Ketidak ikhlasan mencipta anjakan paradigma meruntuh diri

3:16:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~


[Apresiasi] Kitakah hamba terbaik?






(Fana Pesona-Mirwana)



Aku sendiri sudah jemu berharap dan akhirnya aku berhenti berharap. Maka berhentinya pengharapanku itu bagaikan terhentinya semua anjakan paradigma yang sedang cuba aku lakukan. Malah aku sendiri kaget mengapa semakin hari, setiap hari, ianya semakin membelenggu diri. Hidayah seakan DIA tarik kembali. Taubat semakin samar. Misi yang ku letak tinggi telah menumbang. Semuanya kerana musnah harapan dan ketidak ikhlasan mencipta anjakan diri. Sukarnya mendapatkan taubatannasuha. Perlahan-lahan aku bentangkan sejadah di sepertiga malam. Aku mencari kembali cahaya kasih-Nya. Untuk mengharungi kehidupan yang penuh fana. Moga hidayah yang tersisa ini Dia terima. Moga aku yang berdosa ini Dia masih mahu memandang. Moga aku bertaubat dengan taubat nasuha. Amin.

0 patient (s) need treatment

Instagram

Followers