Followers

20110708

Ikhtilat 7: Bagaikan bertukar baju

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) This semester terlalu sibuk, saya mohon maaf if saya tak sempat nak update, ramai yang tanya, so sorry dear. Saya inform awal-awal. =) Kepada adik-adik yang ambil exam besar macam UPSR, PMR & SPM, rajin-rajin lah berusaha and capai kejayaan. Perjalanan kita terlalu panjang lagi jangan mess dengan benda-benda yang tak penting ye =) 


Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah!

(Drawing sekadar ilustrasi)

Kebanyakan kita:



Seseorang yang terlalu mudah mendapatkan cinta, suatu hari dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cinta sejati.


Datang dan pergi. Bertukar ganti. Bersilih ganti. Yang lama menjadi sejarah. Kemudian mencari yang baru. Kenapa?

@Ini bukanlah cinta
@Masih terlalu awal untuk anda dan saya bercinta

Ianya cuma satu perasaan 'tertarik' yang merupakan satu naluri semula jadi semata-mata. Lelaki tertarik pada wanita dan begitu juga sebaliknya. Rasa tertarik ini bukan cinta, kerana ianya baru berada di permukaan (surface) hati bukan di dalam (in-depth) hati. Ia belum bersifat kekal dan boleh berubah-ubah kalau ada cabaran yang mendatang. Dalam situasi ini orang yang mengalaminya berpotensi untuk mengecewakan dan dikecewakan. Ada kemungkinan nanti, anda tertarik dengan yang lain, maka si dia anda akan tinggalkan. (Pahrol Muhd Juoi-Tentang Cinta)


Hati kita Allah yang milliki. Diri kita seluruhnya, dalam takdir-Nya. Perasaan manusia sentiasa berubah-ubah. Jangan mengharapkan ketetapan. Semuanya bersifat sementara. Berapa kali hati dan perasaan diserahkan kepada yang bukan hak? Berapa kali hati dan perasaan diserahkan kepada yang tidak layak? Kita sendiri punya pilihan sama ada untuk terus-terusan menjaga diri sendiri mahupun terus membiarkan diri dilukai kembali. Apa yang ada pada sebuah nama suci cinta andai fitrah yang Allah anugerahkan itu menjadi fitnah. Allah menciptakan hanya satu hati untuk dijaga, dibajai dengan ilmu dan menyerahkan seluruh ketakwaan kepada-Nya. bukan seluruh ketaatan kepada yang bukan berhak memiliki. 


Andai kita pernah tersilap langkah dalam mengatur drama kehidupan, kita masih mampu  untuk memperbetulkan skrip yang tersalah, tapislah di mana-mana yang perlu sebelum kita sendiri menyaksikan perbuatan kita di dunia nanti di mahsyar. Drama kita di dunia yang penuh leka dan alpa. Masih sempat untuk memperbetulkan kesilapan.


Wallahu'alam.

p/s: my tweeter.

Syukran Jazilan for reading

19 patient (s) need treatment:

mohdikhsan said... REPLY

Can i have your email pls. Already click on the link but mine dont have any Outlook.

Anonymous said... REPLY

salam....
mmg kita manusia punya hati yg sentiasa berbolak balik..btol x??sbb tu ada doa minx supaya kita sentiasa thabat atas jlnNya...ok, klu kita tertarik kt seseorg, agak mustahil utk kita tertarik kt ramai org dlm satu masa...persoalannya, cmne nk tau org tu adalah org yg btol??dgn istikharah...lagi??

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@mohdikhsan

banafsajiyu_purple@yahoo.com

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

istikharah dilakukan apabila kita dibentangkan dgn 2 pilihan, sama ada A/B. jawapan istikharah tidak semstinya melalui mimpi smeata-mata, namun ada juga melalui ketenangan hati terhadap salah satu darinya.

berdoa adalah slah satu darinya, ye mmg kita tak boleh duduk saje je tunggu jodoh and tidak mencari, namun pencarian itu ada caranya, perlulah trpelihara dalam syariat. bukan hanya semata-mata berdoa & menunggu.

bila kita tidak slah memilih, and jika dia ternyata benar psgn kita, kita tidak akan teragak-agak utk memulakan langkah seterusnya (yakni meminang atau seterusnya) biasanya org yang tak series dlm perhubungn, takkan terfikir utk ke step yang lebih halal. wallaahualam.

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said... REPLY

bahaya kalau selalu tukar2 neh. hmmmm

umarmarwan said... REPLY

hidup ini ada tujuan..jgn kita lupa..

Ash Shikano said... REPLY

men2 tukar2 lak~ senang betul!
hati tak tetap neyh..kene jumpe doc cinta..haha

azeelia azman said... REPLY

sy pernah melakukan kesilapan & alhamdulillah dibukakan hati utk berubah :)

Pen Hitam said... REPLY

salam dr,
sesiapa sahaja yang dah terjebak dalam kes 'cinta' ni selalunya susah untuk pulih. pelbagai penyakit dah menyerang hati walaupun fizikalnya nampak sihat.

penulisan dr semuanya memberi manfaat. semoga sentiasa istiqamah

Pen Hitam said... REPLY

salam dr,
kebanyakannya yang sudah terjebak dalam masalah cinta ni susah untuk pulih melainkan dia sentiasa berusaha untuk berubah.

cinta manusia tidak pernah membahagiakan melainkan dengan keredhaanNya.

penulisan dr. banyak memberi kesedaran dan manfaat. semoga dr. farah waheeda sentiasa istiqamah dalam menyebarkan dakwah ni.

:) http://www.pen-hitam.blogspot.com

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@♥GAdiSMeRaHJaMbU♥

org yg terlalu sng dptkan cinta; akn susah nak dptkan cinta sejati, peace ^___^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@umarmarwan

true;cinta semata-mata bukanlah tujuan utama~ melainkan cinta Illahi =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ash Shikano

semoga kita terlindung =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@azeelia azman

insyaallah semoga Allah melindungi kita; dan perubahan itu adalah kekal, amin~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Pen Hitam

true; huhu~ insyaallah, sama-sama kita berjuang utk memburu redha Allah =)

Anonymous said... REPLY

mohon share ye...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

boleh je share ;)

Cik Zaza said... REPLY

nak share doc cinta..hehehehe tq :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cik Zaza

sure boleh je :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta