Monolog #3 : Monolog seorang pendosa

1:19:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, akhirnya detik ini saya masih dapat menulis sedikit peringatan kepada diri saya sendiri, terutamanya dan pembaca sekalian. Terima kasih sudi respons pada entry yang lepas. Esok 11 April, saya akan menjalani ujian MUET start 7.30 a.m. Wish me all the best =)



Firstly, nak minta maaf sebab lama dah tinggal belog ni. Hmm. Tugasan terlalu banyak. lepas ni saya juga mungkin akan meninggalkan anda lagi. Lega tengok dekat bahagian 'On Call' dekat sebelah sidebar ni dah banyak bertanda. Tinggal nak contact Profesor Sidek Baba for my assignment. Hehe. Assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berkenaan tokoh. =) 


Jom kita mulakan muhasabah~





Yasin, Nur Kasih

Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Yang terzahir dan yang tersembunyi. Meskipun cuba untuk menutup seribu rahsia, Allah itu lah jua yang mengetahui. Tiada nikmatnya menjadi seorang pendosa. Gembiranya cuma seketika, bahagianya bertukar menjadi derita, tawanya cuma sebentar, kerana tangisnya yang berpanjangan. Maksiat awalnya nampak bahagia namun akhirnya engkau sendiri yang merasakan derita.

***
[Apresiasi] Kita serupa tak sunyi dari melakukan kesilapan

Ya Allah, 

Aku tahu aku sudah terlalu banyak menyalahi perintah-Mu. Aku tahu betapa banyak murka-Mu yang telah aku cipta. Aku juga tahu tentang perkhabaran azab pedih neraka yang akan membakar itu derita. Aplikasi ilmu tidak semudah berbicara. Itu kesilapanku. Aku seorang pendosa, ya Allah. Bagaimana untuk ku persembahkan segala amalanku yang serba sedikit ini, aku malu ya Allah.




Dunia yang ku tahu cuma persinggahan, aku tidak gunakan untuk mengumpul ilmu di dada, sebaliknya aku mengkhianati amanat yang diberi sebagai penuntut ilmu. Dunia yang ku tahu seharusnya menjadi penjara mukmin, aku telah menjadikan ianya sebagai syurga kehidupan. Alangkah ruginya aku. Iman terkadang naik terkadang turun. Kerana aku tahu, aku tidak sesempurna mana. Sering menyalahkan fitrah yang Engkau kurniakan. Aku mohon ampun ya Allah...


[Apresiasi] Butakan mata pekakkan telinga tentang maksiat di sekelilingmu?


Kedua mataku ini menyaksikan segala kemaksiatan di dunia, tetapi aku tidak mampu untuk mencegahnya. Kedua kaki ku ini melangkah ke tempat kemaksiatan bersama orang yang bukan muhrimku, namun aku sendiri tak mampu menghalang. Kedua tanganku menyentuh yang bukan muhrimku, namun aku sendiri tidak terbayang tentang azabnya nerakamu. Kedua telingaku mendengar perkara kemaksiatan, namun aku sendiri menyetujuinya. Satu hatiku, aku tidak yakin apakah dia masih seputih salju atau sudah sehitam arang. Semuanya adalah kerana dosa-dosaku yang menggunung tinggi. Ya Allah ampunkan aku...




Seandainya setiap kali aku mengingati-Mu dalam setiap langkahku, dalam setiap bicaraku, aku pasti aku tidak seberani ini untuk memungkiri janjiku dengan pencipta-Ku. Ya, semuanya kerana aku yang lupa. Aku lupa yang Engkau pemerhatiku. Aku lupa yang Engkau bakal menghisabku atas segala amalanku. Masih ada ruang untuk Engkau menerima cintaku? 

[Apresiasi] Bertaubatlah sebelum terlambat


Penyesalan adalah taubat. Aku ingin kembali kepada-Mu. Ku ingin basuh segala dosa-dosaku dengan mencintaimu. Jika aku sendiri merasakan begitu derita dalam mencintai manusia, aku sendiri akan berpaling kepada kamu kembali mencintai Kamu. Jika aku sendiri pernah merasakan hidup yang Engkau kurniakan ini tidak adil bagiku, aku akan segera bertahajud kepadamu memperbetulkan sangkaanku kepada-Mu kerana aku tahu Engkau itu berada pada sangkaan hamba-hambaNya.



Izinkan aku untuk kembali meraih nur kasih-Mu. Meskipun aku cuma pendosa....


***



Meskipun kita pendosa, Allah itu sedia menerima taubat hamba-hambaNya. Meskipun kita cuba untuk menyembunyikan derita di sebalik senyuman kerana dosa-dosa, Allah itu sentiasa di sisi membantu kita mengharungi kehidupan. Dia menguji dan Dia yang menunjuk jalan keluar. Bangkitlah kita, khalifatullah, bangkit sebagai umat yang berjaya. Berjaya menyucikan hati-hati kita kembali.




Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


My handphone case- Mr. Domokun =) dalam proses penyiapan~

p/s: Memang, jalan ke syurga itu sangat berliku sehingga terkadang kita terkandas di tengah jalan. 

Related post:
@ MONOLOG BUDAK KECIL
@ MONOLOG SEORANG DAIE' : PEREMPUAN ITU
@ MONOLOG #2 : 2 WAJAH

2 patient (s) need treatment

  1. sudah jatuh cinta sama ini klinik..tahniah Dr. krn berjy mendorong sis sdkt sbyk utk berubah ke arh yg lbh baik lg..insya-Allah..doakan ye..n keep it up :)

    ReplyDelete
  2. @CemPaKa SiReH

    cewah klinik ler sangat hehe~ insyaallah sama2 berubah mencari redha-Nya, changing it's not a crime~ =)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers