Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

8:06:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, akhirnya tibalah kita berada dalam bulan Ramadhan ini yang penuh berkat. Semoga setiap dari kita dapat kembali menyucikan hati dan diri (termasuk saya) dalam bulan Ramadhan ini, ternyata Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berubah dan bertaubat dalam bulan ini =')


Harapan Ramadhan; Raihan & Manbai







Of course dalam bulan Ramadhan ini, ada sesuatu yang kita buru; sebelum tu ada sedikit trivia.

Apakah dia;

Sebaik-baik siang?
Sebaik-baik malam?
Sebaik-baik hari dalam seminggu?
Sebaik-baik bulan dalam setahun?

Jawapan: Siang hari Arafah, malam Lailatul Qadar, hari Jumaat, dan bulan Ramadhan.


Malam Lailatul Qadar itu yang kita buru; cuba kita hayati sejenak surah al-Qadr ini.

teaser: this is my college buletin~
Semoga kita dapat menemui sebaik-baik malam itu; Ramadhan ini adalah peluang untuk kita memperbetulkan diri. Yang mana silap, perbetulkan, yang mana keruh jernihkan. Peluang yang Allah berikan semoga saya dan anda dapat mempergunakan sebaik-baiknya. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar.” (Riwayat Ibnu Majah)

 

Ramadhan; ketika nafsu dilentur menahan lapar dan dahaga, ketika fikiran disinari wahyu dan sabda, ketika hati bersih dalam solat-solat Terawih kita, ketika berkat yang diambil seawal pagi dalam sahurnya, ketika kita
berlumba-lumba mengkhatamkan al-Quran, ketika puasa itu telah berjaya melatih diri kita menjadi manusia yang hebat rohaninya dari melakukan perkara-perkara yang terlarang, ketika seluruh anggota tertahan dari melakukan dosa; adakah semua ini hanya pada bulan Ramadhan? 


ini medan kita menjadi graduan yang berjaya


Namun, bila Ramadhan telah meninggalkan kita, semuanya sekadar peninggalan semata-mata. Sehingga hilang menjadi sejarah yang hanya akan berulang sewaktu Ramadhan. Ketika kita bertahmid, bertakbir, bertasbih, terasakah kita membesarkan Allah? Terasakah kita hanyalah seorang hamba yang kerdil yang hanya mampu mengukir tadbir sedangkan pada-Nya lah segala takdir tertulis. Semoga kita dapat meneruskan amalan ini secara  istiqamah dan berterusan. Ramadhan ini medan latihan. Latihlah jiwa menjadi yang terbaik. Kita bakal menjadi graduan dalam UNIVERSITI RAMADHAN ini. 


Owh, saya ada sesuatu untuk anda, say yeay! ^___^Profile Facebook 'Saya Pelajar Universiti Ramadhan' Banyak colour yang saya bagi kat anda semua.



 p/s: variety of colours =)

boleh jugak datang dekat Dr.CintaPunyeBelog Official Facebook untuk freebies yang lain =)

source


source


Panduan Makmum Solat Terawih



Yang ni saya ambik dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ramadhan 1430 H/2009 M (What dah lama?)


p/s: Selamat bertarawikh; Puasa rasa macam tawar dan hambar jika kita tak buat solat terawih! Rebutlah peluang ini, jangan kita berbuka puasa sampai ke moreh~ =D

kredit to SOLUSI.

38 patient (s) need treatment

  1. ain amik satu ye doktor cinta =)

    ReplyDelete
  2. salam Ramadhan serta selamat menunaikan ibadah puasa dr sy a.k.a zulaikha..^_^

    ReplyDelete
  3. Wahh! Menarik sekali entri blog kali ini. Freebies lagi..

    Yeayy! Thanks Dr. Cinta.. :-)

    ReplyDelete
  4. mintk copy ye pic itu..

    ReplyDelete
  5. Moga Ramadhan kali ini membuahkan ketakwaan dalam diri kita,amin..maaf zahir dan batin (^_^)

    ReplyDelete
  6. dr cinta, mohon satu gmbar saya pelajar universiti ramadhan tu boleh?

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum..
    lawa badge tu..
    saya ambil satu ye wat dp fb saya..:)..
    minx izin ye..

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:06:00 AM

    Hi

    What do you thing about below diet supplement? I'm going to buy something good for muscle growth. Please give me a piece of advice.

    [url=http://www.universal-nutrition.pl/universal-amino-2700.html]Universal Nutrition Amino 2700[/url]

    ReplyDelete
  9. @محمد حذوان بن حميدان

    insyaallah Ustaz~ :) Amin. minta maaf juga salah silap~

    ReplyDelete
  10. @CikNuwairah

    waalaikumsalam & syukran~ boleh silakan :)

    ReplyDelete
  11. salam Ramadhan..

    saya pun minta izin copy badge tu ye..nk letak di profile facebook.. :) terima kasih banyak2..selamat berpuasa..

    p/s : jalan2 tu singgah la blog saya..boleh bagi tunjuk ajar..http://drama3s.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. dr cinta.. nak satu juga ye pic universiti ramadhan ni! =)

    ReplyDelete
  13. @@ dramatic @

    slmt berpuasa jugak~ :) insyaallah

    ReplyDelete
  14. salam ramadan dr cinta

    ReplyDelete
  15. dr.cinta,trah ambik satu ye.nak d jadikan prof pic fb bole?.hee..

    ReplyDelete
  16. salam ramdhan. dr.cinta, zatty mohon share gambar from tumblr tu & gambar prof pic fb skali ye. tq. :)

    ReplyDelete
  17. salam alaikum! saya ambil satu boleh? terima kasih.. :D

    ReplyDelete
  18. "hidup pokok berbuah, hidup manusia berbudi"
    terima kasih atas perkongsian.
    semoga tuhan memberkati. insyaAllah. amin.

    ReplyDelete
  19. comey sgt ur design..;)

    ReplyDelete
  20. salam ziarah..mintak izin ambik satu badge pelajar ramadhan :) syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  21. @nazifa

    boleh je satu je ke ? ^__^/

    ReplyDelete
  22. @diba

    syukran all praises to HIM =)

    ReplyDelete
  23. @z

    syukran sebab sudi ziarah :) boleh & afwan :)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers