je. Beware of some fake profile/blog of mine; i've only have my blog Dr.CintaPunyeBelog http://dirikudrcinta.blogspot.com/; (perhatikan URL betul-betul taw) tumblr http://dirikudrcinta.tumblr.com/, twitter (FWaheeda), and this 2 fb account; Tg Farra Waheeda & Dr.CintaPunyeBelog Official Page. The others is not mine. Saya baru terjumpa belog macam saya eh tapi entry dia sebijik tapi tak pelah biarkan je, maybe dia nak baca banyak-banyak kali dekat belog dia cuma saya risau dia ada letak gambar tak tutup aurat, err so saya agak worry di situ, bimbang, orang fikir itu saya. T____T Saya tak de letak-letak gambar dekat social network ni, yang jelas macam tu. Saya pemalu-__-


Okay syukran sebab masih support saya sehingga kini, update laju-laju sebab saya nak balik rumah nenek, dekat rumah nenek tak ada line maxis (Mr.Broadband saya) so saya maybe tak dapat online macam dekat rumah makcik saya sekarang ni wi-fi 24 hours.


I will be back soon with more updates, keep waitin' =)

Terima kasih semua =)

Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta