Anak murid & Facebook

6:15:00 PM

Bismillahirrahmairrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)


(Seremban)

‘Naim!’ Aku memanggil seorang sepupu sahabatku. Dia baru berumur 10 tahun. Manis. Petang itu, keluarga sahabatku mengadakan majlis hari jadi dan barbeque sekali.


‘Naim, dah solat?’ Aku dan sahabat bertanya. Ya, itu soalan wajib aku kepadanya Menyedari tugasku sebagai bakal pendidik amatlah mencabar.


‘Belum’ Dia tersengih-sengih.


‘Tapi sekejap lagi masa Maghrib Naim solat’ Mungkin dia teringat bicara saya dan sahabat tentang wajibnya solat itu kepada umat Islam sewaktu di kedai makan tengah hari tadi.


‘Naim jangan janji je tau? Naim kena buat. Nanti ustazah nak tengok’ Aku dan sahabat tersenyum kepadanya.


Maghrib itu benar-benar dia solat. Anak kecil, mudah dilentur. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ahli keluarganya macam pelik-pelik sikit.


‘Eh, Naim solat?’ Terkesima mungkin. Alhamdulillah. Semoga sepanjang ketiadaan kami sebagai ‘pemantau yang tidak dilantik’, Naim menjadi anak yang soleh dan mendengar kata.

Kami meneruskan perbualan lagi.


‘Naim ada facebook?’ Entah macam mana soalan ini terkeluar. Hehe


‘Tak ada, tapi Naim tumpang facebook ayah.’


‘Tapi kakak ada’ Dia sambung.


‘Jangan cerita tau dekat kakak, nanti dia tak kasi kita main game dengan dia nanti.’ Kami tersenyum.


‘Kakak ada facebook. Hari tu, dia tulis I love you dekat budak lelaki mana tah’


Kakaknya baru berusia 11 tahun.


Owh dunia, semakin sukar tanggungjawab kami sebagai bakal pendidik.


14 patient (s) need treatment

  1. errkkk !! baru 11 tahun?? walla. sungguh. sukarnya tugas sebagai seorang pendidik untuk masa depan mendatang. keep up a good work. insyaALLAH. everything will be fine. ;)

    ReplyDelete
  2. anak saudara saya pon mudah dilentur
    umur dier bru lapan thun...
    saya suoh dier solat asar tp dia kte xde telekong...
    saya pnjamkn telekong & gmbiranya saya time maghrib dia pndai mntak pnjam telekong saya utk solat...
    tp sedih parent dier x sediakn telekong utk dia...
    :(

    ReplyDelete
  3. wahh... kemain kakaknyee ^^

    ReplyDelete
  4. @HAJAR hasan

    cabaran baru dalm mendidik anak murid~ yang awal lagi tu pun ada, dunia kini tak dak apa dah nak terkejut

    ReplyDelete
  5. @Saya Suka Kongsi Ilmu

    budak2, lentur dari dia kecik insyaallah dia akan mudah faham, tapi sygnya parents pulak yg tak titikberatkan hal pendidikan agama ni sedari kecil. susah bila parents sendiri tak titikberatkan hal utama ni~

    ReplyDelete
  6. @ishiko

    bahaye2~ budak2 zaman sekarang

    ReplyDelete
  7. susah nk didik anak2 klau hnya mlut yg b'kata tp kita sndiri x wat...
    action speak louder than words, doesn't u agree?

    ReplyDelete
  8. ahahaha.. comel je perbualan ni ;)

    ReplyDelete
  9. Salam, nice blog btw. :)
    just nak share my experiences, saya sndri mengambil kursus perguruan dan baru selesai menjalani prktikal.
    i taught standard 5 students and yes,I had encountered such situations. berbeza sngguh berbanding how we went through our primary times. budak skrg dah maju which is walaupun bagus, too much exposure adalah merisaukan sbb they don't know how to control these things let alone to differentiates whats good and whats not. :)

    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  10. @Ezza Hamdan

    dulu masa kecik2 main batu seremban, kejar2 sekarang budak2 maen psp, facebook :) cabaran dunia masa kini

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers