Followers

20110411

Repost : Jawatan; anugerah atau amanah?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) (Baru lepas habis MUET test oh pleasee, T___T then update laju-laju sebab nak pergi kelas Perkembangan Kanak-kanak)


Eh TER-update lagi? Ya, update lagi sebelum saya benar-benar meninggalkan anda untuk beberapa ketika lagi. Ini adalah post dari belog sini. Boleh menjenguk dan mengutip ilmu di sana juga =) Saya edit balik lah sikit-sikit kan.Mungkin dah ada yang pernah baca kalau yang belum baca lagi, silakan. Ianya penting untuk kita semua, sebagai pemimpin, ya, setiap dari kita adalah pemimpin. Begitulah seperti sabda Rasulullah. 

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu.”

( Hadis Sahih Bukhari )


(sekadar hiasan) Jawatan adalah anugerah?

Kegembiraan dalam kepimpinan

Diharapkan dapat membuka mata hati yang mungkin selama ini ada yang tertutup dan membuka minda kita yang selama ini mungkin terjumud. Barangkali. Semuanya berlaku tanpa kita sedar.



Apakah perasaan anda andai anda menerima satu tanggungjawab? Berada dalam satu saf kepimpinan; anda bangga? anda teruja kerana dapat memenangi pilihan raya kampus (PRK), anda seronok senyum hingga ke telinga? anda bahagia kerana dapat menewaskan calon-calon yang lain? Sedikit, mesti ada.... kerana kita hanyalah manusia, hanyalah hamba Allah yang banyak kurang sana sini. Perasaan itu tetap ada.

 

Cuma, tidak takutkah kita? Itu tandanya bermulalah satu tanggungjawab yang perlu kita galas, sejak itu banyak masalah yang perlu kita kendalikan, sejak dari kita memikul tugas itu, banyak perkara yang harus kita titik beratkan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kepimpinan merupakan satu amanah dari Allah, bahkan ini merupakan satu tanggungjawab yang maha berat kepada manusia. Yang paling utama; jangan pernah mengeluh untuk terus berjuang di jalan Allah dan pimpinlah orang-orang dibawahmu dengan agamamu. Jangan buat sesuka hati.



Ketakwaan dalam kepimpinan
Kata-kata Umar al-Khattab

Jadilah orang yang bertakwa dalam kepimpinanmu, semoga Allah merahmati kepimpinan kalian. Maka pimpinlah dengan ketakwaan.


“Allah menjadi pembela orang yang bertakwa” (al-jasiah: 19)



Usah berbangga dengan jawatan, yang penting laksanakanlah amanah itu dahulu. Jika jawatan dilihat sebagai satu amanah, insyaallah kita akan sentiasa berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan takut dan bimbang kepada Allah, tetapi jika jawatan dilihat sebagai satu anugerah, lambat laun kepimpinan akan pincang sendiri dengan kepentingan kendiri.


Rasulullah s.a.w bersabda;


“Setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya”


Yang pasti; matlamat tidak menghalalkan cara. Bijaklah dalam menguruskan, jangan campurkan yang halal dan haram bersama, dibimbangi Allah murka. Pimpinlah sebaik-baik mungkin kumpulan sasaranmu dengan redha Allah bukan hiburan semata. Ingatlah setiap apa yang kita perbuat ini akan ditanya kembali oleh Allah di sana. Kehidupan di dunia ini tidaklah kekal seperti yang kita tahu, bahkan negeri Akhirat di sana jauh lebih kekal.

Matlamat tidak menghalalkan cara

Umar Ibn Aziz sering berdoa; “ Ya Allah, jauhkanlah jawatan khalifah daripadaku seperti dijauhkan timur dari barat.”



Sebagai pemimpin, sewajarnya mereka ini mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:


Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.”
Pimpin jangan pincang

So, kepada bakal-bakal pemimpin atau yang sedang dalam saf-saf kepimpinan, pimpinlah organisasimu sebaik-baik mungkin, ya, ianya bukan suka-suka, kerana Allah akan menyoal kita satu hari nanti. Kepimpinan bukan bahan mainan untuk meraih kepentingan duniawi sahaja yang penting saham akhirat jangan dilupa, amanah jangan dipersia. Tanggungjawab tetap menjadi keutamaan.



p/s: Repost, sebab saya rasa ianya penting dalam kehidupan seharian, nasihat buat diri sendiri terutamanya. =) Selamat bermuhasabah~

Wallahu'alam~ =)

Syukran Jazilan for reading

0 patient (s) need treatment:

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta