Followers

20110526

Tips untuk mengelakkan iman luntur

Bismillahirrahmanirahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Boleh terjah tumblr saya, my another clinic. =)


Fuh, baru lepas kemas barang dan bilik. Saya nak balik malam ni, doakan perjalanan saya selamat sampai ye. Rasa macam dah lama tak buat tips-tips ni. Lets check it out!

 
Rasa iman turun naik? Begitulah iman kita sifatnya, terkadang kita merasakan diri kita cukup baik atau mungkin juga terkadang kita merasakan kita berada antara dua persimpangan dalam memilih pilihan sama ada pilihan yang baik mahupun sebaliknya.


@Tingkatkan kualiti ibadah

Rasulullah adalah qudwah hasanah kita. Maka, sewajarnya kita mencontohi cara Rasulullah s.a.w beribadah. Walaupun Baginda s.a.w telah pun dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik. Kita ? Penentuan hidup kita masih kabur, jalanan yang dilalui penuh onak berduri, adakah syurga atau neraka (na’uzubillah) menjadi kediaman kita di negeri akhirat yang kekal nanti ? Sungguh kita tidak tahu ketentuan-Nya. Namun, kita masih berleka-leka dengan nikmat duniawi. Ingatan buat diri ini yang sering terlupa.


Allah berfirman: 

‘Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya’ (Riwayat al-Bukhari)


@Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah

Oh susahnya nak khusyuk masa solat! T____T masa ni lah semua orang dapat jadi investigator yang terbaik, masa ni lah boleh selesaikan soalan add maths satu muka surat. Isk. Nak tahu tak ? Khusyuk ni boleh diperoleh dengan jalan mujahadah. Usaha, dan berusaha sentiasa. Antara cara-cara nak khusyuk salah satunya ialah memahami makna-makna bacaan solat. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. So, nak melembutkan hati-hati yang keras ni adalah dengan melemahkan nafsu. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama dalam solat.

[Apresiasi] Memburu khusyuk

@Selalu menghadiri majlis ilmu

Manusia sifatnya adalah sentiasa terlupa. Maka, harus diingatkan berkali-kali. Majlis-majlis ilmu ini merupakan antara taman-taman syurga. Kadang-kadang saya sendiri rasa, if tak pergi majlis ilmu yang tersangat lama, saya sendiri terhilang pedoman sebentar. Dah eksperimen dah. Hati macam kosong je. -__-


Okey, banyak lagi tips-tips. Boleh check it out jugak. Antaranya:


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua readers-reader tersayang. =)

[Apresiasi] love her doodle very much.

p/s: credit to SOLUSI.

Syukran Jazilan for reading

4 patient (s) need treatment:

Suhana Samsudin said... REPLY

assalamualaikum. saya agak konfius, sujud lama-lama dalam solat. maksud saya, kita sujud dan berdoa atau dalam masa tu kita berzikir sekali?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Suhana Samsudin

waalaikumsalam~

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."


selalu sujud lassst tu, lepas zikir, kita boleh berdoa. sebab tu certain orang sujud lama. =)

Waallahualam.

QN said... REPLY

berdoa dalam hati..
kalau cakap tak sah solat.
wallahualam.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@QN

yup betul lah tu. =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta