Sebuah perjuangan kau dan aku

6:08:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) 


I got something from last night meeting; 

'Orang yang tak memiliki sesuatu pasti tak akan mampu untuk memberikan apa-apa (sumbangan & else)' -Fathi Yakan: Bahtera Penyelamat. 

Sebagai umat Islam and of course sebagai remaja Islam; para syabab dan para muslimat yang dikurniakan tenaga, sumber kewangan yang mencukupi, ilmu yang mantap dan masa, amatlah rugi jika kita tak mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Amat rugi. Masa muda dihabiskan dengan benda-benda lagha duniawi, masa-masa remaja kita dihabisi dengan hedonisme tanpa henti-henti. 



Terkesan juga dengan satu kata-kata; tanda Allah sayang kita ialah bila mana, DIA bagi kita kerja yang dekat dengan DIA. Hidup dekat dunia untuk mengharapkan redha Allah bukan redha manusia. Maka bekerjalah kerana Allah, berusahalah kerana Allah, berjihadlah semata-mata tujuannya kerana Allah.




"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)







Liqa' an-Nisa' tadi; giat berbicara tentang cinta lagi. Jujur saya katakan, saya sudah cukup letih dengan word 'cinta'. Namun, alhamduillah, inputnya dirasai dalam majlis tadi. Diakui, cinta begitu dekat dengan kita. Dengan kamu, dan saya sendiri. Entah, kini saya hanya ingin berbicara tentang cinta perjuangan, cinta Illahi, cintakan ilmu. Saya juga tak punya alasan untuk menghalang kalian mengatakan tentang cinta, owh, mungkin saya sendiri sudah hilang zuuk nya, lost interest in this. Sebab saya letih dan penat bila cinta itu HANYA dikaitkan dengan cinta sesama insan, walaupun diakui ianya merupakan satu juzuk kebahagiaan dalam kehidupan, amat rugilah mereka yang tak pernah merasakan cinta. Tapi, keutamaan saya sekarang, adalah untuk memburu cinta Illahi. Itu janji saya pada Allah dan saya harap ianya tertunai dan bukan janji-janji kosong. =)



Waallahu'alam~ (Sebarang pertanyaan boleh send ke emel saya; banafsajiyu_purple [at] yahoo.com, ym saya jarang online)


p/s: all pictures credit to here.

11 patient (s) need treatment

  1. salam,apa kabar iman...ok tak....maaf la kacau....lama tak coment entry awak..but saya tak setuju dengan statement nie...."orang yang tidak punya sesuatu pasti tak akan mampu memberi apa-apa"
    sbb kita sebagai hamba,tidak ada satu benda pun dalam dunia nie adalah milik kita....sesungguhnya diri dan harta kita,adalah milik Allah.Allah telah beli dengan harga yang paling mahal iaitu dgn syurga Allah....so apa pendapat Dr.Cinta??

    ReplyDelete
  2. salam,apa kabar iman...ok tak....maaf la kacau....lama tak coment entry awak..but saya tak setuju dengan statement nie...."orang yang tidak punya sesuatu pasti tak akan mampu memberi apa-apa"
    sbb kita sebagai hamba,tidak ada satu benda pun dalam dunia nie adalah milik kita....sesungguhnya diri dan harta kita,adalah milik Allah.Allah telah beli dengan harga yang paling mahal iaitu dgn syurga Allah....so apa pendapat Dr.Cinta??

    ReplyDelete
  3. sweet!bnyk makna...

    ReplyDelete
  4. cintakan bunga akan layu
    cintakan mnusia akan mati
    cintakan Allah kekal abadi itu
    cinta yg sejati..
    huhu

    ReplyDelete
  5. @Egg Head

    ye, kita sebagai hamba Allah memang tak punya apa2 pun dlm dunia ni; hatta segala kemewahan, harta, segala2nya adalah milik Allah, sebab tu kita tak boleh berbangga dengannya sebab ianya mungkin diambil balik oleh Allah.


    maksud saya di sini; kita sebagai hamba Allah juga lah; dikurniakan dgn pelbagai nikmat, wang ringgit Allah bagi, makanan Allah bagi, ilmu juga Allah yang bagi, kesempatan masa Allah juga yang beri. Maka, sewajarnya kita mensyukuri nikmat Allah yg sgt sgt banyak ini.


    as yg saya cakapkan, amat rugi jika masa2 muda kita tak diisi dgn gerak kerja dakwah Islam. cuba tgk remaja kita skrg; kenapa makin sosial? kenapa makin teruk akhlaknya, kenapa makin menjadi-jadi akhlaknya? kenapa? masa lapang telah membunuh remaja. Bila ada masa lapang, yg mana kita tak disibukkan dgn gerak kerja dakwah, kita akan menjadi terlalu bnyk masa sehingga tergeraknya ssorang tu utk mensia-siakan masanya.


    Gunakan tenaga yg Allah beri utk gerak kerja Islam, gunakan kesihatan yang Allah beri untuk menimba ilmu, gunakan ilmu pengetahuan utk kemajuan diri; segala-galaya demi Islam.


    Mungkin utk lebih mendalami maksud tu, awak boleh cuba baca buku Fathi Yakan tu; Bahtera Penyelamat~ =)

    ReplyDelete
  6. syukran ya ukhti atas peringatan ^^.

    ReplyDelete
  7. letih bicarakan soal cinta sesama insan,tidak tahu pengakhirannya...
    fokuskan pada cinta illahi,kekal dan abadi.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. @exsapphire

    insyaallah, sam2 kita sematkan dlm hati~

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers