Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa Part II

2:26:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)

[Apresiasi] Melihat cinta dari sisi lain

***



Ke hadapan kamu yang aku tidak ketahui siapa,


Semalam, aku bersendiri. Aku sedang membasuh segala dosaku dengan bermunajat kepada-Nya. Kamu tahu, hanya kepada DIA tempat aku mengadu. Kepada DIA ku menghimpunkan segala kepedihan dan kegembiraan. Aku harap engkau juga begitu. Berdoa dan menyerahkan segala jiwa ragamu hanya kerana DIA. Sudah ku katakan sebelum ini, sangat sukar untuk aku bermunajat sendiri di sepertiga malam. Semoga kehadiranmu satu hari nanti, akan memberikan ku satu semangat baru.


[Apresiasi] Melakar cinta di pintu syurga


Kamu tahu, kesedihan-kesedihan yang pernah melatari sebuah kehidupan itu sedang mengajar kita. Mengajar untuk menjadi lebih dewasa. Aku sama sekali pernah tidak mampu untuk melayarinya sendirian tanpa DIA. Buat masa kini, DIA itu keutamaanku. Aku harap kamu jua begitu. Andai engkau pernah dirundung kesedihan atas sesuatu peristiwa, serahkan hatimu kepada DIA, biar DIA yang ubati hati kamu. Seperti mana aku jua. Aku sudah katakan pada lembaran lalu, aku tidak mahu kamu ini mudah patah hati mahupun kecewa atas sebab-sebab yang sangat remeh. Aku tidak sanggup untuk tahu tentang itu.




Dan aku mengharapkan jiwa yang ada pada kamu itu jiwa Islam. Jiwa jihad. Aku tahu, engkau pernah kecewa dalam sebuah jalan dakwah ini. Masakan Rasulullah sendiri pernah ditentang apatah lagi kita manusia biasa. Sabarlah wahai bakal zaujku yang aku tidak tahu siapa. Aku tahu, ianya sangat payah untuk dilalui sendiri tapi bila kamu mengatakan bahawa Allah itu ada, kamu sendiri akan kuat. Itu jika kamu berada di jalan dakwah, jika kamu punya mad’u sendiri. Tapi, jika kamu sedang memperjuangkan satu jalan yang ditentangi Islam, aku akan mendoakanmu semoga kamu kembali ke pangkal jalan. Semoga engkau diberi hidayah oleh-Nya. Satu sahaja yang ingin ku katakan, perubahan itu hendaklah dicari bukan ditunggu. Dan aku berharap, apabila kita bertemu satu hari nanti, kita berdua telah siap untuk melayari sebuah bahtera perkahwinan.

[Apresiasi] Berjiwa Islami



Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. Kamu tahu, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai.




Bakal zaujku,


Bukan aku tidak mahu mengenalimu siapa. Aku tahu, Allah telah memberikan tarikh waktunya. Namun, aku khuatir, jika aku mengetahui siapa kamu secepatnya, bimbang aku tak mampu menjaga hati. Terkadang aku merasakan aku punya dua personaliti. Itu yang ku takuti. Bimbang personaliti memakan diri. Memusnah diri. Kadang orang senang dengan ku, kadang ada juga yang kurang senang denganku atau juga mungkin ada cakap-cakap kurang manis dibelakangku yang mungkin aku tidak tahu. Aku tahu, kamu tidak mampu membantuku, kerana kamu masih belum kenal siapa aku. 




Aku tidak meletakkan syarat yang susah untuk kamu memenangi hatiku satu masa nanti. Cukup bagiku, jika kamu punya iman. Maaf jika aku sedikit demand, bukan harta kamu yang membahagiakan aku, bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku, apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


[Apresiasi] Keluarga


Akhir kata, izinkan aku bertanya kepada kamu; adakah aku insan pertama yang berada di hati kamu? Kamu jawab bila kamu sudah ketemu denganku. Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma kamu bersedia untuk membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan dididik. Cukup sampai di sini kata-kataku kepada kamu yang aku tidak ketahui siapa. Jika ada bicara yang ingin disambung, aku akan menulis lagi, bercerita kepada kamu walaupun aku tidak tahu kepada siapa aku tuju. =) 




Yang benar,
Farahwaheeda@Dr.Cinta~

22 patient (s) need treatment

  1. syok betul baca surat ni :)

    btw , akak nak tanya ni . apa ye nama font dlm gambar yg last sekali tu ? yg tulisan 'bersedia utk membimbing & dibimbing .

    ReplyDelete
  2. sangat mendalam dan penuh dengan bait2 yang bmakna

    ReplyDelete
  3. sy pon sedang mncari org yg bleh memimpin di dunia dan d akhirat..bkn sbb rupa dan harta..
    excuse me..kamu dari indonesia?

    ReplyDelete
  4. @amiramukri

    syukran~ =)

    nama tulisan tu denne etude~

    ReplyDelete
  5. @Bella Ayub

    moga tersentuh hati-hati kita~

    ReplyDelete
  6. @Naddia

    semoga ada ikhlas dalam pencarian itu~ =)

    ReplyDelete
  7. sgt2 bermakna..

    oh ya,nak tnye akak sket..font dlm pic yg 1st and 2nd tuh nma pe???cantik arr

    ReplyDelete
  8. @EmaRadhiff

    pic first; A La Nage
    second; alamak tak ingt -___-'

    maen taruk je tulisan tu~

    btw thnx ya for reading! =)

    ReplyDelete
  9. Agak agak boleh ke saya jadikan surat itu untuk saya?

    ReplyDelete
  10. saya telah temui insan yg dpt membimbing saya...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. @muharrikdaie

    surat utk siapa2 yg tak diketahui =)

    ReplyDelete
  12. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    alhamdulillah, semoga dia dapat menambahkan cinta kalian kepada-Nya~ ^____^

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas surat ini...sgt terharu...sy sedih membacanya..kerna itulah juga pengharapan sy...layakkah saya......

    ReplyDelete
  14. terima kasih untuk surat ini...sgt terharu..sy sedih membacanya..kerna itu juga lah pengharapan saya...layakkah saya......

    ReplyDelete
  15. terima kasih untuk surat ini...sgt terharu..sy sedih membacanya..kerna itu juga lah pengharapan saya...layakkah saya......

    ReplyDelete
  16. @zaza

    insyaallah~ sama2 kita berdoa kepadanya~ =)

    ReplyDelete
  17. sy nak ambik surat ini boleh?

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. @ai ann

    alamak terdelete huhu sory awak T___T

    ReplyDelete
  20. tersentuh hati membaca surat-surat doc..bertanya kpd diri sendiri apakah mampu sy jd begitu..:(

    ReplyDelete
  21. @zatul effa

    menulis smbil dgr lagu instrumental sedih memang terbaik sobs -___-

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers