Ikhtilat 2: Jangan merajuk sayang

7:26:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan. Sedangkan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya. Semestinya, kita harus memahami satu perkara;




Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu


Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)




Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu


Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."


Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu


Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah.....


***




Saya tersentuh di saat membaca artikel Jangan Merajuk Sayang by blog Bayyinat. Terkadang kita merajuk sebagai tanda protes. Entah kepada siapa. Tapi cukup untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian. Pada Allah mungkin. Serba-serbi kekurangan diri sukar untuk kita terima. Segala musibah dan ujian lansung kita pandang negatif walhal terselit seribu hikmah yang tidak terduga. Kita cenderung untuk berfikiran negatif dari berfikiran positif. 
 
 

Bila kita fikir, Allah tak makbulkan doa kita, cepat-cepat kita merajuk. Cepat-cepat kita berpaling tadah, sedangkan kita punya secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir. Kita terlupa, kita hanyalah seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Apa yang kita pandang baik tidak semestinya terbaik buat diri kita, apa yang kita pandang buruk tidak semestinya terburuk buat diri kita. Kita tahu hakikat ini tapi sukar untuk kita yakini. 



Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji! 

Waallahu'alam~

60 patient (s) need treatment

  1. artikel y membina jiwa.. =)

    ReplyDelete
  2. amek preskripsi ubat kt cni ;)

    ReplyDelete
  3. xperlah..ader hikmah disebalik aper yg terjadi tu..

    ReplyDelete
  4. dr.cinta, boleh tak sy nak kongsi kartun tuh dekat blog sy jugak? nt sy creditkan to dr.cinta.. boleh ??
    menarik post ni..

    ReplyDelete
  5. betul tu~
    kita sebagai hamba perlu redha atas segala-galanya. setiap apa yg berlaku pasti itu yg terbaik buat kita.
    Allah itu Maha Mengetahui :)

    ReplyDelete
  6. insya'Allah... HE will always by our side...! kita tak perlu bersedih.... "jangan kata kamu sudah beriman,sedangkan kamu belum diuji lagi"

    doa lambat dimakbulakan juga suatu ujian yer... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...
    :-)))

    ReplyDelete
  7. oohhh.. rupanya dari sinilah traffik yang banyak2 ini :)

    ReplyDelete
  8. boleh saya amik lukisan ini untuk letak dekat blog saya?

    ReplyDelete
  9. Suatu ketika hati2 yang merajuk dengan Tuhan itu pasti sedar rajuknya itu tidak memberi apa2 kebaikan kepada diri sendiri. Semoga hati2 yg merajuk itu cepat2 kembali kepada yang selayaknya kita cinta, Allah~

    suka entri ni :)

    ReplyDelete
  10. Jika pompuan tu suke kat laki tuu atas sbb laki tu baek..nape xmintak kawen jeee dgn cara2 yg betol..try 1st, then u will know..u are searching for the pious one, so dont let him go..jgn hanya tunggu laki je yg mulekan kalo dia btol2 baek..pandangan =)

    ReplyDelete
  11. kalo pompuan tu suke kat laki tu atas sbb laki tu baek..nape xmintak kawen je dgn cara2 yg btol..try 1st, then u will know..u r searching for the pious one, so dont let him go if u really trust him to lead u to the truth..pandangan =)

    ReplyDelete
  12. @apik pehe

    1000 hikmah, terlalu bnyak yg sukar utk kita tafsir

    ReplyDelete
  13. @Atika Aula

    kita sememangnya layak diuji~

    ReplyDelete
  14. @alif ibnu daud

    very true~ kita hanyalah hamba Allah yang layak diuji~

    ReplyDelete
  15. @iqbalsyarie

    artikel belog akhi bnyk yg bermanfaat, so, kena spread~ ^___^

    ReplyDelete
  16. @Salfiza

    rajuk jangan berpangjangan~ ^___^ bila kita sedar hikmah yang terlalu bnyk terselit di sebalik satu2 kejadian, maka kita akan berusaha utk menjadi hamba Allah yang soleh~

    dan bersyukur =)

    ReplyDelete
  17. @Tukang Cat

    cdngan yang baik~ tapi kadang2 malu perempuan ni melebih sikit~ ^___^

    tapi kalau seseorang perempuan tu mmg nekad, who knows? =)

    ReplyDelete
  18. Saya masih doakan dia. Saya masih menjaga hati dengan berhati hati walau dia takkan tahu kaka :')

    Kerana saya percaya suatu hati andai benar ada jodoh itu,
    dia akan tahu juga.

    Tapi mungkin juga dia takkan tahu sampai selamanya.

    Takpe kan kakak, kalau saya teruskan berdoa dan menyimpan rasa hati baik baik?
    Walau dia takkan tahu.
    Takpe kan?
    :')

    ReplyDelete
  19. saya perlukan treatment ni doc.. :)

    ReplyDelete
  20. lebih baik kawin dulu kan baru bercinta hehehehe..bab majuk2 ni susah nk cakap

    ReplyDelete
  21. Salam Dr Cinta.

    Saya silent reader awak. Tapi ari nih saya ade review pasal blog awak. sila jenguk yer?

    ReplyDelete
  22. @Aimi Syahirah :)

    kadang2 memendam perasaan itu lebih indah & itu adalah pilihan terbaik~

    simpanlah baik2 perasaan itu, dengan harapan perasaan itu akan menggerakkan kita kepada cinta-Nya dan jangan biarkan rajuk berpanjangan =')

    ReplyDelete
  23. @EimaruSi|ence™
    syukran jazilan atas review tu~ ^___^

    ReplyDelete
  24. jangan maluuuu..ini ada contoh pada zaman nabi..biar malu siket..asal ada keberkatan..hehe =)

    ReplyDelete
  25. @Tukang Cat

    =) Siti Khadijah~

    perasaan perlu dikorbankan, sometimes, bila kita tahu dia sudah ditakdirkan utk orang lain. Mungkin.

    mungkin, datang jodoh yang lain~

    ReplyDelete
  26. Wah, sy dah jatoh hati dah pada blog Dr. Cinta ! =D

    ReplyDelete
  27. emm..best entri ni..
    suke tgok gmbr2 tu..
    smoga tabah hadapi semuanya..brcakap soal hati mmg susah..berserah segalanya kpd Allah..:)

    ReplyDelete
  28. @Misz-sakura

    waah terharunya saya~ ^___^ syukran!

    ReplyDelete
  29. @nadhirah

    insyaallah~ =) itu pasti~

    ReplyDelete
  30. awk sy nak copy cartoon awk..t sy bg backlink ok =)

    ReplyDelete
  31. nak bercinta hanya selepas kawin

    ReplyDelete
  32. nice artikel....mmg ssuai dgn keadaan jiwa yg prh skrg ne..tp, alhamdulillah..suke-suki org tu dlm diam pn, takla smpy kecewa dgn Allah. Nauzubillahminzalik...Dia lebih tahu apa yg trbaik utk hambaNya. :)

    ReplyDelete
  33. sebagai hamba Allah, selalulah bersangka baik pada Allah.. kdg2 bila Allah cepat makbulkan permintaan hambaNya boleh jadi Allah benci dngr suara hamba Nya, kdg2 bila lambat dimakbulkan sebab Allah suka mendengar rintihan dan doa hmbaNya itu.

    ReplyDelete
  34. dr.cinta..bole x sy nk hare ni kt blog sy???

    ReplyDelete
  35. @Atiqa Salam

    DIA Maha mengetahui segala sesuatu~ ^__^

    ReplyDelete
  36. @Nur Fannun

    bukan bermaksud Allah benci, tak, Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya cuma kita sering terlupa. Barangkali itu tanda Allah sayang bila doa kita cepat dimakbulkan. =)

    ReplyDelete
  37. kadang2 saya fikir Allah xsayangkan saya kalau Dia xmakbulkan doa.tapi lepas muhasabah diri balik, betapa berdosanya saya berfikiran camtu. Lepas baca entry ni, saya jadi tenang.tq dr cinta ^__^


    "jangan kata kamu sudah beriman,sedangkan kamu belum diuji lagi"

    ReplyDelete
  38. @{she-who-must-not-be-named}

    Allah sntiasa sygkan hamba-hamba-Nya. jangan berputus asa dari rahmat-Nya~ =)

    ReplyDelete
  39. Anonymous2:27:00 AM

    izinkan saya berkongsi firman2 Allah s.w.t itu. :)

    ReplyDelete
  40. Ya Allah.. entri ini sangat bermkna Dr ! ;)

    ReplyDelete
  41. insya allah .. DIA akan tunaikan doa hmbaNya yg betol2 ikhlas dekat ngn DIA .
    entry yg sgt BEST . suke :)

    ReplyDelete
  42. @syida syidah

    insyaallah semoga kita semakin kuat pergantungan antara kita dengan Allah =D

    ReplyDelete
  43. Anonymous12:07:00 PM

    cite kartun tuh..hampir sama mcm cite saya... tp susahnya nak dapat balik cinta allah yg sebenar-benarNya... rasa sedih... ='(

    ReplyDelete
  44. akak, sy baru je discover sal blog akak, dri pukul 11 tadi sy dah baca lebih 5 entry dri blog akak. entry nie hampir buat sy menangis. sy sdg ada masalah, sy x dpt apa yg sy nak, sy x yakin Allah sudi bantu sy masa nie, namun alhamdullilah, sy sedar sy salah. terima kasih sbb share somethg yg boleh pujuk hati sy yg merajuk nie

    ReplyDelete
  45. @Anonymous

    hakikatnya, itulah yg selalu semua org rasa. mencintai ALlah tu payah. mmg pun. mujahadah itu mmg payah sebab syurga tu indah di sna. :)

    berusaha & terus bermujahadah. itulah perkara yg wajar kita buat! Chaiyok! ;)

    ReplyDelete
  46. @zubect

    waahh TY awak! :') ada masa mmg kita rasa ALlah tu unfair. but believe me, ada sst yg lebih baik Allah akan gantikan next time. cuma pengetahua kita ni bersifat terbatas maka kita tidak tahu. yakinlah pada Allah dan bersangka baiklah kepada Nya kerana Allah itu seperti apa yg kita sangkakan. waallahualam :)

    ReplyDelete
  47. Sy copy gambar ye :)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers