Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) School break pun dah nak habis but I have one week more left. So, say yeay! ^___^ Dekat bawah ni sebuah kisah yang boleh kita ambil pengajaran.
Browse for more pictures? Do visit my tumblr.
Suatu ketika di Mesir, terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat, dia ke menara untuk mengumandangkan azan.
Di bawah menara tersebut, terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya:
“Apa yang kau mahukan sehingga datang ke rumahku?”
Jawab lelaki itu: “Aku inginkan kamu.”
“Kenapa kau suka kepadaku?”
“Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu”
“Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu akan berlaku,” balas gadis itu.
“Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin menikah denganmu.”
“Tetapi aku seorang Kristian dan kau beragama Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk bernikah denganmu.”
“Jika demikian, aku rela memeluk agamamu.”
“Baiklah, jika itu kemahuanmu, aku bersedia untuk bernikah denganmu.”
Akhirnya, lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.
Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi.
![]() |
| one day you will understand |
Waallahu'alam~
p/s: perlukah menggadaikan agama demi cinta?
p/s/s: credit to SOLUSI.



Farah Waheeda/22/trainee-teacher/Keep Calm and Don't forget to be awesome ❤







16 patient (s) need treatment:
itulah. ajal sampai bila-bila pun akan tiba. sayang kerana seorang perempuan cantik sanggup tukar agama.
sangat2 x perlu.. (^_^)
nice post!
@Aimi Dayana Bahari
kita tidak tahu pengakhiran kita right? maka beramallah seolah2 kita mati esok hari dan bekerjalah seumpama kita hidup selama-lamanya.
wallahu'alam~
@محمد حذوان بن حميدان
syukran ustaz~ =)
cinta kepada Allah...terbaik
salam joining and follow
@azam
jgn tersalah pilih CINTA~ =) thnx!
cinta sampai tergadai agama?nauzubillah..minx dijauhkan..btw nice post dr cinta..=)
@Hafiza Omar
syukran jazilan. all praises to HIM. =)
xperlu! comel nyer doodle :)
sbb cinta boleh bertukar agama?sepatutnya dye membawa gadis tu masuk islam.bukan sebaliknya.
hanya kerana seseorang yang bergelar perempuan.
salam.
how to know that someone can bring us to jannah? =)
@Atiqah
seseorang yang apabila kita mencintainya, dapat menambahkan kecintaan kita kepada Allah, malah lebih lagi.
seseorang yang sangat melindungi kita sehinggakan dia tidak sanggup menyentuh hati kita yakni tiada sms-sms cinta palsu, calling2 rindu berjam-jam, jika dia menyintai wanita itu, dan inginkan wanita itu menjadi ibu kepada anak2nya, dia akan benar2 menjaganya~
waallahu'alam~ =)
@Mekz's!
perempuan itu fitnah terbesar, sangat susah utk dijaga.
@rara pinkmafia
sebab cinta, ramai manusia buta.
saya rasa hidupnya lelaki tersebut dalam kisah tersebut menyerupai kisah ahli ibadat dari Bani Israel yang bernama barshisha yang hidup 220 tahun tanpa berbuat maksiat walaupun sesaat Allah tentukan tempatnya di kekal daam neraka selama2nya mati dalam kekafiran kerana arak itu pun sebab godaan iblis yang akhirnya mati sujud kepada syaitan. Kerana iblis katanya nak jadi mcm aku buatlah satu maksiat minum arak pastu berbuat Barshisha buat gitu dan seterusnya mabuk dan hukum gantung sampai mati dan malaikat rentap nyawanya.
Post a Comment