Followers

20110505

Definisi Infiniti Cinta – Cinta Pertama (Part I)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

Ini bukan semata-mata kisah cinta atau sebuah perjalanan memburu cinta-cinta kecil yang tiada kesudahannya, ini adalah kisah cinta memburu cinta Tuhan, yang amatku cintai, dan moga cintaku dapat dibuktikan dengan amal perbuatanku. Semoga Allah memandangku serta amalanku sebagai pembuktian cinta yang sukar untuk aku ungkapkan meskipun di sepertiga malam. Air mata itu bagaikan murah menangisi setiap detik perlakuan kehidupan di muka bumi pinjaman Allah. 


Manusia selalu berkabung kerana cinta – parahnya cinta yang sukar didamba atau dimiliki. Walhal, yang mencintai kita, kita terlupa. Kita terlupa memberi cinta kepada yang berhak. Lalu, melupakan. DIA itu mengurniakan cinta. Sehingga kita pernah tersesat dalam pencarian cinta sebenar...


(I)

(PMR)

[Apresiasi] Aku tidak segah dia

Aku masih ingat suasana pagi itu. Indah. Aku mengenakan pakaian sekolah. Tahun itu aku mengambil peperiksaan PMR. Seindah ukhuwah di dalamnya, aku jadi rindu! Rindu pada sahabat-sahabat. Rindu pada si dia. Hmm. akan ku khabarkan entah apa ceritera.


Aku gadis innocent. Aku naif dalam pencarian cinta. Walhal azam ku tika ini adalah pelajaranku sendiri. Cinta bukan mainan, kawan. Aku memasang tekad untuk berjaya dalam PMR; 9A itu pasti.


Hatiku terkadang terusik saat sekelas denganmu. Tapi aku lebih banyak mengabaikan. Aku gadis pendiam di hadapan muslimin namun aku tetap ceria di hadapan muslimat. Tarbiyah di bumi tarbiyah amat kurindui kerana aku sedang berjauhan dari situasi itu sehingga turut menjeratku.


Aku melihat kau ketawa pun aku sudah cukup bahagia
Aku melihat bayangmu sahaja sudah cukup membuatku gembira
Aku melihat kau tersenyum dari jauh pun aku akan tersenyum jua

Pesanan ringkas dan padat

Indahnya cinta pertama saat diulit dengan buku-buku sekolah. Aku tahu, hanya aku yang cinta bukan engkau. Maka, kekecewaan lebih banyak kurasai. Tapi aku tidak kisah, kerana aku ubati dengan pelajaranku. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapatkan straight A seperti yang aku idamkan.


Aku berterima kasih kerana engkau pernah menjadi pendorong ku
Aku berterima kasih kerana engkau pernah menjadi penyalur semangatku
Aku berterima kasih kerana engkau pernah membuatku bahagia.


Pelajaran itu lebih ku utamakan. Prinsip ku tidak ada cinta semasa sesi persekolahan. Dan alhamdulillah, aku berjaya.


(II)


(Selepas SPM)


Aku jadi rindu pada bayangan kamu. Ya, kita langsung tidak pernah bertegur sapa. Berselisih pun aku malu. Aku terlalu pemalu. Maka aku lebih banyak mendiamkan dari sahabat-sahabat yang aktif berkata-kata.

[Apresiasi] Indahnya jadi anak kecil, tiada yang merunsingkan =)

Pengalaman berada seatmosfera dengan kamu suatu masa dulu pernah turut memacu kejayaanku. Terima kasih.


Satu hari aku telah mengetahui yang benar tentang diri kamu. Ya, kamu sudah dimiliki dan memiliki. Justeru, perasaan harus dihapuskan. Kerana aku tidak mahu hati menderita. Menagih pengharapan. Dengan itu, berakhirlah sebuah perasaan dalam seorang aku terhadap cinta pertama yang aku kira engkau tidak pernah tahu.


Mencintai Dia adalah sebaik-baiknya. Dan seharusnya kita tahu, mencintai sesuatu yang kita tidak mampu idamkan, merupakan latihan kepada diri agar bersikap tidak terlalu mengharap atau kita sendiri merancang takdir sehingga terlupa Dia penyusun takdir yang terbaik.

to be continued...

p/s: Memendam perasaan/crush bukan selalunya indah

Syukran Jazilan for reading

12 patient (s) need treatment:

nawwar_hanifah said... REPLY

memendam perasaan itu indah saat kita terlihat dia dlm diam~
tapi sakit sebab memendam itu lebih dari indahnya rasa tu..lebih2 bila kita cuba buang perasaan tu jauh2..

i share the same thing~huhu =D
still trying finding something that can cure me =)

umarmarwan said... REPLY

cant wait tuk episode setrusnya^^

... said... REPLY

as salam..
alahai..kiut jer entri ni.
moga cinta-Nya yang zue cari, mendapat redha-Nya

=)

... said... REPLY

adei..tersilap. ini dr. sorang lagi cikgu. adei.huhu

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said... REPLY

Maafkan Cik Bunga yerkk... !___!)

Mintak diri dulu, isk²... :(

... said... REPLY

ada masalah feed dalam blog ni. minta betulkan. patut la kat blog saya takde kelaur info update entri terbaru..ada feed error rupanya..
adei..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nawwar_hanifah

yeah... tapi lebih banyak hikmah yang kita belajar~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@umarmarwan

tggu lagi 3 episod hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@...

zaman kiut miut, hehe, cinta-Nya adalah keutamaan. apapun yang terjadi cuba cari hikmahnya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@...

? tak faham

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@♥.::cintabunga™blogspot::.♥

eh eh =)

zawani said... REPLY

salam..bile bca entry ni..teringat zaman sek dlu..hik2..lebih suke pendam klu suke kat seseorg..wlupn dia juga menyukai..tp x brani nak cuba..sama mcm dr cinta..pljrn lebih diutamakan mase tu..Alhamdulillah..

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta